Monday, May 12, 2008
umm...
dosa apakah ini...yg menutup hati...menggelapkan hati...aduh..
Wahai orang2 yg beriman! Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yg dapat menyelamatkan kamu dr azab yg pedih?
Iaitu kamu beriman kpd Allah dan rasulnya dan berjihad di jalan Allah dgn harta dan jiwamu. Itulah yg lebih baik bg kamu jika kamu mengetahui. Niscaya Allah akan 1) mengampuni dosa2mu, 2) memasukkan kamu kedlm syurga yg mengalir di bawahnya sungai2 dan ke tempat2 tinggal yg baik di dalam syurga Adn-itulah kemenangan yg agung. Dan adalagi kurnia lain yg kamu sukai iaitu 3) pertolongan dari Allah dan 4) kemenangan yg dekat. Dan sampaikan berita gembira kpd org2 mukmin.
hanya berjihad di jln Allah dgn harta dan jiwa dpt mengampuni dosa...tetapi bukan penghapusan dosa semata yg diinginkan. Bukan pengumpulan pahala semata..
tetapi rahmat dan kasih sayangMu lebih ku utamakan ya Allah..
Allah SWT memasukkan manusia ke dalam Syurga hanya kerana kasih sayang dan rahmat-Nya. Rasulullah SAW pernah bersabda: "Manusia tidak dimasukkan ke dalam Syurga kerana amalannya. Maka Sahabat bertanya: Tidakkah juga engkau ya Rasulullah? Rasulullah menjawab, Ya,tidak juga aku. Aku dimasukkan ke Syurga kerana rahmat Allah."
Kalaulah kasih sayang dan rahmat Allah menjadi sebab kita ke Syurga, maka itulah perkaranya yang patut kita usahakan.Apa pun yang kita buat atau yang kita amalkan mestilah untuk menagih dan mendapat kasih sayang dan rahmat Allah.
ya Allah..sayangilah kami..peliharalah kami..lindungilah kami...
jgn Kau murka pd kami...
jgn ya Allah..
berikan kami kekuatan...kesabaran...
...
..
.
*sila jgn komen...esp non-solace*
Friday, May 9, 2008
Medical robot??
apa kabar sahabat2 ku? lama sudah sy tidak meninggalkan coretan di sini kan?
oklah, ni ada satu cerita ni..
Hari tu, ada sorang kakak medic ni menceritakan tentang apa yang diperbuatnya di hospital pada hari tu. Dia cerita la, ada satu robot ni yang mmg diprogramkan khas utk medical students. Robot atau patung ni, fungsi dier jadi pesakit, then medical student akan diagnose and buat pemeriksaan la kat atas robot ni. Robot ni ada salur darah, ada denyutan nadi, ada segala apa yang patut dia ada..(ahaks..), and boleh bercakap. Robot ni akan response la kepada segala apa yang ditanya oleh medical students. Also, bila medical students ni buat pemeriksaan kat atas dier n bagi treatment yang salah, robot ni akan react la, so students pun taulah yang diorang did sthg wrong.. memang sgt menarik la..huhu.. (dunia geosains tak der robot...)
anyway, the tazkirah part of it..
Cuba bayangkan, scientist2 yang cipta robot ni mesti sangat bangga dengan ciptaan mrk kan? Bila kita tgk, robot ni telah dicipta with a purpose, that is to become 'patient' to medical students. Cuba la bayangkan kan, kalau robot ni buat sesuka hati dier. Kiranya, time medical students check dier, dier tak response..tak pun dier nak tidur, malas nak bagi tindak balas kalau orang salah treat deir ke.. takpun, dier tak suka duk kat hospital ke, nak pi duk kat luar, main kat padang etc... apalah agaknya perasaan scientist2 ni tadi bila dpt tahu robot ciptaan mereka ni fails to meet its purpose of existance ek? Pastinyer scientist2 ni akan rasa sangat marah kan? dan kecewa..obviously. Malah, mungkin terdetik juga rasa penyesalan dalam hati diorang ni, and diorang maybe rasa..lebih baik bagi denyutan nadi tu kat robot A, bagi salur darah tu kat robot B etc..(yakni kepada robot2 yang nak buat tugas dier la..)..and di pihak kita lak, bila kita perhatikan ada robot yang bersifat sebegini, mesti kita rasa..ntah apa2 la robot ni, banyak songeh pulak..cubalah buat apa yg dier patut buat..ye tak?
anyway, this is very much related to us. Seperti robot tu, we ourselves telah dicipta with a purpose. Allah tak cipta kita kat dunia ni semata-mata for us to enjoy life and to gain experience living on earth kan? Tapi Allah cipta kita agar kita dapat jadi abidullah dan khalifatullah.. beribadah kepada Allah serta memakmurkan alam.. and if we fail to meet our purpose of existance, maka samalah kita dengan robot yang tak berguna tadi.. jadi, agaknya apa la Allah rasa tentang kita ek? Lebih baik la Allah bagi tangan kita kat orang kat negara A yang takder tangan tu..lebih baik Allah bagi kaki kita kat orang negara B yang cacat tu..etc. ye tak?
Kita mudah leka dengan duniawi, seperti anak kecil yang jumpa mainan. Asyik dengan permainannya yang langsung tiada nilai itu sehingga menghiraukan perkara2 yang lebih penting.
Kita perlu sentiasa diingatkan, tentang tujuan kita diciptakan di muka bumi ini. So that we won't return to him one day dalam keadaan we failed to meet the purpose of penciptaan kita. So that Allah will not be disappointed with us.
Sedikit peringatan buat diriku dan dirimu yang sering lupa..
Moga ia bermanfaat. =)
Manusia....
A pandai...B tak pandai..
A cantik...B tak cantik..
A kurus... B tak kurus..
A gelap..B tak gelap...
Manusia nampak tiap manusia itu unik..tiap manusia itu ada ciri2 tersendiri...tiap manusia dgn manusia itu berbeza....
of courselah ada perbezaannya kalau lelaki dan perempuan...tua dan muda... cina dan india... org putih dan orang africa.. ..
taapii......
selagi mana mereka itu muslim...mukmin...mereka sama sahaja di sisi Tuhan mereka...yg membezakan mereka adalah iman dan taqwa...yg mana manusia tidak boleh ukur..tidak boleh nampak.tidak boleh baca..
yg membezakannnya kalau....
kalau dia bukan muslim..
muslim dan bukan muslim.... itu bezanya..
Aku..
aku tidak berani kata aku lebih baik dari dia...
aku tak berani ckp aku lebih dekat dgn Tuhanku dari dia...
aku tak berani...
sebab aku belum mati...
selagi aku belum mati....selagi itu...segalanya mungkin..
aku takut...aku tak mahu oh Tuhan..mohon Kau pelihara diriku oh Tuhan...
" ...sesungguhnya ada seorang di antara kalian yg senantiasa beramal dgn amalan penghuni syurga hingga jarak antara keduanya tinggal sehasta, namun ketetapan Allah mendahuluinya, lalu ia melakukan amalan penghuni neraka hingga ia masuk ke dalamnya,
dan sungguh ada seorang di antara kalian yg senantiasa beramal dgn amalan penghuni neraka hingga jarak antara keduanya tinggal sehasta, namun ketetapan Allah mendahuluinya, lalu ia melakukan amalan penghuni syurga hingga ia masuk kedalamnya..." [Hadis 4 dr Hadis 40]
Seperti kisah pelacur yg masuk syurga kerana memberi minum kepada anjing yg kehausan... dan seperti kisah seorang yg masuk neraka kerana mengurung dan menganiaya seekor kucing...
Siapalah aku untuk men'judge' orang...
kau dan aku....
kita sama....
yg tahu perbezaannya..hanyalah Yang Maha Mengetahui...
Wednesday, May 7, 2008
suke.... ^_^
Saya dapat email dari seorang rakan saya...
Dalam email itu, ada hadis ini...
dan saya sangat suke dgn hadis ini... ^_^..
Terima kasih kawan.....
Dari Umar bin Khattab r.a. berkata, bahwa beliau mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Sekiranya kalian benar-benar bertawakal kepada Allah swt. dengan tawakal yang sebenar-benarnya, sungguh kalian akan diberi rezeki (oleh Allah swt.), sebagaimana seekor burung diberi rezeki; ia pergi pagi hari dalam keadaan lapar, dan pulang di sore hari dalam keadaan kenyang." (HR. Ahmad, Turmudzi dan Ibnu Majah)
Semuga ia menjadi perangsang dan motivater untuk memperbaiki diri yg lemah ini.. Sunguh, permulaan manusia itu hanyalah dgn setitis air mani yg jijik dan pengakhirannya adalah bangkai yg tidak berdaya. ... oleh itu...JGN SOMBONG!
Tuesday, May 6, 2008
TAUBAT..
hurm..kesian blog ni.... takde org nak update2 kan...mana ntah org yg mula2 buat blog ni..as far as i know..i am the last person to be the member..kan?
apa2 pun..tiap perkara yg berlaku ada hikmahnya...ada sebabnya...
----------TAUBAT-----------
Kenapa kita perlu bertaubat:
1. Setiap anak Adam mesti ada membuat kesilapan kerana setiap manusia dianugerahkan nafsu. Orang yang baik adalah apabila dia berbuat
salah dia akan terus bertaubat kepada Allah sekurang-kurangnya dengan beristighfar.
2. Setelah orang tersebut berbuat keji, maka dia sedar dengan kesilapannya, dia berzikir dan beristighfar kepada Allah dan siapa lagi yang dapat
mengampuni dosa selain daripada Allah. Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka megetahui.
Cara-cara bertaubat:
1. Melalui perbuatan—menyesal dengan apa yang telah kita lakukan
-Berniat tidak mahu lagi melakukan perkara yang sama
-Meninggalkan perbuatan keji itu untuk selama-lamanya
-Menggantikan segala suruhan fardhu yang ditinggalkan sebelum ini
-Kalau ada kesalahan dengan orang lain, kita perlu meminta maaf daripada orang itu
-Kita melatih diri kita untuk taat kepada Allah untuk memperbaiki segala kelemahan
2. Melalui lisan---beristighfar
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya setiap penyakit itu ada ubatnya dan ubat kepada dosa ini adalah istighfar”
Syaitan akan terbakar apabila kita mengucap kalimah Lailaha illallah…..dan istighfar.
Taubat tidak sempurna kalau:
1. Kalau tidak menambah ilmu
2. Kalau tidak bertambah amalannya
3. Kalau akhlaknya tidak bertambah baik
4. Masih menyimpan perasaan marah dan benci kepada orang lain
ingat...yg memebezakan taubat seseorang itu ialah...antara cepat dan lambatnya dia bertaubat...
Sunday, May 4, 2008
Rasulullah , dalam mengenangmu..
Baginda s.a.w. dilahirkan pada tahun gajah. Atau tahun berlaku peristiwa Abrahah al-Asyram menyerang Mekah dan cuba meruntuhkan Kaabah. Lalu Allah Taala menggagalkan rencana tersebut dengan menzahirkan tanda keagunganNya sebagaimana yang digambarkan oleh al-Quran al-Karim. Menurut riwayat yang paling tepat ialah pada malam Isnin 12 Rabiul Awwal.
Permulaan yang Ajaib dan Keberkatan yang Jelas
Baginda dilahirkan dalam keadaan yatim. Ayahanda Baginda, Abdullah meninggal dunia ketika isterinya hamil dua bulan. Setelah kelahiran, Baginda dipelihara oleh datuknya, Abdul Muttalib. Beliau mengupah seorang wanita Bani Saad bin Bakr untuk menyusukan Baginda -sebagaimana tradisi Arab ketika itu - Wanita tersebut bernama Halimah binti Abu Zuaib.
Para periwayat sirah sepakat, ketika itu kampung Bani Saad dilanda musim kemarau. Susu menjadi kontang dan tanaman menjadi kering. Suasana ini berterusan hinggalah tatkala Muhammad s.a.w. menyusu dan tinggal di rumah Halimah. Rumah Halimah dan sekelilingnya kembali bugar menghijau. Kambing ternakannya kembali mengeluarkan susu yang banyak.
