Thursday, March 27, 2008
Who Moved My Cheese???
Penjelasan lanjut...sila refer pada blog rakan saya di: http://www.lifeofislam.blogspot.com/
Semuga bermanfaat..iA
Wednesday, March 26, 2008
Siapa Moshe Dayan?
Alhamdulillah... tamat sudah Autumn Gathering yg berlangsung selama 2 hari 1 malam di Werribee Islamic College, Victoria, Australia. =)
SANgat2 bermanfaat insyaAllah...
Pada saya yg tak berkesempatan bersama2 winter gathering last year...kira autumn gathering ni sedikit sebanyak dpt membuka lagi minda dan mata sy...
Banyak mende baru dapat..alhamdulillah..
yang paling menarik bg saya ialah slot isu2 dunia...Ya Allah..banyaknya lagi aku tak tau..uhuhu..
hurm...skarang ni..sedang membuat asignment book literature.. 'My Name is Asher Lev' . Buku ni menarik....sangat2 menarik... Buku ni tentang kehidupan seorang remaja Jew yang tersepit antara tuntutan agama dan kebebasan individu...err..hak dia untuk melibatkan diri dalam seni.. (tak reti nk describe-korang kena bc sendri..) Buku ni lebih banyak mengajar tentang kehidupan Jew semasa zaman mereka ditindas dahulu. Zaman mereka hidup di bawah Hitler dan Stalin. Dalam buku ni diceritakan bagaimana ayah Asher ni sangat2 aktif dalam organisasi sulit Jew di bawah Rebbe untuk menyelamatkan kaumnya yg ditindas Stalin di Russia. Bila baca tu, dapat nampakler bagaimana tingginya jatidiri mereka ni..uhu.. Kesimpulannya, menariklew juga buku ini...nasib baik asignment...kalau tak..hurm..tak terbaca kut.. hehe
Semasa Autumn Gathering tu...ustaz ni cerita tentang Moshe Dayan.. DIa ni boleh dikirakan 'khalid al-Walid' bg Jew sbb dia lah yg menawan Al-Aqsa pada 1967..
Hurm..nk tulis banyak2 tak taw sangat..balik gath pun terus google search pasal dia ni...
So, nak share beberapa website yang macam best untuk dibaca...untuk menambahkan ilmu pengetahuan..Gambar kat atas ni, gambar dia. Eee...scary je tgk muka dia..macam lanun ada perompak pun ada...
ok..ni antara website yang 'okayh'...
1. www.jewishvirtuallibrary.org/jsource/biography/Dayan.html
2. www.zionpress.org/
Kalau rajin untuk membaca..takde pe nak wut easter holiday ni ke..bolehlah kiranya menambahkan pengetahuan..
Membaca kan jambatan ilmu, kan kan kan? .... =) =) tetapi bila membaca itu...jgn lupa menggunakan neraca Islam dalam membuat penilaian.
Monday, March 17, 2008
bicara hati
ku rasakan hati ini dah sekian lama kekeringan..
pernah suatu ketika, hati ini rasa amat tenang
hati ini rasa boleh berbicara dengan Dia pada setiap saat dan ketika
hati ini sentiasa teringat kepada Dia
hati ini sentiasa ingin beramal keranaNya
hati ini terasa sentiasa bersamaNya..
tapi, entah di mana silapnya..
sedar sedar je, ia sudah tidak seperti dahulu..
tiada lagi suara yang berbicara dengan hati ini
tiada lagi ingatan kepadaNya
tiada lagi gelojak perasaan yang ingin berlumba-lumba mencari redhaNya
tiada lagi semuanya...
dan aku... terasa keseorangan..
solat sudah tiada lagi kekhusyukan
doa sudah tiada lagi pengharapan
mengaji sudah tiada lagi penghayatan
tadabur sudah tiada lagi kefahaman
alhamdulillah..kerna walaupun begitu, aku masih diberikan peluang untuk sedar bahawa aku semakin jauh daripadaNya
aku masih diberikan peluang untuk bersama-sama dengan orang-orang yang menyayangiNya
aku masih diberikan peluang untuk mendengar tazkirah-tazkirah yang mengingatkan aku kepadaNya
aku masih diberkan peluang..peluang..dan peluang..tiada hentinya..
namun aku masih begitu..hati ini masih kekeringan..
mungkin tak jahil lagi, mungkin tak terdorong ke arah kemaksiatan..alhamdulillah
tapi ia tidak basah...
ia tidak basah dengan zikrullah
ia tidak basah dengan keimanan
ia tidak basah dengan ketaqwaan
ia tidak basah dengan kerinduan kepadaNya
ia tidak basah dengan muhasabah
ia tidak basah seperti mana basahnya hati junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w
ia tidak basah seperti mana basahnya hati abu bakar, umar, uthman dan ali
ia tidak basah seperti mana basahnya hati khadijah, aishah, asma', fatimah
ia tidak basah seperti mana basahnya hati para sahabat, tabiin dan tabi' tabiin..
dan sering ku tercari-cari...
dimana silapnya??
dimanakah???
ku bertanya kepada seseorang
balasnya..teruskan berusaha..teruskan..dan teruskan..
usaha dan terus berusaha...
begitu juga keyakinan ku..
aku sedar..aku perlu terus berusaha..
walau terasa penat
walau terasa sia-sia
walau terasa tiada gunanya
walau terasa hampa
walau terasa kecewa..
namun aku yakin..selagi mana aku mengharap pada Dia
selagi mana aku berdoa pada Dia
selagi mana aku tidak putus asa dengan rahmatNya..
maka Dia juga begitu..
sering ku berdoa..
'Ya Allah..don't ever give up on me...'
'Ya Allah..never let me give up on You..'
dan aku akan terus berharap..dan terus berharap..
berusaha..dan terus berusaha..
sehingga cahaya itu datang kembali menerangi hati ku yang kegelapan
sungguh aku katakan..aku rindu..
rindu untuk berbicara denganNya
rindu untuk sentiasa merinduiNya
rindu untuk sentiasa bersamaNya
rindu..yang teramat...

Subscribe to:
Posts (Atom)