Monday, May 11, 2009

belum tibakah waktunya lagi - 2


Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yg beriman, untuk secara khusyuk mengingati Allah dan mematuhi kebenaran yg telah diwahyukan kepada mereka dan janganlah mereka berlaku seperti org2 yg telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yg panjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan banyak di antara mereka menjadi org2 fasik.
[57:16]


Ya Allah... seperti Ghulam, dengan apa cara sekalipun Ya Allah, selamatkanlah kami.

Bila bersendiri..nilailah diri.. mampukah kuasai diri. andai anda kata anda merdeka.

Friday, May 8, 2009

belum tibakah lagi masanya?


The night: 080509
inilah masanya...mungkin.

Dan ingatlah kata-kata Saidina Umar kepada sahabatnya: ” Impikanlah” Seorang pemuda berkata: ” Aku mengimpikan jika sekiranya negeri ini dipenuhi dengan emas lalu aku infakkan pada jalan Allah.” Omar berkata lagi: “Impikanlah”. Seorang pemuda berkata: “Aku mengimpikan jika negeri ini dipenuhi dengan batu permata lalu aku infakkan pada jalan Allah.” Omar berkata lagi: “Impikanlah”. Mereka berkata: “Kami tidak tahu apa yang hendak dikatakan wahai Amirul Mukminin” Omarpun berkata: “Tetapi aku mengimpikan rijal seperti Abu Ubaidah bin al Jarrah, Muaz bin Jabal dan Salim, hamba Abu Huzaifah. Lalu aku meminta pertolongan dari mereka untuk meninggikan kalimah Allah”



kisah hatim al-asham dan gurunya

Assalamu’alaykum warahmatullah wabarakatuh.

Tidaklah seorang itu berilmu sebelum berbuat dengan ilmunya
[Hadith riwayat Baihaqi]

Sungguh, benarlah seperti yang disarankan oleh hadith diatas. Ilmu dan pengetahuan yang dipunyai oleh seseorang itu tidaklah membawa manfaat kepada seseorang individu seandainya tidak diamalkan d dibentuk kefahaman melaluinya.

Suka untuk penulis berkongsi kisah/perbualan antara dua orang ahli sufi; Syeikh Syaqiq al-Balaghi dan Hatim al-Asham:

Pada suatu hari, Syeikh Syaqiq al Balaghi bertanya kepada muridnya Hatim al-Asham : Sejak bila engkau berguru kepada aku ?

Hatim menjawab : Sejak tiga puluh tahun.

Syekh Syaqiq bertanya lagi : ” Apakah yang engkau dapatkan daripada aku dalam waktu yang sekian lama itu ?

Hatim menjawab : ” Aku mendapatkan lapan perkara”.

Mendengar itu, si guru terperanjat dan berkata : Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun..terbuang waktuku sekian lama sedangkan engkau hanya mendapat lapan perkara “.

Si murid, Hatim menjawab : ” Wahai guru, benar, aku tidak mempelajari hal yang lain, dan aku tidak berdusta, atau main-main “.

Si Guru, Syaqiq kemudian berkata lagi ” Baiklah, sekarang terangkan kepadaku apakah yang lapan perkara tersebut”.

Hatim berkata : “Aku memandang kepada makhluk ini, maka aku melihat masing-masing mempunyai kekasih dan ingin bersama dengan kekasihnya sampai ke kuburan. Maka, apabila telah sampai ke kuburan, nescaya ia berpisah dengan kekasihnya. Maka, aku mengambil perbuatan baik menjadi kekasihku. Maka apabila aku masuk ke dalam kuburan nanti, akan masuk juga kekasihku bersamaku “.

Mendengar itu, si guru berkata : Benar sekali, apa yang engkau katakan wahai muridku, sekarang apa pula perkara yang kedua?

Hatim melanjutkan : ” Aku memperhatikan firman Allah (SWT) : “Dan adapun orang yang takut di hadapan kebesaran Tuhannya dan menahan jiwanya daripada hawa nafsu, maka sesungguhnya taman surga tempat kediamannya “ [Surah Nazi'at(79): 40-41 ]. Aku yakin bahwa firman Allah (SWT) itu benar, maka aku memperjuangkan diriku untuk menolak hawa nafsu, sehingga tetaplah aku taat kepada Allah (SWT) “.

Si Guru berkata : Benar, katamu, apa pula yang ketiga..?”

Hatim berkata : Perkara yang ketiga, aku memandang kepada makhluk semuanya, maka aku melihat bahawa tiap-tiap orang yang ada padanya sesuatu benda pasti akan menghargai, menilai dan memelihara benda yang dimilikinya tersebut. Kemudian aku teringat firman Allah (SWT) : ” Apa yang ada di sisi kamu akan hilang dan binasa sedangkan apa yang ada di sisi Allah (SWT), itulah yang akan kekal “ [An-Nahl (16): 96 ]. Oleh sebab itu, setiap kali aku memiliki harta yang mempunyai harga dan bernilai, maka segera aku serahkan dan simpankan kepada Allah (SWT), semoga harta itu akan kekal dan terpelihara disisiNya“.

Guru Syaqiq berkata : Benar engkau wahai muridku, dan apa lagi yang ke-empat? .

Hatim berkata : ” Hal yang ke-empat, aku memandang kepada makhluk ini, maka aku melihat masing-masing mereka kembali kepada harta, kebangsawanan, kemuliaan, dan keturunan. Kemudian, aku memandang dan perhatikan pada semuanya empat perkara itu , tiba-tiba tampaknya padaku itu semua tak ada apa-apa. Kemudian aku perhatikan firman Allah (SWT) : Sesungguhnya yang paling mulia disisi Allah (SWT) adalah orang yang paling bertaqwa diantara kamu “ [Al-Hujurat (49): 13]. Oleh karena itu, aku melakukan sesuatu dengan penuh ketaqwaaan sehingga manjadi orang yang paling mulia disisi Allah (SWT)“.

Guru Syaqiq berkata : Benar engkau wahai muridku, lanjutkan.

Hatim berkata : Perkara yang kelima, aku memandang kepada makhluk ini semua, dimana mereka tusuk-menusuk satu sama lain, kutuk-mengutuk satu sama lain, dan ini semuanya berasal dari sifat dengki. Kemudian aku perhatikan firman Allah (SWT) saw : ” Kamilah yang membagi-bagikan penghidupan diantara mereka dalam kehiduapn ini ” [Al Zukhruf (43) : 32 ]. Maka, aku tinggalkan dengki tersebut, dan aku mengetahui bahawa setiap pemberian rezeki dan apa saja itu semuanya pembahagian dari sisi Allah (SWT), maka aku tinggalkan serta tidak peduli dengan permusuhan orang lain kepadaku “.

Guru Syaqiq berkata: Benar apa yang engkau katakan itu, dan sekarang lanjutkan dengan perkara yang ke-enam.

Hatim melanjutkan : Perkara yang ke-enam, aku memandang kepada makhluk ini, berbuat kedurhakaan satu sama lain dan saling berperang satu sama lain. Maka, aku kembali kepada firman Allah (SWT) : ” Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagi kamu maka perlakukanlah dia sebagai musuh ” [Al-Fathir (35): 6 ]. Maka, dengan ayat ini, aku memandang bahawa syaitan itu adalah musuhku, oleh sebab itu aku selalu berhati-hati dengan setiap langkah dan strategi syaitan kerana Allah (SWT) telah memperingatkan bahwa syaitan itu adalah musuhku, dan dengan ayat ini juga aku meninggalkan setiap pertengkaran dan permusuhan sebab itu merupakan cara dan sifat syaitan“.

Guru Syaqiq berkata: Benar sekali apa yang engkau katakan wahai muridku.

Hatim melanjutkan : Perkara yang ketujuh, aku memandang kepada makhluk ini semua, maka aku melihat masing-masing mencari sepotong daripada dunia ini, sehingga kadang-kadang untuk mencari dunia itu seseorang menghinakan dirinya dan mencarinya dengan cara yang tidak halal. Kemudian aku perhatikan firman Allah (SWT) : ” Dan tidaklah ada daripada makhluk yang melata di bumi ini kecuali Allah (SWT) telah menjamin rezekinya “ [ Hud (11): 6]. Maka, dengan ayat ini aku mengetahui bahawa aku ini salah seorang dari makhluk yang melata dia atas muka bumi, oleh sebab itu aku yakin dengan mengerjakan kewajibanku kepada Allah (SWT), menjaga perintahNya dan menghindar dari laranganNya, maka rezekiku akan dijamin olehNya.

Guru Sayqiq berkata: Benar engkau wahai muridku, lanjutkan yang terakhir.

Hatim berkata : Perkara yang ke-lapan, aku memperhatikan kepada makhluk ini semua, maka aku melihat masing-masing bersandar kepada makhluk. Ada yang bersandar kepada harta bendanya, ada yang bersandar kepada perniagaannya, ada yang bersandar kepada kesihatannya, dan ada yang bersandar kepada perusahaannya, sehingga setiap makhluk hanya mengandalkan kepada makhluk yang lain. Kemudian aku teringat dan memperhatikan firman Allah (SWT) : ” Barangsiapa yang menyandarkan dirinya, bertawakkal kepada Allah (SWT), maka nescaya Allah (SWT) akan mencukupkan keperluannya “ [At- Thalaq (65): 3]. Maka dengan ayat ini aku mengetahui bahawa dengan meyandarkan diri dan bertawakkal kepada Allah (SWT), itu semua telah dapat mencukupkan segala keperluanku.

Akhirnya sang guru Syaqiq berkata : Wahai Hatim, kiranya Allah (SWT) Taala telah memberikan taufiqnya kepadamu. Aku telah memperhatikan segala ilmu pengetahuan baik itu di dalam kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al Quran yang mulia, maka aku dapatkan bahawa segala macam kehidupan, kebaikan, dan keagamaan semuanya berkisar kepada lapan perkara yang engkau sebutkan tadi. Barangsiapa yang memakainya, seakan-akan dia telah mengamalkan ke-empat kitab suci tadi.

Begitulah intisari ilmu yang didapat oleh Hatim dengan belajar selama tiga puluh tahun, dan sudahkan ilmu yang kita pelajari selama ini memberikan kepada kita inti kehidupan sehingga kita boleh bahagia di dunia dan di akhirat.

Fa’ tabiru Ya Ulil Albaab.

Wallahu’alam.

Nota Kaki:

  1. Syiekh Abu Ali - Syaqiq bin Ibrahim al Balaghi (wafat 139 H./810 M) seorang tokoh sufi dari Khurasan.
  2. Abu Abdurrahman Hatim bin Alwan (wafat 237H/ 751M), tokoh sufi dari Khurasan.

Tuesday, May 5, 2009

Monday, May 4, 2009

kawan oh kawan..

Bismillahirrahmanirrahim....

Wahai pemilik nyawaku..betapa lemah diriku ini..berat ujian dariMu..ku pasrahkan semua padamu...
Tuhan..baru ku sedar..indah nikmat sihat itu. tak pandai aku bersyukur. kini ku harapkan cintaMu..
Edcoustic: Muhasabah cinta

Setiap manusia pasti punya ujiannya tersendiri. Setiap insan itu unik di mata Allah. setiap insan itu pasti melalui tarbiyyah yg berbeza dari tuhan. kerna tuhan itu Maha Adil. Dia tidak akan menguji seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

Masalah kawan-kawan...lumrah...
masalah housemate tak suka kakak datang rumah....masalah diboikot...masalah dipulau...lumrah
itu semua ujian...yg mana natijahnya adalah untuk mendewasakan kamu..
supaya..kamu sabar...lebih sabar..dan sabar lagi... Fasabrun jameel..
sabarlah adik... sabarlah kakak..sabarlah kawan-kawan..
Ujian adalah tarbiyyah dari Allah. Apakah kita kan sabar..ataupun sebaliknya?

betapa sesetengah insan..sangat struggle..dengan hadis; "Tidak beriman seseorang sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri." cukuplah diri sendiri menjadi penilai..apakah kita sudah benar-benar beriman?

Pernah ke...tiba-tiba memang sudah seakan natural, tengok orang je rasa menyampah. rasa tak sedap. tak suke. padahal dia tak buat apa-apa pun. yg awak nak tak suke kat dia tu kenapa? bajet cam bagus?
sendiri perlu usaha atasi masalah ni.
sendiri perlu cari ubat.
sendiri....perlu lapangkan dada...
Jangan ego! Lupa kah kerna egolah syaitan dicampak keluar syurga?

Ayuh! ubah diri..kalau pinggan sudah dicuci bersih...jangan biar di rak pinggan lama-lama..kelak ia akan berhabuk.. gilap gilap gilap sentiasa....
The only constant in life is CHANGE.


Dari Abu Hurairah ra berkata: Rasulullah saw bersabda. "Janganlah kalian saling dengki, jangan saling menipu, jangan saling membenci, jangan saling membelakangi, dan jangan kalian membeli sesuatu yg akan dibeli orang. Jadilah kamu sekalian hamba-hamba Allah yg bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bg muslim yg lainnya, tidak layak untuk menzaliminya, berbohong kepadanya dan acuh kepadanya. Taqwa itu ada di sini (beliau sambil menunjuk dadanya tiga kali). Cukuplah kejahatan seseorang jika ia menghina saudara muslim lainnya. Haram bg seorang muslim dari muslim yg lainnya darahnya, hartanya dan harga dirinya." (HR Muslim)

Saturday, May 2, 2009

u are a strong girl.

ku sangka aku sudah merdeka.
ku sangka aku sudah melepasi tembok yg mengelilingi.
ku sangka aku sudah mengatasinya.
ku sangka aku sudah cukup berdikari..kerna aku benci org yg tidak berdikari.

i dont want to cry.
i am a strong girl.
if i cry, i fail.

i am strong.

Monday, April 27, 2009

berkira betul!

Bismillahirrahmanirrahim..banyak rasa nak taip kali ini.

Yang pertama.

Bulan ini bulan yg bz .. sy pasti setiap orang mempunyai tahap kebiziannye tersendiri.. assignments, tests, group presentations, conference presentations, workshops, debate, field trip,study, coming EXAM etc etc etc... memang semua org bz.. memang semua org akan claim tak cukup masa. dan pasti semua org akan melalui fasa stress! stress bila tak faham nk buat assignment. stress bila satu masalah ni tak setel..tak boleh nak proceed..betapa pentingnya nilai 'FAHAM' dalam melakukan sesuatu. kalau tak FAHAM, akan tidak tahu utk buat dan kalau buat juga, risiko untuk salah buat sangatlah tinggi. ada maksud tersirat di situ.
1. kena FAHAM baru boleh buat.
analoginya begini..Kalau anda ingin berniaga, perlu kenal produk baru boleh menjual.

Yang kedua.

Sy membaca surahAt-tatfif.
Ayat 1-6.

Celakalah bg org2 yg curang dalam menakar dan menimbang! Iaitu org2 yg apabila menerima takaran dari org lain, mereka minta dicukupkan, dan apabila mereka menakar atau menimbang untuk org lain, mereka mengurangi. Tidakkah mereka itu mengira, bahawa sesungguhnya mereka akan dibangkitkan, pd suatu hari yg besar, iaitu pd hari ketika semua org bangkit menghadap Tuhan seluruh alam.

Kewujudan orang-orang begini di dunia yg fana' (sementara) ini memang tidak dapat disangkal. Siapa yg tak pernah jumpa orang begini? kalau tak jumpa betul-betul, pasti ada dalam tv kisah-kisah org begini?
Bagaimanakah sebenarnya orang-orang yg sebegini..BERKIRA dgn sesuatu yg ingin diberikan dan juga BERKIRA dalam segala yg diterima in other words SANGAT MENUNTUK HAK.
berkira sungguh..sebab takut sesuatu yg akan diberikan itu akan merugikan dirinya.
dan berkira juga..sebab takut tak dapat terima semua hak-hak yg kononnya dipercayai miliknya. lupakah dia semuanya..semua..termasuk dirinya adalah milik Allah?
Semoga penulis dan pembaca tidak menjadi golongan sebegini.

Yang ketiga.

Tentang duit. setelah 3 bulan tidak bertemu dgn En. JPA..akhirnya 25hb yg lalu..En. Jpa telah muncul dalam akaun bank-ku. Maka, penuhlah status-status YM org2 tertentu dgn kata2 'terima kasih JpA, sayang Jpa..dan macam2 lagi'. setelah penulis membaca status2 sedemikian, penulis tertanya-tanya..mengapakah sebelum ini tiada kebanjiran status2 sedemikian? rupa-rupanya..ada kelainan dalam amount duit bulanan tersebut yg membuatkan beberapa mulut tersenyum lebar, beberapa mata terbuka segar..ibarat baru disiram sebaldi air sejuk.
Dengan kehadiran gaji 3 bulan sekali + duit buku, sy telah me'reward'kan diri sendiri dgn membeli si Lami'a, si aswat, dan si lyn.

Dari Abu Said al-Khudri r.a katanya: "Rasulullah saw itu apabila mengenakan pakaian baru maka beliau memberikan nama dgn nama yg dikhususkan untuknya, baikpun berupa serban, jubah ataupun selendang..." (dari buku Riyadhus Salihin-Taman orang-orang Soleh)

Dengan pembelian-pembelian ini, seorang ukhti dgn spontannya berkata kpd sy 'huish duniawi sungguh!'
terima kasih atas teguran. Penulis berjanji akan berwaspada dalam pembelian.
Dalam duit itu sendiri ada haknya.
Duit sponsor-duit rakyat. Semua pelajar-pelajar tajaan pasti akan diingatkan oleh wakil penaja tentang tanggungjawab dan hak yang ada pada duit tersebut.
Dan dalam duit itu sendiri ada tanggungjawab pada si penggunanya. ke arah manakah harta itu akan dibelanjakan?

Wahai orang-orang yg beriman! Infaqkanlah sebahagian dari rezeki yg telah Kami berikan kepadamu sebelum datang hari ketika tidak ada lagi jual beli, tidak ada lagi persahabatan dan tidak ada lagi syafaat.Orang-orang kafir itulah orang yg zalim. [2: 254]

If u said u believe..............

Yang keempat.

Ahad 3 May ni ada Baba Ali dtg.. nak pergi..tapi ada kursus 2-3 May ni. So, tak boleh nak pergi.

.

Yang kelima.

Saya menunggu2 satu program di Melbourne uni ini, harap-harap dapat pergi.
In the 11th century, almost a thousand years ago, hordes of Christians warriors bearing a red cross stormed into Syria. They journeyed from all parts of Europe, pillaging and slaughtering innocent Muslims along their way. They captured Jerusalem in 1099 leaving no mosque to pray in, nor any Muslim alive. After a hundred years, with the help of Allah, the Muslims struck back...
These were The Crusades.

Topics include:

* Background to the Crusades
* How Jerusalem was lost by the Muslims after centuries of rule
* How great heroes and leaders were raised who fought back for the honour of Islam
* How key battles were fought including 'Hattin', Salahudeens finest and most glorious victory with 3D animation
* Strategies and weaponry of the Muslims and Christians. What made the Muslim and Christian knights different.
* The impact of the Crusades on the Christians and the Muslims
* Lessons we can learn and apply today


last but not least, exam timetable dah keluar. Tahun ini sy habis exam lewat..tidak seperti tahun2 sebelumnya. Dengan itu, tidak jadi lah sy utk pulang ke Malaysia winter ini.
sekian buat masa ini.