Tuesday, December 25, 2007

husnul khatimah

innalillah wa innailaihi rojiun...

apakah yang lebih baik dari kematian(pengakhiran) yang baik?

Masih teringat lambaian arwah yang terakhir ketika menghantar saya di airport bulan 7 baru-baru ini.Sungguh, saya tidak menyesal berpanas cuti winter di malaysia, and HE knows best.Ada yang bertanya "awak rapat ke dengan pak cik awak tu?".Kami memang rapat, kadang2 ada yang menyangka saya adiknya. Maklumlah,cucu pertama menjadikan saya rapat dengan pakcik dan makcik.

Selepas beberapa hari terlantar di hospital disebabkan kebas seluruh badan ( arwah sebenarnya sakit hipetatis C dan kanser hati),arwah koma dan dimasukkan ke wad ICU. Ketika menerima berita arwah koma, nenek di Malaysia tidak berhenti2 menangis.Yelah, anak sendiri koma apatah lagi tak dapat menziarahi pulak. Hanya makcik(isteri arwah) di sisi semasa arwah koma.Beberapa jam koma, arwah muntah darah dengan banyaknya disebabkan pembuluh darahnya pecah, darahnya banyak sampai ke kepala. Saat itu, arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir...(umurnya 42 tahun).

Kami menerima berita kematian arwah pada pukul 2 petang hari ahad baru-baru ini. Abah dan emak saya orang yang pertama mengetahui berita ini. Kata emak, buat pertama kalinya dia melihat abah saya menangis( waktu arwah datuk saya meninggal, abah tidak menangis).Nenek pula sudah redha pemergian anaknya. Anak arwah( arwah ada seorang anak) agak tenang walaupun kami semua tahu dia sedih. Dia agak memendam kesedihannya.

Arwah seorang yang happy go lucky, suka bergurau dan sangat relaks. Dia ramai kawan,pelbagai lapisan dari muda sampailah tua. Kami anak2 buahnya kawan arwah yang muda, pakcik2 yang dh pencen di surau kampung pulak kawannya yang agak tua. Arwah seorang yang sangat baik, sepanjang hayatnya, dia tidak pernah meninggikan suara, tak pernah marah orang lain. Pada mulanya, kami semua menangis dan sedih menerima kehilangannya. Sehinggalah kami semua redha dan terfikir apakah lagi yang lebih baik dari kematian yang baik?

Arwah meninggal di Tanah Haram, Makkah al mukarramah,tempat yang menjadi idaman setiap orang beriman. Dia dimandikan, dikafankan dan disolatkan di Masjidil Haram,rumah Allah yang pertama(ganjaran solat disini semua sudah ketahui). Paling istimewa(sangat istimewa), arwah disolatkan oleh jutaan umat islam selepas solat asar dan jenazahnya paling dekat dengan kaabah. Ya Rabbi, i just cannot put into words.Seriously, he was chosen to be that special, too special.

Makcik dapat menyaksikan segala pengurusan jenazah.Kata makcik, ramai orang berebut-rebut hendak memandikan jenazah, berebut-rebut mengafankan jenazah, berebut-rebut menghantar jenazah ke kubur. Makcik diberi peluang menatap wajah suaminya buat kali terakhir, muka arwah tenang, bibirnya senyum,tidak nampak sakit langsung. Untuk pengetahuan ukhti semua, arwah mati ketika dalam ihram...ya Allah, sangat istimewa..

Mengenangkan keistimewaan arwah, kami semua redha dengan pemergiannya. Seorang yang baik dan disenangi semasa hayatnya dan meninggal dalam keadaan yang baik. Sungguh, tiada yang lebih baik dari husnul-khatimah(pengakhiran yang baik). Yang pasti, mati adalah syarat bertemu dengan Pencipta yang berkuasa.

semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan hamba-hambaNya yang terpilih..

kami semua sangat rindu arwah..sangat..

Monday, December 24, 2007

The reunion

Salam Insyirah-ians sekalian..

Just feel like sharing..

Semalam my school batch buat mini reunion la.. just for the girls. Seronok sangat-sangat jumpa kawan-kawan lama.. bila jumpa balik, rasa macam sebenarnya, macam tak lama sgt berpisah.. macam tak lama sgt berlalu since the last time we met.. semua masih sama, mereka adalah mereka yang sy kenal dulu... they're my friends..

Memula we did some short 'catching-up' session.. semua kat mana, n perkembangan akademik la kirenye... n yang tak tahannye, mesti ada soalan 'status' at the end.. huhu. Semua tak sabar nak tunggu sape lah yang first akan memecahkan rekod our batch. Status yours truly of course lah "BUSY".. heh..

Lepas ade game ringkas2, ade sesi tazkirah.. n yours truly telah dipertanggungjwbkan la kirenye.. huhu.. memula I've prepared a topic berkaitan hati dan jiwa lah kan.. tapi when I was sitting in front of all of them, staring at their faces.. hati meronta-ronta nak share.. share whatever that happened to me sepanjang 10 months yang lepas.. my spiritual and emotional journey... because while looking at their faces one by one.. I realized that these are the people who know, understand and share the same history.... and have the same questions that I had.. have the same dilemma that I had.. have the same level of understanding at least... because we have gone through the same 'life' dgn ratio yg banyak berbanding life when we are separated.

Anyway, I have bore them with my focus-less story. I just felt like talking and talking. Jumped to one point to another. Feel like telling them everything. I just want them to feel what I have felt. And tergerak utk 'bergerak'. It pains me when I heard so many stories about some of them. From others, and from the people themselves. The confessions, the problems, the life...

I dread the fact that I couldn't convey my 'story' effectively. (You all pun tau how I am kan.. huhu).But I hope they can get something, one thing at least! anything! (yg positive of course). And I concluded the so-called-talk with this ayat:

(Al-Maidah 5:34) Wahai orang2 yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan) untuk mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah (berjuanglah) di jalan-Nya agar kamu beruntung....

Applicable to all of us too.. teringat talk by Kak Muri, cari sebab utk Allah bg hidayah kat kite.. and MUJAHADAH... because in the end, semuanya utk kebaikan kita juga...

Missing all of you terribly..

Saturday, December 22, 2007

kisah dari makkah

assalamualaikum semua...

erm...tidak tahu macamana nak memulakan post ni...mintak maaf cik muna, sudah berkali anda mengharapkan saya mengepost entry...al-maklum,mood menulis datang sekali sekala..

alhamdulillah,petang ini mood datang, ilham dari DIA dan jari ini menaip( ish,tetiba jadi cam sastera sket)...

pertamanya,post kali ini(mcm byk je post) agak peribadi..tapi mengenangkan pengajaran disebaliknya,saya mahu berkongsi juga dengan ukhti semua..

terlalu banyak di kepala sebenarnya, sekarang, otak cepat mengeluarkan idea, tangan ler pulak lambat menaip dan menyusun ayat...

baru-baru ini semua umat islam di dunia menyambut aidiladha,bersempena kisah pengorbanan nabi ibrahim dan nabi ismail....lagi istimewa, mereka yang terpilih dan dijemput oleh Allah untuk mengerjakan ibadah haji di Tanah Haram, Makkah al-mukarramah...betapa saya amat rindu suasana di sana...incomparable..

Apabila mengenangkan mereka yang terpilih di Makkah, saya teringatkan pak cik saya di sana.Ingatkan, satu-satunya pakcik yang saya ada di sebelah ayah, yang sakit dan menjadi sebab saya pulang ke malaysia cuti winter baru-baru ini.Saya pernah menceritakan hal pakcik saya dan kesakitannya kepada ukhti. Alhamdulillah, dia juga seperti jutaan hamba Allah yang terpilih mengerjakan haji.Dia pergi bersama isteri. Dia pergi dalam keadaan yang agak sihat, stabil,maksudnya doktor membenarkan dia pergi mengerjakan haji.Tapi siapa yang dapat mengetahui kuasa Allah, sejak tibanya di sana pertengahan november dia agak tidak sihat. Dipendekkan, dia semakin tidak sihat dan sekarang terpaksa di tahan di hospital.Seperti kata makcik saya, badan pakcik kebas,kakinya kebas, dia tidak dapat berjalan..tidak dapat merasa langkah sendiri...ya Rabbi..sesungguhnya, dia terpilih menerima dugaan ini..dan sudah pasti Allah tahu dia dapat menempuhi dugaan ini..

Kami sekeluarga di Malaysia sedang berusaha sedaya upaya dari jauh..memberi sokongan kepadanya terutama isterinya di sisi...berdoa,berdoa semoga segalanya dipermudahkan..

sehari dua ini, saya selalu berfikir...betapa tarbiyah Allah berbeza-beza kepada hambaNYA...dan Dia tahu setakat mana kemampuan kita..kata makcik, pakcik tidak pernah menitiskan air mata sejak dia sakit kecuali sekali...iaitu selepas wukuf di arafah, dia mahu bertawaf dan sai' tetapi tidak dibenarkan oleh doktor..bukan menangis kerana sakit ,menangis kerana tidak dapat beribadah...tengok, itulah kemampuannya..dia menerima kesakitannya..dia yang terpilih..sudah pasti siapa yang bersabar, ganjarannya amat besar..apatah lagi berada di Tanah Haram..

minta maaf kepada kalian jika post ini agak peribadi..entahlah..mahu berkongsi kisah ini bersama ukhti semua...pada saya, terlalu banyak pengajaran yg saya peroleh..semoga segalanya dipermudahkan..

ya Allah, tolonglah kami
ya Allah, tolonglah kami


salam rindu semua.

Thursday, December 20, 2007

..nikmat

Salaam warahmatullah..
smg sentiasa dalam afiat iman & islam..

allahuakbar..
nikmat iman, nikmat islam..

nikmat utk rasa Allah itulah Ilah yang Esa
nikmat utk yakin bhwa Allah itu Maha Pemerhati....
Maha Pemerhati tiap gerak geri, Maha Tahu tiap isi hati....
dan dgn keyakinan itu kita takut utk melakukan maksiat...
dan dgn keyakinan itu kita takut utk biar hati dalam lalai dan leka.
..takut utk merasa malas, takut utk bersenang lenang..
dan itu lah taqwa, bagai meniti jalan penuh duri.


Nikmat utk yakin bahawa Allah itu asy-syakur....
yakin bhw Allah sgt menghargai mujahadah hamba2Nya yg ikhlas..
dan dgn keyakinan itu kita tidak henti putus asa utk berusaha..
dan dgn keyakinan itu kita terus mujahadah utk menyeru kpd kebenaran,
krn kita tahu, walau tiada hasil di dunia..
pasti Dia akan berikan balasan di akhirat..
dgn balasan yg tak tergambar oleh akal manusia.

nikmat utk rasa hati bergetar apabila namaNya di sebut
nikmat utk khusyu' dalam tiap gerak geri solat..
nikmat utk menitiskan airmata apabila ayat2nya meniti di bibir
nikmat utk menyungkur sujud apabila hati dipenuhi dgn penyesalan atas dosa..
nikmat utk merasa cukup hanya denganNya.

subhanAllah.Allahuakbar..

dan betapa hati rindu, apabila nikmat2 itu ditarik.

Kami memohon keampunan daripadaMu, Rabb yang Maha Agung..dan kepada Mu kami bertaubat..

Wednesday, December 12, 2007

Bliss

Salam dearssss,

Dah 4 hari sampai rumah. Rasa dah lame gak. Maybe sebab tak sibuk langsung. Jadi rasa stretch mase tu...

Staying idle makes me feel dead.

Memang kena paksa diri untuk istiqamah. Kat umah banyak distraction. Rindu pula suasana kita solat di sana...takde kekacauan. Heh.

I want to refresh my memory of all the things that I've forgotten. I need 'booster'!

Sekarang ni sedang cuba (bold sbb cuba dgn susah sekali ye) menyibukkan diri dengan baca buku. Wah, rupenye my parents ada collection buku yang menarik2 semuanya. Dulu tau kat umah banyaaak buku, beralmari2.. tapi tak pernah tergerak nak belek2 apatah lagi baca dengan khusyuknya. Semalam I went through all the titles and have 'shortlisted' more than 20 books to be read. Huhu, tingginye cite-cite. Macam takkan dapat baca semua, tapi harapnye dapatlah dihabiskan, walaupun start next week rasenye akan start busy ;). Heh.. first one to be finished -> belitan iblis by Ibn Qayyim, page check -> mukadimah.. haha.

Actually tgh sedih dgn jahiliyah yg terlalu sebati dengan kehidupan kat sini. Terutamanya dalam hiburan yang didedahkan kepada adik-adik. Tv oh tv.. adik2 suka sgt ngan satu rancangan ni, namenye tomtombak or something. MasyaAllah, tak senonohnye ape2 yang diajarkan... adik-adik suka sgt... bila suruh derang tukar channel, derang kate, kenape? derang menari zapin je.. pastu ade satu part yg budak kecik cam berlakon la jadi org berkerjaya.. sorang budak ni nak jadi guru aerobic.. pengacara tanye la, kenapa penting aerobic.. dia cakap, supaya badan lawa, supaya ramai lelaki nak! semua audiens yang umurnye mostly under 10 tepuk2 tangan dan sorak.. aduh.. habis adik2 sy yg umor nye 10 thn, 9 thn.. rasa cam nak cabut terus wayar astro tu and sembunyikan remote control ... tapi... hmm..

teringat rancangan yang HbO highlighted dlm blognye.. 'mencari daie kecil' ye HbO? huhu.. kontras habis dengan rancangan kanak2 di tv2 kita..

we are in dire need of alternative entertainment for the kids! my sisters.. our brothers n sisters.. the future.. penyambung rantaian dr dulu hingga hari kiamat..

actually we need holistic reformation of lifestyle... and all these bring us back to why we are trying to improve, starting from ourselves, in the first place.

menambahkan lagi sebab utk kita terus kuatkan hati utk terus istiqamah ... :)

Tak teratur la ayat. Sori. Sebab dah lama tak menulis (cey, alasan). Tak reti nak update blog sendiri bila balik umah since semua siblings pun baca.. haha.. so i need an alternative outlet..

tetibe blank la pulak..

okeylah semua.. nak nengok org len update gak.. huhu... mesti u all bosan ngan sy daaa

n cepatlah balik orang ladang...