Wednesday, July 29, 2009

Mariam dan Adiyat.

"Alhamdulillah..hari ini jualan semua laku." bisik hati kecil Mariam.
hurm..esok nak jual berapa ye...
Semoga hasil yg ku dapati, walau sedikit..berkat.. yelah..bukankah berniaga ni cara yg Allah ajar pada rasulullah. bukankah berniaga ini 90% punca rezeki dtg..tapi harus diingat, rezeki itu Allah telah tetapkan..dan kita akan dapat pahala atas usaha kita..monolog Mariam.

Oh ya Allah, aku mohon agar aku tidak terpedaya dgn ilusi dunia. Cepat Mariam memohon perlindungan dari Al-Khaliq apabila terlintas di hatinya perniagaan ini bisa melalaikannya. Teringat dia akan kata-kata dari Tuhannya tentang tujuan penciptaannya..

Wama halaqtal jinnawalinsa illa liya'budun..
Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu..

dan sambungan ayat ini lagi...

Aku tidak menghendaki rezeki sedikit pun dari mereka dan Aku tidak menghendaki agar mereka memberi makan kepadaKu.

[51:56-57]

Subhannallah..Allah Maha Besar..Allah Maha Mengetahui..
Allah tahu apa kan jadi dgn manusia.
terkadang manusia itu lupa...lupa tugasnya utk beribadah kpd Allah..
manusia itu sibuk mencari makan/duit/rezeki ibaratnya Allah itu perlukan rezeki dari kita????
ibaratnya tujuan kita diciptakan adalah untuk mencari rezeki semata???
Tidak! Allah perlukan hamba-hambaNya..ciptaanNya..utk mengingatiNya..utk beribadah kepadaNya..
Itulah bila manusia tidak kenal erti penciptaannya..

bukankah rezeki itu sudah Allah tetapkan?

"...Sesungguhnya setiap kalian dikumpulkan penciptaannya dalam rahim ibunya selama 40 hari berupa nutfah (sperma) kemudian menjadi ala-qah (segumpal darah yg menggantung) selama waktu itu juga kemudian menjadi mudghah (segumpal daging) selama waktu itu pula, kemudian diutuslah malaikat utk meniupkan ruh kpdnya dan menyampaikan 4 perkara: menulis rezekinya, ajalnya, amal perbuatannya dan akan menjadi org sengsara atau bahagia...."
HR Bukhari-Muslim.

Mariam faham. Mariam hanya mengharapkan agar usahanya dibalasi pahala. Mariam ada satu tujuan. Untuk mendapatkan Adiyat. agar si Adiyat ini kan menunggunya di syurga..semoga Adiyat ini menjadi hartanya di akhirat. Mariam rasa begitu miskin..kerana tidak byk harta yg dikumpulkan untuk dirinya di akhirat nanti.
insyaAllah..Mariam akan teus berurus niaga..berurus niaga utk mendapat keuntungan yg tidak terganda-gandanya. tidak terletak harga. bak kata sahabatnya: Life is a business!

Mariam teringat video yg puyai mesej besar terhadap dirinya.

.


Friday, July 24, 2009

Episode 1 - seorang 'dia'

Bismillahirrahmanirrahim…

In the name of Allah, The Most Gracious The Most Merciful.

Kala dahulu..waktu aku mula2 terima pendedahan..pencerahan tentang ilmu2 dunia islam..ilmu2 yg aku sungguh rasa ‘knp aku baru tahu sekarang???!!!’

Aku masih ingat ketika itu..betapa rasa semangatnya…ingin rasanya ku beritahu satu dunia..kerana aku tidak mahu..bila sudah tua, bila sudah lanjut usia..dan entah sempat atau tidak seseorang itu tahu dan sedar hakikat sebenar hidup ini. Dengan ntah dari mana semangat berkobar2 utk memberitahu rakan2, adik abang mak abah tentang perkara ini.

Hey tahu tak..kisah sejarah dari rasulullah sampai khalifah abu bakar omar usman ali...selepas tu ada sambungannya lagi sampai sekarang?

Hey tahu tak..kehidupan kita ini...fasa kehidupan kita sekarang ini..sama dan telah berlaku pada fasa2 kehidupan zaman2 lalu? Tahu tak? Sedar tak? Kita ni di peringkat Mekah?

Hey sedar tak..kalau awak tak beritahu orang...kalau tiada kakak2 ni beritahu awak..sampai ke-tua lah awak tak tau? Awak perasan tak? Awak sedar tak awak ada tanggungjawab..awak ada kerja untuk beritahu kpd mereka-mereka yg tidak tahu itu lagi?

Awak sedar ke..kat Malaysia tu saaangattlah ramai lagi manusia yg tidak tahu ttg hal ini? Sedangkan awak sendiri 'tahu' bila awak sudah tidak di Malaysia..awak di obersea.

Ah malas ah..hal kau,kau..hal aku,aku...begitu?

Kalau tiada orang kenalkan lagu 1924 tu kat awak..sampai dewasa lah awak sibuk dgn lagu2 hot.fm hitz.fm sume tu.

Kalau tiada orang bentang ISK tu..sampai ketua mmg awak takkan tahu mungkin sbb awak malas dan tak endah pun sejarah-sirah ini. Ah bosan!

Kerna itu..sejak hari pertama kutahu..ku nekad..akulah yg akan membentangnya suatu hari nanti...

insyaAllah...kan Allah...kan my dear...my love...


Kisah seseorang yg baru kukenal....


Tuesday, July 21, 2009

New Zealand dan perang khandaq?


Al Barra berkata: " Semasa hari menggali parit, kami telah terhalang oleh seketul batu besar yg tidak dapat dipecahkan oleh cangkul. Lalu kami mengadu ke Rasulullah. Baginda pun datang lalu memegang sebatang cangkul seraya berkata: "Bismillah", kemudian dipukulnya dgn satu pukulan lantas berkata: "Allahuakbar, aku telah dikurniakan kunci-kunci Negara Syam, demi Allah aku benar-benar dapat melihat istana-istana merahnya di saat ini." Kemudian baginda memukul kali kedua seraya berkata: "Allahuakbar, aku telah dianugerahkan Parsi, demi Allah aku sedang melihat istana-istana al-Mada'in yg berwarna putih itu sekarang." Kemudian baginda memukul kali ketiga, sambil membaca "Bismillah" sehingga menyebabkan pecah saki baki batu itu serentak itu juga baginda berkata: "Allahuakbar, aku telah dianugerahkan kunci-kunci Negeri Yaman, demi Allah sekarang ini aku sedang melihat pintu-pintu gerbang San'a dari tempatku ini."

Dari Sirah Nabawiyyah Safiyyu Al-Rahman Al-Mubarakfuri (Malay Version) m/s 447.

Syam, kini Syria
Parsi, kini Iran
Yaman, kini Yemen

3 arah berbeza.
utara timur selatan
islam pasti kan tawan 3 arah ini, nampak Rasul.
tak mustahil juga....kota-kota lain.. bukalah....

18 July 2009, Pantai Misi dgn bermisi..
Auckland, New zealand...
sungguh amat bermakna!!
Alhamdulillah..
jazakillah..

Wednesday, July 8, 2009

yang ketiga.

hari ini...rasa sangat letih.. penat..ada slot rehat utk kami..tetapi ada slot bersama 2nd year...kurang sihat sedikit hari ini..rasa seperti ingin tidur berehat sebentar supaya malam hari segar..tapiii... taknak rugii..kugagahi juga diri..boleh boleh..lek arr cik In..ckitt je ni..nt tak dpt dgr lagi ustaz bg pengisian..rugi kamu!
dengar juga.....

semalam...

u tahu tak wahyu pertama turun kat rasulullah surah apa?
tahu...iqra'
masa turun tu..berapa ayat yg turun di gua Hira'?
err....
5 ayat..tapi surah al-alaq tu ada berapa ayat??
err...
ada 19 ayat..ha..bila masa ayat nombor 6 tu turun??? wahyu kedua turun apa?
al-muddatsir..
......
bila eh ayat ke-6 al-alaq turun??


-sila tinggalkan komen andai tahu ye...terima kasih.

Tuesday, July 7, 2009

2nd programme in NC - about KLCC???


Bismillahirrahmanirrahim...alhamdulillahh...berrrrbiillioonziilliioonnn kali...Allah shj yg tahu apa dalam hati..
ok..sape tak pernah sampai KLCC?? ala..bangunan berkembar kat KL tu...yg dalamnya ada petrosains..biasa murid-murid lepasan UPSR buat rombongan pergi sini..masuk petrosains..byr..RM15 kut..ntah tak ingat ku...waktu inilah 1st time berkunjung ke KLCC..masa kecik2..jakun2 tgk bandar KL yg selalu belajar dalam kelas "ibu negara Malaysia apa?tanya guru" Kuala Lumpur cekgu..jawab murid......
Tahukah anda bagaimana KLCC dibina?
kalau rajin..silalah layari siri youtube ini..dari anda melayari cerita-cerita yg entahapahapa itu..
huhu takleh paste url mahupun embedded code for youtube "KLCC in The Making"... try taip kat youtube...ada 6 episodes. cari ye!!!
nak tulis sini...
tinggi menara ni 452 meter..foundation pencacak-pencacak ke dalam bumi tu 117 meter..nak buat foundation ni mengambil masa setahun (berdasarkan org cerita). kalau foundation ni tak kukuh...u ingat bangunan KLCC tu dapat bertahan lama ke? entah2 sama macam stadium kat terengganu tu...runtuh walau baru dibina setahun yg lalu.. (apa kena mengena stadium ni dgn foundation? ini bukan isu foundation tetapi isu kontraktor yg mengunakan bahan-bahan murah!)
maka apa yg penting nak saya tulis di sini????
ASAS!
ye
FOUNDATION!!! (selain isu amanah pihak2 yg menggunakan bahan2 murah)
insyaAllah..mari kita sama-sama mantapkan..kukuhkan asas islami dalam diri kita.
tak kira you dalam tarbiyyah ke you tak join usrah ke..you suke enjoy je ke..yg penting YOU muslim kan?
solat cukup tak sehari 5 kali? kalau ada miss-miss..paham-pahamlah ye nak kena buat apa selepas ini. insyaAllah kalau solat dah setel..insyaAllah pembaca2 blog sy ni setel dah hal-hal gini kan..insyaAllah..kita setelkan pula hal solat di awal waktu dan solat jemaah tiap waktu..solat sunat before and after..bukan solat semata..termasuk hal-hal lain juga..
sama-samalah kita berusaha memantapkan mengukuhkan asas kita! Ayuh sahabat-sahabat sekalian!!
Tidak akan terbina tamadun Islam yg kukuh lama dan gemilang itu tanpa adanya batu batu asas pengukuh muhajirin 13 tahun tarbiyyah di Makkah.
fikir.
Newcastle...
7July2009.
amat bermakna.
insyaAllah...


p/s: total kos pembinaan KLCC ini ialah RM250juta..tahu berapa arkitek yg men'design' KLCC ni dapat? about ~2.5% from total kos...

Monday, July 6, 2009

1st programme in newcastle.

Dan tidak sepatutnya semua mukmin pergi berperang. Mengapa sebahagian dari setiap golongan di antara mereka tidak pergi utk memperdalam pengetahuan agama mereka utk memberi peringatan kpd kaumNya apabila mereka telah kembali agar mereka dapat menjaga dirinya..
At-Taubah: 122

Islam hanya boleh difahami ..HANYA BILA BERGERAK!

Newcastle....6July.
=)
soon...later k.

Saturday, July 4, 2009

peringatan sempena musim sejuk ini.

Bismillahirrahmanirrahim...

bermulanya cuti musim sejuk..maka bermulalah kebanjiran kedatangan sahabat-sahabat adik kakak dari segala pelusuk Australia ke bumi Melbourne yg kecil lagi sejuk ini.
Tujuan dtg? macam-macam niat ada..ada yg nak main salji..ada yg nak jumpa kawan..kakak ajak..itu ini...tapi yg paling utama insyaAllah kerana Allah..niat kerana Allah..tarbiyah yg ada di bumi Melbourne sewaktu musim sejuk ini. Bukan di Melbourne sahaja yg ada..di Newcastle dan juga di Adelaide..maksud saya winter berprogram..sebenarnya,di mana-mana sahaja ada didikan alam didikan dr Allah itu sendiri buat setiap insan. Kerana setiap insan itu unik.

sempena winter..waktu ber'program'....ingin sekali saya mengingatkan diri saya sendiri agar berpada-pada terutama tika makan....!

musim sejuk..makan dulang..memang kalau tak betul2 berpada-pada memang akan nampak hasilnya selepas program.

berdasarkan Sayyid Hawa dri buku Tazkiyatun Nafs..makan banyak akan melahirkan 6 sifat tercela iaitu:
1. Menghilangkan rasa takut kpd Allah dari dalam hatinya..(Naudzubillah..)
2. Menghilangkan rasa kasih sayang terhadap sesama makhluk.
3.Menjadikannya malas melakukan ketaatan.
4. Menjadi tidak tanggap (tidak terkesan) apb mendengar perkataan hikmah.
5. Apb menyampaikan nasihat dan hikmah, penyampaiannya tidak menyentuh hati.
6.Menimbulkan banyak penyakit.

Naudzubillah..minta dijauhkan diri kita semua dari sifat2 begini. Semoga kita sama-sama 'ALERT' dgn diri dan sahabat handai..saling mengingatkan untuk sentiasa besederhana dalam MAKAN. penganjur.ajk makanan pun diharapnya dapatlah sama-sama berpada-pada. Di bulan Rejab ini pun..andai mahu berpuasa..lagi2 elok.

selamat berprogram kpd semua~