Thursday, September 23, 2010

sinis....

Senyum-senyum sinis menjerat

16 MAY 2009 BY AL-MUNTALAQ 191 VIEWS ONE COMMENT

belittleJika diperhati kepada Sirah Nabi, Abu Lahab dan Abu Jahal adalah pemuka Quraisy yang terkenal. Abu Jahal dikenali sebagai Abu Hakam (Bijaksana). Namun selepas datangnya Islam, Abu Hakam tidak lagi bijaksana. Ia dikenali sebagai Abu Jahal (Bodoh atau Jahil) lantaran satu amalan yang menjeratnya: senyum-senyum sinis dan ketawa apabila kebenaran hadir kepadanya.

Apa sebenarnya yang tersembunyi dalam senyum-senyum sinis? Senyum yang baik ialah sedekah tetapi senyum yang sinis terhasil dari perasaan dalam hati yang mengecil-ngecilkan individu atau kebenaran yang dibawa. Kalau kita mengecil-ngecilkan individu, siapakah yang diperkecilkan sebenarnya? Si individu tadi tentu tidak mahu dicipta begitu, namun hakikatnya ialah datang dari Penciptanya. Senyum-senyum sinis mengecilkan tubuh badan atau fizikal seseorang ialah mengecilkan Penciptanya.

Namun ada satu lagi senyum-senyum sinis yang bahaya. Senyum-senyum sinis kerana memperlekehkan kebenaran. Apabila dilihat seseorang sedang menyatakan kepada kebenaran, Abu Jahal dan Abu Lahab senyum sinis dan ketawa. Senyum sinis dan ketawa tidak datang tiba-tiba. Ia hasil dari hati yang rosak dan memperkecilkan kebenaran. Memperkecilkan kebenaran ialah ciri orang yang sombong.

Sabda Nabi:

2009-05-16_081327

“Tidak dapat masuk syurga seseorang yang dalam hatinya ada sifat kesombongannya seberat debu.” Kemudian ada sahabat berkata: “Sesungguhnya seseorang itu ada yang senang jikalau pakaiannya itu baik dan terumpahnya pun baik.” Beliau s.a.w. lalu bersabda: “Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan mencintai keindahan. Kesombongan itu ialah menolak kebenaran dan menghinakan orang banyak.”

Dalam hadith di atas, Batharulhaqqi ialah menolak kebenaran dan mengembalikannya kepada orang yang mengucapkannya itu – yakni memberikan bantahan pada kebenaran tadi, sedang ghamthunnasi
ialah menghinakan para manusia.

Apa yang dikhabarkan dalam hadith di atas menjelaskan mengapa individu yang sombong ini adalah salah satu syirik khofi atau tersembunyi – lantaran ada ilaah atau tuhan lain yang disembah selain Allah – iaitu nafsu sendiri yang ingin dibanggakan. Individu yang senyum sinis dan ketawa pada kebenaran ini juga ditempelak dalam Surah al-Mutaffifin:

2009-05-16_073519

83: 29. Sesungguhnya orang-orang Yang derhaka, mereka selalu tertawakan orang-orang Yang beriman.
30. dan apabila orang-orang Yang beriman lalu dekat mereka, mereka mengerling dan memejam celikkan mata sesama sendiri (mencemuhnya).
31. dan apabila mereka kembali kepada kaum keluarganya, mereka kembali Dengan riang gembira;
32. dan apabila mereka melihat orang-orang Yang beriman, mereka berkata: “Sesungguhnya orang-orang itu adalah golongan Yang sesat!”
33. pada hal mereka tidak diutus untuk menjaga sesat atau tidaknya orang-orang Yang beriman itu!
34. maka pada hari ini, orang-orang Yang beriman pula tertawakan orang Yang kafir itu.
35. sambil mereka berehat di atas pelamin-pelamin (yang berhias), serta melihat (hal Yang berlaku kepada musuhnya).
36. (untuk menambahkan kegembiraan mereka, mereka ditanya): “Bukankah orang-orang Yang kafir itu telah dibalas akan apa Yang mereka telah kerjakan dahulu?”

Apakah yang disampaikan dalam ayat di atas? Orang yang derhaka ialah mereka yang suka mentertawakan orang-orang beriman kerana membawa kebenaran. Mereka memejam celikkan mata sebagai tanda sinis dan cemuh. Malah lebih teruk lagi, apabila bertemu kumpulan yang sehaluan dengan mereka, mereka menyatakan bahawa orang beriman dan kebenaran yang dibawa adalah sesat atau ‘tak boleh pakai’. Jika ‘tak boleh pakai’ dinyatakan secara serius untuk didiskusi, dibantah atau dicari kebenaran, ini adalah lumrah manusia kerana memang ada manusia yang tidak faham pada sesuatu perkara sehingga mereka menentang. Tanpa ketawa dan senyum sinis, seseorang masih mampu berfikir untuk mencari kebenaran.

Namun kalau ia diselangi dengan derai ketawa dan senyum sinis, ia memberi mesej bahawa hati ada sifat sombong. Individu yang sombong tidak mampu menerima kebenaran.

Lantas, pernahkah kita tersenyum sinis pada kebenaran dan manusia lain? Senyum sinis itu bermula dari hati. Kalau hati mahu sinis, sila tanyakan ‘sinis ini kerana Allah atau kerana merasakan diri hebat?’ Kalau rasa diri hebat, Nauzubillah. Api di dunia yang lebih 70 kali ganda sejuk ini pun tidak mampu kita pegang secara direct lebih 2 minit.

Ya Allah, jauhkan kami dari senyum-senyum sinis hingga terjauh kebenaran dari kami.


sy salin dan tampal lagi.

Wednesday, September 22, 2010

because i am a woman.

Baru-baru ini saya berbual dengan seorang ukhti tentang fitrah seorang wanita yang mudah sekali tersentuh jiwanya. Ukhti itu menceritakan kepada saya tentang hakikat beberapa buah studies yang pernah dijalankan yang mendapati kaum Hawa ini sememangnya tidak mudah melupakan sesuatu peristiwa dan sangat kuat ingatannya tentang perasaannya terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa. Dengan kata lain, wanita sukar melupakan sesuatu kesedihan, kepedihan di hati dan detik-detik yang menyentuh hatinya, simply because she is a woman.

Barangkali atas reason yang sama, Allah SWT memberi tempoh waktu ’rehat’ 4 bulan 10 hari kepada wanita yang kematian suaminya yang dicintai sepenuh jiwa. 4 bulan 10 hari itu satu tempoh yang lama. Kenapa perlu wanita ini diberi masa selama ini untuk bertenang dan kembali bersedia untuk meneruskan hidupnya? Kenapa perlu ‘grief’ lama-lama? Bukan soal mahu grief lama-lama sebenarnya. Bahkan sebenarnya, tempoh selama itu pun barangkali belum cukup untuk menenangkan kesedihan yang melanda dada seorang wanita. simply because, she is a woman.

Wanita lebih mudah mengingati sesuatu yang menyakiti hatinya. Kerana itu, kadangkala wanita lebih mudah berdendam. Tapi wanita, uniknya, lembut sekali hatinya, maka dengan sifat yang sama, dia mudah memberi maaf sekalipun kepada orang yang terlalu banyak menyakitinya. Ini bukan sekali dua kita saksikan dalam masyarakat kita. Betapa ramai isteri-isteri yang masih memaafkan dan menerima suami yang dulunya pernah memukulnya, pernah curang kepadanya, atau mungkin juga pernah menipunya. Tapi tidak pernah jemu sang isteri memberi maaf, simply because she is a woman.

Inilah istimewanya seorang wanita. Dan atas keistimewaan inilah Allah SWT berkenan menjadikan wanita sebagai golongan yang melahirkan generasi demi generasi. Simply because, we are women.

Saya membaca beberapa artikel yang ditulis Marcus Buckingham yang banyak menulis buku-buku motivasi berkaitan wanita. Beliau menghuraikan ciri-ciri yang ada pada wanita-wanita yang bahagia yang pernah beliau temui.

Kata Marcus Buckingham, kita wanita harus belajar berkata ‘ya’ instead of belajar berkata ‘tidak’. Ramai orang selalu kata, ‘ko kena learn to say no”. Tapi hakikatnya tidak. Yang sebenarnya adalah kita perlu berkata ‘ya’. Saya bersetuju dengan idea Marcus ini tetapi secara selektif. Ertinya, dalam beberapa hal, berkata ‘YA’ sememangnya diperlukan. Tapi untuk sebuah hakikat yang dalam, saya juga yakin, dalam beberapa hal, kita masih juga perlu berkata ‘TIDAK’. Bila kita diajak kembali kepada jahiliyah, yang kita suka dan gembira melakukannya, meskipun kita tau kita akan bahagia melakukannya, namun kita tidak bisa berkata ‘YA’ kepadanya lagi. Kerana bencinya kita kembali kepada jahiliyah itu. Sekalipun kita akan sedih untuk satu jangka masa yang agak lama kerana berkata ‘TIDAK’ kepadanya.

Hari ini saya rasa seperti mahu menyelami diri saya sebagai seorang wanita, sekurang-kurangnya menghargai kewanitaannya untuk beberapa ketika. Saya mahu hargai sifat wanita yang tidak mudah melupakan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam hidupnya. Saya mahu hargai detik-detik pedih yang melanda hidup saya kerana saya cuba menjadi seorang wanita yang diredhaiNya. Saya mahu melihat cermin dan melihat wajah seorang wanita di hadapan saya, bukan siapa-siapa, tapi seorang wanita. Saya mahu mensyukuri nikmat menjadi seorang wanita ini seadanya keran tingginya martabat seorang wanita di sisi Allah SWT.

Saya mahu hargai strong moments yang pernah mencuri waktu-waktu gembira saya dahulu dan menggantikan dengan waktu-waktu sukar yang cukup bermakna. Tapi hari ini saya akan menghargainya, simply because I am a woman.


sy salin dan tampal.