Wednesday, October 31, 2007

Lost in the emptiness

One day had gone
another yet to come....
feels empty inside
searching for the lost light

missing those moment
"rukuklah beserta org2 yg rukuk"
Al Baqarah verse 43
ah, how i am missing the moment

free time comes again
ok, use this for studying
staring at the notes
memorising them all
as if this is the final of all

thought i can stand the struggle
i want to work harder
may the result is better
thou my mind is brighter
but my heart is emptier


trying to fill the emptiness
by mingling with others
laughing, watching, talking
thought i will feel happier
but in the end, my heart's hardened

i look to the left
i look to the right
but I forget to look at
The One that is always watching
Al Khaliq that creates me, not just to study
Ar Rahman that loves me, even when I forget him
Al Khafidu, Ar RAfi'u,Al Mu'iz, AL Muzil

Even a step away from Your straight path
I am lost
in this empty, empty little world

Now I undertstand
"Hanya dgn mengingati Allah hati akan menjadi tenang"
not another human, not another song, not another books
neither it is another human-made philosophy
Remember Allah
Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain Dia
Hanya kepadaNya lah aku bertwakkal
dan Dialah Tuhan yang memiliki Arasy yang agung
(wa atuubu ilaik)
AtTaubah:129

::white sky::

yang paling susah. tu. relatif.

ada orang, dia paling susah untuk bangun pagi.
ada orang, dia paling susah untuk ingat nama orang lain.
ada orang, dia paling susah untuk faham orang.
ada orang, dia paling susah untuk senyum.
ada orang, dia paling susah untuk kawal marah.
ada orang, dia paling susah untuk minta maaf.
ada orang, dia paling susah untuk menghafal.
ada orang, dia paling susah untuk basuh pingan lepas makan.
ada orang, dia paling susah untuk mengaji, masih satu-satu bacaannya.

ada orang, ada orang, ada ramai orang,
yang kesusahan dia, mungkin kita rasa remeh, mungkin kita rasa kecil. mungkin kita rasa agak-susah-tapi-boleh-diatasi-lagi.
yang penting, tak semua orang rasa sama. mungkin ada iras-iras.
tapi kalau nak kata sama, tak semestinya.


ada seorang hamba Allah pernah cakap, kadang-kadang, kita boleh rasa senyum dengan orang lain tu senang. tapi itu kalau masa kita gembira la. cuba letak kita depan orang ramai, masa kita sedang sedih, masa fikiran tengah berpintal-pintal dalam kepala. masa kita tengah kecewa dan hancur luluh hati. cuba letak, kat depan kita orang yang paling kita benci dalam dunia (ambil kes ekstrim.. insyaAllah tak ada). dan masa tu, tanya dekat diri sendiri lagi. senyum tu, susah ke senang? masa tu, kalau boleh, kita nak beritahu, menjerit dekat satu dunia, yang kita tengah sedih, yang kita tengah marah, yang kita tengah ... ape-apela...

kadang-kadang, kita rasa nak beri orang lain makan, masa rezeki mencurah-curah pada kita, memang senang. cuba kalau masa kita pun kekeringan, dan kelaparan, contoh tinggal sepertiga keping roti dalam tangan, perut tengah berbunyi-lapar, akan berkongsikah kita dengan orang yang tidak ada makanan langsung? senang ke nak bagi makan pada orang lain pada masa tu? [90:14]

kan dah kata, susah tu, relatif.

kita pun tak dapat nak agak bila kita rasa susah.

tapi, Dia tengok usaha, bukan hasil.
dan kesusahan tu, walaupun kita berbisik pada diri sendiri sahaja pun, dia dengar.
maka, usahalah. usaha. mujahadah. sampai penat. sampai mati.

bukan orang yang paling layak cakap tentang mujahadah. tapi untuk ingatkan diri sendiri.

one person should know better saying things to other people. but pardon my lack-ness.

forgiving is not losing your pride. but it's just giving yourselves a room in your heart..
so forgive my wrong-ness.

selamat bermujahadah. untuk ujian. dunia dan akhirat.

n/b: entri yang tak dapat dihabiskan. sekatan masa. sekatan ilmu. dan banyak perkara lain yang perlu dititik-beratkan.

salam.

Monday, October 29, 2007

Random thoughts di pagi senin

Bila rasa down, ambik 'ubat' cepat2! (10:57)

-------------

wahai hati...
Kau mahu kembali ke paya busuk yang dalam itu kah?
Setelah lama kau berlawan, melawan..
kau mahu biar diri terlawan?
Peluh belum sempat kering..
lelah masih belum hilang...
kau mahu sia-siakan semuakah?
paya itu busuk, berlumpur dan jijik..
setelah habis tenaga kau cuba buang kotor itu
setelah berkali-kali luka,
baik dan luka kembali..
kau mahu semuanya sia-sia?
wahai hati...
jangan...
jangan biar diri tewas..
kalah ini, aku takkan terima...
Dia takkan terima..
takkan takkan takkan aku terima..
wahai hati..
teruskan degil mu, menahan dari jatuh
teruskan semangatmu, menahan dari gelincir..
paya itu busuk dan berlumpur...
cukuplah sekali..
cukuplah hanya kali itu...
kau tahu kau benci busuk dan berlumpur itu..
kau benci
Dia benci

------

Ya Allah, pilih aku untuk diberi kekuatan..
Ya Allah.. pilih aku, untuk kuat!
Ya Allah.. pilih aku..
pilih aku
pilih aku
pilih kami
pilih kami
pilih kami

La hawla wala quwatta illa billah ..

Saturday, October 27, 2007

imtihan(ujian)

exam tiba,

takut,risau,tak habis study,tak faham konsep, kena hafal byk points,tak boleh tidur,takut..takut..

wahai manusia,

"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar"

(2:155)

So, sabar, sabar, sabar, SABAR...janji DIA pasti..pasti..gembira pengakhirannya.


ala...memang la sabar..tapi takut la..subject kali ni ssh..dah tak reti nak study macamana lagi..memang tak boleh nak terima la subject ni..susah sangat.

wahai manusia,

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"

(2:286)

Ya Rabbi, Ya Rahman, Ya RAhim...Engkau selalu pujuk hati ini..sentiasa..selalu..hanya Engkau yang tahu..hanya Engkau..

Ha....kan dah cakap, tengok..aku fail subject ni..down gile..hampeh..dunia gelap gulita.

wahai manusia,

" Tetapi boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu, padahal itu lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"

(2:216)

Ulang suara: Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.


(redhailah kami ya allah)

muslim sepenuh masa

soalan pertama : apa?
soalan kedua : bagaimana?
soalan ketiga : di mana?
soalan keempat: siapa?
soalan kelima : bila?
soalan seterusnya.......................................

jawapan pertama : seperti di bawah
jawapan kedua : seperti di bawah
jawapan ketiga : seperti di bawah
jawapan keempat: seperti di bawah
jawapan kelima : seperti di bawah
jawapan seterusnya......................................


hanya itu sahaja-hanya itu sahaja jalan-hanya itu sahaja jalan lurus-hanya itu sahaja.
hanya itu pilihan-hanya itu pilihan diberikan Allah-hanya itu pilihan terbaik-hanya itu pilihan.
tiada istilah ambil sikit-sikit,coet-coet,pilih-pilih,seronok-seronok,ikut-ikut,pengaruh-pengaruh.

he! itu jumud-ketinggalan-tok nye-tok nandok.

Tidak. ini bukan ke belakang. ini ke hadapan.ini jalannya, ini caranya, ini modennya, ini.ini sahaja.

Allah mengetahui sedang kita tidak ketahui, Dia tahu siapa kita dari kita tahu kita siapa, Dia tahu yang paling baik untuk makhluk yang diciptakan-Nya.

Bagus sangatkah kalau nak juga buat larangan-Nya. Sudah tahap tersangat-sangat baik?

Apa?

Aku? aku sedar aku siapa. aku sedar siapa aku.aku bukan siapa-siapa. aku masih berusaha. aku akan tetap berusaha. Masih banyak lubang. Masih banyak untuk ditampal. Tak layak untuk bersoal ini. Tapi aku yakin aku pasti ini yang terbaik. ini yang paling baik untuk aku untuk kamu untuk seluruh alam. Islam pasti menang.InsyaAllah

Kamu?

(maaf pada kekurangan)

Friday, October 26, 2007

Ibtida'

Bismillah...
Salam Al-Insyirah..
Who is excited about this blog, raise your hand! (teacher in the making ;p). Anyway, excited or not, I just want to say a few things for a start.
  • Postlah apa-apa yang dirasakan bermanfaat/berkaitan/or just terasa nak share, preferable nukilan sendiri. Doesn't matter dalam bentuk apa, or dalam language apa.
  • Kalau nak copy-paste article, pastikan yg benar-benar best/berkaitan/bermanfaat dan preferably add some of your own comments/ulasan.
  • ceh, sukati je saye letak rules.. semua pun, feel free untuk bagi cadangan dan komen ke.. improve...
  • bersama kita make full use of this technology
  • rajin-rajinlah post ye... dan comment oso!
  • sharing is caring .. caring is loving..
  • terase layout/template blog ni too white/ too simple/ too typical? later after exam I'll tweak here and there, k, InsyaAllah... (or sesape yg terase nak buat :D)
  • Study2! exam dah dekaaaat (oh, org yang menulis, sedarlah).
  • Doalah semoga dipermudahkan segala urusan.. bismillahi tawakalna alallah..
Hmm.. kalau ade ape2 lagi I'll add on later...

Ilal liqa' (Jumpa lagi!)

P/S: can anyone creatively write something for pengenalan/about (the solacesouls) .. what I've written up there is just serangkap from lagu lama...

Al-Insyirah means Solace

1. Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (Wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?

2. dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -

3. Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

4. dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

5. oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

6. (sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

7. kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal Soleh), maka bersungguh-sungguhlah Engkau berusaha (mengerjakan amal soleh Yang lain),

8. dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon.


(94:1-8)