Monday, October 29, 2007

Random thoughts di pagi senin

Bila rasa down, ambik 'ubat' cepat2! (10:57)

-------------

wahai hati...
Kau mahu kembali ke paya busuk yang dalam itu kah?
Setelah lama kau berlawan, melawan..
kau mahu biar diri terlawan?
Peluh belum sempat kering..
lelah masih belum hilang...
kau mahu sia-siakan semuakah?
paya itu busuk, berlumpur dan jijik..
setelah habis tenaga kau cuba buang kotor itu
setelah berkali-kali luka,
baik dan luka kembali..
kau mahu semuanya sia-sia?
wahai hati...
jangan...
jangan biar diri tewas..
kalah ini, aku takkan terima...
Dia takkan terima..
takkan takkan takkan aku terima..
wahai hati..
teruskan degil mu, menahan dari jatuh
teruskan semangatmu, menahan dari gelincir..
paya itu busuk dan berlumpur...
cukuplah sekali..
cukuplah hanya kali itu...
kau tahu kau benci busuk dan berlumpur itu..
kau benci
Dia benci

------

Ya Allah, pilih aku untuk diberi kekuatan..
Ya Allah.. pilih aku, untuk kuat!
Ya Allah.. pilih aku..
pilih aku
pilih aku
pilih kami
pilih kami
pilih kami

La hawla wala quwatta illa billah ..

No comments: