Wednesday, November 12, 2008

Tempat X kali kedua.



Bismillahirrahmanirrahim..

kali kedua bermalam dan menuntut di tempat X. Banyak yg dpt dipelajari.. org kata mengutip mutiara-mutiara berharga. seharian bersama ukhti yg bakal pulang ke Malaysia..tidaklah ada pengisian atau program khas untuk kami , cukuplah berada bersama-sama dalam satu rumah dan hidup bersama-sama. Melalui pemerhatian dan perasaan sudah cukup untuk sy belajar. Method mendapatkan ilmu itu, tidaklah hanya terletak pada berkata, mendengar dan bersoal..orangkata mencungkil rahsia...bukan menafikan, cuma ingin mengatakan bukan itu sahaja caranya utk mendapat 'ilmu'. You Observe, You Learn. Sy, tidaklah byk menyoal dan tidaklah byk berborak. Lebih senang dgn cara memerhati dan meneliti.

Ukhti ini, bakal berkahwin hujung November ini insyaAllah..perbincangan dengannya sekitar isu perkahwinannya, membuatkan sy banyak berfikir sekitar isu Baitul Muslim, sekitar isu mitsaqan ghaliza (perjanjian yg kukuh).

Sebenarnya, sy rasa, dari first pembentangan ISK..bila disebut 7 anak tangga maratib amal itu dan tangga pertama adalah pembinaan individu kemudian baitul muslim, ramai yg mungkin sudah pun berfikir, once u step into this system, u will have to follow this route..once u choose to be in this path, u will devote whole ur life to Allah solely. if u really..really really want to follow this path..u have to tajarudkan diri..leave all those that are not for Allah. berat. susah. sukar sekali. pd awalnya. tp insyaAllah..untuk sesuatu yg mahal..usahanya payah. pengorbanan itu pasti.

Plan ur life. Sy rasa ramai dah awal2 set kan timeline.umur sekian habis belajar. umur sekian kerja or sambung study. pergi haji. kahwin. anak.. and so on.. itu kalau jangka masa panjang..cuba lihat dlm waktu yg terdekat. sedar tak sedar sudah penghujung 2nd year. tahun depan 3rd year sudah dan mungkin final year buat beberapa sahabat. plan ur life. By end of this year, dah buat ini, itu. Start next yr dah buat ini itu. summer ni nk buat ini itu.rancang.Tapi jgn lupa, kematian itu pasti. bersederhanalah dari segala segi.
Saya, tidak suka hidup sy dirancangkan..biarlah sy yg merancangnya. but yes, at the end, Allah jua yg menentukan segalanya.
takut rasa..tulis memang mudah. nk laksanakan? ya Allah, ampunkanku andai apa yg sudah ku janji tidak ku tunaikan. Maaf andai apa yg ditulis tidak diterjemah dlm amal.
Kerana ini lah, dakwah itu tdk di internet semata. ia perlu pd penyeruan. tidak perlu fikir pd penyeruan yg kompleks..bila kata dakwah, maksudnya mengajak kebaikan dan meninggalkan keburukan. kita ajak sahabat solat jemaah, itu sudah dikira berdakwah,insyaAllah. Allah sematalah yg menilai. Perkara kecil boleh menjadi besar begitu juga sebaliknya bergantung hanya pada niat.

kita kalau duduk serumah dgn housemate, pastilah pd awal-awal pemilihan housemates, kita nk tinggal dgn mereka yg sehala. kita nk serumah dgn mereka yg baik, sabar, ngam ngan kita, sekepala. senang cerita kalau di melbourne ni, kita nak housemate kita adalah mereka-mereka yg dalam tarbiyyah..supaya segala teori dapat diamalkan dlm rumah. supaya diri sentiasa tetap (by Allah's will) di atas jalan ini.supaya sentiasa diingatkan dan dinasihatkan. perlu tinggal serumah dlm tempoh masa maksimum 3 atau 4 tahun.depends berapa lama kita di sini.
begitu juga, bila kita memilih seseorang yg akan tinggal bersama kita, seumur hidup. kriteria bagaimana yg diutamakan? fikirlah sedalam-dalamnya. neraca pilihan itu sgt2 penting. Bak kata seseorang, ia persoalan antara syurga dan neraka. kerana siapa yg dipilih menentukan rijal2 pewaris di masa hadapan. mohon moga Allah tentukan yg terbaik dalam dakwah.

Kalau dilihat perkataan Mitsaqan Ghaliza (yg bermaksud perjanjian yg kukuh) dalam Al-Quran, ada 3 tempat.

1. Allah membuat perjanjian dgn para Nabi Nuh, Ibrahim, Musa dan Isa. (Al-Ahzab 33:7)
2. Allah mengangkat bukit thur di atas bani Israel dan menyuruh mereka bersumpah setia pada Allah. (An-Nisa 4:154)
3.Allah menyatakan hubungan pernikahan. (An-Nisa 4:21)

Perjanjian perkahwinan ini diselarikan dgn perjanjian para Nabi, perjanjian dgn Bani Israel, sesuatu yg agung dan berat. Fikir.

hurm...sy rasa masih awal utk membicarakan topik ini, but sooner or later, kita insyaAllah akan menempuhi juga kan..makanya, tidak salah kita fikirkan dari sekarang.

wallahualam.

5 comments:

About Me said...

nice entry biskut!

antara aku di saat ini dan saat yang kedua diantaranya mungkin kematian.

biskut marie said...

mung kalau bab2 gini memang nice sokmo! =p

dah habis baca buku blum??

About Me said...

haha

la..ikut nasihat biskut la..plan kan..

belum habis lagi ..nak baca amik la..banyak perkara yang kita terlepas pandang rupanya.best buku tu.hihi

Anonymous said...

Salaam biskut marie.. really love this entry.. matang sungguh pengisiannya.. ecewah.

Wei, mana mu baca pasal mitsaqan ghaliza ni? hehe mcm tau tapi saja wat2 tanya hihi

cik cah

biskut marie said...

people tend to judge person based on appearances...based on writings..based on bla3.. plz dun judge me k..matang ke tak matang ke..mende tu subjektiflah cah. =) relatif.