Bismillahirrahmanirrahim..
bacalah dengan hatimu.
Wahai anak Adam, janganlah kamu tergolong dlm golongan mereka yg suka melengah-lengahkan taubat dan memanjang-manjangkan angan2. Janganlah kamu mengharapkan kebahagiaan akhirat tanpa beramal.
Memperkatakan perkataan ahli- ibadah tetapi beramal dengan amalan munafik. Sekiranya diberikan tidak pernah merasa cukup. Sekiranya tidak memperolehi sesuatu, tidak mahu bersabar.
Menyeru kepada kebaikan tetapi tidak melakukan kebajikan. Mencegah kemungkaran tetapi masih bergelumang dengannya.
Mengasihi orang2 yg soleh tetapi tidak mahu bersama golongan mereka. Membenci orang munafik tetapi kamu terdiri dari golongan mereka.
Wahai anak Adam, setiap hari yang baru, bumi sentiasa menegurmu dengan kata2: Wahai anak Adam, engkau berjalan di permukaanku dan setelah itu engkau akan disimpan ke dalam perutku. Engkau memakan sebanyak yang diinginkan ketika berada di permukaanku kemudian engkau akn dimakan ulat di dalam perutku.
Wahai anak Adam, setiap hari bumi berkata kepadamu: Wahai anak Adam, aku adalah rumah yg sengsara. Aku adalah rumah yg bakal meninggalkan kamu keseorangan. Aku adalah rumah bg ular dan kalajengking. Oleh itu, makmurkanlah aku dgn amal soleh dan jgn engkau runtuhkan daku.
Mutiara peringatan oleh Imam Al-Ghazali.
Saturday, February 7, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment