Monday, November 5, 2007
"O Allah, there is no ease..except what you make easy..And you make the difficult easy if you wish"
Diceritakan oleh seorang akhawat, kisah imam Hasan al-Banna. Masa tu, beliau sakit. Ada sahabat beliau mencadangkan supaya jumpa si pulan ni yang terkenal dengan kebolehannya menyembuhkan panyakit orang. Setelah beberapa kali dipujuk, Imam Hasan al Banna pun bersetuju untuk pergi menemui si pulan itu. Setibanya di depan pintu, beliau tak jadi nak masuk, lantas berpatah balik pulang ke rumah.
Sebab apa Imam Hasan al Banna tak jadi menemui si pulan tu?? Sebab beliau tersedar bahawa niatnya dah salah dah pergantungan dia untuk menjadi sihat adalah kepada si pulan itu, bukan lagi kepada Allah swt.
Kita kena ingat yang pergantungan utama kita adalah kepada Allah s.w.t. Allah melihat pada usaha, bukan pada natijah. Sebabnya, keputusan akhir telah pun termaktub. Sebab tu, bila kita mengulang kaji pelajaran, itu hanyalah sebagai usaha dari pihak kita, dan perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh sebab itu yang Allah akan nilai. Bukanlah apa yang kita baca itu yang akan menentukan kita berjaya atau tidak, tapi Allah yang menentukan. Sebab ada orang yang tidur jer, tapi Allah dah tentukan dia akan berjaya, berjaya juga.. Inilah yang membezakan kita dengan kawan-kawan mat saleh kita yang lain. Kita baca buku, mereka juga buat begitu..kita stay up malam, mereka juga, malah lebih lama lagi dari kita sebab mereka tak perlu solat, baca quran etc... tapi mereka masuk ke dewan peperiksaan dengan hanya nota yang dibaca sebagai pembantu dan penentu,yang mana kalau ada yang mereka lupa, then that's it. Kita pula melangkah ke dewan peperiksaan dengan harapan dan pergantungan yang tinggi kepada pertolongan Allah s.w.t, yang mana kita semua tahu bahawa Allah mampu melakukan apa sahaja, dan tolong kita dalam apa jua sekalipun. Nah, nampak tak betapa special nya kita?? Maka, yakinlah dengan Dia..
Sekian sahaja sesi tazkirah hari ini. Teruskan usaha dan mujahadah yer semua..
Wishing all of you the very best, May Allah ease your tasks.
Again, 'O Allah, there is no ease..except what you make easy..And you make the difficult easy if you wish'.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
wa...suka2... :D
"O Allah..nothing is easy unless u make it easy.."
Post a Comment