Hati ibarat tanah. Jika dicampakkan benih, akan menumbuhkan pokok dengan izin Allah swt. Jika benih itu iman, ia akan menumbuhkan pokok Tauhid yang memberikan buah-buah Ikhlas. Namun jika benih itu kufur, ia akan menumbuhkan pokok syirik yang akan tumbang pada bila-bila masa.
Namun air diperlukan untuk melembutkan tanah. Agar akar pokok tadi mampu menembus ke dalam tanah dan meneguhkannya. Tanpa air, benih apa pun tidak akan mampu untuk tumbuh walaupun ditanam di tanah yang paling subur.
Akan tetapi, proses menyiram air ke tanah juga tekniknya. Tidak boleh disiram dengan begitu banyak sehingga menghanyutkan benih yang ada di dalam tanah tersebut. Ia perlu disiram dengan kadar yang tertentu dengan kala yang tertentu.
Begitulah juga hati, dari semasa ke semasa , perlukan zat – dengan teknik yang sama - untuk melembutkannya dan menyemai benih iman. Agar akar tauhid membenam ke dasar hati dan memberikan buah-buah ikhlas yang dapat dinikmati oleh sekalian makhluk Allah swt.
Begitulah, sebagaimana firman Allah swt dalam surah al-Hadid ayat 16 :
ألم يأن للذين ءامنوا أن تخشع قلوبهم لذكر الله
وما نزل من الحق ولا يكونوا
كالذين أوتوا الكتاب من قبل فطال عليهم الأمد
فقست قلوبهم وكثير منهم فاسقون
“Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyu` mengingati Allah swt dan mematuhi kebenaran yang diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka (berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik.”
Teknik tersebut … ada yang menyebutnya usrah, halaqah, liqa, jilsah, daurah, ta’lim, bayan, tazkirah, smart cicle, pertemuan, gathering … dan sebagainya.
Lalu … apakah pula nama yang kita gunakan?
copy n paste je... taktau nak taip apa..tapi nk letak juga apa-apa yang boleh. =)
2 comments:
gambar tauge yg comel...
haha
oh takpe cik in. dibenarkan copy and paste entry yg sng menarik. I luv this one, simple but you can definitely see where it is heading.
cik cah
Post a Comment