Tuesday, May 19, 2009

cara fikir kita berbeza..


Apa yg kalian nampak gambar di atas ini?
gelas yg berisi separuh air atau separuh udara?
Yang membezakan jawapan si A dan B adalah cara si A dan B berfikir.


Like my lecturer said..why do u stress with exam? It's the time to show up guys..
yes! i like the way u think sir. dont ever think about bad outcomes because u are smart! everyone in this hall came here with a minimum TER of 95.5. i know u could do better here.dalam hati: you can shine.

so..
for someone who cannot tolerate failure...I MUST Study Hard! pray for me and friends.

Sunday, May 17, 2009

stress!!

uwaa...
tahap stress paling maksima setelah bertemu dan mendapat nasihat dr seorang senior.
pada masa inilah teori alhilmi diuji.. mampukah kawal diri..kawal diri bertenang..relax..
di kala ini, undangan ke ildolce tidak mampu menggerakkanku, undangan ke kebab flemington pun tidak.docklands pun tidak..aldi pun tidak..victoria market pun tidak..nandos apatah lagi. hanya undangan ke LIBARY sahaja yg menarik perhatian ku..baik Law library, Ballieu Library, State Library pun layann...

relax in ui..PMR pun 8 subjek.SPM apatah lagi 10 subjek.ni sem 5 ni 6 subjek..bolehnyer..boleh boleh boleh!!

tinggal beberapa minggu lagi.beberapa hari.last week ada debate.tomorrow workshop asthma. come on. u can! it is not about managing the time, but how effective u use the time u've got!

11 June --> Pharmaceutics
12 June --> Pharmaceutical Microbiology
17 June --> Pharmacy Practice
19 June --> Pharmacology
24 June --> Medicinal Chemistry (Chemisery supposedly)
26 June --> Clinical Pharmacy

Ya Allah, mudahkanlah urusan kami di medan peperiksaan yg bakal kunjung tiba.

faiin na ma'al usri yusra, in na ma'al usri yusra
Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.

Saturday, May 16, 2009

ada apa dgn ubat?




Hai obat hai obat, mari beli obat...

agak-agak kalau sy jual ubat, komfem ramai beli kan? ^^

Saya, bakal ahli farmasi (insyaAllah). buat masa sekarang sesetengah uni-mate lebih gemar menggelar diri - a legal drug dealer free from mandatory..hoho

belajar tentang ubat-ubat ni...banyak faedahnya. lain kali kalau nak beli ubat,kalau nak suggest org beli ubat, tahu mana yg lebih baik, mana yg lebih efektif, mana yg kurang side effect nya dan lain2.
contoh: antara tablet dan capsule gel.mana lagi ok? knp ada yg kena makan ubat before food and after food? kenapa ada certain ubat tu takleh nak pecah-pecahkan? knp certain capsule tu kena telan sebiji camtu (tak boleh buka capsule dan larutkan serbuk dalam capsule tu - masalah bg mereka yg menghadapi masalah menelan ubat)

kenapa...immune system tak react kpd ubat yg dimasukkan dalam badan? kan ke ubat tu bendasing dr luar?
bagaimana ubat yg kecil itu (berbanding saiz manusia) dapat menyebabkan org pengsan/sembuh/even mati pun ada?

(pembetulan --> bukan ubat ye yg menyebabkan semua ni..tapi Allah tuhan kita, rabb kita, rabbul alamin. .set that in mind.)

bagaimanakah wujudnya ubat? bagaimana orang/kilang buat ubat?
bagaimana panadol mengurangkan demam? panadol tu dibuat dari apa eh? kenapa kalau orang perempuan - period pain. makan panadol boleh kurang sakit ye? panadol ni ubat serbaguna ke?
ha..tau tak..banyak-banyak ubat dalam dunia ni, panadol is the most safest drug with least side effects (provided u take it within the right dose ie max 4 gram daily ie 8 tablets per day)
lepas makan panadol, nanti ubat tu pergi mana ye? kalau makan panadol, boleh ke makan ubat-ubat lain sekali? ada interactions ke? kena makan panadol setiap 4 jam sekali.kalau tak ikut,jadi apa-apa ke? and dadada...

ada orang confuse, ahli farmasi ni keje nya apa ye. buat ubat ke, jual ubat ke, bagi ubat ke. macam tak ada fungsi je pharmacist ni, sebab doktor dah bagi ubat.
ok.tugas pharmacist lebih dari itu. bukan bagi ubat semata. nasihat, merancang, follow up patient. tgk ubat mana sesuai dgn patient. contoh: seorang lelaki berumur 60 tahun menghidapi sakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes lagi dan juga asthma. agak-agak berapa banyak ubat pakcik ni kena makan. For patient with Cardiovascular disease alone, average medicines for them is six. ni average tau. maksudnya ada yg lebih dari 6.Ni baru ubat untuk sakit jantung tu, belum lagi asthmanya, Ventolin. cara pakcik ni guna pam tu kena bagi betul juga. diabetes, kena nasihat kurangkan gula dan garam dan macam2 lagi. Baru satu patient, kalau kat hospital tu, bermacam-macam ragam lagi pesakit yg wujud. Dan sila bayangkan juga jumlah kewangan yg perlu diperuntukan hanya untuk membeli ubat-ubat. Percayalah..ada manusia yg sangat bergantung pada ubat dalam kehidupan. terutamanya, pesakit yg penyakitnya diwarisi genetically. ada fikir apa-apa contoh? Diabetes type 1. atau dalam bahasa melayunya diabetes ni kencing manis. orang-orang yg menghidapi penyakit ni, immune sysytem dalam badan acts on own cells rather than invaders. ni namanya autoimmune disease. makanya, mereka ini kurang menghasilkan insulin sendiri. Justeru, mereka perlu mengambil insulin (ie biasanya injection) untuk mengawal level gula dalam darah.

Bersyukurlah dengan nikmat kesihatan yg Allah berikan ini.
Bersyukur sangat-sangat...Alhamdulillah ya Rabb. Alhamdulillahh..for everything.... (banyak kan nikmat yg perlu disyukuri? mari kita sentiasaaa bersyukur..sebut sekarang juga..even dalam hati..bersyukuurrr sangat-sangatt..ALHAMDULILLAH YA ALLAH....mean it.. really really mean it..ALHAMDULILLLAHHHH..... alhamdulillahhhhhh..... alhamdulillahhhh.... ^^

Kesimpulannya dari post kali ini.
jagalah kesihatan anda!
bersenam jangan dilupakan disamping menjaga pemakanan. (housemate: esok basketball jum!)
BERSYUKUR...sentiasaa.... ^^
dan tak dilupakan..ingat sentiasa, bukan ubat ye yg menyembuhkan sakit. tapi..Allah. ^^

Lastly, videos ini membuatkan salah seorang dari housemate kami tersentap. terkacau jiwanya.
Saksikanlah

.








?


Friday, May 15, 2009

sakaratul maut.

Cukuplah kematian sbg peringatan.
Buat jiwa-jiwa yg kering...berusahalah agar kekeringan itu tidak sentiasa kunjung singgah.

Why are you afraid? Tell me O man, to die according to Allah's plan? Come, smile at me, do not be grim, Be happy to return to him.
O Angel, I bow my head in shame, I had no time to remember Allah's name. From dawn till dusk, I made my wealth. Not even caring for my spiritual health.

I'm afraid this moment is your last, Now be reminded of your past. I do understand your fears, but it is now too late for tears.


Thursday, May 14, 2009

solat atau tidak? MESTI!