Dada Rasulullah s.a.w. dibedah ketika Baginda berada di kawasan permainan Bani Saad. Peristiwa ini merupakan antara irhas nubuwwah dan tanda pemilihan Allah terhadapnya untuk memikul tugas yang mulia. Imam Muslim meriwayatkan daripada Anas bin Malik:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. didatangi Jibril ketika Baginda dalam usia kanak-kanak. Pada waktu itu Baginda sedang bermain-main dengan rakan sebayanya. Lalu Jibril mendatanginya, memegang dan membaringkannya. Kemudian dia membelah dada Baginda dan mengeluarkan hatinya. Dia mengeluarkan seketul darah daripada hati itu seraya berkata: “Ini akan men-jadi sarang syaitan dalam dirimu.” Kemudian Jibril membasuh hati itu menggunakan jag emas yang berisi air zamzam. Setelah itu dia menutup kembali belahan dada tersebut dan kembali kepada keadaan asal. Kanak-kanak lain berlari-lari sambil menjerit: “Muhammad telah dibunuh!” Sesampainya mereka di hadapan Baginda, Baginda dalam keadaan pucat. Kata Anas: “Sesunggahnya saya pernah melihat kesan jahitan pada dada Baginda s.a.w..
Sesungguhnya ketulan darah yang dikeluarkan daripada dada Nabi s.a.w. merupakan proses penyucian terhadap Baginda daripada situasi asyik, lalai dan berwenang-wenang. Sebaliknya menanamkan sifat bersungguh-sungguh, cekal, serius dan sifat-sifat kejantanan lain. Ia juga menunjukkan perhatian dan pemeliharaan Allah kepada Nabi s.a.w.. Syaitan tiada jalan untuk memperdayakan Baginda. (Fikh as-Sirah, al-Buthi).
Peristiwa ini menjadi faktor Halimah as-Sa’diah mengembalikan Baginda s.a.w. kepada bondanya. Ketika itu umur Baginda genap lima tahun. Tatkala umur Nabi s.a.w. enam tahun, bondanya Aminah pula meninggal dunia. Rasulullah s.a.w. dipelihara pula oleh datuknya Abdul Muttalib sehingga beliau meninggal dunia. Ketika itu umurnya genap lapan tahun. Maka bapa saudaranya Abu Talib pula mengambil tugas memelihara Nabi s.a.w..
Masa Depan yang Agung
Tatkala genap umur Baginda s.a.w. 12 tahun, bapa saudaranya Abu Talib bermusafir ke Syam untuk berdagang. Beliau turut membawa Nabi s.a.w. pergi bersamanya. Apabila tiba di Busra, mereka melintas di hadapan seorang rahib yang terkenal di sana iaitu Buhaira. Beliau merupakan seorang yang alim tentang kitab Injil dan agama Nasrani. Buhaira telah terlihat Nabi s.a.w.. Beliau mengamati dan bersembang dengan Baginda. Setelah itu beliau berpaling kepada Abu Talib seraya bertanya: “Apa hubungan tuan dengan kanak-kanak ini?” Jawab beliau: “Dia anak saya.” (Abu Talib mengaku Baginda anaknya lantaran beliau amat mengasihi dan
menyayangi Baginda.) Lalu Buhaira berkata kepadanya: “Dia bukan anak tuan. Sepatutnya bapa anak ini telah meninggal dunia.” Maka Abu Talib menjawab: “Dia anak saudara saya.” Buhaira bertanya: “Di mana ayahandanya.” Jawab Abu Talib: “Telah meninggal dunia dan ibunya adik ipar saya.” Lantas Buhaira berkata: “Benar. Bawalah anak ini pulang ke negerinya dan hati-hati dengan orang Yahudi. Demi Allah jika mereka melihatnya, pasti anak ini akan ditimpa kecelakaan. Sesungguhnya anak saudara tuan ini memiliki masa hadapan yang agung.” Lalu Abu Talib segera pulang membawa Rasulullah s.a.w. ke Mekah.
Bersungguh-sungguh Mencari Rezeki
Usia Rasulullah s.a.w. mula meningkat remaja. Baginda mula berusaha mencari rezeki dengan keluar mengembala kambing. Rasulullah s.a.w. bersabda tentang dirinya:
Dahulu saya pernah mengembala kambing penduduk Mekah dengan bayaran qararit.1
Pemeliharaan Allah terhadap Nabi s.a.w.
Allah telah memelihara Baginda daripada segala perlakuan muda mudi yang menyeleweng dan tidak berfaedah.
Sabda Nabi s.a.w. yang mengisahkan tentang dirinya:
Saya tidak pernah terdetik untuk melakukan perbuatan sebagaimana yang dilakukan oleh masyarakat jahiliah melainkan dua kali. Namun Allah melindungi saya daripada melakukannya. Kemudian saya tidak pernah lagi terniat untuk melakukannya sehingga Allah memuliakan saya dengan risalah ini. Suatu malam, saya berkata kepada budak yang mengembala kambing di bahagian atas Mekah. “Kalau boleh kamu jagakan kambing saya. Kerana saya ingin pergi ke Kota Mekah untuk bersembang (melepak) seperti pemuda lain.” Jawabnya: “Baiklah.” Lalu saya pun keluar sehingga sampai di hadapan rumah pertama di Kota Mekah. Saya mendengar alunan gitar. Lalu saya bertanya: “Ada apa ini?” Jawab mereka: “Majlis perkahwinan.” Lantas saya pun duduk ingin mendengar alunan tersebut. Namun Allah menutup telinga saya dengan menidurkan saya. Saya tersedar hanyalah setelah terkena sinaran panas matahari. Kemudian saya pulang bertemu rakan saya dan dia bertanya tentang malam tadi lalu saya menceritakan kepadanya. Pada malam yang lain, saya berkata lagi kepadanya seperti malam sebelumnya. Saya pun pergi ke Mekah, namun perkara yang sama turut terjadi. Setelah itu tidak pernah lagi terdetik dalam hati saya untuk melakukan perbuatan tidak berfaedah itu.
Pergantungan Hanya kepada Allah Taala
Jelas, sejak permulaan lagi ada yang ajaib dalam kehidupan Penghulu Makhluk s.a.w. ini. Sesungguhnya Allah Azza wa jalla ingin agar hati Nabi s.a.w. tidak bergantung selain hanya kepada-Nya. Tidak kepada bonda, tidak kepada ayahanda, tidak kepada datuk, tidak kepada bapa saudara, tidak kepada harta,
tidak kepada kekuasaan dan tidak kepada selainNya. Lantaran pergantungan sebegini merupakan antara elemen penting dalam pembinaan muslim secara umum dan pendakwah secara khusus. Hingga hanya Allah yang mengurus dan memelihara Baginda. Jauh daripada tangan mengajar dan harta yang membekalkan kenikmatan. Hingga Baginda tidak berkata: “Ayah... ayah.” Namun Baginda berkata: “Tuhanku... Tuhanku.”
Agar jiwanya tidak cenderung kepada kemuliaan harta dan pangkat atau kepada kekayaan nenek moyang dan kepimpinan. Lalu manusia keliru tentang kesucian tugas kenabian dengan kemegahan dunia.
Lantaran itu, semua tuduhan yang zalim gagal. Iaitu ada yang mendakwa pendakwah mengejar harta dan pangkat untuk memperolehi kuasa kepimpinan. Atau dalam ungkapan moden ‘memperdagangkan agama’. Inilah yang dijaja oleh golongan sekularis dan arthies sepanjang zaman terhadap para pendakwah yang ikhlas kepada Allah Azza wa jalla.
Sunday, April 27, 2008
Hari Kiamat
dan aku bersumpah demi jiwa yang selalu menyesali dirinya sendiri. ..
Apakah manusia mengira, bahawa Kami tidak akan mengumpulkan kembali tulang belulangnya? Bahkan Kami mampu menyusun kembali jari jemarinya dgn sempurna.
Tetapi manusia hendak membuat maksiat terus menerus.
Dia bertanya, "Bilakah hari Kiamat itu?"
Maka apabila mata terbelalak ketakutan,
dan bulan pun telah hilang cahayanya,
lalu matahari dan bulan dikumpulkan,
pada hari itu manusia berkata, "Kemana tempat lari?"
Tidak! Tidak ada tempat berlindung!
Hanya kepada Tuhanmu tempat kembali pada hari itu.
Pada hari itu diberitakan kepada manusia apa yg telah dikerjakannya dan apa yg dilalaikannya. Bahkan manusia menjadi saksi atas dirinya sendiri, (pada hari itu, lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan)
dan meskipun dia mengemukakan alsan-alasannya...
Ayat-ayat Allah.............. 75:1-15