Sunday, June 14, 2009

contengcontengjap.

kunci kereta, a cup of coffee and donuts!

Bismillahirrahmanirrahim..nak tulis sedikit sebelum memulai sesi pembelajaran.

Baru call Malaysia tadi...mak abah hantar adik ke asrama. Teringat zaman maktab dahulu..abah dan mak menghantarku sampai ke Serting. Teringat hari itu semasa pulang dari exam, nampak ada seorang mak mengambil anaknya dari exam..
cakap ngan member..'bestnya mak tu kan..amik anak dia balik exam.'
member balas balik..'kalau rumah dekat ngan tempat exam ni..rasanya mak sy pun amik sy kut'...
kan..betul kan.. mak memang takkan pernah henti-henti menyokong anak-anak dia. anak-anak dia ni je yang kadang-kadang tidak menghargai pengorbanan tulus itu. (oh bukan aku dan kalian,insyaAllah...bukan jua sekalian manusia sejagat harapnya..itu hanyalah watak2 dalam drama2 sandiwara dunia.)

***
'Hello assalamualaikum..abah apa khabar? sihat?'
'sihat..alhamdulillah..exam ok tak? haritu dapat jawab?'
'emm...bolehlah sikit2...' .....blablabla...
***
Telefon kemudiannya dipaskan ke adik bongsuku...
'Yana apa khabar? ok? exam ok? upsr bila?'...
dan tak semena2nya..adikku mengadu..
'kakja,yana tak dpt A pun haritu...' bunyi macam sedih je..
'La..camna takdapat A ni? kata nak pergi London?'
'BI tu susahlah kakjah..' tambahnya lagi.
hurm...entah..ada nada seakan2 tertekan di situ..
entahlah..niat nak bg motivasi..tp takut dia terasa tertekan pula..
adik..akak nak adik faham...
exam..memang best kalau dapat result best...memang sedih amat tertekan kalau dapat result tak best. sebab tu ada orang mmg akan ada satu prinsip..I'll do anything it takes to get A.. stay-up malam tak tidur..menghafal setiap inci detail2 nota..tak akan berputus asa selagi setiap soalan tidak dapat dijawab..ha namakan apa sahaja.. ada..ada sahaja orang yg melalui proses sebegini.
tapi...jangan stress..sebab mak abah tak risaukan itu sangat..
result apa pun yang adik dapat..mak akan sokong..
tak semenstinya orang result tak best tak berjaya..
tak semestinya orang tak masuk UNIVERSITI tak berjaya.
apa yg mak abah nak..supaya adik jadi orang yg lebih baik akhlaknya..lebih baik hidupnya..menjadi orang yg berpegang teguh dengan prinsip-prinsip murni..prinsip-prinsip islami..
selalu kakja pesan..satu je kan...ingatt..ingat Allah selalu perhatikan..ingat semua amalan dicatat, kan?
ingat itu je...cukuplah..
itulah tips kejayaan di dunia dan akhirat..insyaAllah...

bila exam..nilai tawakal jadi ukuran..kalau benar sudah bertawakal, maka level tawakal manakah tawakal kita itu? adakah tahap peguam dan clientnya..anak kpd ibunya..ataupun mayat kpd tukang yg memandikannya? tawakalku ya Allah..masih ada cacat celanya..aku masih risau..risau yg terramat dgn last 2 papers yg telah dilalui..especially paper microb hari itu.. aduh.. lemahnya aku. Aku tak boleh terima kegagalan..aku tak mahu gagal.. aku taknak fail..apatah lagi fail exam..huhu.. taknak taknak...uwuwuw.. Mohon sangat agar ditenangkan jiwaku dgn segala ketentuanmu..Aminn.

ok..4 kertaspeperiksaan lagi. Pharmacology,PharmacyPractice,MedicinalChemistry dan Clinical Pharmacy..
mohon doa kalian yg membaca...moga urusan dimudahkan..moga diberi petunjuk..moga diberi kefahaman ilmu..moga diberi ketenangan semasa exam..moga andai cuai ditunjukkan..moga andai keliru ditunjukkan..moga andai buntu diterangkan...Amin Amin Aminnn.....

O Allah..nothing is Easy unless you make it easy..Aminn..

No comments: