Friday, November 30, 2007

random topics from me..=)


salam semua.. apa kabar?
mesti masing2 busy dengan kerja kan..
mungkin juga masih mencari rumah? atau sudah jumpa??

actually, saje jer nak tinggalkan coretan disini..
hari2 saya bukak, hoping someone have updated the blog (despite knowing that all of you are busy)
nak tulis sendiri, tak reti.. kalau copy paste terrel la..hehe


tapi tadi mai suruh update blog..pastu..fikir punya fikir.. hurm..saper lagi nak update blog kalau bukan diri sendiri..
i mean, everyone else would expect someone else to post up something, and finally no one does..

so, despite tak reti nak tulis.. sy tulis jugakla..buat santapan sahabat2 sekalian..hihi..
tak tau la berbaloi ke tak korang baca nih.. keh3

anyway, ..(ni random topics jer ek..)

hurm, firstly, biler balik malaysia, somehow akan dapat culture shock gak ah.. depends on masing2 how you want to define it..
but for me myself, firstly, yang paling utama, dari segi ibadah la..
mula2 sampai, macam hancus gak ar..satu, nak get use to timing kat malaysia..but the most important thing is because, waqi' yang soleh tu dah takder..
when you are at home, unless your family memang amalkan what you've learned for the past 10 months, give or take a bit, it is really hard to istiqomah..
you are like, tercari-cari..mana kawan2 aku? biler orang nak ajak aku solat jemaah? biler orang nak ajak aku solat di awal waktu?? mana?? bila??..
and like it or not, you've got to face the fact that your friends aren't there with you..not at this moment though.
and, to me, the most important thing is to realise this and do something about it.. i'm serius.
macam yang kak muri cakap hari tu kan, jangan sampai kita tak terasa pun yang kita dah tak dapat hidayah..
time ni la Allah nak uji kita, samaada kita ni betul2 beriman n beramal dengan ikhlas, atau, adakah kita buat hanya sebab ada kawan2 kita..
kuat cabaran ni..
before flying home, you might think that you are strong enough to maintain tahap ibadah selama ni, that you won't easily 'tergoda' dengan apa2 jer la kan..
but when you are alone, that is when godaan syaitan dan al-hawa' paling kuat
for me, alhamdulillah, sekarang still dalam proses recovery, tapi insya-Allah, not as bad as when i first reached home.. dari segi ibadah khusus, alhamdulillah dapat jaga solat pada waktunya, solat sunat, mathurat n bacaan alquran..doakan moga ku dapat terus istiqomah yer kawan2
dari segi pegurusan masa..hurm..still perlu dipertingkatkan..

one thing about that golden thing called TIME is, biler kat sini, banyak sangat 'masa lapang' hence, sebab tak tau nak buat apa..(nak tgk tv tak boleh)..banyak la jugak masa terbuang.. awal2 sampai, sangat sangat sangat kuat tidur.. pantang duduk jer nak tidur..ish3...
tapi sekarang dalam proses mengawal pengurusan masa la..
how to deal with it?? well, ntahla..but what i'm doing, or more precisely, what i'm trying to do is..fikir masalah ummah. bila kita fikir masalah ummah, baru terasa betapa banyak nyer sangat sangat persediaan yang kita perlu buat..
for example, in terms of memantapkan rohani diri, menambahkan ilmu di dada especially berkenaan islam, cari tarbiyyah (bak kata kak muri) and byk lagi..
so, yeah..that's what i'm trying to do.. moga2 masa ku tak terbuang lagi...
masa itu kehidupan, membuang masa ibarat membuang kehidupan..
i don't wanna throw away my life!!!

owh, ya, bercakap pasal memikirkan masalah ummah..insya-allah, kat malaysia, its not that hard to do so..-unfortunately
through what i've seen (which i believe, baru sikit sangat2), mmg banyak nyer sangat sangat benda yang tak betul dan perlu dibetulkan kat malaysia ni. Kadang hati rasa nak memberontak tengok phenomena2 yang melanda masyarakat kita ni..(but yeah..that is obviously not a smart thing to do..)
but....hurm..tak dapek nak meluahkan..nanti korang saksikanlah sendiri..

hurm..another thing, bisikan syaitan sangat kuat dalam membuatkan kita was-was antara jahiliah dan islam.. i think i'm kindda facing that right now..
oh tidak.!!!..kena betulkan balik...kena yakinkan diri balik..astaghfirullah..

oklah, enough coretan already.. need to go coz my father's calling me
but, just one last thing, bagi yang akan balik msia, korang cuber lah dapatkan tempat duduk tepi tingkap.. scenery yang memang tak boleh dilepaskan..i'm serius

>>>>you think you are above all the clouds, as you can see them below you..but yet, there
are more clouds on top
>>>>you see the stars above you, somehow it feels much more closer to you then when you
are on the ground, and still, there are stars below you (kerlipan lampu-lampu neon dari bandar-bandar metropolitan di bumi)
>>>>your normal view on the sunrise is land-sun-sky..but this time, your view of sunrise is
between clouds..and you seem to be heading towards the sun..it's as if you can really see that the world is a spheroid and is rotating

SUBHANALLAH..SUBHANALLAH...SUBHANALLAH..
aLLAHUAKBAR..ALLAHUAKBAR..ALLAHUAKBAR..


can't tell you guys much about it, cause thinking of it makes me speechless..
again, saksikanlah kebesaran Allah itu sendiri..

really got to go now..
all the best everyone..
moga kita semua kekal dalam perlindunganNya, insya-Allah
dan moga Allah beri kekuatan kepada kita semua untuk istiqomah..
Salam.
p/s: sorilah..tak jumpa gambar akhawat yang ada message yang sama..so terpaksalah letak gambar golongan adam
p/s^2: sori jugak for the dull colors..just checking out what they've got in this blogger thingy =P

Tuesday, November 20, 2007

Fastaqim kama umirta

Rasa macam tak mampu nak tulis everything about jaulah adelaide. Dhiya' tulis la... you must have lots to say =) . Anyway, sy just nak tulis ttg pengisian Kak Muri malam tu. Yang best. Hari tu mase di rose garden nak cakap pasal ni, tapi tak tercakap pulak.. cakap pasal bende lain pulak... hihi.

---

Alhamdulillah.. alhamdulillah ala kulli hal.
First, Allah bagi kita nikmat dilahirkan dalam Islam, then dapat nikmat merasai manisnya iman.. kalau kita tengok, ramai disekeliling kita yang tak dapat merasa nikmatnya berada dalam keimanan... Ya ALLAH.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah... takkan pernah rasa cukup utk mengucapkan Alhamdulillah.. nikmat-Mu tak terkira.. Alhamdulillah aku merasai manisnya iman!

Walaupun begitu.. kita kena ingat bahawa hidayah ini tidak kekal. Jaga betul-betul hidayah ini! taknak sampai kita tak rasa apa-apa pun bila hidup tanpa hidayah! nau'zubillan min zalik. When we realize about this fact, when we know that hidayah tak kekal, kita kena lah cari sebab musabab utk Allah bagi hidayah kat kita.. jaga amalan.. cari hidayah tu! it's everywhere around you, really.

Dan dalam menjaga amalan, itulah pentingnya istiqamah.. means, kita tetap dalam ketaatan dan menjauhi larangan-Nya.

Istiqamah bukan benda yang senang. Ayat 'Fastaqim kama umirta' (11:112) adalah ayat yang membuatkan rambut Rasulullah beruban! betapa Rasulullah faham yang sememangnya untuk istiqamah adalah satu perkara yang amat-amat berat...

This is where perseverance attitude comes in. Kita kena ada this attitude. We persevere dalam mengharungi segala cabaran kehidupan.. persevere dengan apa-apa yang berlaku supaya kita dapat istiqamah! Mujahadah, zatiyah (jati diri) yang kuat..

MUJAHADAH!!!

when we have problems, trials n tribulations, kita cari penyelesaian, tanya iman dan akal! bukan tanya pada hawa dan nafsu yang sering menipu.. kita ada iman, kita ada akal, kita ada neraca dari ALLAH! persevere... lawan diri dari menggunakan neraca hawa n nafsu..

Kita semua insyaALLAH telah melalui marhalah (peringkat) taaruf. Kita dah kenal Islam.. dari awal tahun ni kita didedahkan dengan pelbagai pembentangan...kita sedar ttg macam-macam...we've gone through a lot, together...Kita dah lalui peringkat taaruf ini, dan sekarang kita serahkan diri untuk ditarbiyah.. ditarbiyah hingga menjadi sibghah (celupan) Allah...(2:138)

tarbiyah ini tiada noktahnya.. sampai kita mati kita ditarbiyah.. kalau tak formally, dengan benda seharian-seharian yg berlaku pada kita.. macam kak ir cakap masa di rose garden hari tu.. Allah treats us case by case.. how sweet! Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. bila kita dapat ujian, it's becoz He wants us to be better.. it's up to us to take the lessons or not.. it's up to us to be the better person or not.. again, MUJAHADAH! mujahadah untuk menjadi sibghah ALLAH.. yes, each and everyone of us...we have the role model, we have the guide.. hanya tinggal MUJAHADAH!

Islam tu dinamik. Islam tu membawa kebaikan. Kita sebagai seorang yang mengaku ISLAM nak taknak kenalah bawa sifat ni sebab inilah fitrahnya Islam. Kita menjadi seorang yang membawa kebaikan kepada orang lain.. amal apakah yang paling afdhal? amalan yang bermanfaat pada orang lain.. InsyaAllah kalau kita benar-benar menghayati peranan kita sebagai seorang muslim, automatically kita akan terpanggil untuk membawa kebaikan kepada orang lain..

Oh, indahnya Islam dan Iman..

Lastly... kita sentuh balik point yang hidayah ni bukan suatu yang kekal.. bila-bila je Allah boleh tarik balik nikmat-nikmat ini... kita kena sentiasa berdoa pada-Nya.. sentiasa berdoa! sentiasa berdoa supaya diri kita sentiaaaasaaa menjadi penolong-penolong agama Allah. Ansarullah! Sentiasa berdoa supaya kita tergolong dalam Ansarullah (61:14).. doala sentiasa mendapat hidayah-Nya.. doalah sentiasa istiqamah.. doalah sentiasa mendapat kekuatan untuk mujahadah!!!

dan ingat balik kenapa kita buat semua ni... semuanya jika kita lakukan, adalah utk kebaikan kita juga.. kerana Allah tahu kita semua amat amat amat inginkan redha-Nya.. dan amat amat amat takut akan neraka-Nya.. dan amat amat amat mahukan syurga-Nya!

Ya Allah.. bantulah kami semua.. tetapkan kami diatas jalan ini.. beri kami kekuatan dari Mu.. kekalkan kami sebagai penolong-penolong agama-Mu!

----

Maaf diatas ketidak-best-an sy mengupas dan merefleks kembali.. sy hanya merujuk nota yg macam cakar ayam dan banyak dr apa yg sy rasa sendri... tolong tambah wahai Al-Insyirah sekalian... dan yang mana-mana rasa cam perlu diedit, silalah beritahu...

semoga kita semua mendapat manfaat..

p/s: kak ir, mana handouts? hehehe

Monday, November 19, 2007

Today

Salam

Alhamdulillah for yesterday. For the days before that.. for today.. for the days to come.

Alhamdulillah...

Semalam cik intan payung cakap.. apesal skema sgt blog ni. Hehehe.. agakla! Tapi bila tulis lain dari apa yang kite cakapkan...

Most often, we write what we could never say out loud.. and most often, the things that we could never say out loud are the things that sound so skema la kot.. hehe.

Kite meraikan semuanya.. (teringat mak angkat smlm).. ye meraikan, post la ape-ape yg terasa nak dipost.. skema tak skema.. heheh..

Anyway, I'm planning to write about Jaulah semalam.. post lain kot. Tak tau sempat tak nak post hari ni. Ingat nak g clayton hari ni.. tengoklah macam mana..

Ramai pulak nak mula cari rezeki hari ni.. huhu. Selamat bekerja!

To Noi , all the best for your exam!! nak habis dah ni! We all miss you :D :D :D

Monday, November 5, 2007

"O Allah, there is no ease..except what you make easy..And you make the difficult easy if you wish"





Diceritakan oleh seorang akhawat, kisah imam Hasan al-Banna. Masa tu, beliau sakit. Ada sahabat beliau mencadangkan supaya jumpa si pulan ni yang terkenal dengan kebolehannya menyembuhkan panyakit orang. Setelah beberapa kali dipujuk, Imam Hasan al Banna pun bersetuju untuk pergi menemui si pulan itu. Setibanya di depan pintu, beliau tak jadi nak masuk, lantas berpatah balik pulang ke rumah.

Sebab apa Imam Hasan al Banna tak jadi menemui si pulan tu?? Sebab beliau tersedar bahawa niatnya dah salah dah pergantungan dia untuk menjadi sihat adalah kepada si pulan itu, bukan lagi kepada Allah swt.

Kita kena ingat yang pergantungan utama kita adalah kepada Allah s.w.t. Allah melihat pada usaha, bukan pada natijah. Sebabnya, keputusan akhir telah pun termaktub. Sebab tu, bila kita mengulang kaji pelajaran, itu hanyalah sebagai usaha dari pihak kita, dan perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh sebab itu yang Allah akan nilai. Bukanlah apa yang kita baca itu yang akan menentukan kita berjaya atau tidak, tapi Allah yang menentukan. Sebab ada orang yang tidur jer, tapi Allah dah tentukan dia akan berjaya, berjaya juga.. Inilah yang membezakan kita dengan kawan-kawan mat saleh kita yang lain. Kita baca buku, mereka juga buat begitu..kita stay up malam, mereka juga, malah lebih lama lagi dari kita sebab mereka tak perlu solat, baca quran etc... tapi mereka masuk ke dewan peperiksaan dengan hanya nota yang dibaca sebagai pembantu dan penentu,yang mana kalau ada yang mereka lupa, then that's it. Kita pula melangkah ke dewan peperiksaan dengan harapan dan pergantungan yang tinggi kepada pertolongan Allah s.w.t, yang mana kita semua tahu bahawa Allah mampu melakukan apa sahaja, dan tolong kita dalam apa jua sekalipun. Nah, nampak tak betapa special nya kita?? Maka, yakinlah dengan Dia..

Sekian sahaja sesi tazkirah hari ini. Teruskan usaha dan mujahadah yer semua..
Wishing all of you the very best, May Allah ease your tasks.

Again, 'O Allah, there is no ease..except what you make easy..And you make the difficult easy if you wish'.