Friday, September 26, 2008

Leraikanlah.

"La yukhriju asy syahwata illa khaufun muz’ijun aw syauqun muqliqun"

-Ibnu Athaillah-

Mksdnya: Tidak ada yang dpt mengusir syahwat atau kecintaan pada kesenangan duniawi selain rasa takut kpd Allah yang menggetarkan hati, atau rasa rindu pada Allah yang membuat hati merana...

Ya Allah..leraikanlah segala yg bukan keranaMu.

If Allah brings you to it, He will brings you Through it.

Thursday, September 25, 2008

Apa itu Taqwa?

Bismillahirrahmanirrahim..

Sebelum tidur, kita selalu muhasabah diri kan? Apa yg sy dah buat hari ni? Dah baca Quran ke belum? Dah baca MAKSUD Quran? Dah senyum sentiasa ke? Dah berhenti bermasam muka ke? Dah tolong org ke? Dah study? Dah gunakan masa betul2 ke? Dah bersabar dgn sabar yg sebaik2 nye ke? Dah berhenti merungut ke? Dah berhenti mengomel ke? Dah berhenti cakap yg tak bermanfaat ke? Dah itu ini itu ini ke???????

Lalu, andai dalam sesi muhasabah itu, anda terjumpa perkara jahat/ perkara tidak baik/ perkara DOSA yg anda lakukan hari itu..apa yg anda buat? *(sila fikir - - - cepat! )


...


Dah bertaubat kah?
Dah minta maaf?
Dah DENDA diri sendiri?????

Antara 5 jalan2 menuju ketaqwaan itu, salah satunya ialah MUAQABAH iaitu mendenda diri. Denda di sini bermaksud mendenda diri dgn sesuatu baik yg makin mendekatkan diri kepadaNya.

Sungguh banyak ayat-ayat Al-Quran yg menerangkan tentang kelebihan orang yg bertaqwa..Dalam kita sibuk2 berbicara tentang taqwa, jelas-kah pengertian 'taqwa' pada anda? Apa itu taqwa? Apa yg dimaksudkan dgn taqwa? Bagaimana nak bertaqwa andai tidak tahu maksud taqwa itu sendiri?? (cuba define, in ur own words..apa itu taqwa??)
Lagi satu soalan, Apakah ayat pertama dalam Al-Quran yg tertulis perkataan taqwa?
--> ayat berapa?? (ding ding..fikir fikir...)

. . .


Jawapannya: Ayat ke-2 surah Al-Baqarah..selepas Alif Lam Mim,
"Kitab Al-Quran ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bg mereka yg bertaqwa, iaitu mereka yg beriman kpd ghaib, melaksanakan solat..."
Kalau tengok definisi taqwa dalam Quran (Ayat2 font 9 kat bawah page tu)
"Taqwa iaitu mengikuti segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya."

Umar al-Khattab bertanya Ubai b Kaab makna taqwa. Ubai menjawab, "Pernahkah kamu melalui jalan yg berduri?" Jawab Umar, "Sudah tentu." Kata Ubai, "Apa yg kamu lakukan?" Jwab Umar, "Saya menyingsing pakaian dan berjalan penuh berhati2 agar tidak terkena duri2." Kata Ubai, " Itulah Taqwa."

TAQWA itu ibarat org yg berjalan di jln yg Berduri. Bagaimana dia berjalan? Pastilah dengan penuh berhati2. Duri itu dianggap ibarat dosa kecil dan luka itu ibarat perkara yg makruh. Sudah tentu luka itu pedih apabila terkena air.

Pointnya kat sini, dalam ketaqwaan, ada keberhati-hatian. org yg bertaqwa betul2 akan menjaga dirinya agar jgn sampai melanggar ketentuan Allah dan seboleh mungkin melaksanakan apa2 yg diperintahkan.

Ringkasan 5M - Jalan Menuju Ketaqwaan.

1. Muahadah,
Hendaklah kita mengingati perjanjian kita dengan Allah iaitu dengan menjadikan Allah sebagai Rabb
. Al-fatihah, Doa Iftitah.

2.Muraqabah
Merasakan keagungan Allah swt setiap waktu dan keadaan serta merasakan kehadiranNya di kala bersendirian ataupun dikhalayak ramai. IHSAN

3. Muhasabah
Menghisab diri ketika selesai melakukan amal perbuatan.Apakah tujuan amal hanya untuk mendapatkan redhaNya @ apakah amalnya dicemari sifat riya’?

4.Mu’aqabah
Memberi hukuman pada diri, agar tidak mudah untuk melanggar kesalahan-kesalahan lain yang boleh mengakibatkan kesalahan itu sukar untuk ditinggalkan. Contoh: Berpuasa andai buat salah A. baca Quran 10 pages sehari kalau buat salah B.

5.Mujahadah
Memaksa diri dengan tegas, serius dan penuh semangat dan FAHAM untuk tetap mentaati suruhan Allah di kala terseret dengan kemalasan dan cinta dunia


Dari Abu Hurairah r.a berkata:Rasulullah SAW bersabda, "Di antara ciri sempurnanya keislaman seseorang adalah meinggalkan apa-apa yang tidak bermanfaat baginya".-Hadis hasan diriwayatkan oleh Tirmidzi dan lainnya)

Wednesday, September 24, 2008

Praktikal

Bismillahirrahmanirrahim..
Jealous dgn rakan2 yg sudah bercuti.. boleh buat kuih raya, pegi pantai melihat keindahan ciptaanNya dan...dpt ke program hari Khamis iaitu esok ni! (ah..cemburunyerrr..sy nk dgr pengisian tue...)
Hari ni and esok sy ada tests..Jumaat ada practical exam..buat ubat..ubat apalah agaknya ye..
Minggu lalu sy perlu menyediakan Physostigmine Eye Drop untuk Mrs. M Jones.
Minggu lalu lagi, moisturizer pula.
Minggu ni, ntah apa yg diperlukannya lagi..
Macam main masak2..tapi tak boleh main2..perlu sukat bahan2 dgn betul dan tepatnya.. perlu sukat suhu agar tidak overboil.heh..


Dapur elektrik.

Cairkan pd suhu 70 degree...70 je tau..!

Bentuk cream yg dah siap.

Labelling.

ni moisturizer yg dah siap..nak tunjuk ke demonstrator je.
(sp berani boleh cuba) hehe..komfem lembut licin kulit anda..(hihi).


(semuga esok kan menjadi nyata) Amin.

Wednesday, September 17, 2008

muhasabah.

In the name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.

This is something i really really want to share with you..
i beg you to spare just 5 minutes of today to put aside all the dunia that is in our hearts and minds, and answer this..

Who created you?







is your answer Allah Taala??

(43:87) And if you ask them who created them they will surely say: "Allah."


then let us return to Allah SWT..
let each solat be something the heart yearns and ever so much miss..
if Allah is your answer, then let the heart yearn for its Creator so much that each time we sleep, we cant wait to get up in thattime of night,
and experience the sweetness of being alonewith Al-Wadud, The most Loving..

if Allah is your answer, then let us leave all those Allah has forbidden,
and return our heartsto Allah taala..
our hearts need Him..
let us obey our Allah as the sahabah's did..
and let us leave all that He has forbidden..

leave that non-mahram whom you remember day and night..
for he can NEITHER interecede you NOR help you on the day of Qiyamah..
a day that everyone would be soo extremely worried about their own deedsthat even a child's head will turn grey (beruban)(73:17)
not just that, it is that very non-mahram that you have comitted yourlife, mind and heart to that will be your enemy on that day!

(43:67) Friends on that day will be foes to one another EXCEPT those who bertaqwa..
all that we say..
all that we do..
will all be presented to the All-Mighty, Al-Jabbar on yaumul Haq..
the day of Truth..to have to listen to all that we have said and done is one thing..
but to be PRESENTED in front of our Ilah! our Rabb!
our rabb that has created us??

ya Allah..I seek refuge with the Rabb of mankind..the Malik (King) of mankind..
the Ilah of mankind..

ya Allah we seek your forgiveness..and hisablah kami dgn hisab yang mudah..

I remind myself and i invite you..
let our hearts return to Allah..we need Him..
we really do..and Islam that Allah has bestowed upon us,is a gift..
a gift so valuable beyond the mind of mankind!
jagalah deen ini..jagalah..
let us together hand-in-hand make this deen flourish toevery corner of the world..
because, wallahi, this worldis in desperate need of this deen..

let us spread this deen..
let us together take care of this deen..
sebab if Allah decides to take it back..
ya Allah..nauzubillah..i would not even want to think about it..

(8:3) Rabbana, deviate not our hearts after you havegiven guidance..

let us return to the Right path..the Straight Path that we ask for in each solat..
ihdinassiratal mustaqim..we say, iyyaka na'budu, waiyyaka nasta'in..
to You do we pray, and to You do we seek help..seek help from Him..for He is there to help you..

(2:186) And when My Abd ask you concerning Me,then I am indeed near.
I respond to the due of the supplicant when he calls Me..so let them obey Me..and beriman to Me, so that they may be led aright..

Allah will help but on condition we obey Him and beriman to Him..(43:87) And if you ask them who created them, they will surely say:"Allah" How then are they turned away???

let us not be among those who turn away from Him..
please please please dont..please..dont..let us return to Him..
let us return to Him before we breath our last breath..
seek forgiveness from Allah Ta'ala..
He is ready to provide us with bounties beyondour imagination if we obey Him..(43:71)..
therein (are) all that inner selves could desire..

Let us keep the day that we shall meet Him vivid in our mind and hearts..
because there will be a group that Allah describes,(45:34) And it will be said, "This Day We will forget you as you forgot the Meeting of this Day of yours!! and your abode is the fire!!and there is NONE to help you!!"

we need Allah!!now, in the future! forever!!
we need Him..so we must avoid from making Him displeased..i beg you..and i invite you..
let us return to Allah Ta'ala..let the Quran,His Majestic words be the spring of our hearts..our everything..

Tell me! if Allah made the night continous for you tillthe Day of Qiyamah, which ilah besides Allah could bring you light???
Will you not then hear??
Tell me! if Allah made the day continous for you till theDay of Qiyamah, which ilah besides Allah could bring you light???
Will you not then see??
It is out of the His Mercy that He has made you the night andthe day that you may rest therein and seek bounties therein..and in order that you may BERSYUKUR..(28:71-7)

Ukhti A

Tuesday, September 16, 2008

Perutusan Ramadhan

Bacalah dengan mata hatimu~

Perutusan Ramadhan dari Ustaz Muhammad Mahdy Akif
(Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin)

“Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Dia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna…” (al-Anfal:24)

Wahai ikhwan dan akhawat (sdra dan sdri)

Assalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh, wa ba’d

Moga-moga setiap tahun kamu dilimpahi kebaikan. Kini kamu dipayungi bulan mulia lagi berkat. Di dalamnya kebaikan berantai-rantai tiada putus, hembusan rahmat bertali arus, limpahan kasih al-Rahman mengalir laksana arus. Sesungguhnya Ramadan benar-benar bulan rahmah, maghfirah dan bebas dari belanggu api neraka. ”(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah...” (al-Baqarah:185)

Ketahuilah sesungguhnya perjalanan yang panjang itu memerlukan bekalan. “….dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah takwa dan bertakwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya)”. (al-Baqarah:197)

Hendaklah kamu jadikan Ramadan ini masa untuk menyiapkan bekal setahun. Jadikan siam (puasa), qiam, wirid, i’tikaf, sedekah dan solat sebagai bekalan dalam perjalanan mengadap Tuhan. Daripada bekalan itu kita bisa berdiri, membangun cita-cita yang tinggi, memperkuat keazaman yang murni. Saat kita beramal di bulan yang mulia, hati bertaut dengan Kekasihnya, tidak lucut ikatannya, tidak putus pengharapannya, sedang jiwa mencapai keberuntungan berjual beli dengan Allah Yang Maha Esa. ”Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata dan Allah pula Amat belas-kasihan akan hamba-hambaNya.” (al-Baqarah:207)

Jadikanlah Ramadan ini titik berlepas ke arah mencapai tujuan. Jadikan Islam sebagai sebuah daulah yang bergerak di dalam jiwa-jiwa manusia dan melekat di dalamnya. aqidah dan iradah, amal dan ibadah, ilmu dan kepimpinan, keagungan dan ketuanan. Biarlah Islam menjadi aqidah yang menggerakkan iradah (kemahuan), ibadah yang melahirkan amal, ilmu yang melayakkan memimpin, mendapat penghurmatan dan ketuanan. Semuanya terhasil dan tercerna mengikut acuan rabbani yang amat luas. Hendaklah semua hati-hati menjadikan matlamat puasa mereka seperti yang telah digariskan di dalam firman Allah yang bermaksud: ”.... supaya kamu bertakwa”. (al-Baqarah:183)

Beramallah dengan bersungguh-sungguh supaya bulan ini tidak pergi kecuali dalam keadaan kamu telah memperlihatkan kepada Allah keyakinan kamu kepada janjiNya, beriltizam dengan perintahNya, berjalan mengikut manhajNya, “Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma) dan dia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.” (al-Baqarah268). Pacakkan bendera yang bersesuaian bagi setiap sepuluh hari bulan Ramadan. Sepuluh yang pertama haraplah rahmat dengan berkasih sayang dan menguhubung silatul rahim. Sepuluh kedua harapkan keampunan dengan memohon ampun dan saling bermaafan agar terlerai segala dosa dan kesilapan lalu. Dan kemudian sepuluh terakhir haraplah kebebasan dari segala belenggu di dunia dan akhirat. “Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.” (al-Ahzab:23)

Sahutlah seruan untuk hidup pada bulan Ramadan ini supaya sepanjang tahun akan datang nanti terus mekar dan subur berpanjangan. ”Wahai kaum kami! Sahutlah (seruan) Rasul (Nabi Muhammad) yang mengajak ke jalan Allah, serta berimanlah kamu kepadanya, supaya Allah mengampunkan sebahagian dari dosa-dosa kamu dan menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” (al-Ahqaf:31)

Awas dan waspada Jangan sampai Ramadan kali ini terlucut dari genggaman kamu! Jika itu berlaku, rugilah kamu, kerugian yang tidak mungkin ditampung dengan apa usaha sekalipun. ”Dan sesiapa tidak menyahut (seruan) Rasul yang mengajaknya ke jalan Allah, maka dia tidak akan dapat melepaskan diri (dari balasan azab walau ke mana sahaja dia melarikan diri) di bumi dan dia tidak akan beroleh sesiapapun yang lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung yang membelanya; mereka (yang demikian sifatnya) adalah dalam kesesatan yang nyata.” (al-Ahqaf:32) “Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira” (al-Rum:4)

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

محمد مهدي عاكف
المرشد العام للإخوان المسلمين

Terjemahan Ustazah Maznah Daud
Ramadhan 1429.

Friday, September 12, 2008

Da'ie cilik

Terbaca kisah ini.. cumil... banyak pengajaran boleh diambil. Antaranya:

1. Pengaruh rakan sebaya sgt penting. Dgn siapa kita berkawan memainkan peranan penting dalam membentuk individu.
2. Peranan kata2 even kata2 simple yg mungkin hanya isi kpd perbualan boleh menyentuh hati dan menyampaikan mesej.
3. Penyampaian dakwah tidaklah seberat yg disangka.

Bangun sahur pagi ni, tersenyum sendirian ummi melihatkan
anak patung strawberry yang ditinggalkan oleh anak-anak, buah hati ummi, di bilik. Siap bertudung! Punyalah kreatifnya dia orang...

Lebih mengharukan lagi bila mengingatkan dialog dari bibir si kecil Atiqah Maisarah yang berumur 4 tahun..."Ummi, comel tak anak patung strawberry ni? Dah tutup auratpun, kan ummi?" Dan disampuk pula oleh si kakak, Aisyah Farihah (6 tahun): "Memanglah...tak baik tak tutup aurat. Dosa dia nanti!"...sambil si kakak, Amirah Zahidah yang berumur 9 tahun menjeling ke arah anak patung tadi dan kemudiannya bersuara.."Hmmm...tutup aurat cam tu mana sempurna lagi tu dik! Tudung kena tutup paras dada! Haaa tu...kenapa tak pakai kain tu??? Hi,hi,hi,hi,hi..." Punyalah kuatnya si kakak Amirah tergelak...!!! Perbualan singkat yang membawa seribu pengertian...!

Teringat pula ummi gelagat si Aisyah ketika usianya baru menjangkau 5 tahun...sambil menunggu giliran mengaji al-qur'an di rumah jiran, sempat lagi dia berdakwah pada teman-teman mengajinya yang kadang pakai tudung, kadang tak pakai. Nak tahu apa katanya? "Awak nak tahu tak? Ummi saya cakap, kalau kita tak pakai tudung, sehelai je rambut yang nampak, 1000 tahun kita kena bakar kat api neraka! Awak sanggup ke kena bakar lama kat api neraka tu?"...dan natijah daripada dakwah si da'i cilik ini, anak jiran yang tak pernah bertudung masa main petang-petang tu dahpun bertudung! Alhamdulillah...hati anak-anak kecil mudah nak dibentuk, kan?

Tetapi, semakin dewasa kita, semakin rumit rasanya utk menyampaikan, baik utk kawan maupun adik-beradik. Terlalu byk faktor perlu dipertimbangkan.
Untuk si kakak yg punyai adik2 di bawahnya, gunakanlah 'daya mempengaruhi' anda itu kpd mereka. Jgn sia2kan kelebihan yg diberikan. Benda2 kecil spt menyuruh membaca Quran dgn tafsirnya, berselawat dlm hati setiap masa, menyuruh menghafaz surah2 lazim, menyuruh berlaku sopan terhadap org tua, menyuruh itu ni...(yg baik2 je ye).. semuanya itu, andai kita katakan pada mereka selalu, insyaAllah kalau tak sangkut semua, pasti ada satu yg terkesan.. insyaAllah.


Penulis: Ukhti X
Kisah dari Ukhti Y

Wednesday, September 10, 2008

Kewafatan rasulullah.

Sayangkah kita pada Rasulullah S.A.W

Saya yakin, bagi mereka yg betul-betul hayati kisah ini boleh jadi berhelai-helai tisu kita habiskan..
Kita akan rasa sangat rindukan Rasulullah walaupun kita tak pernah berjumpa dengan baginda.. Baginda byk berkorban untuk kita. Kita bagaimana? Kita patuh tak segala pesanannya? Kita ikut tak Sunnahnya? Rajinkah kita berselawat ke atas Rasulullah? Air mata tidak cukup untuk membuktikan cinta kita pada Rasulullah. Jika kita mencintainya, kita pasti akan patuh pada pesanannya. Kita lakukan sunnahnya. Mungkin ada yg berazam "lepas ni aku nak makan guna tiga jari, aku nak bersugi, aku nak kahwin lagi.... aku nak ikut sunnah Nabi". Alhamdulillah, masih ada org berazam ingin mengikut sunnah Nabi..tapi kita selalu terlepas pandang sunnah Nabi yg satu ni..berdakwah..menyeru org kembali kepada islam sebenar, kembali kepada Allah. Itulah sunnah Nabi yg terbesar sekali..yg menjadi pekerjaannya sepanjang hayatnya. Kita bagaimana? kadang-kadang kita masih teragak-agak untuk mengajak org ke arah kebaikan..masih berkira-kira untuk meluangkan masa membuat kerja-kerja untuk islam, takut nanti terganggu 'study', takut hilang punca rezeki. Kenapa islam pula kita salahkan? bukankah Allah telah berfirman:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." [Muhammad:7]

Allah sudah berjanji,Dia pasti menepati janjiNya. Kisah ini amat banyak memberi peringatan kepada saya.

Sakitnya sakaratul maut...

Selepas saya membaca kisah ini, tertanya-tanya saya pada diri saya..."sudah bersediakah aku jika aku mati esok, atau harini, atau sebentar lagi? macam mana kalau aku mati kejap lagi? dah bertaubat belum? malaikat izrail? macam mana kat kubur nanti? macam mana aku nak menjawab depan Allah nanti kerja-kerja yang masih aku tak buat atau aku ingkari?.." dan macam-macam lagi saya fikir..mmg kematian cukup memberi peringatan pada diri ini.jika kita tahu sebentar lagi kita mati, pasti terlalu byk benda yg kita ingin lakukan dalam masa yg singkat sebagai persiapan untuk mati...benarlah kata Rasullullah ketika Rasulullah berpesan pada sahabat:

“Dengarlah para sahabatku, aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang, dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua dua penasihat yang satu daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah Al-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada Al-Quran dan Hadis-ku dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutkan dia dengan mengambil pelajaran dari mati.”

Kemudian bila saya membaca tentang Rasulullah berkata kepada Jibril tentang sakitnya sakaratul maut..Rasulullah yg maksum itupun merasa sakit bila Izrail menarik nyawa Rasulullah dengan cara paling lembut..apatah kita ni yg telah byk melakukan dosa.. bagaimana agaknya wajah izrail ketika itu..sedangkan ketika izarail menyerupai org Arab Badwi memberi salam kepada Fatimah renungannya amat tajam...pasti lebih tajam lagi renunganya kepada org yg byk dosanya. Semoga kita semua akan mati dalam keadaan beriman..Ameen..

Menunjukkan Kasih Sayang

Kisah Ukasyah yang memeluk dan mencium Rasulullah kerana kasihnya dia kepada Rasul kerana Allah mengajar sesuatu kepada kita. Ia mengajar supaya tidak malu menunjukkan kasih sayang kita kepada sahabat kita [Amaran keras! Lakukan kepada sahabat yg sama jantina sahaja]. Buangkan rasa ego..mungkin wanita lebih mudah melakukannya berbanding lelaki..Tetapi lelaki juga seharusnya tidak malu menunjukkan kasih sayangnya kepada sahabatnya..contoh yg jelas lagi nyata, Ukasyah dan Rasulullah , mereka berdua lelaki.

Setakat ini saya yg dapat saya kongsikan pada entry kali ini...semoga serba sedikit dapat memberi peringatan kepada kita semua...Maaf saya tidak begitu pandai menulis..Sebarang komen, saya terima dengan hati terbuka InsyaAllah..Wallahualalam.

Wahyu Terakhir

Diriwayatkan bahwa surah Al-Maaidah ayat 3 diturunkan pada sesudah waktu asar yaitu pada hari Jumaat di padang Arafah pada musim haji penghabisan [Wada'].
Pada masa itu Rasulullah SAW berada di Arafah di atas unta. Ketika ayat ini turun Rasulullah SAW tidak begitu jelas penerimaannya untuk mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut. Kemudian Rasulullah SAW bersandar pada unta beliau, dan unta beliau pun duduk perlahan-lahan. Setelah itu turun malaikat Jibril AS dan berkata:

“Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah SWT dan demikian juga apa yang terlarang olehnya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahwa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu.”
Setelah Malaikat Jibril AS pergi maka Rasulullah SAW pun berangkat ke Mekah dan terus pergi ke Madinah.Setelah Rasulullah SAW mengumpulkan para sahabat beliau, maka Rasulullah SAW pun menceritakan apa yang telah diberitahu oleh malaikat Jibril AS. Apabila para sahabat mendengar hal yang demikian maka mereka pun gembira sambil berkata:

“Agama kita telah sempurna. Agama kila telah sempurna.”
Apabila Abu Bakar ra. mendengar keterangan Rasulullah SAW itu, maka ia tidak dapat menahan kesedihannya maka ia pun kembali ke rumah lalu mengunci pintu dan menangis sekuat-kuatnya. Abu Bakar ra. menangis dari pagi hingga ke malam. Kisah tentang Abu Bakar ra. menangis telah sampai kepada para sahabat yang lain, maka berkumpullah para sahabat di depan rumah Abu Bakar ra. dan mereka berkata: “Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu menangis sehingga begini sekali keadaanmu? Seharusnya kamu merasa gembira sebab agama kita telah sempuma.” Mendengarkan pertanyaan dari para sahabat maka Abu Bakar ra. pun berkata, “Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahwa apabila sesualu perkara itu telah sempuma maka akan kelihatanlah akan kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut bahwa ia menunjukkan perpisahan kita dengan Rasulullah SAW. Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri nabi menjadi janda.”

Selelah mereka mendengar penjelasan dari Abu Bakar ra. maka sadarlah mereka akan kebenaran kata-kata Abu Bakar ra., lalu mereka menangis dengan sekuat-kuatnya. Tangisan mereka telah didengar oleh para sahabat yang lain, maka mereka pun terus memberitahu Rasulullah SAW tentang apa yang mereka lihat itu. Berkata salah seorang dari para sahabat, “Ya Rasulullah SAW, kami baru kembali dari rumah Abu Bakar ra. dan kami dapati banyak orang menangis dengan suara yang kuat di depan rumah beliau.” Apabila Rasulullah SAW mendengar keterangan dari para sahabat, maka berubahlah muka Rasulullah SAW dan dengan bergegas beliau menuju ke rumah Abu Bakar ra.. Setelah Rasulullah SAW sampai di rumah Abu Bakar ra. maka Rasulullah SAW melihat kesemua mereka yang menangis dan bertanya, “Wahai para sahabatku, kenapakah kamu semua menangis?.” Kemudian Ali ra. berkata, “Ya Rasulullah SAW, Abu Bakar ra. mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa tanda bahwa waktu wafatmu telah dekat. Adakah ini benar ya Rasulullah?.” Lalu Rasulullah SAW berkata: “Semua yang dikatakan oleh Abu Bakar ra. adalah benar, dan sesungguhnya waktu untuk aku meninggalkan kamu semua telah dekat”.

Setelah Abu Bakar ra. mendengar pengakuan Rasulullah SAW, maka ia pun menangis sekuat tenaganya sehingga ia jatuh pingsan. Sementara ‘Ukasyah ra. berkata kepada Rasulullah SAW, ‘Ya Rasulullah, waktu itu saya anda pukul pada tulang rusuk saya. Oleh itu saya hendak tahu apakah anda sengaja memukul saya atau hendak memukul unta baginda.” Rasulullah SAW berkata: “Wahai ‘Ukasyah, Rasulullah SAW sengaja memukul kamu.” Kemudian Rasulullah SAW berkata kepada Bilal ra., “Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fathimah dan ambilkan tongkatku ke mari.” Bilal keluar dari masjid menuju ke rumah Fathimah sambil meletakkan tangannya di atas kepala dengan berkata, “Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk dibalas [diqishash].”

Setelah Bilal sampai di rumah Fathimah maka Bilal pun memberi salam dan mengetuk pintu. Kemudian Fathimah ra. menyahut dengan berkata: “Siapakah di pintu?.” Lalu Bilal ra. berkata: “Saya Bilal, saya telah diperintahkan oleh Rasulullah SAW unluk mengambil tongkat beliau.”Kemudian Fathimah ra. berkata: “Wahai Bilal, untuk apa ayahku minta tongkatnya.” Berkata Bilal ra.: “Wahai Fathimah, Rasulullah SAW telah menyediakan dirinya untuk diqishash.” Bertanya Fathimah ra. lagi: “Wahai Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya untuk menqishash Rasulullah SAW?” Bilal ra. tidak menjawab perlanyaan Fathimah ra., Setelah Fathimah ra. memberikan tongkat tersebut, maka Bilal pun membawa tongkat itu kepada Rasulullah SAW Setelah Rasulullah SAW menerima tongkat tersebut dari Bilal ra. maka beliau pun menyerahkan kepada ‘Ukasyah.

Melihatkan hal yang demikian maka Abu Bakar ra. dan Umar ra. tampil ke depan sambil berkata: “Wahai ‘Ukasyah, janganlah kamu qishash baginda SAW tetapi kamu qishashlah kami berdua.” Apabila Rasulullah SAW mendengar kata-kata Abu Bakar ra. dan Umar ra. maka dengan segera beliau berkata: “Wahai Abu Bakar, Umar dudukiah kamu berdua, sesungguhnya Allah SWT telah menetapkan tempatnya untuk kamu berdua.” Kemudian Ali ra. bangun, lalu berkata, “Wahai ‘Ukasyah! Aku adalah orang yang senantiasa berada di samping Rasulullah SAW oleh itu kamu pukullah aku dan janganlah kamu menqishash Rasulullah SAW” Lalu Rasultillah SAW berkata, “Wahai Ali duduklah kamu, sesungguhnya Allah SWT telah menetapkan tempatmu dan mengetahui isi hatimu.” Setelah itu Hasan dan Husin bangun dengan berkata: “Wahai ‘Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahwa kami ini adalah cucu Rasulullah SAW, kalau kamu menqishash kami sama dengan kamu menqishash Rasulullah SAW” Mendengar kata-kata cucunya Rasulullah SAW pun berkata, “Wahai buah hatiku duduklah kamu berdua.” Berkata Rasulullah SAW “Wahai ‘Ukasyah pukullah saya kalau kamu hendak memukul.”

Kemudian ‘Ukasyah berkata: “Ya Rasulullah SAW, anda telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai baju.” Maka Rasulullah SAW pun membuka baju. Setelah Rasulullah SAW membuka baju maka menangislah semua yang hadir. Setelah ‘Ukasyah melihat tubuh Rasulullah SAW maka ia pun mencium beliau dan berkata, “Saya tebus anda dengan jiwa saya ya Rasulullah SAW, siapakah yang sanggup memukul anda. Saya melakukan begini adalah sebab saya ingin menyentuh badan anda yang dimuliakan oleh Allah SWT dengan badan saya. Dan Allah SWT menjaga saya dari neraka dengan kehormatanmu.” Kemudian Rasulullah SAW berkata, “Dengarlah kamu sekalian, sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya.” Kemudian semua para jemaah bersalam-salaman atas kegembiraan mereka terhadap peristiwa yang sangat genting itu. Setelah itu para jemaah pun berkata, “Wahai ‘Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau telah memperolehi derajat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah SAW di dalam syurga.”

Apabila ajal Rasulullah SAW makin dekat maka beliau pun memanggil para sahabat ke rumah Aisyah ra. dan beliau berkata: “Selamat datang kamu semua semoga Allah SWT mengasihi kamu semua, saya berwasiat kepada kamu semua agar kamu semua bertaqwa kepada Allah SWT dan mentaati segala perintahnya. Sesungguhnya hari perpisahan antara saya dengan kamu semua hampir dekat, dan dekat pula saat kembalinya seorang hamba kepada Allah SWT dan menempatkannya di syurga. Kalau telah sampai ajalku maka hendaklah Ali yang memandikanku, Fadhl bin Abbas hendaklah menuangkan air dan Usamah bin Zaid hendaklah menolong keduanya. Setelah itu kamu kafanilah aku dengan pakaianku sendiri apabila kamu semua menghendaki, atau kafanilah aku dengan kain yaman yang putih. Apabila kamu memandikan aku, maka hendaklah kamu letakkan aku di atas balai tempat tidurku dalam rumahku ini. Setelah itu kamu semua keluarlah sebentar meninggalkan aku. Pertama yang akan menshalatkan aku ialah Allah SWT, kemudian yang akan menshalat aku ialah Jibril AS, kemudian diikuti oleh malaikat Israfil, malaikat Mikail, dan yang akhir sekali malaikat lzrail berserta dengan semua para pembantunya. Setelah itu baru kamu semua masuk bergantian secara berkelompok bershalat ke atasku.”

Setelah para sahabat mendengar ucapan yang sungguh menyayat hati itu maka mereka pun menangis dengan nada yang keras dan berkata, “Ya Rasulullah SAW anda adalah seorang Rasul yang diutus kepada kami dan untuk semua, yang mana selama ini anda memberi kekuatan dalam penemuan kami dan sebagai penguasa yang menguruskan perkara kami. Apabila anda sudah tiada nanti kepada siapakah akan kami tanya setiap persoalan yang timbul nanti?.” Kemudian Rasulullah SAW berkata, “Dengarlah para sahabatku, aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang, dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua dua penasihat yang satu daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah Al-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada Al-Quran dan Hadis-ku dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutkan dia dengan mengambil pelajaran dari mati.”

Setelah Rasulullah SAW berkata demikian, maka sakit Rasulullah SAW bermula. Dalam bulan safar Rasulullah SAW sakit selama 18 hari dan sering diziaiahi oleh para sahabat. Dalam sebuah kitab diterangkan bahwa Rasulullah SAW diutus pada hari Senin dan wafat pada hari Senin. Pada hari Senin penyakit Rasulullah SAW bertambah berat, setelah Bilal ra. menyelesaikan azan subuh, maka Bilal ra. pun pergi ke rumah Rasulullah SAW. Sesampainya Bilal ra. di rumah Rasulullah SAW maka Bilal ra. pun memberi salam, “Assalaarnualaika ya rasulullah.” Lalu dijawab oleh Fathimah ra., “Rasulullah SAW masih sibuk dengan urusan beliau.” Setelah Bilal ra. mendengar penjelasan dari Fathimah ra. maka Bilal ra. pun kembali ke masjid tanpa memahami kata-kata Fathimah ra. itu. Apabila waktu subuh hampir hendak lupus, lalu Bilal pergi sekali lagi ke rumah Rasulullah SAW dan memberi salam seperti permulaan tadi, kali ini salam Bilal ra. telah di dengar oleh Rasulullah SAW dan baginda berkata, “Masuklah wahai Bilal, sesungguhnya penyakitku ini semakin berat, oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar mengimamkan shalat subuh berjemaah dengan mereka yang hadir.” Setelah mendengar kata-kata Rasulullah SAW maka Bilal ra. pun berjalan menuju ke masjid sambil meletakkan tangan di atas kepala dengan berkata: “Aduh musibah.”

Setelah Bilal ra. sarnpai di masjid maka Bilal ra. pun memberitahu Abu Bakar tentang apa yang telah Rasulullah SAW katakan kepadanya. Abu Bakar ra. tidak dapat menahan dirinya apabila ia melihat mimbar kosong maka dengan suara yang keras Abu Bakar ra. menangis sehingga ia jatuh pingsan. Melihatkan peristiwa ini maka riuh rendah tangisan sahabat dalam masjid, sehingga Rasulullah SAW bertanya kepada Fathimah ra.; “Wahai Fathimah apakah yang telah berlaku?.” Maka Fathimah ra. pun berkata: “Kekecohan kaum muslimin, sebab anda tidak pergi ke masjid.” Kemudian Rasulullah SAW memanggil Ali ra. dan Fadhl bin Abas ra., lalu Rasulullah SAW bersandar kepada kedua mereka dan terus pergi ke masjid. Setelah Rasulullah SAW sampai di masjid maka beliau pun bershalat subuh bersama dengan para jemaah.

Setelah selesai shalat subuh maka Rasulullah SAW pun berkata, “Wahai kaum muslimin, kamu semua senantiasa dalam pertolongan dan pemeliharaan Allah, oleh itu hendaklah kamu semua bertaqwa kepada Allah SWT dan mengerjakan segala perintahnya. Sesungguhnya aku akan meninggalkan dunia ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama aku di akhirat dan hari terakhir aku di dunia.” Setelah berkata demikian maka Rasulullah SAW pun pulang ke rumah beliau. Kemudian Allah SWT mewahyukan kepada malaikat lzrail AS, “Wahai lzrail, pergilah kamu kepada kekasihku dengan sebaik-baik rupa, dan apabila kamu hendak mencabut ruhnya maka hendaklah kamu melakukan dengan cara yang paling lembut sekali. Apabila kamu pergi ke rumahnya maka minta izinlah lerlebih dahulu, kalau ia izinkan kamu masuk, maka masukiah kamu ke rumahnya dan kalau ia tidak mengizinkan kamu masuk maka hendaklah kamu kembali padaku.”

Setelah malaikat lzrail mendapat perintah dari Allah SWT maka malaikal lzrail pun turun dengan menyerupai orang Arab Badwi. Setelah malaikat lzrail sampai di depan rumah Rasulullah SAW maka ia pun memberi salam, “Assalaamu alaikum yaa ahla baitin nubuwwati wa ma danir risaalati a adkhulu?” (Mudah-mudahan keselamatan tetap untuk kamu semua sekalian, wahai penghuni rumah nabi dan sumber risaalah, bolehkan saya masuk?) Apabila Fathimah mendengar orang memberi salam maka ia-pun berkata; “Wahai hamba Allah, Rasulullah SAW sedang sibuk sebab sakitnya yang semakin berat.” Kemudian malaikat lzrail berkata lagi seperti dipermulaannya, dan kali ini seruan malaikat itu telah didengar oleh Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW bertanya kepada Fathimah ra., “Wahai Fathimah, siapakah di depan pintu itu.” Maka Fathimah ra. pun berkata, “Ya Rasulullah, ada seorang Arab badwi memanggil mu, dan aku telah katakan kepadanya bahwa anda sedang sibuk sebab sakit, sebaliknya dia memandang saya dengan tajam sehingga terasa menggigil badan saya.” Kemudian Rasulullah SAW berkata; “Wahai Fathimah, tahukah kamu siapakah orang itu?.” Jawab Fathimah,”Tidak ayah.” “Dia adalah malaikat lzrail, malaikat yang akan memutuskan segala macam nafsu syahwat yang memisahkan perkumpulan-perkumpulan dan yang memusnahkan semua rumah serta meramaikan kubur.” Fathimah ra. tidak dapat menahan air matanya lagi setelah mengetahui bahwa saat perpisahan dengan ayahandanya akan berakhir, dia menangis sepuas-puasnya. Apabila Rasulullah SAW mendengar tangisan Falimah ra. maka beliau pun berkata: “Janganlah kamu menangis wahai Fathimah, engkaulah orang yang pertama dalam keluargaku akan bertemu dengan aku.” Kemudian Rasulullah SAW pun mengizinkan malaikat lzrail masuk. Maka malaikat lzrail pun masuk dengan mengucap, “Assalamuaalaikum ya Rasulullah.” Lalu Rasulullah SAW menjawab: “Wa alaikas saalamu, wahai lzrail engkau datang menziarahi aku atau untuk mencabut ruhku?” Maka berkata malaikat lzrail: “Kedatangan saya adalah untuk menziarahimu dan untuk mencabut ruhmu, itupun kalau engkau izinkan, kalau engkau tidak izinkan maka aku akan kembali.” Berkata Rasulullah SAW, “Wahai lzrail, di manakah kamu tinggalkan Jibril?” Berkata lzrail: “Saya tinggalkan Jibril di langit dunia, para malaikat sedang memuliakan dia.” Tidak beberapa lama kemudian Jibril AS pun turun dan duduk di dekat kepala Rasulullah SAW.

Apabila Rasulullah SAW melihat kedatangan Jibril AS maka Rasulullah SAW pun berkata: “Wahai Jibril, tahukah kamu bahwa ajalku sudah dekat” Berkata Jibril AS, “Ya aku tahu.” Rasulullah SAW bertanya lagi, “Wahai Jibril, beritahu kepadaku kemuliaan yang menggembirakan aku disisi Allah SWT” Berkata Jibril AS, “Sesungguhnya semua pintu langit telah dibuka, para malaikat bersusun rapi menanti ruhmu dilangit. Kesemua pintu-pintu syurga telah dibuka, dan kesemua bidadari sudah berhias menanti kehadiran ruhmu.” Berkata Rasulullah SAW: “Alhamdulillah, sekarang kamu katakan pula tentang umatku di hari kiamat nanti.” Berkata Jibril AS, “Allah SWT telah berfirman yang bermaksud,

“Sesungguhnya aku telah melarang semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum engkau masuk terlebih dahulu, dan aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umatmu memasuki syurga.”
Berkata Rasulullah SAW: “Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang rasa susahku.” Kemudian Rasulullah SAW berkata: “Wahai lzrail, mendekatlah kamu kepadaku.” Selelah itu Malaikat lzrail pun memulai tugasnya, apabila ruh beliau sampai pada pusat, maka Rasulullah SAW pun berkata: “Wahai Jibril, alangkah dahsyatnya rasa mati.” Jibril AS mengalihkan pandangan dari Rasulullah SAW apabila mendengar kata-kata beliau itu. Melihatkan telatah Jibril AS itu maka Rasulullah SAW pun berkata: “Wahai Jibril, apakah kamu tidak suka melihat wajahku?” Jibril AS berkata: “Wahai kekasih Allah, siapakah orang yang sanggup melihat wajahmu dikala kamu dalam sakaratul maut?” Anas bin Malik ra. berkata: “Apabila ruh Rasulullah SAW telah sampai di dada beliau telah bersabda,

“Aku wasiatkan kepada kamu agar kamu semua menjaga shalat dan apa-apa yang telah diperintahkan ke atasmu.”
Ali ra. berkata: “Sesungguhnya Rasulullah SAW ketika menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan saya meletakkan telinga, saya dengan Rasulullah SAW berkata: “Umatku, umatku.”

Dari: Ukhti Z

Rujukan: http://khaulah-alazwar.blogspot.com/

Thursday, September 4, 2008

Ramadhan

Assalamu alaikum, In the name of Allah, the Most Merciful the Most Beneficient, and may the best of salutations be made on the Prophet Muhammad (peace and blessings be upon him),

Every journey one wishes to undertake, requires some preparation beforehand. Not only are there pre-journey preparations but there are also emotions and feelings which one receives prior to the undertaking. These may be in the form of loved ones sending messages of yearning for the final meeting or expressions of excitement at the prospect of meeting someone dear which one has been separated from for a period of time. Those loved ones make preparations for receiving the loved one who has been temporarily absent. Who and what are we talking about? We are talking about Ramadan, returning to us as though it were a long lost friend whom we missed so much.

Those who receive Ramadan may be categorized into two:
1. Those who are blessed 2. Those who are blameworthy.

The blessed are those who take joy and comfort in the coming of Ramadan. They are the ones whose tears flow with joy at the coming of Ramadan. They bow down their heads in prostration and spend their time standing in prayer, all the while their tears flowing in the conversation with their Creator. They purify their hearts of negative traits. They remove from their hearts the characteristics of arrogance, envy, deceit, materialism of the world, heedlessness, time-wasting, malice, hatred, disobedience to parents, rebellion etc. Therefore they purify their hearts and souls. They wash their clothing of sin and disobedience, using a lather made of regret, tears and repentance. They raise their hands, outspread to the Creator, who is always close by to both the sinner seeking repentance, and close to the ones who strive to excel in their deeds. Their faces are smiley, laughing with joy. They are embarrassed before their Lord, Allah. They think nothing but positive thoughts about their Creator, Allah. They hope to be received by Him, forgiven, blessed with His mercy, saved from eternal damnation, and the granting of a high status from their generous Lord. Ramadan requires a renewal of intentions, reviewing one’s relationship with his Creator, self reflecting on one’s state and taking account of one’s actions. It requires that we be loyal to the personal vow made between man and His Creator.

Allah says “Fulfill your duty to Me and I will fulfill my duty to you” Holy Qur’an, Surah: Al-Baqarah (The Cow).

The other category of people, the blameworthy, are withheld from receiving the blessings from Allah – may He protect us all. Those are the ones who don’t wish to meet their Lord nor receive the spiritual and physical blessings of maintaining a solid relationship with their Creator. They feel inconvenienced with the arrival of Ramadan. They don’t wish to partake in the spiritual offerings made by Allah in the Generous month of Ramadan. They don’t reflect on their spiritual condition nor how to improve their character and personality. They don’t think of their Creator, nor desire to meet Him nor behave in a way which pleases Him – even though He is the one Who keeps them alive, sustains them, clothes them, shelters them and heals them, allows them to see, to hear, to eat, to walk and talk.

The Holy month of Ramadan invites us to reflect upon our condition. Ramadan comes to us knocking on our doors. Some of us have opened the door yet some have not! If only we knew how much Allah loves us and desires for us to improve our condition. He gives us Ramadan, once a year as an opportunity to reflect, to return back to being a good human being, and go through the physical training to achieve spiritual excellence. If you have lived to see another Ramadan, it is your Creator, Allah, giving you another chance to enter the rank of those whom He elevates, whom have purified their hearts. Seize the opportunity! Take this Ramadan seriously to go on the journey of self-purification. Expose yourself to the spiritual secrets of Ramadan, coming from the One Who loves you, Allah, Great and Glorious is He. May Allah give us all success.

Was Salamu alaikum, Sheikh Hussein As-Saqqaf Dubai, UAE