Salam. Penulis hanya menunaikan amanah seorang sahabat.
“ Kitorg agak tension bila ikuti program dengan kakak-kakak. Macam tegang.”
“ Saya cemburu melihat akhawat C sudah mula menjadi naqibah. Kitorg ni still tak ada apa-apa lagi”.
“ Yelah, lainlah akhawat N sudah memegang usrah. Baru dapat praktikkan apa yang dipelajari. Kami ni, still lagi belum ada….”
Terkedu.
Buat kesekian kalinya, ada tusukan di hatiku.
Mengapa masih begitu?
Salaam memang lama tak menjengah ke blog ini. Hanya sekali-sekala tatkala berkesampatan, tatkala diri terasa untuk membasahkan iman. Alhamdulillah, syukur dipanjang kan ke hadratNya yang masih membenarkan diri ini bernafas, bernafas dalam nyawa Islam.
Kenapa saya ingin menulis setelah sekian lama menyepi dari bidang penulisan (ecewah, padahal baru post satu poem je awal2 dulu. Mungkin untuk mengajak rakan-rakan untuk mengubah satu persepsi. Mengubah paradigma. Change our paradigm. Tentang apa? Tentang perubahan itu sendiri.
Banyak di antara kita yang menyedari, perlunya masyarakat diubah, dari kurang pemahaman terhadap Islam kepada lebih memahami agama yang suci ini. Bahkan bukan sahaja memahami, malah mempraktikan Islam.
Akan tetapi, pemahaman takkan membawa apa-apa kalau kita sekadar faham kemudian kita berehat di rumah dan tidur di atas katil. Perubahan tidak akan berlaku sekadar kita memahami tahap Professior agama tapi hanya menunggu orang datang ke tempat kita untuk kita mengajar mereka ilmu kita. Perubahan juga tidak akan berlaku dengan hanya sekadar sekali dua berjumpa dan kemudian mengharapkan si kawan itu terus bersemangat untuk meninggalkan jahiliyah.
Ya aiyuhal muslimun. Perubahan hanya akan berlaku bila kita sendiri yang memulakan langkah tanpa perlu disuruh. Tanpa perlu menunggu diri menjadi naqibah. Perubahan juga tidak akan berlaku sekadar kita memberi komen tentang kekurangan sesuatu tanpa kita sendiri yang mengubahnya. Perubahan itu perlu dilakukan tanpa perlu menunggu orang lain yang membuka peluang. Kerna sesungguhnya, perubahan itu hanya akan berlaku bila kita sendiri yang mencipta peluang. Jadilah seperti burung hud-hud, yang kerna usahanya dan keberaniannya, Ratu Balqis dan negeri Saba’ merasai nikmat Islam dan meninggalkan jahiliyah mereka di belakang..
Peluang juga takkan tercipta sekadar kita berdoa dan tidak berbuat apa-apa. Tanamkanlah dalam diri kita. Tinggalkan keselesaan kita di belakang. Tinggalkan rumahmu di belakang, jika benar-benar mahukan perubahan itu. Jujurlah pada diri. Bersikap siddiq pada kata-kata kita yang mahukan Islam kembali memegang ustaziyatul alam.
Akan berjuangkah orang yang duduk berpeluk tubuh? – Yusuf Qaradawi
Tajamkan minda, tingkatkan kualiti diri. Zahirkan pemahamanmu terhadap perlunya langkah bermula itu diambil.
p/s: Bukan lah orang yang terbaik untuk meluangkan kata-kata ini. Cuma sekadar meluahkan apa yang selama ini terbuku di dada.
Ukhti S.
Jazakillah Ukhti S atas tazkirah yang amat bermakna ini..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
Bismillahirrahmanirrahim..
jazakillah khayr atas perkongsiannya. =)
satu perkara yg jelas, manusia itu pasti akan sentiasa ingin melihat pd natijahnya. Dan natijah dalam konteks ini ialah -menjadi naqibah-
"Dia dah jadi naqibah, mesti dia lagi baik sbb tu Allah pilih dia."
"Kat sana ramai adik..."
"takpelah....si X lebih baik utk approach adik tu dari aku ni."
Perkara2 sebegini, pasti pernah terlintas dalam fikiran kita. Tapi jgn terpedaya dgn sikap 'takpelah'..'org lainlah' dsbnya.
Satu perkara yg pasti, Allah Maha Mengetahui segala peraturan dan perancanganNya. dan tugas kita, yakinlah dgn perancanganNya. kerana perancanganNya itulah sebaik2 perancangan. Usahlah kita merungut, 'knp dia, bukan aku?' 'knp aku tdk dipilih?' dan sebagainya. pasti ada hikmah di sebalik setiap perkara...
Allah knows best..
Marilah kita mencipta peluang.
Moga peluang yg diciptakan memberi peluang kpd ramai lagi insan2 yg mencari2 peluang di luar sana..
Tidak perlulah kita mementingkan penilaian manusia kerana yg jelas, penilaian di mata Allah itu sahajalah yg diambil kira.
Wallahualam.
Sy pernah terbaca kata2 ini, 'Tidaklah yg membaca itu lebih baik dari yg menulis.'
salam.sudah lama juga tidak menjenguk solace ini.jazakillah dengan perkongsian ini.memang betul kita tidak boleh bersenang lenang dalam comfort zone kita untuk berubah.kita kena keluar mencari dan membuat perubahan.subhanallah walhamdulillah jika itu la niat pertama kita keluar kerana dakwah,Allah akan membenarkannya.Insyaallah.Tetapi ketahuilah tarbiyyah dan dakwah itu di mana2.Kadang2 kita lupa dengan ahli rumah kita yang sebenarnya memerlukan perhatian kita.Mungkin ahli rumah kita agak liat dalam memulakan langkah,disinilah daie itu perlu menjadi lebih sensitif.Ada sesetengah dari kita yang keluar semata mata untuk mencari comfort zone di luar disebabkan ketidakselesaan bersama ahli rumah.Kalau inilah tujuan kita keluar kerana ingin bersama2 dengan orang yang kita selesa,tidak sesak dada dengan perangai ahli2 rumah sendiri,refleksi kembali niat kita.Saya menulis ini juga atas amanah seseorang.Ketahuilah ahli2 rumah kita merupakan orang yang paling perlu kita bagi sokongan,membantunya.Jika kita meninggalkan rumah semata2 tidak selesa dengan keadaan di rumah,fikirkanlah kembali.Tinggalkanlah rumah kamu dibelakang dengan niat yang betul,insyaallah Allah membenarkan niatmu itu.
wallahualam.
sayang kamu semua fillah.
-ummu sumayyah-
salam'alaik
best pengisiannya..
ingatkan diri ku yg banyak lupa
miss biskut marie, awk sgt suka makan biskut marie?
nice name..
membenci dan mencintai krn Allah
wassalam
=)
sy suke kek batik...
"tidak sesak dada dengan perangai ahli2 rumah sendiri..?"
wahai sahabat2..sama2lah..keluarlah dari masalah ukhuwah yg tak habis2 datang tanpa dijemput ini. mengapa perlu kita rasa sebegitu? belum habis memahami sahabat kita itu kah? sejauh mana tafahum itu? ya, memang perlu kita ingat manusia itu imannya tak selamanya tinggi. tidak sentiasanya kita boleh expect dia 'faham'.
Ukhuwwah adalah apa yang dihulur, bukan apa yang diterima. Tidak dituntut untuk kita measure tahap ukhuwwah orang kepada kita, tapi semak balik apa yang kita telah hulur kepada orang. Daripada mengatakan: “DIA masih belum buat begitu dan begini…”, katakanlah “AKU masih belum buat begitu dan begini…”
pendek cerita, bak kata sahabat sy, kalau kita rasa org tu buat salah, refleks blk diri sendiri.. 'mcm aku tak pernah buat.'
Bila kita muhasabah kembali, bukan untuk kita cari kesalahan, kelemahan apatah lagi menyalahkan dan menngungkit hak-hak yang tak tertunai. Tapi untuk kita perbetulkan diri dan keadaan. Jadilah orang pertama yang menunaikan hak dan orang yang terakhir menuntut hak. Jadilah orang pertama yang berusaha membetulkan keadaan bukan mengharap orang lain yang tolong perbetulkan. Jadilah orang pertama yang memohon dan memberi kemaafan dan bukan menunggu orang lain meminta maaf dari kita. Mari kita dekatkan kembali hati-hati yang berjauhan, eratkan kembali hati-hati yang dah sedia dekat dan suburkan kembali kasih sayang kita…
wallahualam.
biskut marie, suka juga makan kek batik..suka2.. hhihi..
sy suka muffin cik biskut buat ;)
anyway, sgt betullah. Zatiyah. Bergeraklah. Berubahlah. Mujahadah. Semuanya wrap up dengan cantik. Tarbiyah itu mengubah.
setiap org pun berbeza, maka bersabarlah dan bersangka baiklah.
pernah terbaca satu pesanan juga. bila kita rasa disakiti, anggaplah itu adalah ujian/kafarah kerana dosa-dosa yang kita terlepas pandang. tak guna sering menyalahkan orang lain. saya amat perlu mujahadah.
bantulah saya.
kalau hendak mencari perbezaan pendapat sesama teman, 1001 kita boleh jumpa.
tapi lebih baik kita cari satu titik persamaan antara kita dan teman-teman, dan suburkan titik persamaan itu agar tidak kelihatan sangat perbezaan yg sedia ada.
\(^_^)/
Assalamu'alaikum.
Saya ingin minta izin utk mengambil bebrapa point2 yang saya rasa sesuai dengan diri sendiri dan sahabat2 perjuangan saya yg lain di sini, Auckland,NZ. Semoga ia menjadi ikhtibar dan peringtan buat kami dan kita semua dalam bermujahadah di atas jalan dakwah.
Post a Comment