Perasaan itu datang lagi
Tatkala si dia lalu di hadapan diri
Aku terkaku
Antara mengangkat muka
Lalu memandang wajahnya
Atau pun tunduk
Agar tiada memori tentangnya yang aku cipta
Seketika ku pikir
Apa salahnya aku memandang
Dia hanyalah seorang yang tidak aku kenali
Yang aku mungkin juga tak akan berjumpa lagi
Tapi aku tak sanggup
Tak sanggup utk hati ku berdebar
Dan terbayang wajahnya
Sedangkan hati ku telah berjanji
Hanya Allah di hatiku
Ya Allah
Sungguhnya kau mengetahui
Jiwa ku, ibadatku, hidupku, matiku
Telah aku beri utk jalan Mu, Ya ALLah
Telah aku ikrarkan
Agar hanya cinta Mu di hatiku
Agar hanya nama Mu yang bermain di jiwaku
Agar segala langkah yang aku ambil
Semuanya ke arahMu
Seluruh hidupku
Aku cuba utk orientasikan
Agar ia berlegar di sekitar cintaku padaMu
Ya Allah
Kau tahu bahawa
Hati ini telah berikrar
Untuk memberi jiwa ini utk perjuangan di jalanMu
Andai Kau datangkan pasangan utk ku
Biarlah dia seorang yang akan mencintai ku keranaMu
Biarlah dia seorang yang akan membantu aku tsabat atas dakwah ini
Agar segala apa yang kami bina utk kemudian hari
Semuanya akan bergerak
Ke arah menegakkan shahadah cinta kami terhadap mu
Ya Tuhan ku, kabulkanlah permintaan ku…..
Ukhti S
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
salam!
saya sangat-sangat suka tulisan ini. ianya sampai ke hati. terima kasih.
Post a Comment