Tuesday, December 25, 2007

husnul khatimah

innalillah wa innailaihi rojiun...

apakah yang lebih baik dari kematian(pengakhiran) yang baik?

Masih teringat lambaian arwah yang terakhir ketika menghantar saya di airport bulan 7 baru-baru ini.Sungguh, saya tidak menyesal berpanas cuti winter di malaysia, and HE knows best.Ada yang bertanya "awak rapat ke dengan pak cik awak tu?".Kami memang rapat, kadang2 ada yang menyangka saya adiknya. Maklumlah,cucu pertama menjadikan saya rapat dengan pakcik dan makcik.

Selepas beberapa hari terlantar di hospital disebabkan kebas seluruh badan ( arwah sebenarnya sakit hipetatis C dan kanser hati),arwah koma dan dimasukkan ke wad ICU. Ketika menerima berita arwah koma, nenek di Malaysia tidak berhenti2 menangis.Yelah, anak sendiri koma apatah lagi tak dapat menziarahi pulak. Hanya makcik(isteri arwah) di sisi semasa arwah koma.Beberapa jam koma, arwah muntah darah dengan banyaknya disebabkan pembuluh darahnya pecah, darahnya banyak sampai ke kepala. Saat itu, arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir...(umurnya 42 tahun).

Kami menerima berita kematian arwah pada pukul 2 petang hari ahad baru-baru ini. Abah dan emak saya orang yang pertama mengetahui berita ini. Kata emak, buat pertama kalinya dia melihat abah saya menangis( waktu arwah datuk saya meninggal, abah tidak menangis).Nenek pula sudah redha pemergian anaknya. Anak arwah( arwah ada seorang anak) agak tenang walaupun kami semua tahu dia sedih. Dia agak memendam kesedihannya.

Arwah seorang yang happy go lucky, suka bergurau dan sangat relaks. Dia ramai kawan,pelbagai lapisan dari muda sampailah tua. Kami anak2 buahnya kawan arwah yang muda, pakcik2 yang dh pencen di surau kampung pulak kawannya yang agak tua. Arwah seorang yang sangat baik, sepanjang hayatnya, dia tidak pernah meninggikan suara, tak pernah marah orang lain. Pada mulanya, kami semua menangis dan sedih menerima kehilangannya. Sehinggalah kami semua redha dan terfikir apakah lagi yang lebih baik dari kematian yang baik?

Arwah meninggal di Tanah Haram, Makkah al mukarramah,tempat yang menjadi idaman setiap orang beriman. Dia dimandikan, dikafankan dan disolatkan di Masjidil Haram,rumah Allah yang pertama(ganjaran solat disini semua sudah ketahui). Paling istimewa(sangat istimewa), arwah disolatkan oleh jutaan umat islam selepas solat asar dan jenazahnya paling dekat dengan kaabah. Ya Rabbi, i just cannot put into words.Seriously, he was chosen to be that special, too special.

Makcik dapat menyaksikan segala pengurusan jenazah.Kata makcik, ramai orang berebut-rebut hendak memandikan jenazah, berebut-rebut mengafankan jenazah, berebut-rebut menghantar jenazah ke kubur. Makcik diberi peluang menatap wajah suaminya buat kali terakhir, muka arwah tenang, bibirnya senyum,tidak nampak sakit langsung. Untuk pengetahuan ukhti semua, arwah mati ketika dalam ihram...ya Allah, sangat istimewa..

Mengenangkan keistimewaan arwah, kami semua redha dengan pemergiannya. Seorang yang baik dan disenangi semasa hayatnya dan meninggal dalam keadaan yang baik. Sungguh, tiada yang lebih baik dari husnul-khatimah(pengakhiran yang baik). Yang pasti, mati adalah syarat bertemu dengan Pencipta yang berkuasa.

semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan hamba-hambaNya yang terpilih..

kami semua sangat rindu arwah..sangat..

2 comments:

muna khaider said...

Takziah buat Dhiya' sekeluarga.. tapi like u said "apakah yg lebih baik dr kematian yg baik.." InsyaALLAH arwah gembira dpt bertemu dgn ALLAH, dan ALLAH pun gembira menjemputnya kembali...

allahumma firghlahu, warhamhu..

semoga arwah dilimpahi rahmat-Nya..

inna lillah, wainna ilaihi rajiun..

mengingatkan kita bahawa hidup ini hanya satu perjalanan yang sekejap cuma.. kematian bukan pengakhiran, tapi permulaan kebahagiaan hakiki,abadi, jika kita telah hidup sebaiknya didunia, sejajar dgn apa yang dikehendaki-Nya..

teringin juga husnul khotimah...sgt2..

cukuplah mati sebagai peringatan buat kita semua, kan.. utk terus istiqamah... utk tersentak dr kelalaian, dan kelesuan... kita masih hidup, masih ada waktu utk kita merebut rahmat-Nya..sblm tidak wujud lagi masa...

Allahumma ahyiyna bil imaan, wa amitna bil imaan (Wahai Tuhan kami, hidupkan kami dlm iman, dan matikan kami dlm imaan)

Anonymous said...

innalillah hi wainna ilai hirajiun

subhanallah..moga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang salleh..amin..

takziah buat keluarga dhiya. moga diberi kekuatan dariNya.