Monday, March 16, 2009

sungguh-sungguh.

Prinsip manusia,

when there is a will..there is a way!
yg bulat tidak akan dtg bergolek..
alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan...
bersusah-susah dahulu, bersenang senang kemudian.

satu lagi prinsip :

Jika kita bersungguh-sungguh pasti Allah lebih bersungguh-sungguh dengan kita.

Kekuatan hati, kekuatan langkah, kejituan azam dan semangat, semua ini hanya... saya ulang HANYA akan lahir dari Allah. Jika ada hak Allah yang berbaki, jika ada hak Allah yang masih belum kita lunaskan, jika ada hak Allah yang kita buat cincai. Ketika itulah kita terus kan diuji dengan ujian meruntun jiwa dan perasaan.

Jika kita mahu Allah selesaikan hak kita, tunaikan hak kita kepadaNya. Jika kita masih lagi diuji dengan ujian meruntun perasaan, itu tandanya ada lagi hutang Allah yang belum kita langsaikan. Selagi nyawa di kandung badan, selagi kita masih hidup di dunia ini, langsaikan cepat-cepat, kerana khuatir kita tidak sempat melangsainya dan kita akan dibangkitkan dengan golongan mereka yang lalai.

Di ketika hak Allah kita selesaikan, InsyaAllah Allah akan beri kita hak kita. Allah akan beri hati yang tidak takut dan tidak sedih... sebab kita adalah wali Alah. (Yunus:62) Jangan bazirkan masa, usia, dan perasaan kita dengan cuba menyelesaikan persoalan yang kita tidak bisa selesaikan. TUNAIKAN HAK ALLAH SEKARANG.

Ya Allah, kurniakan lah aku cinta Mu, dan cinta orang yang mencintaiMu, dan cinta amalan-amalan yang membawa aku kepada Cinta-Mu....

Penulis: Muslim Z

hati manusia


"Setiap amal mempunyai masa semangat (syirrah) dan setiap masa semangat terdapat pula masa turun semangat (fatrah). Barangsiapa yang masa lemah semangatnya masih berada pada sunnahku, maka ia telah mendapat petunjuk"
(Hadith)


Dia teringat kata-kata yang iman itu punya nilai naik dan turun... dan tanda-tanda lemahnya iman atau kefuturan (kelesuan, rasa penat) ialah apabila seorang da'ie itu merasa
malas untuk beribadah , memilih untuk duduk berseorangan. Bilamana seorang da'ie itu terlampau sensitive dan beremosi, itu jua adalah indikator terbaik menunjukkan seorang da'ie itu sedang futur.

Aku percaya..setiap apa yg berlaku..setiap apa yg aku tahu..ada sebabnya.. aku belajar cuti yg lalu..TIADA KEBETULAN dalam hidup ini.

Bila rasa beban. susahnya..bagaimana caranya ini.. rungsing. Boleh je nak stop.buat hal sendiri. tak perlu fikir susah-susah. Orang lain boleh buat. Nayyy....
Ini adalah ujian utk kamu..ini adalah dugaan...untuk menguji kamu..untuk betul-betul menguji apakah kamu benar.
"
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Al-Ankabut, 29:2-3)...
.


penulis: si W


Sunday, March 15, 2009

Dari Brunei..miss u all.

This poetry was done on the last day of our trip.
For all my sisters, as requested by Kak Intan :)
To ponder upon, to strengthen our bond, Insya-Allah



How I wonder, I am blessed this much,

You have showed me, with just one touch,

A touch of the heart, A touch to the soul,

Filled me with content, made me feel whole,

And there I thought, I wouldnt see the light,

But you picked me up, showed me whats right,

Though you may not realize to what you have done,

But this fight for the Ummah has just begun,

Spiritually I feel, it has been revived,

From the land of the dead and now is alive,

Allah has fated for all this to come through,

And now we gotta go and balik ke Bru-,

Though my heart wishes to stay a bit longer,

To increase my Iman, to make it grow stronger,

But Allah knows best, from today to hereafter,

We are sisters in Islam, we are sisters forever <3


Lots of love,
Nisah :)


Alhamdulilah atas pertemuan kita.Rindu kalian semua..(really!)

kuteringat kata-kata seorang sahabat:

Kita seperti Hajar di padang pasir,
ditinggalkan Ibrahim dgn rela,
kerna ia perintah dariNya.

Pengorbanannya di padang pasir itu...
membuka satu kota rahmat yg baru.
kerna AlQuran dan Muhammad bermula di situ.

Semoga pengorbanan kita yg seketika di Fraser Hill, membuahkan banyak kota-kota dan jajahan-jajahan baru dimana shj tanah kita berada.
Ubahlah dunia walau di mana kita berada.
kita tidak keseorangan.

Friday, March 13, 2009

khatirah mlm hari.

Aku terganggu.
minda dan hati terganggu.
hati teringin ke sana sejak hari pertama melihat gambarnya. apatah lagi setelah mendapat ajakan, lagi teruja hati ini ingin ke sana. ternanti-nanti akan hari itu. sudah set siap-siap dalam planner. mohon jgn ada gangguan.

Aku terganggu lagi..
kerana gangguan yg kuharap tiada muncul. tiba2 muncul.
dalam bentuk yg spt arahan ibarat aku tiada punya pilihan.
muncul sgt tiba2 dikala hati riang kerna esok jumaat. 2 hari lagi aku ke sana.

Aku amat terasa terganggu.
Ku ulang2 otitis external. otitis media. antibiotic .phenazone benzodiamine .ear drops. tak berganjak dari slide itu.

hingga terdetik di hatiku..
oh Tuhan..begitu hinakah aku hingga aku tidak layak memasuki rumahMu?
rumah yg sentiasa dipenuhi malaikat-malaikat itu?
ampunkan aku.
aku tidak bersangka buruk terhadapmu oh Tuhan.
pasti ada hikmah di setiap kejadian yg berlaku.
tiada yg kebetulan.

dan..
aku pasti tidak akan putus asa.
akan terus berusaha.
kerana usaha itu sunnatullah.
hanya natijahnya padaMu.

nyte.




penulis: muslim Y

Thursday, March 12, 2009

Muffin simple dan segera.

Bismillahirrahmanirrahim...atas request org..ni nk beritahu cara-cara step by step nak buat muffin..simple segera dan delicious... nk tahu delicious ke tak, sila tanya tuan yg makan... hehe..

Barang-barang Muffin.. Self raising flour, susu, gula, minyak, telur, chocolate.


Cawan yg digunakan utk menyukat.



1 cawan tepung.aware..tak penuh sgt tau.


Masukkan 2 cwn tepung ke dalam mangkuk. (Baca: 2)


1 cawan brown sugar atau 3/4 cn gula putih. tgk nak manis mana. tp brown sugar tak manis sgt pun.


3/4 cwn susu segar (kalau takde, bancuh guna susu tepung)..maaf susu tumpah ckit.


sebiji telur...campur semua dalam mangkuk tadi.


OH 1 lagi... 1/2 cawan minyak masak..(gambar ada tapi rosak pula gambar itu). still sukat guna cawan yg sama k.



kacau sehingga sebati semua. kalau rajin, masuk blender je semua tu pun boleh.


rupa adunan yg sebati..


Ini cooking chocolate bukan cadbury. =p


hiris/ketuk kecil2..(terpulang) then campurkan dalam adunan tadi and kacau lagi.


masukkan dalam acuan...



Masukkan dalam oven..bukan microwave ye..tapi microwave yg ada convection tu boleh..



180 degree celcius dan 20 minit je.



selepas 20 minit..boleh makan.. =)

Hias lah dulu atas nya, ngan chocolate fudge ke cream ke..apa2 je. ok..itu sahaja. selamat mencuba kpd yg merequest itu k!! nanti leh buatkan utk saya..hehe...

kalau nak tukar chocolate td ngan blueberry pun boleh...

stand out!

Untuk sahabat-sahabat dan pembaca blog...

kata-kata ini ditujukan kpd anda...

To learn, U Must Listen.
To win, U Must Wonder.
And To Succeed, U Must Stride Forward.
Dont Just STand..but STAND OUT.
STaND out in Front of Allah!
YOU CAN!
I know u can....

try your Best!




Wednesday, March 11, 2009

masaku..

Bismillahirrahmanirrahim..
uisy..lamanyalah tidak menaip-naip di laman solace ni.
okay..update!
baru 2 minggu universiti bermula..tapi entahlah..tak boleh nk describe, betapa aku sangat memerlukan masa...walhal sebenarnya berpunca atas kelemahan diri yg tidak pandai mengurus masa.Atau mungkin diri yang merumitkan keadaan sehingga rasa sangatlah amat tidak cukup masa nak buat semua kerja. apa-apa pun..optimis tetap optimis..mana2 yg rumit..mudahkan..mana2 yg leceh..tinggalkan. prioritize the priority..and make the most of ur time. Live life to the fullest!~