Wednesday, February 20, 2008

Testing...testing..1..2...3...

Seperti mana pabila kita akan menghadapi satu peperiksaan yang besar,

kita pasti akan diuji terlebih dahulu,

melalui ujian-ujian dan peperiksaan cubaan,

Supaya kita dapat mengenal pasti dimana kelemahan diri, subjek mana..topik mana..

Moga kita dapat memperbaiki diri untuk subjek-subjek dan topic-topik yang lemah itu..

Supaya kita dapat merasakan dan melalui suasana yang seakan-akan peperiksaan sebenar nanti, mengenal pasti bentuk-bentuk soalan dan memahami skema jawapan,

Moga kita dapat ‘tackle’ soalan-soalan peperiksaan sebenar dengan mudah

Supaya kita lebih tahu di mana letaknya diri kita, takat mana persediaan kita

Moga kita dapat menyediakan diri sepenuhnya untuk peperangan kertas yang sebenar nanti


Seperti itu jugalah pulangnya aku ke tanah air tercinta, Malaysia pada summer kali ini

Sebelum aku menjadi pelajar OZ yang ‘back for good’

Dan berperang dengan jahiliah Malaysia for good,

Aku ingin mengenali dahulu, siapa diri aku

Agar aku tidak hilang identity di kemudian hari..

Aku ingin tahu kekuatan imanku

Agar aku tidak mudah hanyut dengan duniawi..

Aku ingin menguji mujahadah aku

Agar aku dapat kenal pasti kelemahan pada diri..

Aku ingin mengenali jahiliah Malaysia

Agar nanti, aku tidak akan tetipu lagi..


Hanya testing..

Nak tengok dah bersedia atau belum..

Nak tengok dah mampu atau belum..

Nak tengok ada kualiti atau tidak..

Nak tengok mampu bertahan atau tidak..


Dan setelah 3 bulan,

Aku sedar siapa aku

Aku sedar iman ku belum cukup mantap

Aku sedar mujahadah aku belum cukup kuat

Aku sedar ketaqwaan ku indah khabar dari rupa..

Kekuatan-kekuatan yang aku sangka ada pada diri ku selama ini,

Rupanya masih goyah, longlai..

Usahkan ribut kencang, angin sepoi-sepoi bahasa pun mampu menumbangkannya..

Benteng-benteng ‘keimanan’ dan ‘semangat jihad’ yang aku sangka sudah bertapak dalam diri ini,

Rupanya hanya illusi..yang masih jauh dari reality


Tapi tidak mengapa..

Kerna sedarnya aku akan ini semua tepat pada waktunya..


Kini, aku rela dan bersedia, malah rindu

untuk kembali ke Australia, Bumi Pentarbiyahan..

Untuk menjadikan illusi-illusi itu satu kenyataan,

Untuk menjadikan benteng-benteng rapuh itu satu kubu pertahanan yang tak mungkin lagi dicerobohi

Untuk mengisi ruang-ruang kekosongan dalam jiwa ini

Untuk mengubah aku yang hari ini, menjadi seseorang yang lebih baik di kemudian hari..


Agar nanti, aku akan berjaya dalam peperiksaan dunia,

Dan mendapat ganjaran mewah di keputusan akhirat..

Insya-Allah..


Sahabat solace, I'm gonna need your help..

No comments: