Tuesday, January 22, 2008

A Simple Reminder

Monday, January 14, 2008

kesilapanku.....

Bismillahirrahmanirrahim....
In the name of Allah..the Most Gracious, the Most Merciful...

Pagi ni...seperti biasa, aku bangun sebelum subuh..bgun tuk solat tahajud,solat hajat dan solat sunat subuh seperti biasa. Alhamdulillah...alhamdulillah...sgt2 bertuah punyai environment yg sentiasa dapat mendorongku menambahkan amal2 ibadatku kepadaMu. Bila terasa malas nk buat amalan2 sunat ni...cth solat sunat b4 and after solat fardhu...mesti akan sentiasa dtg ingatan2 yg automatiknye menjelma dlm fikiran...macam pop-up reminder pula.. buat solat sunat ni in..jgn malas2..kata cintakan Allah, kata nak Allah cintakan kita, so..jgn malas2..buat ni..tak lama pun.. dan macam2 lagi..
Pasti teringat lagi kalau malas2 ni..kisah seorang ayah dan ibu yang keluar ke pasar. Kisahnya begini...Sebelum keluar rumah ke pasar, si ibu berpesan pada anak perempuannya untuk mengangkat kain di jemuran pada petang hari. On the way balik dari pasar tu, tiba2 hujan turun dgn lebatnya...Si ibu sangat risau..' Harap2 Timah dah angkat kain di jemuran td..' fikir si ibu. Setibanya di rumah, si ibu terus menanyakan Timah tentang kain jemuran. Dan alangkah leganya dia pabila ketahui bukan setakat angkat kain shj..siap dilipat dan disusun kain-baju itu di almari...bahkan rumah yg tadinya bersepah turut bersih dan kemas. Gembira, lega dan sukanya si ibu itu. Begitulah mungkin jua dgn Sang Pencipta kita.. sedangkan manusia itu begitu mudah merasa suka dan gembira, begitu juga Sang Pencipta. Yang disuruh hanyalah solat fardhu, solat wajib, amalan yg wajib...tetapi betapa suka dan gembiranya jika amalan sunat, solat sunat dibuat sama. Maka, jgnlah bermalas2an membuat amalan sunat..dan ingatlah sentiasa kisah ini apabila malas menjelma..

Sebenarnya nak bercerita tentang tazkirah Subuh pagi td.. Summer holiday ini alhamdulillah, dpt digunakan dgn baik, walau tak sebaik mana. Banyak dugaan dan mainan perasaan yg bermain sepanjang summer..sebelum bekerja ladang..hingga kini..ada shj 'jiwa kacau' pada sesetengah waktu. Setiap hari ada pengisian, bukan sekali bahkan berkali2. Bukan after subuh, tetapi after asar juga..weekend dan waktu2 lain.

Tadi, Kak Sarah bercerita tentang kisah Imam Hassan Al-Banna,pengasas Ikhwan Muslimin di Mesir. Kisahnya, suatu hari, beliau sakit gigi, maka kawan2nya mengajaknya ke klinik untuk menerima rawatan. On the way ke klinik, tiba-tiba beliau membatalkan hajat tersebut dan berpatah balik. Kawan2nya kemudian bertanya sebab beliau berpatah kembali. Beliau menjawab, aku telah meletakkan kebergantunganku kepada dentist itu untuk menyembuhkan gigiku..aku lupa bahawa hanya dengan izin Allah sahajalah gigiku ini akan sembuh. Sebab itulah aku berpatah kembali.

Kisah ni sebenarnya...kena dgn situasi aku sekarang ni. Situasi pening mencari rumah. Bukanlah pening sakit kepala tu..nak kata tension, tak tension pun..relek je..cuma 'risau'. Dapatkerr rumah 5 org ni??? macam susahhh je.. Sampai terdetik di hatiku, ala..antar 4 forms, nanti duduklah 5. pas duduk, bru gtaw agent nak add tenant. Sampai aku terlalu mementingkan agent dan berfikir dari segala sudut. Walhal..yg menentukan segala2nya itu Allah..yg memegang hati2 landlord dan agent2 itu, Allah. Maka..dimana patut kau letakkan kebergantunganmu itu,In??

Kak Ba'i pernah cakap...niat cari rumah tu kena betul.. Ya, selalu ada di ingatan tiap kali inspect rumah. Bismillahirrahmanirrahim...biarlah rumah ini rumah terbaik untuk kami..
Harap bakal2 housmateku juga redha dgn rumah yg bakal kami dapat ini. Aku yakin skali rumah kita sudah ditetapkan..hanya perlu bersabar,bertawakal,berserah dan redha... Redhalah housmate2ku..

Hari ini, aku bekerja..hari ini juga ada inspection di Pelham St. sangat dekat dgn Bedford. Dari pintu Bedford sudah boleh dilihat rumah itu. Aku minta pertolongan Kak Achik untuk inspect'kan..

itulah....muga Allah memudahkan urusan pencarian rumah dan menyegerakan dapat rumah..Amin...

Allah knows~

Sunday, January 13, 2008

O Allah...guide me to you....


In the name of Allah, the most gracious the most merciful...

Dia......

Dia yakin dia akan bangkit kembali untuk menghadap Allah Rabbulalamin....

Dia yakin amal dia akan dihisab secara detail...yg kecil mahupun yg besar.. dan setelah itu...dia tidak tahu dia menuju syurga yg penuh nikmat atau neraka yg penuh siksaan....

Dia menghabiskan waktu dalam hidupnya antara takut dan mengharap... takut azab Allah dan mengharap rahmat-Nya. Mengharap amat pada rahmatnya.....give me O Allah... give me...

Dia tahu...dunia dgn kenikmatan dan penderitaannya tidak mampu menyamai sebelah sayap nyamuk di akhirat. Berbekalkan kesedaran ini, membuatkan dia mengabaikan penderitaan hidup dan kepahitannya...membuatkan dia meninggalkan dunia hiburan di bumi sementara ini.. membuatkan dia meninggalkan kekayaan duniawi.... membuatkan dia............

dia tidak mempedulikannya...

-Ya Allah..aku memohon ampun kepadaMu yg tidak ada Tuhan selainMu, yg hidup dan selalu jaga dan aku bertaubat kepadaMu ya Allah....... Amin.

Friday, January 11, 2008

2 roads....

Teringat daku akan poem lama yg kita sama2 pelajari di menengah rendah...


Two roads diverged in a yellow wood, and sorry i could not travel both, and be one traveler,

long I stood.. and I looked down one as far as I could, to where it bent in the underground,

then took the other, as just as fair, and having perhaps a better claim, because it was grassy and wanted wear;

Though as for that the passing there, had worn them really about the same, and

both that morning equally lay. In leaves no steps had trodden black. Oh, i kept the frost for

another day! Yet knowing how way leads on to way, I doubted if i should ever come back.

[16:9] "and upon Allah is the responsibility to explain the Straight Path, but there are ways that turn aside. And had He willed, He would have guided you all (mankind)."

Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Alhamdulillah........... alhamdulillah............alhamdulillah...............alhamdulillah...............1000x

p/s: sori kawan.i break the rule...-copy n paste-..

Thursday, January 10, 2008

Era Madinah..

Sedikit fakta sirah..

Beberapa peristiwa penting sepanjang era Madinah:

1H: Pembinaan Masjid Nabawi.
2H. Perang Badar - Perang pertama umat Islam. Peperangan yg tidak dijangka. Tentera Islam seramai 313 dgn berbekalkan hanya 2 ekor kuda, mampu menewaskan 1000 tentera Musyrik Mekah yg punyai 200 kuda.

3H. Perang Uhud - Tentera muslim tewas kerana tidak mengikut perintah rasulullah.

4H. Perang Badar ke-2 - Perang ini tidak jadi berlaku kerana ketakutan Musyrik Mekah.

5H. Perang Khandaq - Perang pemikiran. Allah menyusupkan ketakutan di kalangan Musyrik Mekah.

6H. Perjanjian Hudaibiyah - Baiat Ridwan, perdamaian 10 tahun.

7H. Perang Khaibar - Serangan terhadap Kaum Yahudi di Khaibar

8H. Perang Mu'tah - Pertukaran panji dari Zaid Harithah, Jaafar, Abdullah bin Rawahah dan Khalid Al-Walid.

Fathul Mekah - Pembukaan Mekah, Abu Sufyan dan isterinya, Hindun masuk Islam.

Perang Hunain - pertama kali tentera Islam melebihi musuh.

9H. Perang Tabuk - Tentera Islam menyerang Rom. Rom akhirnya menawarkan perdamaian dan membayar Jizyah.

10H. Haji Wida'.

Dalam tempoh 10 tahun yg getir ini, umat Islam sudah terkumpul seramai 124 000 yang mana pada asalnya hanya berjumlah ~313.

huhu..tambahlah lagi kawan2.. =)

Sirah Rasulullah...

