Thursday, February 14, 2008

more scenarios..

Sudah tiba waktu makan. Bagi menceriakan suasana ketika para peserta menjamu selera, pihak penganjur memasang sebuah lagu. Nasyid.

Setelah hampir kesemua peserta selesai makan, dendangan lagu pun dihentikan.

Di suatu sudut...

A: nanana nanana lalalala lalala...(menyanyikan lagu yang dipasang tadi)

B: Haa...nyanyi lagu tadi ek??

A: Ha’ah.. entahla, bermain-main pulak lagu tu dalam kepala

B: Ha..tulah.. itu baru lagu yang dipasang sekejap tadi..betapa kuatnya ia boleh pengaruhi pemikiran kita.. Cuba bayangkan tv yang kita pasang dan tengok hari-hari tu.. Agaknya apa benda tu dah buat kat kita..

A: hurmm...betul jugak tu...


Peristiwa ini mengingatkan ana tentang satu cerita yang dibawa oleh seorang ustaz ketika daurah umum tempoh hari.

(Bukan kisah benar..tapi berlaku..) –macam mana tuh??

Latar belakang cerita: A watak utama. A menghadiri kelas...(or whatever you want it to be)


Hari pertama:

A: Assalamualaikum..

B: Waalaikumsalam. Eh, A... A apa kabar? Nampak semacam jer..

A: Eh? Takderla..ana sihat jer..


Hari kedua:

A: Assalamualaikum..

C: Waalaikumsalam..Hai A.. Eh, A..Awak sihat ke tak?

A: Hah? Hurm..ana rasa ana sihat je..


Hari ketiga:

A: Assalamualaikum..

D: Waalaikumsalam..ooh..A...Eh, A..muka nampak pucat je..awak sihat tak?

A: Ye ke? ..Hurm..ana tak pastilah..Mungkin ana tak berapa sihat kut..


Hari Keempat:

A: Assalamualaikum..

E: Waalaikumsalam..Haa..A rupanya.. eh, A...kenapa ni? Tak sihat ke?

A: Haa..tulah..Ana rasa, ana demamlah..rasa tak sihat jer...Ingat nak jumpa doktor la..


(padahal keadaan A dari hari pertama sama dangan hari yang keempat..)

(dialog B, C, D dan E telah disepakati bersama)


Jadi kenapa jawapan A pada hari keempat tak sama dengan hari yang pertama? Nampak tak betapa kuatnya apa yang kita dengar hari-hari, apa yang kita hadapi hari-hari dapat pengaruhi siapa kita, pengaruhi tingkah laku kita, pengaruhi pemikiran kita....


From one perspektif:

Dah menjadi kebiasaan di kalangan masyarakat kita untuk melekat depan tv.. Menonton setiap siri cerita korea, jepun, indon, cina, hindustan, melayu dari satu jam ke jam seterusnya di depan tv.. Memasang radio di dalam kereta..Era rentak music terkini, Hot fm, Cold fm, Sinar fm, Kl fm dan sebagainya..

To tell them to stay away from these stuff...hurrrm..i dont think they will..

Tak boleh dipisahkan tuh...

Dah penat seharian kerja/study...kenalah relaks...so tengoklah cerita-cerita kat tv tuh..rehatkan minda..’

‘Pergi kerja, balik kerja, jam tau...takkan la nak duk sorang-sorang dalam kereta yang sunyi sepi...radio tulah yang jadi menghibur hati..dan menghilangkan tension..’

‘I rasa, bila bangun pagi, dengar muzik..rasa bersemangat nya nak pergi kerja hari tuh..kalau tak dengar muzik tu..huh..tak best la hari tu..’

Dan sebagainya...

Memang masyarakat kita sungguh..

Cuba bayangkan, hari-hari masyarakat kita disajikan dengan perkara-perkara ni..agak-agak apa agenda yang utama dalam kepala otak mereka yer??

oh, pukul 6 aku dah kena ada kat rumah..ada cerita cina tu..laki tu nak pinang dah girlfriend dia tu..tak boleh miss ni..’

‘eh, malam ni siri terakhir cerita indon tu...kena tgk tau..kalau tak sia-sia jer tengok selama ni...’

‘haa..ko tau tak, cerita terbaru pelakon sekian sekian dah keluar kat wayang..jum, keluar sabtu ni..kenalah bagi sokongan, filem tempatan tuh!!!’

Dll.

Memang, Ghuzwatul fikr, ataupun Serangan pemikiran dari pihak kafir telah berjaya melekakan umat kita dari agenda hidup yang lebih utama: mengabdikan diri kepada Allah serta megembalikan kegemilangan islam di muka bumi ini..meletakkan kembali islam di tempat yang sepatutnya. Dan kerana sejak kita lahir, kita sudah pun merelakan pemikiran kita diserang..makanya, kita sudah kabur dengan tujuan hidup kita yang sebenarnya..kita sudah terlalu asyik dengan hiburan-hiburan dunia yang sementara ini..

Nauzubillah..


From another perspektif,

Dalam kita nak membawa orang untuk mengenali Allah, mengenali Islam, dan membawa mereka kepada erti kebahagiaan yang sebenar..kita tidak boleh cepat putus asa..Mungkin pada awalnya, kita akan terima penolakan..itu biasalah..Seseiapa pun akan menolak sesuatu yang baru dalam hidup dia..

Tapi kita juga kena yakin, bahawa usaha yang berterusan tanpa mengenal erti putus asa pasti akan membuahkan hasil, dengan izin Allah jua..

Contoh, dalam scenario kedua tadi, pada mulanya, A sendiri menafikan dia tidak sihat..namun apabila sering diajukan dengan soalan yang sama..lama-lama, sekalipun diri dia sebenarnya sihat walafiat, A telah terpengaruh..

Bezanya, dalam perjuangan kita, kata-kata kita bukan sesuatu yang palsu, ajakan kita bukan dibuat-buat..tapi seruan kita adalah kepada kebenaran, kepada kebahagiaan yang sebenar-benarnya..dakwah kita adalah untuk menyelamatkan umat manusia dari tipu daya dunia yang sementara kepada hakikat akhirat yang kekal abadi..



wallahu'alam..

12 comments:

HbO said...

ana rasa macam tergantung..tapi tak tau nak tambah apa lagi..ada je benda nak ulas lagi, tapi..tak tau camana nak tulis and susun bagi dia make sense..but anyway,..tambahlah apa yang patut..mari kita kongsi sama2=)

Anonymous said...

hmmm...setuju ngn anti katakn...tertarik anti sebut ttg pemikiran..anti sendiri mungkin pernah tahu kenapa dan bagaimana org kafir laknat menyerang kita dgn pemikiran..nak2 pd org melayu kita sendiri..mula2 ana terikut gak, tp setelah baca sejarah..baru ana faham dan mengerti..didalam sejarah nusantara kita,di indonesia contohnya...popular dgn 10 wali songo(anti dgr, rite)..dimana mereka mmunyai kuasa2 ajaib..org nusantara skg kata ada keramatnya sendiri.cetain org mmikirkan mereka itu manusia biasakah??..masih hidup di awang-awngan kew??..org kafir sebenarnya telah memitos ttg sejarah kita..ikut sejarah sebenar, yg dikatakn 10 wali songo itu merupakan ulama2 yg hadir di zamn kerjaan islam dahulu(xsure zmn abasiah or uthmaniah)..mcm di melaka juga..dorg cuma kata juz pedagang arab..

di kerjaan negeri johor contohnya..Sultan Abu Bakar telah mengahwni anak (rogayah, klu xsilap) kpd kerjaan uthmaniah..ciri2 keislaman & kesenian turkey masih ada pd kerjaan negeri johor skg..xcaya tgk cara baginda berpakaian dr Sultan Abu Bakar hingga kini, masih mempunyai ciri2 kerjaan turkey..berbanding sultan melayu yg len such as tanjak n so on..bila ana bercerita ttg kerjaan uthmaniah pd bebrpa org.ada yg masih blur2, ada yg nganguk tp tak tahu, dan ada juga merasakn cerita dah lama sgt(tiada rekod such as vedio, gmbr)..pd hal benda nie telah meninggalkn kita sejak 1924, masih baru lg..tp nape mereka berfikir sudah lama berlalu??..

begitu hebat serangan pemikiran oleh pihak kafir terhdap kita..
satu lagi serangan pemikiran yg mungkin org tak sedar ialah..mmprjuangkan agama islam & mempertahankn tanah air dipanggil pengganas, pmberontak, extreamis dan so on lah..
jgn lupa juga dgn semgt patriotisme or smngt kebangsaan yg diterapkn dlm pemikiran. telah pun melumpuhkn perpaduan kita sesama islam..contoh malaysia ngn indonesia..kita gaduh bermatian2 sesama islam, kerana sedikit salah faham dlm perlawanan bola sepak..

ana juz cerita pe telah berlaku di nusantara kita..klu di negara arab or timur tengah boleh ja ana sharekn bersama..tp juz cukup itu saja..hope korg nampak pe telah berlaku..

Anonymous said...

cara tersebut tlh berjaya melumpuhkn kita utk berjya. like kamal artatuk..bapa pemodenan turkey..ceh~..

biskut marie said...

hoho...menariks~ =) good job hBo~ ! ^_^
tentang komen aliflammin..thanks for sharing...

HbO said...

betul..betul..dan betul lagi....

terkadang sedih bila memikirkan ramai people out there yang tak tau pasal sejarah kita..

tapi, dulu..kita pun seperti mereka..

bukannya 'adakah kau lupa'..
tapi, 'adakah kau tahu'..

yang penting, kita yang dah tahu agenda barat dan kafir, tak boleh terus biarkan diri kita ditipu..let us not be fooled by them anymore..

and mari kita sama2 usahakan agar orang lain juga mendapat kesedaran, IA.

kan ghuzwatul fikr ni ada 5s4f ker..4s5f ke..camana ntah..ana dah lupa..tapi ada yg song, sport, fun, etc etc..saper boleh list kan please?

HbO said...

oh ya, satu kesan serangan pemikiran ni..ramai umat islam ingat tarikh 'keramat' semalam..hari berkasih sayang konon...

tapi, berapa ramai yang aware bahawa 2 days before that: 12/2 adalah hari kesyahidan imam hasan al-banna??

dan, braper ramai pulak yang even kenal imam hasan al-banna?

oh dunia..

biskut marie said...

HbO,
for 5s: sport , sex, song, screen, smoke..

and ...

for 4f: fashion, food, fun, film.

Anonymous said...

uhuhu..baru nk tolong jwbkn..psl imam tue ana kenal..bace gak perjuangan dia bgaimana..tp kn..pe yg ana nmpk dgn prjuangan org skg(org yg mengaku bhwa dirinya follow step imam hasan albanna),sebenarnya tak sama..dorg "gagal" dlm prbentukan pemikran seperti imam tersebut..contoh, di mesir khususnya..(spnjang umur hidup Imam tue berada di mesir rite??klu gitu, ana teruskn)..sistem pmerintahn dorg, "lari" ape yg Iman tue buat..contoh demokrasi..dlm Islam xde demokrasi..mse zmn Iman, xde pun demokrasi..tp kenpa org skg kata,dia follow step Imam??..

