Wednesday, October 31, 2007

::white sky::

yang paling susah. tu. relatif.

ada orang, dia paling susah untuk bangun pagi.
ada orang, dia paling susah untuk ingat nama orang lain.
ada orang, dia paling susah untuk faham orang.
ada orang, dia paling susah untuk senyum.
ada orang, dia paling susah untuk kawal marah.
ada orang, dia paling susah untuk minta maaf.
ada orang, dia paling susah untuk menghafal.
ada orang, dia paling susah untuk basuh pingan lepas makan.
ada orang, dia paling susah untuk mengaji, masih satu-satu bacaannya.

ada orang, ada orang, ada ramai orang,
yang kesusahan dia, mungkin kita rasa remeh, mungkin kita rasa kecil. mungkin kita rasa agak-susah-tapi-boleh-diatasi-lagi.
yang penting, tak semua orang rasa sama. mungkin ada iras-iras.
tapi kalau nak kata sama, tak semestinya.


ada seorang hamba Allah pernah cakap, kadang-kadang, kita boleh rasa senyum dengan orang lain tu senang. tapi itu kalau masa kita gembira la. cuba letak kita depan orang ramai, masa kita sedang sedih, masa fikiran tengah berpintal-pintal dalam kepala. masa kita tengah kecewa dan hancur luluh hati. cuba letak, kat depan kita orang yang paling kita benci dalam dunia (ambil kes ekstrim.. insyaAllah tak ada). dan masa tu, tanya dekat diri sendiri lagi. senyum tu, susah ke senang? masa tu, kalau boleh, kita nak beritahu, menjerit dekat satu dunia, yang kita tengah sedih, yang kita tengah marah, yang kita tengah ... ape-apela...

kadang-kadang, kita rasa nak beri orang lain makan, masa rezeki mencurah-curah pada kita, memang senang. cuba kalau masa kita pun kekeringan, dan kelaparan, contoh tinggal sepertiga keping roti dalam tangan, perut tengah berbunyi-lapar, akan berkongsikah kita dengan orang yang tidak ada makanan langsung? senang ke nak bagi makan pada orang lain pada masa tu? [90:14]

kan dah kata, susah tu, relatif.

kita pun tak dapat nak agak bila kita rasa susah.

tapi, Dia tengok usaha, bukan hasil.
dan kesusahan tu, walaupun kita berbisik pada diri sendiri sahaja pun, dia dengar.
maka, usahalah. usaha. mujahadah. sampai penat. sampai mati.

bukan orang yang paling layak cakap tentang mujahadah. tapi untuk ingatkan diri sendiri.

one person should know better saying things to other people. but pardon my lack-ness.

forgiving is not losing your pride. but it's just giving yourselves a room in your heart..
so forgive my wrong-ness.

selamat bermujahadah. untuk ujian. dunia dan akhirat.

n/b: entri yang tak dapat dihabiskan. sekatan masa. sekatan ilmu. dan banyak perkara lain yang perlu dititik-beratkan.

salam.

2 comments:

muna khaider said...

yes.. nothing is absolute. (terase cam topic physics:special relativity la plak)

we leave everything to be judged by Allah.

different people will judge differently.. they're millions of people.. millions of opinions..

yayaya.. tak kesah la ape org kate, yg penting we do our very best (relative to our own ability), and tawakkal pada-Nya..

:fighter: said...

true..
true..
jzklh khayr for the reminder.
byk kali kite terimpose our own value on others.
indeed..neraca Allah is the only neraca to be used.
jzklh again for the reminder :)