Friday, November 28, 2008

A story.

Bismillahirahmanirrahim...
someone gave me this story..and I thought I would like to share it with everyone.

There was a little boy visiting his grandparents on their farm. He was given a slingshot to play with out in the woods.
He practised in the woods, but he could never hit the target. Getting a little discouraged, he headed back for dinner. As he was walking back he saw Grandma's pet duck. Just out of impulse, he let the slingshot fly, hit the duck square in the head and killed it.
He was shocked and grieved! In a panic, he hid the dead duck in the wood pile, only to see his sister watching! Fatima had seen it all, but she said nothing. After lunch the next day Grandma said, ' Fatima , let's wash the dishes.'
But Fatima said, 'Grandma, Ahmed told me he wanted to help in the kitchen.' Then she whispered to him, 'Remember the duck?' So Ahmed did the dishes. Later that day, Grandpa asked if the children wanted to go fishing and Grandma said, 'I'm sorry but I need Fatima to help make supper.' Fatima just smiled and said, 'Well, that's all right because Ahmed told me he wanted to help.'
She whispered again, 'Remember the duck?' So Fatima went fishing and Ahmed stayed to help. After several days of Ahmed doing both his chores and Fatima 's, he finally couldn't stand it any longer. He came to Grandma and confessed that he had killed the duck. Grandma knelt down, gave him a hug and said, 'Sweetheart, I know.
You see, I was standing at the window and I saw the whole thing, but because I love you, I forgave you.
was just wondering how long you would let Fatima make a slave of you.

' Thought for the day and every day thereafter? Whatever is in your past, whatever you have done... and the devil keeps throwing it up in your face
(lying, cheating, debt, fear, bad habits, hatred, anger, bitterness, etc.)...whatever it is...
You need to know that Allah was standing at the window and He saw the whole thing.
He has seen your whole life. He wants you to know that He loves you and that you are forgiven. He's just wondering how long you will let the devil make a slave of you. The great thing about Allah is that when you ask for forgiveness, He not only forgives you, but He loves you.
It is by Allah's grace and mercy that we are saved.

always remember: Allah is at the window!

Thursday, November 20, 2008

Tentang Komunis.

Bismillahirrahmanirrahim...

Igt tak komunis pernah menjajah negara kita? Dulu moyang sy selalu bercerita sebelum tidur tentang kezaliman komunis2 di Tanah Melayu. Mencabut kuku..siksa sebat dan sebagainya..
Selalu pun kita dgr dunia ini terbahagi kpd 2 component..capitalism and communism..
Selalu rasa diri sangatlah tak tahu dan tiada ilmu pengetahuan tentang hal2 sebegini. Selalu rasa 'ok slps ni nak cari kat website or buku2 tentang communism.' Then bila dah jumpa, boring pula nak baca..
so sekarang kpd sesiapa yg ingin menambahkan ilmu pengetahuan tentang communism, malas nak baca buku, bolehlah menonton dokumentari ini. InsyaAllah, fakta yg diberikan boleh dipercayai.
Boleh didownload di : http://www.harunyahya.com/en.m_video_index.php

or..if tanak download, bleh dtg Pelham, pinjam. =)

sangat..sangat..sangat digalakkan!! tolonglah tengok...

Tuesday, November 18, 2008

Wednesday, November 12, 2008

Tempat X kali kedua.



Bismillahirrahmanirrahim..

kali kedua bermalam dan menuntut di tempat X. Banyak yg dpt dipelajari.. org kata mengutip mutiara-mutiara berharga. seharian bersama ukhti yg bakal pulang ke Malaysia..tidaklah ada pengisian atau program khas untuk kami , cukuplah berada bersama-sama dalam satu rumah dan hidup bersama-sama. Melalui pemerhatian dan perasaan sudah cukup untuk sy belajar. Method mendapatkan ilmu itu, tidaklah hanya terletak pada berkata, mendengar dan bersoal..orangkata mencungkil rahsia...bukan menafikan, cuma ingin mengatakan bukan itu sahaja caranya utk mendapat 'ilmu'. You Observe, You Learn. Sy, tidaklah byk menyoal dan tidaklah byk berborak. Lebih senang dgn cara memerhati dan meneliti.

Ukhti ini, bakal berkahwin hujung November ini insyaAllah..perbincangan dengannya sekitar isu perkahwinannya, membuatkan sy banyak berfikir sekitar isu Baitul Muslim, sekitar isu mitsaqan ghaliza (perjanjian yg kukuh).

Sebenarnya, sy rasa, dari first pembentangan ISK..bila disebut 7 anak tangga maratib amal itu dan tangga pertama adalah pembinaan individu kemudian baitul muslim, ramai yg mungkin sudah pun berfikir, once u step into this system, u will have to follow this route..once u choose to be in this path, u will devote whole ur life to Allah solely. if u really..really really want to follow this path..u have to tajarudkan diri..leave all those that are not for Allah. berat. susah. sukar sekali. pd awalnya. tp insyaAllah..untuk sesuatu yg mahal..usahanya payah. pengorbanan itu pasti.

Plan ur life. Sy rasa ramai dah awal2 set kan timeline.umur sekian habis belajar. umur sekian kerja or sambung study. pergi haji. kahwin. anak.. and so on.. itu kalau jangka masa panjang..cuba lihat dlm waktu yg terdekat. sedar tak sedar sudah penghujung 2nd year. tahun depan 3rd year sudah dan mungkin final year buat beberapa sahabat. plan ur life. By end of this year, dah buat ini, itu. Start next yr dah buat ini itu. summer ni nk buat ini itu.rancang.Tapi jgn lupa, kematian itu pasti. bersederhanalah dari segala segi.
Saya, tidak suka hidup sy dirancangkan..biarlah sy yg merancangnya. but yes, at the end, Allah jua yg menentukan segalanya.
takut rasa..tulis memang mudah. nk laksanakan? ya Allah, ampunkanku andai apa yg sudah ku janji tidak ku tunaikan. Maaf andai apa yg ditulis tidak diterjemah dlm amal.
Kerana ini lah, dakwah itu tdk di internet semata. ia perlu pd penyeruan. tidak perlu fikir pd penyeruan yg kompleks..bila kata dakwah, maksudnya mengajak kebaikan dan meninggalkan keburukan. kita ajak sahabat solat jemaah, itu sudah dikira berdakwah,insyaAllah. Allah sematalah yg menilai. Perkara kecil boleh menjadi besar begitu juga sebaliknya bergantung hanya pada niat.

kita kalau duduk serumah dgn housemate, pastilah pd awal-awal pemilihan housemates, kita nk tinggal dgn mereka yg sehala. kita nk serumah dgn mereka yg baik, sabar, ngam ngan kita, sekepala. senang cerita kalau di melbourne ni, kita nak housemate kita adalah mereka-mereka yg dalam tarbiyyah..supaya segala teori dapat diamalkan dlm rumah. supaya diri sentiasa tetap (by Allah's will) di atas jalan ini.supaya sentiasa diingatkan dan dinasihatkan. perlu tinggal serumah dlm tempoh masa maksimum 3 atau 4 tahun.depends berapa lama kita di sini.
begitu juga, bila kita memilih seseorang yg akan tinggal bersama kita, seumur hidup. kriteria bagaimana yg diutamakan? fikirlah sedalam-dalamnya. neraca pilihan itu sgt2 penting. Bak kata seseorang, ia persoalan antara syurga dan neraka. kerana siapa yg dipilih menentukan rijal2 pewaris di masa hadapan. mohon moga Allah tentukan yg terbaik dalam dakwah.

Kalau dilihat perkataan Mitsaqan Ghaliza (yg bermaksud perjanjian yg kukuh) dalam Al-Quran, ada 3 tempat.

1. Allah membuat perjanjian dgn para Nabi Nuh, Ibrahim, Musa dan Isa. (Al-Ahzab 33:7)
2. Allah mengangkat bukit thur di atas bani Israel dan menyuruh mereka bersumpah setia pada Allah. (An-Nisa 4:154)
3.Allah menyatakan hubungan pernikahan. (An-Nisa 4:21)

Perjanjian perkahwinan ini diselarikan dgn perjanjian para Nabi, perjanjian dgn Bani Israel, sesuatu yg agung dan berat. Fikir.

hurm...sy rasa masih awal utk membicarakan topik ini, but sooner or later, kita insyaAllah akan menempuhi juga kan..makanya, tidak salah kita fikirkan dari sekarang.

wallahualam.

Oh bilakah


Rindu dengan ramai orang.
Di kala sibuk nak exam. Tends to feel lonely la jugak. Huhu. Stress, stress.
Tak sabar nak habis exam. Jumpa orang ramai.
Tak sabar nak habis exam. Nak accept tetamu dr pelbagai pelusuk dunia :D.
Terindu masa winter pulak.
Rindu keramaian disaat akademik tidak menganggu fikiran.

Heh, tak sabar nak habis exam je sebenarnya.. tapi takut jugak ill-prepared for the papers.

Apa-apa pun.. teruskan mujahadah, muna!!!!!

huhu.. sgt susah nak all out utk ujian dunia nih~

Monday, November 10, 2008

kittun fi Pelham




Bismillahirrahmanirrahim.

Di rumah, ada beberapa ekor kucing. Personally, sy bukanlah org yg sukerr sgt kucing. ada ke tak ke tak kisah. tp prefer tak ada. Anak2 kucing ni comel. Bila bermain dgn tikus tipu, dikejarnya tikus itu..terfikir sendiri, tidak penat2 kah kucing ini. bukanlah tikus itu akan memberi apa2 faedah kpdnya. yelah..masih kecil..masih baru lg hidup di dunia ini.. masih naif.. masih tidak tahu apa2 lagi. ditipu pun tidak tahu. ditipu dgn tikus mainan yg disangkanya boleh memberi manfaat.

Cuba beri pada si ibu, si ibu tidak kisah pun...tiadalah si ibu ini ingin mengejar2 tikus mainan itu sebagaimana anak2nya. Yelah..sudah bergelar si ibu.. sudah lama hidup di dunia ini. sudah dpt membezakan tikus benar dan tiruan. Betapa si ibu ini sedar tikus tu mainan cuma. tidak perlu utk bersusah payah pusing2 kejar tikus yg tidak dapat memberi apa2 manfaat pun akhirnya. heh betapa bijaknya si ibu kucing ini. tidak kan tertipu dgn tipu helah manusia.

Moga kita, bijak mengatur langkah, merancang kehidupan agar tidak tertipu, tidak terpedaya dgn permainan dunia.

hurm, hari itu, tgk movie Kun Fayakun, and indonesian movie... seribu kesyukuran kupanjatkan kpd Ilahi kerana aku tergolong dlm golongan2 yg dimurahkan rezeki, tidak pernah merasai kehidupan sebegitu. Rezeki murah. bila lapar, ke dapur, makan. kalau tak, ke lazzat, bismi, esteler..beli makanan. oh mewah sungguh. melebihi kecukupan. Alhamdulillah...tp ingat! akan ditanya kelak akan nikmat2 yg diberikan ini. oh!

At-Takasur: summa latus alun nayau maizin anin naim...
"Kemudian kamu benar2 akan ditanya pd hari itu ttg kenikmatan (di dunia).

Sunday, November 9, 2008

selesai.



habis exam.....
right after habis exam, first thing come in mind --> nk tido! sampai Melbourne Central, Aisya belanja inari, then beli barang rumah kat Laguna and pulang.

Sekarang..
dah 2 hari dah habis exam. nasibler internet low skarang..kalau tak, habis dah download bahan.
Semalam, tgk Prince of Egypt, entah berapa kali tgk pun tak tahu. me feveret cartoon. then, my friend suggested this movie, Prophet Musa and Ark of Covenant..esok insyaAllah nk tgk.

ok, my plan before 22nov.

baca balik Raheeq Maktum.
tgk lagi The Message.
pergi Federation Square, start plan tempat2 menarik nk bawa org kat Melbourne ni.
prepare!

k..sambung esok.

sahabat2, takpe eh sy wut blog ni mcm blog sy? ^_^

Saturday, November 8, 2008

FAMSYFORUM

salam

Wahai sekalian manusia, marilah mendaftarkan dirimu menjadi ahli FAMSYFORUM.

Sila klik di sini

Jumpa di sana.. (^_~)

Sunday, November 2, 2008

Inspirasi burung hud-hud

Salam. Penulis hanya menunaikan amanah seorang sahabat.


“ Kitorg agak tension bila ikuti program dengan kakak-kakak. Macam tegang.”
“ Saya cemburu melihat akhawat C sudah mula menjadi naqibah. Kitorg ni still tak ada apa-apa lagi”.
“ Yelah, lainlah akhawat N sudah memegang usrah. Baru dapat praktikkan apa yang dipelajari. Kami ni, still lagi belum ada….”

Terkedu.

Buat kesekian kalinya, ada tusukan di hatiku.

Mengapa masih begitu?


Salaam memang lama tak menjengah ke blog ini. Hanya sekali-sekala tatkala berkesampatan, tatkala diri terasa untuk membasahkan iman. Alhamdulillah, syukur dipanjang kan ke hadratNya yang masih membenarkan diri ini bernafas, bernafas dalam nyawa Islam.

Kenapa saya ingin menulis setelah sekian lama menyepi dari bidang penulisan (ecewah, padahal baru post satu poem je awal2 dulu. Mungkin untuk mengajak rakan-rakan untuk mengubah satu persepsi. Mengubah paradigma. Change our paradigm. Tentang apa? Tentang perubahan itu sendiri.

Banyak di antara kita yang menyedari, perlunya masyarakat diubah, dari kurang pemahaman terhadap Islam kepada lebih memahami agama yang suci ini. Bahkan bukan sahaja memahami, malah mempraktikan Islam.

Akan tetapi, pemahaman takkan membawa apa-apa kalau kita sekadar faham kemudian kita berehat di rumah dan tidur di atas katil. Perubahan tidak akan berlaku sekadar kita memahami tahap Professior agama tapi hanya menunggu orang datang ke tempat kita untuk kita mengajar mereka ilmu kita. Perubahan juga tidak akan berlaku dengan hanya sekadar sekali dua berjumpa dan kemudian mengharapkan si kawan itu terus bersemangat untuk meninggalkan jahiliyah.

Ya aiyuhal muslimun. Perubahan hanya akan berlaku bila kita sendiri yang memulakan langkah tanpa perlu disuruh. Tanpa perlu menunggu diri menjadi naqibah. Perubahan juga tidak akan berlaku sekadar kita memberi komen tentang kekurangan sesuatu tanpa kita sendiri yang mengubahnya. Perubahan itu perlu dilakukan tanpa perlu menunggu orang lain yang membuka peluang. Kerna sesungguhnya, perubahan itu hanya akan berlaku bila kita sendiri yang mencipta peluang. Jadilah seperti burung hud-hud, yang kerna usahanya dan keberaniannya, Ratu Balqis dan negeri Saba’ merasai nikmat Islam dan meninggalkan jahiliyah mereka di belakang..

Peluang juga takkan tercipta sekadar kita berdoa dan tidak berbuat apa-apa. Tanamkanlah dalam diri kita. Tinggalkan keselesaan kita di belakang. Tinggalkan rumahmu di belakang, jika benar-benar mahukan perubahan itu. Jujurlah pada diri. Bersikap siddiq pada kata-kata kita yang mahukan Islam kembali memegang ustaziyatul alam.

Akan berjuangkah orang yang duduk berpeluk tubuh? – Yusuf Qaradawi

Tajamkan minda, tingkatkan kualiti diri. Zahirkan pemahamanmu terhadap perlunya langkah bermula itu diambil.

p/s: Bukan lah orang yang terbaik untuk meluangkan kata-kata ini. Cuma sekadar meluahkan apa yang selama ini terbuku di dada.

Ukhti S.

Jazakillah Ukhti S atas tazkirah yang amat bermakna ini..

2 lagi.



2 lagi.

selepas itu, tamatlah 2nd year sy.

momentum belajar dah kurang.

sy suka 2 gambar atas ni.

sekian.