Wednesday, November 10, 2010

sendayu tinggi?


Sendayu Tinggi 

Pernah dengar nama Sendayu Tinggi tak? Saya bukanlah pengguna product ini, namun yang paling saya kagumi dengan pengasas product ini. Jom tengok gambar ni;

'Evolution kak Rozita"
How's that? Amazing right? (Sekarang kak Rozita dah pakai purdah dah, maknenye mungkin dia bertambah2 comey agaknye, dok?). Tapi cuba bayangkan kalau kak Rozita ni tidak mengalami evolusi ini, dia masih bersaiz seperti gambar yang paling kiri tu, agak-agak product Sendayu Tinggi ni laku tak?

Begitu jugalah kita ni dengan adDin yang kita bawa ini...
Daie itu cermin kepada dakwahnya dan memberi gambaran terhadap contoh tentangnya.
Berat sungguh statement ini... Selalu kita kata, "Jangan melihat kepada siapa yang bercakap, tapi lihatlah pada apa yang disampaikan". Namun hakikatnya, it's easier said than done.

Disebabkan itu, penting bagi kita untuk kita walk the talk. Bukankah Allah telah menegur kita dengan keras dalam surah As Saff ayat 2-3, yang bermaksud;
"Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kau mengatakan apa yang tidak kau perbuat? Sesungguhnya Allah amat murka kepada orang yang mengatakan apa yang tidak dikerjakan."
Kitalah daie yang perlu menjadi 'syahadah' atau testimonial terhadap apa yang kita seru. Ia ibarat analogipromoter atau pengasas Sendayu Tinggi product tu.
Rozita - testimonial paling reliable dan valid

Para sahabat dulu mewakili manhaj yang dibawa. 

Kembali kepada contoh Sendayu Tinggi tadi, ingin saya kongsikan satu testimonial yang lebih berbentuk nasihat kepada pengguna lain tentang cara paling 'muntij' (efektif) untuk mendapat hasil positif;

"hi azrufara, saya nak kongsi pengalaman tentang ubat sendayu tinggi. Saya pernah mencapai berat 80 kg dengan ketinggian 157 cm. memang dah capai tahap obes 2 kalau tak silap. So pada penghujung tahun 2001 dalam bulan ppuasa saya cuba makan ubat sendayu tinggi memang kesan nya perlahan tapi berjaya menurunkan berat sebanyk 5 kg pada bulan tersebut dan selepas tujuh bulan saya berjaya mendapat berat ideal iaitu 48 kg. Kalau nak mkn ubat ini perlu disiplin dan betul-betul jaga pantang tak boleh minum ais,minuman bergas, makanan laut dan daging merah perlu elakkan insyallah akan berjaya. Dan yang paling penting saya terpilih antara 10 model sendayu tinggi utk Pertandingan ratu sendayu Tinggi 2003.Teruskan usaha anda dan perlu banyak bersabar."

See! No pain, no gain!

Kagumilah sifat mengambil 'azimah' dan meniggalkan 'rukhsah'(Kkeringanan) seorang sahabat, Abdullah bin Huzafah ketika beliau ditangkap raja Rom dan dipaksa meninggalkan Islam dan diancam akan diseksa hingga mati jika enggan. Lihatlah betapa para sahabat ini mempunyai iman yang tahap entah ape-ape (term oleh k Balqis), tatkala dia bakal dicampakkan ke dalam minyak panas yang mengelegak, dia bahkan menagis dengan sesedih-sedihnya. "Hey, WHY???" asked the emperor in puzzled. Meh tengok apa Abdullah kata (edited with fiction element);

"Aku nanges bukan sebab takut mati. Aku bahkan bercita-cita supaya aku mempunyai 100 nyawa, yang mana nyawa itu dicabut satu per satu di jalan Allah ini.Tapi aku sedih sebab hari ini aku hanya ada satu nyawa sahaja untuk aku korbankan di jalan ini"

End up beliau pun dibebaskan kerana kagumnya raja tadi...

Maka itu, ibrah yang boleh kita dapati daripada salah satu cerita pelik ini, perlunya daie itu iltizam (committed) dengan adDin ini... kerana manusia lebih suka melihat daripada mendengar.


Iltizam lah, komited lah
Perbuatan kita lah yang akan jadi catalyst untuk orang yang kita seru menerima apa yang kita bawa. Dan ia bukanlah kerja yang mudah dan bukan dalam masa sehari dua. Macam nak dapat hasil produk Sendayu Tinggi tadi,
"selepas tujuh bulan saya berjaya mendapat berat ideal iaitu 48 kg...Teruskan usaha anda dan perlu banyak bersabar."
Itu baru untuk mencapai hasil untuk diri sendiri, but now we're talking about changing people's mindset! 
Tahukah kita, ketika syariat Islam mula-mula sampai ke negeri mesir dahulu, bukan semua penduduknya terus memeluk islam... Selepas 100thn dibuka, barulah penduduknya yang majoritinya adalah Nasrani berbondong-bondong memeluk islam. Menurut Ibn Qayyum al Jauziy, testimonial yang mereka berikan terhadap islam pada diri para sahabat/tabien yang mereka lihat setelah islam datang ke negeri mereka;
"Mereka ini lebih afdahal dari sahabat2 Al Masih Isa a.s." 


So, KITA???

Mengapa orang yang belum islam hari ini tidak memincingkan mata untuk memeluk islam bahkan orang Islam pula yang berbondong-bondong keluar dari agama ini?

Ibn Qayyim berkata: "Kita telah sekian lama menyeru mereka (yang belum islam) untuk menjadi islam, namun halangan terbesar untuk mereka memeluk islam adalah kerana mereka melihat apa yang dibawa oleh orang yang mendakwa dirinya Muslim". Statement ini dikeluarkan oleh beliau pada kurun ke 8 Hijrah (kira-kira tahun 700 H - hhmm... mcm mane agaknye demografi Tanah Melayu masa tu ek?). Agaknye kalau Ibn Qayyim lihat realiti umat islam zaman kini, di tahun 1431H ini, lagi la terkezut beliau. Umat Islam sendiri telah memberi gambaran terbalik daripada apa yang diajarkan dalam adDin ini...

Maka itu, ayyuhal Daieyah, istiqamahlah dalam amalam kamu... kerana manusia melihat...

Kerana istiqamah dan waraknya daieyah itu laksana pemangkin kepada diterimanya seruan itu. Dan daie yang fakir dalam komitmen nya dan pegangannya, kata-kata mereka akan berlalu di atas kepala seperti anak panah yang tidak terkena daripada sasarannya (Dr Hamam).

Berbuat amal lah. Kerana yang lebih baik daripada kata-kata adalah pembuatnya. Kata-kata yang indah akan hilang seandainya tidak diterjemahkan ke dalam bentuk amal. Kata sebahagian orang-orang soleh, "Ilmu itu menuntut amal, jika amal tidak datang, ilmu akan lari."

Bare in mind:" Semua muslim itu adalah daie, okay~"


Menulis untuk mengingatkan diri sendiri...Kerana yang menulis menjadi pembaca pertama...

Inspirasi daripada Dr Hamam dalam buku Qawaid Dakwah 

Semua testimonial ST yang saya quote tu diambil daripada: http://blogtext.org/azrufara/article/2699.html

copy paste dari blog aisyahsuki
Hari-hari terakhir di Brisbane 2010

4 comments:

cahayaharumankasturi said...

semua muslim itu adalah daie :)

sharing yang membuka minda..syukran

Ibun nuradlyna rahmah bt zaini said...

Assalammualaikum..
saya sebenarnya berminat untuk mengetahui lebih lanjut dalam bidang farmasi ini.sebenarnya saya akan membentangkan tentang kerjaya farmasi.Jadi saya perlukan bantuan untuk memberi penerangan lebih lanjut mengenai kerjaya dalam bidang farmasi.saya harap saudari dapat menolong saya.isnin ni tarikh perbentangan.sila pm saya di lyna_gurl@yahoo.com.my.thanks

aubout vita said...

Xavi Gerad Jude Am. Aiicco Sigorta plc temsilcisi. Biz 3% Geri ödeme oraninda kredi sunuyoruz.Bu (CEO) e-Posta adresine bizimle irtibata ilgilenen varsa: xavigeradloanfirm@yahoo.com
Sadece Aiicco sigorta plc izin alir 20 Yas üzeri Edin.
Bireysel Krediler Yatirim.
Isletme Kredileri Yatirim.
Konsolidasyon Kredi.
Pembinaan Krediler.
Bir atau ödeme yasindaki seçin.
Rancangan kapsaminda telah aylik yillik ödemeler arasinda seçim yapin.
Esnek kredi kosullari.
Yil 5000 8000.000.00 Euro Bab Kadar Ukuran kredi yok.
Firmamiz Güvenilir, Verimli, hizli telah Dinamik bir islemdir. Bize bugün.SR GERAD Jude Yatirim plc: Jawapan ısım gönderilmesi gerekmektedir, E-Posta: xavigeradloanfirm@yahoo.com

Witut Apik said...

mari kembangkan sektor pariwisata daerah untuk kemajuan kita bersama
Ayo wisata liburan bersama keluarga, dengan mengikuti paket wisata karimun jawa kita yang termasuk biro wisata karimun jawa berpengalaman karena memberikan paket karimun jawa murah, ada paket backpacker karimunjawa, paket karimunjawa tour 4 hari 3 malam, paket karimunjawa 3 hari 2 malam, dan paket murah karimun jawa 2 hari 1 malam, atau bisa juga cek harga paket hotel karimun jawa. paket karimun jawa kami sangat memuaskan dan berkesan, info tour keberangkatan jadwal kapal ke karimunjava island lebih lanjut bisa menghubungi www.karimunjawakita.com, supported by Jepara Apik Furniture.