Thursday, September 25, 2008

Apa itu Taqwa?

Bismillahirrahmanirrahim..

Sebelum tidur, kita selalu muhasabah diri kan? Apa yg sy dah buat hari ni? Dah baca Quran ke belum? Dah baca MAKSUD Quran? Dah senyum sentiasa ke? Dah berhenti bermasam muka ke? Dah tolong org ke? Dah study? Dah gunakan masa betul2 ke? Dah bersabar dgn sabar yg sebaik2 nye ke? Dah berhenti merungut ke? Dah berhenti mengomel ke? Dah berhenti cakap yg tak bermanfaat ke? Dah itu ini itu ini ke???????

Lalu, andai dalam sesi muhasabah itu, anda terjumpa perkara jahat/ perkara tidak baik/ perkara DOSA yg anda lakukan hari itu..apa yg anda buat? *(sila fikir - - - cepat! )


...


Dah bertaubat kah?
Dah minta maaf?
Dah DENDA diri sendiri?????

Antara 5 jalan2 menuju ketaqwaan itu, salah satunya ialah MUAQABAH iaitu mendenda diri. Denda di sini bermaksud mendenda diri dgn sesuatu baik yg makin mendekatkan diri kepadaNya.

Sungguh banyak ayat-ayat Al-Quran yg menerangkan tentang kelebihan orang yg bertaqwa..Dalam kita sibuk2 berbicara tentang taqwa, jelas-kah pengertian 'taqwa' pada anda? Apa itu taqwa? Apa yg dimaksudkan dgn taqwa? Bagaimana nak bertaqwa andai tidak tahu maksud taqwa itu sendiri?? (cuba define, in ur own words..apa itu taqwa??)
Lagi satu soalan, Apakah ayat pertama dalam Al-Quran yg tertulis perkataan taqwa?
--> ayat berapa?? (ding ding..fikir fikir...)

. . .


Jawapannya: Ayat ke-2 surah Al-Baqarah..selepas Alif Lam Mim,
"Kitab Al-Quran ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bg mereka yg bertaqwa, iaitu mereka yg beriman kpd ghaib, melaksanakan solat..."
Kalau tengok definisi taqwa dalam Quran (Ayat2 font 9 kat bawah page tu)
"Taqwa iaitu mengikuti segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya."

Umar al-Khattab bertanya Ubai b Kaab makna taqwa. Ubai menjawab, "Pernahkah kamu melalui jalan yg berduri?" Jawab Umar, "Sudah tentu." Kata Ubai, "Apa yg kamu lakukan?" Jwab Umar, "Saya menyingsing pakaian dan berjalan penuh berhati2 agar tidak terkena duri2." Kata Ubai, " Itulah Taqwa."

TAQWA itu ibarat org yg berjalan di jln yg Berduri. Bagaimana dia berjalan? Pastilah dengan penuh berhati2. Duri itu dianggap ibarat dosa kecil dan luka itu ibarat perkara yg makruh. Sudah tentu luka itu pedih apabila terkena air.

Pointnya kat sini, dalam ketaqwaan, ada keberhati-hatian. org yg bertaqwa betul2 akan menjaga dirinya agar jgn sampai melanggar ketentuan Allah dan seboleh mungkin melaksanakan apa2 yg diperintahkan.

Ringkasan 5M - Jalan Menuju Ketaqwaan.

1. Muahadah,
Hendaklah kita mengingati perjanjian kita dengan Allah iaitu dengan menjadikan Allah sebagai Rabb
. Al-fatihah, Doa Iftitah.

2.Muraqabah
Merasakan keagungan Allah swt setiap waktu dan keadaan serta merasakan kehadiranNya di kala bersendirian ataupun dikhalayak ramai. IHSAN

3. Muhasabah
Menghisab diri ketika selesai melakukan amal perbuatan.Apakah tujuan amal hanya untuk mendapatkan redhaNya @ apakah amalnya dicemari sifat riya’?

4.Mu’aqabah
Memberi hukuman pada diri, agar tidak mudah untuk melanggar kesalahan-kesalahan lain yang boleh mengakibatkan kesalahan itu sukar untuk ditinggalkan. Contoh: Berpuasa andai buat salah A. baca Quran 10 pages sehari kalau buat salah B.

5.Mujahadah
Memaksa diri dengan tegas, serius dan penuh semangat dan FAHAM untuk tetap mentaati suruhan Allah di kala terseret dengan kemalasan dan cinta dunia


Dari Abu Hurairah r.a berkata:Rasulullah SAW bersabda, "Di antara ciri sempurnanya keislaman seseorang adalah meinggalkan apa-apa yang tidak bermanfaat baginya".-Hadis hasan diriwayatkan oleh Tirmidzi dan lainnya)

3 comments:

Unknown said...

Salam semua..

Dalam realiti skg..Dan ini adalah cabaran keimanan bg umat Muhammad SAW akhir zaman apabila ketaqwaan umatnya diuji.. Kita di uji, sebagaimana para sahabat diuji. Cuma keadaan berbeza. Para sahabat mendapat pendidikan langsung dari Rasulullah berbanding dgn kita, tidak. Tetapi ganjaran pahala untuk kita adalah lebih besar berbanding umat yang mendapat fikrah Islam semasa mereka hidup bersama Rasulullah.

Kita jauh berpisah dengan kehidupan Islam sebenar.Paginya Islam, tetapi petang kafir. Malah ada yg mengaku mereka ini ahli sunnah, yg mendokong penuh terhadap Islam. Tetapi dalam masa yang mereka terlibat dengan perkara-perkara mungkar(setuju apa yg dikatakan oleh komentar sahabat kita di dlm post "kewafatan Rasulullah).

setinggi mana ilmu seseorang, sedalam mana kefahaman menelaah ttg Islam. Jika tidak bertaqwa, maka orang itu tidak beruntung dan tidak mendapat kemenangan seperti difirmankan oleh Allah SWT dlm surah an-Nur [24]: 51-52..

P-yAh said...

benar tuan tuan,benar..lemah sungguh diri ini..

Panglima Kungfu said...

Salam lembing..


ana pun anta selit kan sekali??
Ada benarnya juga pndngn anta. Pape hal thanks.

Nak tak nak kita kena tegakkn syariat Islam. Tak leh berlembut dgn mereka yg menentangNya. Even dy tuh sendiri org Islam, begitu juga dgn org kafir. Nak tanya sikit, anta nih daris ea??.Tentu anta familiar dengan ayat nih:

Dia telah mengutuskan Rasul (dengan membawa) pertunjuk (al-Quran) dan agama yang benar, untuk dimenangkan-Nya atas seluruh agama, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.
(At-Taubah,9:33)

Wallahulam...