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ini hari Khamis. malam Jumaat. Biasanya kalau di Malaysia, ramai buat tahlil, maktab buat bacaan Yasin disusuli ceramah. semasa di Taylors dahulu, buat bacaan Yasin juga. gilir-gilir setiap minggu dari rumah ke rumah. Kini, di Oz, baca surah Kahfi. Tadi baca sesama ahli rumah. Adik-adik tidak dtg mingu ini.
Minggu ini giliran Mar bg tazkirah. Mar bercerita tentang kisah taubat seorang lelaki si penggali kubur. Kisah rasulullah ditegur Jibril 'siapakah Tuhan? engkau atau kah Allah?' Kisah akhirnya si lelaki ini meninggal semasa solat setelah taubatnya diterima. Tanpa pengulasan dgn lebih lanjut, terus berganjak ke perbincangan isu-isu lain dgn meninggalkan diri masing-masing berfikir pengajaran di sebalik kisah.

masuk bab manusia muslim yg lemah pegangannya. akhirnya membuat keputusan untuk tidak mempercayai kewujudan tuhan. Naudzubillah. Ya muqallibal qulub, thabbit qulubuna ala deenik.

masuk lagi bab manusia muslim yg tidak solat. tidak sedar isya' sekarang dah 6.46pm. subuh entah sedar ataupun tidak. solat hanya bila diri rasa nak solat. ego. melenting. bila orang suruh solat. padahal solat itu wajib. tak rasa apa pun bila langgar solat. tidakkah mereka tahu meninggalkan solat tanpa rasa bersalah, dosanya lebih besar dari seribu kali berzina? ops. bukan sy yg ckp. tp malaikat Jibril yg memberitahu Nabi Musa ketika baginda mengusir seorang wanita yg ingin bertaubat atas dosanya berzina.

azan...automatiknya berkumandang di laptop bila tiba waktu, kemudian kita stop kan. kemudian terus mengajak housemate solat.
azan itu, sentiasa terus-menerus berkumandang seluruh bumi.

Jagalah solat anda.solat ahli keluarga anda.rakan-rakan sekeliling anda.dan sesiapa sahaja di sekeliling anda.

Wednesday, May 13, 2009

musim luruh.

ok.
mari kita bercerita tentang musim.

sekarang musim luruh.. cantik.subhanallah melihat daun2 gugur ditiup angin. memang cantik. kalau ada kamera (pronounce gaya mar: ka-me-ra) nak je tangkap gambar keadaan daun-daun itu berguguran. subhanallah. Allah tahu detail daun mana yg gugur. ke mana daun itu akan mendarat..

namun..di sebalik keindahan daun-daun itu berguguran..
wujudnya golongan yang ditarik nikmat bernafas dgn amannya. debu-debu atau cebisan-cebisan daun yang dihirup, kadang-kadang meng'activate'kan sistem immune dalam badan, lalu mast cell mengeluarkan histamine lantas menyebabkan kesukaran untuk bernafas. dada sakit.sesak.sempit. itu yg kurasa.

bersyukurlah dgn nikmat bernafas itu.
dan juga nikmat-nikmat lain yg tak terhitung dgn jari penulis dan pembaca.
alhamdulillahhhh.... alhamdulillahhh alhamdulillahh yg sebenar-benarnya dgn segala pemberianmu..
kelak engkau akan ditanya ttg nikmat yg diberikan itu.

summa latus alun nayau maizin anin naim.
kemudian kamu benar-benar akan ditanya pd hari itu ttg kenikmatan di dunia itu.

Monday, May 11, 2009

Mimpi Yang Indah

Telah ku lalui jalan berduri
Sejuta harapan terus ku pertahankan
Bukan mudah menggapai bintang
Bersilih dugaan mendatang

Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
Mengejar impian

Pabila laluan seakan sukar
Bagai tak terdaya untuk terus bertahan
Namun kasihMu menyedarkan
Aku tak pernah sendirian

Di sebalik kepayahan
Di situlah ada kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan

TInggi langit mimpi ini
Tak ku ragu untuk membuktikan
Indah bintang yang terang bukan khayalan
Tetapi kenyataan

Akan kau saksikan kesulitan ini
pasti berganti kebahagiaan
Telah pun kau dengar kisahku ini
Pernahkah cuba kau mengerti

=)