Assalamualaikum...salam sejahtera..harap sihat sentiasa dan muga dalam lindungan Ilahi sentiasa.
Marilah kita duduk berfikir sejenak, merenung kembali seketika setelah mungkin beberapa jam melayari internet tanpa apa2 matlamat, tanpa mungkin melakukan sesuatu yg bukan untuk mencari keridhaan Allah.
Sesungguhnya, setiap amalan selain amalan kpd Allah adalah sia2,
setiap usaha selain yg diredhai Allah adalah batil dan
setiap keletihan pada selain keredhaannya adalah penderitaan
.
Mari kita bermuhasabah dgn menjawab beberapa soalan ini.

Soalan;
1: Berapakah umur anda pada tarikh 1 January 2008?
2: Berapakah umur anda pada tarikh 1 Muharram 1429?
3: Sudah pernahkah anda khatam Al-Quran sepanjang umur anda? Berapa kalikah?
4: Sudah pernahkah anda khatam Al-Quran beserta tafsirnya sepanjang umur anda? Berapa kalikah?
5: Tahukah anda penurunan Al-Quran itu selari dgn perjalanan rasulullah?
6: Jika ya, sudahkah anda khatam membaca dan menghayati sejarah rasulullah dari kelahiran hingga akhir hayatnya?

Fokus pada soalan terakhir, pernahkah anda..walau sekali..sekali sahaja dari anda lahir, dari anda celik membaca sehingga kini..pernahkah anda habis membaca sirah perjalanan Nabi Muhammad? walau sekali?

Mengapa ye..mengapa kita beriya membaca kisah Harry Potter dari siri pertama hingga siri terakhir? Bukan setakat membaca sahaja, malah jika disuruh bercerita kpd org, pasti dgn detailnya dapat diceritakan. Hebat~

Mengapa juga ye, kita beriya mengikuti dan menghayati berbagai jenis buku2/novel2/komik2... bukan setakat mengikuti dgn sekali bacaan sahaja, malah berkali2 bacaan sehingga tahu dgn tepatnya di muka surat manakah peristiwa ini berlaku, itu dan ini... Sangat hebat~

Maka, alangkah baiknya..sekiranya minat sebegini dan usaha yg sebegini dapat di'chanel'kan ke arah membaca dan menghayati sirah rasulullah dan Al-Quran. Betapa lagi2 hebat, tak terkira hebatnya sekiranya seseorang itu tahu dgn detailnya setiap perincian perjalanan Nabi Muhammad saw.

Dengan itu, rakan2..sy amat2 meng'syor'kan agar membaca dan mengkhatamkan sirah rasulullah. Tak kira apa jua buku sirah yg dibaca, tetapi adalah lebih baik buku yg dapat menceritakan dgn detail dan tepat tiap peristiwa yg berlaku.
Contoh buku: Al-Raheeq Maktum, Sirah Nabawiyah by Syaikh Shafiyyurrahman Al-Mubarakfury. Fiqh Al-Sirah.

Tanamlah azam..sempena tahun baru ini...
'Aku perlu membaca kisah rasulullah at least sekali pd tahun ini..sekali...'

Selamat membaca...
ketahuilah..membaca jambatan ilmu...

Monday, January 7, 2008

Terimalah daku~

Terkedu aku pada sapaan memori lalu
Mula menerjah di ruang fikiranku
Bayangan dosa silam
Mengusik hati
Tanpa sempat ku bendung lagi


Sering tertanya
Adakah derita tiada hujungnya
Apakah air mata tiada ertinya


Mengapa harus aku terleka dan jua alpa
Bahawa dunia
Sementara cuma


Sekian lama aku meniti bara-bara dunia
Mencari segenggam rahmat sinaran iman
Di celah tadahan doa jua amalan diri
Agar hidup matiku hanyalah untuk-Mu


Terima kasih Tuhan yang Maha Pengasih
Di atas rahmat-Mu yang Kau limpahkan
Bagaimana harus aku membalasnya
Tanda cintaku kepada-Mu
Kau kekasih hati


Moga ku temui sinaran suci
Di sebalik onak duri tajam menikam
Biarpun luka masih berbisa
Darah mengalir pekat oh selamanya
Akan ku capainya jua


Tuhan terimalah hamba
Ku lemah tiada berdaya
Selaut kasihMu akan ku tadah
Biarpun diriku terasa hina

Engkau yang Maha Pengasih
Engkau yang Maha Penyayang
Hamba datang mohon pertolongan
TERIMALAH DARI SEGALA TAUBAT


terimalah aku by hijjaz