assalamualaikum semua...
erm...tidak tahu macamana nak memulakan post ni...mintak maaf cik muna, sudah berkali anda mengharapkan saya mengepost entry...al-maklum,mood menulis datang sekali sekala..
alhamdulillah,petang ini mood datang, ilham dari DIA dan jari ini menaip( ish,tetiba jadi cam sastera sket)...
pertamanya,post kali ini(mcm byk je post) agak peribadi..tapi mengenangkan pengajaran disebaliknya,saya mahu berkongsi juga dengan ukhti semua..
terlalu banyak di kepala sebenarnya, sekarang, otak cepat mengeluarkan idea, tangan ler pulak lambat menaip dan menyusun ayat...
baru-baru ini semua umat islam di dunia menyambut aidiladha,bersempena kisah pengorbanan nabi ibrahim dan nabi ismail....lagi istimewa, mereka yang terpilih dan dijemput oleh Allah untuk mengerjakan ibadah haji di Tanah Haram, Makkah al-mukarramah...betapa saya amat rindu suasana di sana...incomparable..
Apabila mengenangkan mereka yang terpilih di Makkah, saya teringatkan pak cik saya di sana.Ingatkan, satu-satunya pakcik yang saya ada di sebelah ayah, yang sakit dan menjadi sebab saya pulang ke malaysia cuti winter baru-baru ini.Saya pernah menceritakan hal pakcik saya dan kesakitannya kepada ukhti. Alhamdulillah, dia juga seperti jutaan hamba Allah yang terpilih mengerjakan haji.Dia pergi bersama isteri. Dia pergi dalam keadaan yang agak sihat, stabil,maksudnya doktor membenarkan dia pergi mengerjakan haji.Tapi siapa yang dapat mengetahui kuasa Allah, sejak tibanya di sana pertengahan november dia agak tidak sihat. Dipendekkan, dia semakin tidak sihat dan sekarang terpaksa di tahan di hospital.Seperti kata makcik saya, badan pakcik kebas,kakinya kebas, dia tidak dapat berjalan..tidak dapat merasa langkah sendiri...ya Rabbi..sesungguhnya, dia terpilih menerima dugaan ini..dan sudah pasti Allah tahu dia dapat menempuhi dugaan ini..
Kami sekeluarga di Malaysia sedang berusaha sedaya upaya dari jauh..memberi sokongan kepadanya terutama isterinya di sisi...berdoa,berdoa semoga segalanya dipermudahkan..
sehari dua ini, saya selalu berfikir...betapa tarbiyah Allah berbeza-beza kepada hambaNYA...dan Dia tahu setakat mana kemampuan kita..kata makcik, pakcik tidak pernah menitiskan air mata sejak dia sakit kecuali sekali...iaitu selepas wukuf di arafah, dia mahu bertawaf dan sai' tetapi tidak dibenarkan oleh doktor..bukan menangis kerana sakit ,menangis kerana tidak dapat beribadah...tengok, itulah kemampuannya..dia menerima kesakitannya..dia yang terpilih..sudah pasti siapa yang bersabar, ganjarannya amat besar..apatah lagi berada di Tanah Haram..
minta maaf kepada kalian jika post ini agak peribadi..entahlah..mahu berkongsi kisah ini bersama ukhti semua...pada saya, terlalu banyak pengajaran yg saya peroleh..semoga segalanya dipermudahkan..
ya Allah, tolonglah kami
ya Allah, tolonglah kami
salam rindu semua.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
apa yg nak di'mintamaafkan' .. huhu.
perkongsian menarik.. thanks for sharing..
semua benda yg berlaku, semuanya, DIA yg decide... pengajarannya pasti amat bernilai buat kita2 walaupun bukan kita yg hadapi sesuatu tu..
missing u so much housemate! :)
wuwuwu..nak33333x..nak g mekah madinah..nak3!!!! =D..."ya Allah, jgnlah kau tarik nyawaku sebelum aku sempat menyempurnakan haji"..amin..
jgn bertangguh kawan2...ayuh2..collect duit..hehe =D
Post a Comment