Monday, March 17, 2008

bicara hati

ku rasakan hati ini dah sekian lama kekeringan..

pernah suatu ketika, hati ini rasa amat tenang
hati ini rasa boleh berbicara dengan Dia pada setiap saat dan ketika
hati ini sentiasa teringat kepada Dia
hati ini sentiasa ingin beramal keranaNya
hati ini terasa sentiasa bersamaNya..

tapi, entah di mana silapnya..
sedar sedar je, ia sudah tidak seperti dahulu..
tiada lagi suara yang berbicara dengan hati ini
tiada lagi ingatan kepadaNya
tiada lagi gelojak perasaan yang ingin berlumba-lumba mencari redhaNya
tiada lagi semuanya...
dan aku... terasa keseorangan..

solat sudah tiada lagi kekhusyukan
doa sudah tiada lagi pengharapan
mengaji sudah tiada lagi penghayatan
tadabur sudah tiada lagi kefahaman

alhamdulillah..kerna walaupun begitu, aku masih diberikan peluang untuk sedar bahawa aku semakin jauh daripadaNya
aku masih diberikan peluang untuk bersama-sama dengan orang-orang yang menyayangiNya
aku masih diberikan peluang untuk mendengar tazkirah-tazkirah yang mengingatkan aku kepadaNya
aku masih diberkan peluang..peluang..dan peluang..tiada hentinya..
namun aku masih begitu..hati ini masih kekeringan..
mungkin tak jahil lagi, mungkin tak terdorong ke arah kemaksiatan..alhamdulillah
tapi ia tidak basah...

ia tidak basah dengan zikrullah
ia tidak basah dengan keimanan
ia tidak basah dengan ketaqwaan
ia tidak basah dengan kerinduan kepadaNya
ia tidak basah dengan muhasabah
ia tidak basah seperti mana basahnya hati junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w
ia tidak basah seperti mana basahnya hati abu bakar, umar, uthman dan ali
ia tidak basah seperti mana basahnya hati khadijah, aishah, asma', fatimah
ia tidak basah seperti mana basahnya hati para sahabat, tabiin dan tabi' tabiin..

dan sering ku tercari-cari...
dimana silapnya??
dimanakah???

ku bertanya kepada seseorang
balasnya..teruskan berusaha..teruskan..dan teruskan..
usaha dan terus berusaha...
begitu juga keyakinan ku..

aku sedar..aku perlu terus berusaha..
walau terasa penat
walau terasa sia-sia
walau terasa tiada gunanya
walau terasa hampa
walau terasa kecewa..

namun aku yakin..selagi mana aku mengharap pada Dia
selagi mana aku berdoa pada Dia
selagi mana aku tidak putus asa dengan rahmatNya..
maka Dia juga begitu..

sering ku berdoa..
'Ya Allah..don't ever give up on me...'
'Ya Allah..never let me give up on You..'

dan aku akan terus berharap..dan terus berharap..
berusaha..dan terus berusaha..
sehingga cahaya itu datang kembali menerangi hati ku yang kegelapan

sungguh aku katakan..aku rindu..
rindu untuk berbicara denganNya
rindu untuk sentiasa merinduiNya
rindu untuk sentiasa bersamaNya
rindu..yang teramat...

No comments: