Thursday, October 30, 2008
Dia.
Bismillahirrahmanirrahim..
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami ayat-ayat Allah, dan mereka mempunyai mata tetapi tidak dipergunakannya untuk melihat tanda-tanda kekuasaan Allah, dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakannya untuk mendengar ayat-ayat Allah. Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai" (7:179)
untuk faham= perlukan hati...
tak faham=tak guna hati...
tak guna hati= ada masalah dengan hati...
ada masalah dengan hati= ada masalah pada hubungan dengan Allah
Daie itu merubah suasana. Merubah realiti yang ada disekelilingnya. Sekiranya seorang daie itu merasai suasana yang tidak islamik, dialah orang pertama yang sewajarnya memberi nilai islam pada suasana itu. Dia lah orang pertama yang mahukan perubahan dari jahililah kepada islam. Kerana islam itu sifatnya inqilabiah, merubah. Lihat sahaja pada Umar al-Khattab, dan contoh dekat seperti Syed Qutb, hidup mereka berubah 180 darjah saat mengenali islam yang hakiki. Islam merubah mereka dan kemudian, mereka merubah dunia dengan islam.
Dia cepat-cepat beristighfar, memohon keampunan atas segala khilafnya. Dia mengerti saat merasai kedinginan antara hubungan Pencipta dan makhluknya, ada sesuatu yang perlu dilakukan. Kerna imannya mengatakan Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum, selagi mereka tidak mengubah apa yang ada pada mereka sendiri (13:11). Walaupun seringkali Dia mendengar ayat ini dikaitkan dengan usaha=kejayaan akademik (lebih2 lagi saat menduduki peperiksaan, hmm..seperti yang dialaminya disekolah dahulu), Dia lebih percaya tentang perubahan yang yang perlu dilakukan oleh manusia itu melibatkan ketaqwaan yang ada dalam diri. Maka, pada Dia, jika mahukan perubahan, ubahlah rasa taqwa kepada Allah sebagai al-khaliq, Maha Pencipta.
Allah ubah keadaan manusia= bila manusia ubah apa yang ada dalam diri
dalam diri manusia=ada taqwa
bila ubah taqwa (makin bertaqwa)=Allah akan uruskan segalanya
Dia beriltizam untuk memulakan revolusi pada dirinya. Mendidik rasa taqwa dalam dirinya.
Penulis: Ukhti F.
[65: 2-5]
Barangsiapa bertakwa kpd Allah ;
1. nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya,
2. dan Dia memberinya rezeki dari tidak disangka2nya,
3. ...niscaya Allah akan mencukupkan keperluannya.
4. ...niscaya Dia akan menjadikan kemudahan baginya dalam urusannya.
5. ...niscaya Allah akanmenghapus kesalahan2nya dan akan melipatgandakan pahalanya.
Ya Allah.. siapa yg taknak??
All the best exam semua!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment