Wednesday, January 30, 2008
Duhai hati...
Di dalam hati manusia ada keganasan yang tidak akan hilang kecuali berjinak dengan Allah SWT..
Diadalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali allah SWT..
Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang dan damai kecuali berlindung,bertemu dan berjumpa denganNya...
Didalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akn padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha&qadarnya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuainya...
Di dalam hati manisia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan memohon kepadaNya kesentiasaan berzikir kepadanya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya....
Duhai hati...lembutlah..mengapa berkeras??. . . . . . ... . . . . . .
Jgn Putus Asa!

Tengok gambar ni...cumill kan!! ehe..secumil org yg post...erk?? =P
Bukan setakat cumill..tapi membawa erti yg sangat besar... TRY AGAIN.. Dun Give up!..
Jgn pernah berputus asa dgn rahmat Ilahi..
Setiap cubaan..setiap dugaan..pasti ada hikmahnya..cliche kan? tapi itulah yg sebenarnya.. Setiap perkara yg terjadi memang sudah ditetapkan dari azali..memang dah ditakdirkan..dah dikomfemkan terjadi atas kita.. Dan apa2 yg terjadi itu..memang insyaAllah kita mampu mengatasinya... kerana Allah tidak akan membebankan seseorang melainkan dgn kesanggupannya...
ada org tanya In wut ape summer holiday kat Melbourne ni?? Macam2 kak ui.. jadi chef, jd penceramah jemputan, jd pendengar tetap, jd pengira stok, jd pembuang sampah, jd tukang sapu sampah (lokasi: Bedford As-Solehah) =), dan macam2 lagi....oh ye.. satu lagi..jadi pencari rumah..hehehe.. Ha,yg terbaru.. i jadi tukang distribute buku yellow pages kat driver2 di carpark..ehe.. tapi lom start lagi.. ..soon..coming into my life~ hee~
orait...pesanan tuk housmate2ku.. nak beli perabot kat IKEA ke? e-bay sudeyler..haha i dah beli meja study 1..hihi.. express sungguh~ =P
c u soon ladies~ =D
scenarios..
i dont know why i'm posting this..but..here goes...
scenario1:
A menelefon B..selepas proses deringan telefon...
A:salam, B, jum keluar lunch..
B: haa..ok jugak tuh..
A: ok, see you later..
B: ok, bye..
A tibe ditempat parking, A menelefon B sekali lagi. selepas proses deringan telefon..
A: salam, B. A dah kat luar ni, jum kita kuar makan sekarang..
B: owh, okeyh..
talian dimatikan..
B: hai A.. nak pergi makan mana?
A: hai..ntahlah..ingat nak makan kat bawah tu jer..B nak makan kat mana?
B: kat mana-mana pun takper..tapikan A, nak ajak kawan join sekali boleh?
A: eh, boleh ajae..
Maka A menungguh B menelefon kawannya..kemudian B pun tiba lalu mereka menuju ke tempat makan tersebut..
B: B ajak kawan B ni, tapi.. dia lelaki..takper ker?
A: HAH???!!..HUrmm..okeyh...(dengan pasrahnya..)
p/s:lupa nak habaq, A n B perempuan..
scenario2:
sudah tiba waktu solat fardhu zohor..A ke surau seperti sepatutnya..
selepas proses mengambil wuduk, bertelekung, dan melilau-lilau mata mencari-cari sasaran yang sesuai..
A: hurmm..nak solat jemaah tak?
B: apa dia?
A: nak solat jemaah tak? (suara lebih kuat dari tadi..)
B: erm..(sambil menyibukkan diri membuka ikatan pada telekungnya..)
C: erm..*tak nak jadi imam* bisik C kepada B..
A terus menanti jawapan, dengan hati yang penuh mengharap..
B dan C salng berpandangan..saling berjelingan..
B terus menyibukkan diri membuka ikatan pada telekung yang tak terbuka-buka itu..
C pula..
C: eh, takperla A... kami ada hal la..
A:..owh..okeyh....
scenario3:
ketika minum petang, selepas sesi berkenalan..
A: haa...B masih belajar yer..meh cni A nak bagi pesanan..
B: Okeyh..
dengan penuh semangatnya, B duduk berhampiran A..bersedia untuk menerima nasihat dari orang yang lebih dahulu makan garam..
A: A nak pesan...
B:(suspen..suspen...)
A: ...pastikan, before grad nanti....
B:(suspen..suspen..)
A: make sure dah ada pakwe tau!
B:(@@##^*%^&#$!%%@^ >?{?<..apakah?? buat suspen orang jer..)
comments for each senario??..silalah di ruangan komen..
nantikan update senario2 terbaru..hehe
Wednesday, January 23, 2008
fakta sejarah: Palestin dan Masjid Al-Aqsa
salam..
tempoh hari In updated a post pasal fakta sirah:era madinah kan..
kali ni, ana pun nak bagi post fakta sirah, but this time, sejarah palestin dan masjid al-aqsa..
ana dapat maklumat ni pada pamplet yang ada kat pejabat isma shah alam tempoh hari..
rentetan peristiwa..
- 330M- palestin di bawah empayar rom (eropah)
- 571M- Nabi Muhamad saw dilahirkan
- 611M- Rasullah dilantik menjadi Rasul Allah
- 621M- Peristiwa Isra' Mikraj. Nabi saw naik ke langit melalui Al-Aqsa
- 638M- Islam membuka Al-Aqsa di zaman kahlifah Uar Al-Khattab r.a
- 1099- Tentera salib menawan Al-Aqsa selama 88 tahun
- 1187- Salehuddin Al-Ayyubi membebaskan Al-Aqsa dari tentera salib
- 1917-Inggeris menawan Al-Aqsa dari kerajaan Islam Uthmaniah
- 1924- Empayar Islam Uthmaniah diruntuhkan oleh Barat
- 1948- Negara 'Israel' ditubuhkan di atas tanah Palestin
- 1969- Majid Al-Aqsa dibakar pengganas Yahudi
- 1987- Intifadah beredpan dengan Israel & kuasa besar dunia
Peristiwa pembakaran Masjid Al-Aqsa berlaku di waktu Subuh pada 21 Ogos 1969M ketika muslimin meninggalkan masjid selepas menunaikan solat subuh.
Pada 21 Ogos 1968, rejim Zionis telah merancang untuk membakar Masjid Al-Aqsa. Seorang Yahudi dari Australia bernama Dennis Michael Rohan telah ditugaskan untuk melaksanakan rancangan tersebut tetapi is dapat dikesan oleh pihak Masjid Al-Aqsa dan Dennis Michael Rohan ditangkap serta dihantar ke Australia. Perancangan untuk membakar Masjid Al-Aqsa gagal pada tahun tersebut.
Pada 21 Ogos 1969, Dennis Michael Rohan dibenarkan datang kembali ke Palestin oleh pemerintah Israel dan berjaya membakar Masjid Al-Aqsa dengan bantuan pihak Yahudi.
Tiga kawasan utama Masjid Al-Aqsa telah tebakar iaitu:
- Masjid Umar yang terletak di penjuru sebelah selatan Masjid Al-Aqsa
- Mimbar Salahuddin Al-Ayubbi dan mihrabnya
- Pintu atas yang terletak di penjuru sebelah barat daya Masjid Al-Aqsa
Rejim Zionis sengaja membiarkan pembakaran ini bahkan pemerintah Yahudi membuat pengadilan pura-pura terhadap Dennis Michael Rohan dan membebaskannya tanpa mengenakan apa-apa tindakan dan hukuman dengan alasan dan hujah bahawa Micahel seorang yang tidak siuman dan 'gila' walaupun dari segi professionalnya, beliau merupakan seorang doktor perubatan.
Pembakaran Masjid Al-Aqsa pada tanggal 21 Ogos 1969 telah mendorong negara-negara Islam menubuhkan OIC yang dianggotai 57 negara sebagai langkah menjadikan isu Palestin dan Masjid Al-Aqsa sebagai isu utama uamt Islam sedunia. Semenjak hari itu judalah, 21 Ogos dianggap sebagai hari memperingati Al-Aqsa sedunia.
well friends, since we cant be there to help them, the least we can do is to be aware of what is going on over there and pray for them. May Allah help them always..
KAMI TIDAK MENGIKTIRAF ISRAEL SEBAGAI NEGARA!!!
Tuesday, January 22, 2008
salehuddin animated series
ni, nak habaq mai kat hampa semua..animasi salehuddin dah keluar..saksikanlah..
episod 1 part 1
episod 1 part 2
episod 1 part 3
episod 2 part 1
episod 2 part 2
episod 2 part 3
selamat menonton
Monday, January 14, 2008
kesilapanku.....
In the name of Allah..the Most Gracious, the Most Merciful...
Pagi ni...seperti biasa, aku bangun sebelum subuh..bgun tuk solat tahajud,solat hajat dan solat sunat subuh seperti biasa. Alhamdulillah...alhamdulillah...sgt2 bertuah punyai environment yg sentiasa dapat mendorongku menambahkan amal2 ibadatku kepadaMu. Bila terasa malas nk buat amalan2 sunat ni...cth solat sunat b4 and after solat fardhu...mesti akan sentiasa dtg ingatan2 yg automatiknye menjelma dlm fikiran...macam pop-up reminder pula.. buat solat sunat ni in..jgn malas2..kata cintakan Allah, kata nak Allah cintakan kita, so..jgn malas2..buat ni..tak lama pun.. dan macam2 lagi..
Pasti teringat lagi kalau malas2 ni..kisah seorang ayah dan ibu yang keluar ke pasar. Kisahnya begini...Sebelum keluar rumah ke pasar, si ibu berpesan pada anak perempuannya untuk mengangkat kain di jemuran pada petang hari. On the way balik dari pasar tu, tiba2 hujan turun dgn lebatnya...Si ibu sangat risau..' Harap2 Timah dah angkat kain di jemuran td..' fikir si ibu. Setibanya di rumah, si ibu terus menanyakan Timah tentang kain jemuran. Dan alangkah leganya dia pabila ketahui bukan setakat angkat kain shj..siap dilipat dan disusun kain-baju itu di almari...bahkan rumah yg tadinya bersepah turut bersih dan kemas. Gembira, lega dan sukanya si ibu itu. Begitulah mungkin jua dgn Sang Pencipta kita.. sedangkan manusia itu begitu mudah merasa suka dan gembira, begitu juga Sang Pencipta. Yang disuruh hanyalah solat fardhu, solat wajib, amalan yg wajib...tetapi betapa suka dan gembiranya jika amalan sunat, solat sunat dibuat sama. Maka, jgnlah bermalas2an membuat amalan sunat..dan ingatlah sentiasa kisah ini apabila malas menjelma..
Sebenarnya nak bercerita tentang tazkirah Subuh pagi td.. Summer holiday ini alhamdulillah, dpt digunakan dgn baik, walau tak sebaik mana. Banyak dugaan dan mainan perasaan yg bermain sepanjang summer..sebelum bekerja ladang..hingga kini..ada shj 'jiwa kacau' pada sesetengah waktu. Setiap hari ada pengisian, bukan sekali bahkan berkali2. Bukan after subuh, tetapi after asar juga..weekend dan waktu2 lain.
Tadi, Kak Sarah bercerita tentang kisah Imam Hassan Al-Banna,pengasas Ikhwan Muslimin di Mesir. Kisahnya, suatu hari, beliau sakit gigi, maka kawan2nya mengajaknya ke klinik untuk menerima rawatan. On the way ke klinik, tiba-tiba beliau membatalkan hajat tersebut dan berpatah balik. Kawan2nya kemudian bertanya sebab beliau berpatah kembali. Beliau menjawab, aku telah meletakkan kebergantunganku kepada dentist itu untuk menyembuhkan gigiku..aku lupa bahawa hanya dengan izin Allah sahajalah gigiku ini akan sembuh. Sebab itulah aku berpatah kembali.
Kisah ni sebenarnya...kena dgn situasi aku sekarang ni. Situasi pening mencari rumah. Bukanlah pening sakit kepala tu..nak kata tension, tak tension pun..relek je..cuma 'risau'. Dapatkerr rumah 5 org ni??? macam susahhh je.. Sampai terdetik di hatiku, ala..antar 4 forms, nanti duduklah 5. pas duduk, bru gtaw agent nak add tenant. Sampai aku terlalu mementingkan agent dan berfikir dari segala sudut. Walhal..yg menentukan segala2nya itu Allah..yg memegang hati2 landlord dan agent2 itu, Allah. Maka..dimana patut kau letakkan kebergantunganmu itu,In??
Kak Ba'i pernah cakap...niat cari rumah tu kena betul.. Ya, selalu ada di ingatan tiap kali inspect rumah. Bismillahirrahmanirrahim...biarlah rumah ini rumah terbaik untuk kami..
Harap bakal2 housmateku juga redha dgn rumah yg bakal kami dapat ini. Aku yakin skali rumah kita sudah ditetapkan..hanya perlu bersabar,bertawakal,berserah dan redha... Redhalah housmate2ku..
Hari ini, aku bekerja..hari ini juga ada inspection di Pelham St. sangat dekat dgn Bedford. Dari pintu Bedford sudah boleh dilihat rumah itu. Aku minta pertolongan Kak Achik untuk inspect'kan..
itulah....muga Allah memudahkan urusan pencarian rumah dan menyegerakan dapat rumah..Amin...
Allah knows~