Anonymous said...

anti n anta kenal general salidin ayubi rite??..kejayaan beliau, mmbebaskn palestin..after dr peristiwa itu, kafir laknat cuba memporak-perandakn bangsa saladin iaitu puak kurdis..pihak kafir brjaya..cz dorg(kafir) meletakkn puak kurdis di sempadan negeri,di selatan turkey dan utara iraq..dlm mase yg sama dorg terapkn semngt patriotisme..so kesannya..puak kurdis gaduh sesama sendiri..uhuhu..

muna khaider said...

salam..
kalau nak kate pemerintahan mesir.. mmg tak ikut apa yg imam tu bwk. sbb sistem pemerintahan skrg bukan diterajui oleh org yg kate ikut imam tu.. mrk masih dipimpin oleh sistem sekular. Pergerakan yg pernah diterajui imam tersebut masih amat digeruni oleh pihak pemerintahan mesir skrg ni. Dianggap bhy and mcm2 lg.

Ana tak berani nak komen byk2 psl ni sbb ana bukannye cukup pengetahuan ttg ini.

Tapi jika mahu dikatakan psl demokrasi takde dlm Islam, tu tak tepat juga. Perkara ni sbnanye ade byk discussion yg perlu diambil kira. isu perlaksanaan pemerintahan dlm islam. Tak semudah kate demokrasi bukan islam. Ana sendri kene belajar mendalam lagi dlm fiqh politic n infact kene belajar byk lg ttg pelbgai perkara. Tak brani nak ckp byk2. Huhu. Sbb pernah ditegur oleh ayah ana ttg ini.

wallahua'lam.

Anonymous said...

wow..anti pun taw system sekular??=)..tataw cmne nk tulis ttg demokrasi..dlm zmn shbt xde pun benda2 tue..mngpa perlu dipisahkn hal agama??..demokrasi,merupakn pntadbiran yg adil secara sama rata,xgitu??..disebabkn ada org kafir??..dlm system khilafah islam dah sedia kn undang2 utk org kafir.ada beberapa jenis kafir taw,bkn je yg kuar islam(murtad)..such as munafiq,kafir zimi(bg org kafir yg berada di dlm pntdbiran islam)n so on..

pntadbiran yg dilakukn Rasulullah trhadap org kafir.1) Seru mereka kpd Islam.. Jika mereka tak mahu, seru mereka mmbayar jizyah n ikut undang2..jika mereka xmahu juga,perangi mereka..(sori,lupa perkataan sebenar,tp lebih kurang r mksdnya)..

nie pe yg ana n sahabat bace buku yg brtajuk
"Islam,Politic & Spiritual"..
agak ketebalan gak buku..

Panglima Kungfu said...

Orang kafir ini berbagai kategori iaitu kafir harbi, zimmi, mustakman dan muahad.

Bukan semua orang kafir boleh diperangi.

Kafir harbi, memanglah musuh yang sentiasa mahu memusnahkan kita. Kita diizinkan berperang dengan mereka.

Kafir zimmi pula sanggup taat di bawah perntadbiran islam. Mereka ini wajib dilindungi dan hak-hak mereka dijaga dan dipenuhi.

Kafir mustakman ialah kafir yang berdamai dengan orang Islam, kafir muahad pula kawan pun tidak, musuh pun tidak. Kedua-dua jenis kafir mustakman dan muahad ini juga tidak boleh diperangi.

Bentuk peperangan dengan orang kafir juga berbagai-bagai. Perang ekonomi, pendidikan, politik, sosial, kebudayaan dan bersenjata.

Perkara ini ramai umat Islam tidak sedar dan tidak memahami. Bagi mereka, perang dengan orang kafir adalah perang bersenjata sahaja.

Alhamdulillah, dpt juga ana jumpa ttg jenis kafir.nk re-typing lengoh tgn dibuatnya.so nk tahu lebih detail, http://www.mail-archive.com/mencintai-islam@
yahoogroups.com/msg00375.html

aliflammin's mine..tr"type" nama sndri..uhuhu..kantoi,sape yg view n kenal ana..
salaam..