Saturday, July 4, 2009

peringatan sempena musim sejuk ini.

Bismillahirrahmanirrahim...

bermulanya cuti musim sejuk..maka bermulalah kebanjiran kedatangan sahabat-sahabat adik kakak dari segala pelusuk Australia ke bumi Melbourne yg kecil lagi sejuk ini.
Tujuan dtg? macam-macam niat ada..ada yg nak main salji..ada yg nak jumpa kawan..kakak ajak..itu ini...tapi yg paling utama insyaAllah kerana Allah..niat kerana Allah..tarbiyah yg ada di bumi Melbourne sewaktu musim sejuk ini. Bukan di Melbourne sahaja yg ada..di Newcastle dan juga di Adelaide..maksud saya winter berprogram..sebenarnya,di mana-mana sahaja ada didikan alam didikan dr Allah itu sendiri buat setiap insan. Kerana setiap insan itu unik.

sempena winter..waktu ber'program'....ingin sekali saya mengingatkan diri saya sendiri agar berpada-pada terutama tika makan....!

musim sejuk..makan dulang..memang kalau tak betul2 berpada-pada memang akan nampak hasilnya selepas program.

berdasarkan Sayyid Hawa dri buku Tazkiyatun Nafs..makan banyak akan melahirkan 6 sifat tercela iaitu:
1. Menghilangkan rasa takut kpd Allah dari dalam hatinya..(Naudzubillah..)
2. Menghilangkan rasa kasih sayang terhadap sesama makhluk.
3.Menjadikannya malas melakukan ketaatan.
4. Menjadi tidak tanggap (tidak terkesan) apb mendengar perkataan hikmah.
5. Apb menyampaikan nasihat dan hikmah, penyampaiannya tidak menyentuh hati.
6.Menimbulkan banyak penyakit.

Naudzubillah..minta dijauhkan diri kita semua dari sifat2 begini. Semoga kita sama-sama 'ALERT' dgn diri dan sahabat handai..saling mengingatkan untuk sentiasa besederhana dalam MAKAN. penganjur.ajk makanan pun diharapnya dapatlah sama-sama berpada-pada. Di bulan Rejab ini pun..andai mahu berpuasa..lagi2 elok.

selamat berprogram kpd semua~

No comments: