Wednesday, February 20, 2008

Testing...testing..1..2...3...

Seperti mana pabila kita akan menghadapi satu peperiksaan yang besar,

kita pasti akan diuji terlebih dahulu,

melalui ujian-ujian dan peperiksaan cubaan,

Supaya kita dapat mengenal pasti dimana kelemahan diri, subjek mana..topik mana..

Moga kita dapat memperbaiki diri untuk subjek-subjek dan topic-topik yang lemah itu..

Supaya kita dapat merasakan dan melalui suasana yang seakan-akan peperiksaan sebenar nanti, mengenal pasti bentuk-bentuk soalan dan memahami skema jawapan,

Moga kita dapat ‘tackle’ soalan-soalan peperiksaan sebenar dengan mudah

Supaya kita lebih tahu di mana letaknya diri kita, takat mana persediaan kita

Moga kita dapat menyediakan diri sepenuhnya untuk peperangan kertas yang sebenar nanti


Seperti itu jugalah pulangnya aku ke tanah air tercinta, Malaysia pada summer kali ini

Sebelum aku menjadi pelajar OZ yang ‘back for good’

Dan berperang dengan jahiliah Malaysia for good,

Aku ingin mengenali dahulu, siapa diri aku

Agar aku tidak hilang identity di kemudian hari..

Aku ingin tahu kekuatan imanku

Agar aku tidak mudah hanyut dengan duniawi..

Aku ingin menguji mujahadah aku

Agar aku dapat kenal pasti kelemahan pada diri..

Aku ingin mengenali jahiliah Malaysia

Agar nanti, aku tidak akan tetipu lagi..


Hanya testing..

Nak tengok dah bersedia atau belum..

Nak tengok dah mampu atau belum..

Nak tengok ada kualiti atau tidak..

Nak tengok mampu bertahan atau tidak..


Dan setelah 3 bulan,

Aku sedar siapa aku

Aku sedar iman ku belum cukup mantap

Aku sedar mujahadah aku belum cukup kuat

Aku sedar ketaqwaan ku indah khabar dari rupa..

Kekuatan-kekuatan yang aku sangka ada pada diri ku selama ini,

Rupanya masih goyah, longlai..

Usahkan ribut kencang, angin sepoi-sepoi bahasa pun mampu menumbangkannya..

Benteng-benteng ‘keimanan’ dan ‘semangat jihad’ yang aku sangka sudah bertapak dalam diri ini,

Rupanya hanya illusi..yang masih jauh dari reality


Tapi tidak mengapa..

Kerna sedarnya aku akan ini semua tepat pada waktunya..


Kini, aku rela dan bersedia, malah rindu

untuk kembali ke Australia, Bumi Pentarbiyahan..

Untuk menjadikan illusi-illusi itu satu kenyataan,

Untuk menjadikan benteng-benteng rapuh itu satu kubu pertahanan yang tak mungkin lagi dicerobohi

Untuk mengisi ruang-ruang kekosongan dalam jiwa ini

Untuk mengubah aku yang hari ini, menjadi seseorang yang lebih baik di kemudian hari..


Agar nanti, aku akan berjaya dalam peperiksaan dunia,

Dan mendapat ganjaran mewah di keputusan akhirat..

Insya-Allah..


Sahabat solace, I'm gonna need your help..

Thursday, February 14, 2008

more scenarios..

Sudah tiba waktu makan. Bagi menceriakan suasana ketika para peserta menjamu selera, pihak penganjur memasang sebuah lagu. Nasyid.

Setelah hampir kesemua peserta selesai makan, dendangan lagu pun dihentikan.

Di suatu sudut...

A: nanana nanana lalalala lalala...(menyanyikan lagu yang dipasang tadi)

B: Haa...nyanyi lagu tadi ek??

A: Ha’ah.. entahla, bermain-main pulak lagu tu dalam kepala

B: Ha..tulah.. itu baru lagu yang dipasang sekejap tadi..betapa kuatnya ia boleh pengaruhi pemikiran kita.. Cuba bayangkan tv yang kita pasang dan tengok hari-hari tu.. Agaknya apa benda tu dah buat kat kita..

A: hurmm...betul jugak tu...


Peristiwa ini mengingatkan ana tentang satu cerita yang dibawa oleh seorang ustaz ketika daurah umum tempoh hari.

(Bukan kisah benar..tapi berlaku..) –macam mana tuh??

Latar belakang cerita: A watak utama. A menghadiri kelas...(or whatever you want it to be)


Hari pertama:

A: Assalamualaikum..

B: Waalaikumsalam. Eh, A... A apa kabar? Nampak semacam jer..

A: Eh? Takderla..ana sihat jer..


Hari kedua:

A: Assalamualaikum..

C: Waalaikumsalam..Hai A.. Eh, A..Awak sihat ke tak?

A: Hah? Hurm..ana rasa ana sihat je..


Hari ketiga:

A: Assalamualaikum..

D: Waalaikumsalam..ooh..A...Eh, A..muka nampak pucat je..awak sihat tak?

A: Ye ke? ..Hurm..ana tak pastilah..Mungkin ana tak berapa sihat kut..


Hari Keempat:

A: Assalamualaikum..

E: Waalaikumsalam..Haa..A rupanya.. eh, A...kenapa ni? Tak sihat ke?

A: Haa..tulah..Ana rasa, ana demamlah..rasa tak sihat jer...Ingat nak jumpa doktor la..


(padahal keadaan A dari hari pertama sama dangan hari yang keempat..)

(dialog B, C, D dan E telah disepakati bersama)


Jadi kenapa jawapan A pada hari keempat tak sama dengan hari yang pertama? Nampak tak betapa kuatnya apa yang kita dengar hari-hari, apa yang kita hadapi hari-hari dapat pengaruhi siapa kita, pengaruhi tingkah laku kita, pengaruhi pemikiran kita....


From one perspektif:

Dah menjadi kebiasaan di kalangan masyarakat kita untuk melekat depan tv.. Menonton setiap siri cerita korea, jepun, indon, cina, hindustan, melayu dari satu jam ke jam seterusnya di depan tv.. Memasang radio di dalam kereta..Era rentak music terkini, Hot fm, Cold fm, Sinar fm, Kl fm dan sebagainya..

To tell them to stay away from these stuff...hurrrm..i dont think they will..

Tak boleh dipisahkan tuh...

Dah penat seharian kerja/study...kenalah relaks...so tengoklah cerita-cerita kat tv tuh..rehatkan minda..’

‘Pergi kerja, balik kerja, jam tau...takkan la nak duk sorang-sorang dalam kereta yang sunyi sepi...radio tulah yang jadi menghibur hati..dan menghilangkan tension..’

‘I rasa, bila bangun pagi, dengar muzik..rasa bersemangat nya nak pergi kerja hari tuh..kalau tak dengar muzik tu..huh..tak best la hari tu..’

Dan sebagainya...

Memang masyarakat kita sungguh..

Cuba bayangkan, hari-hari masyarakat kita disajikan dengan perkara-perkara ni..agak-agak apa agenda yang utama dalam kepala otak mereka yer??

oh, pukul 6 aku dah kena ada kat rumah..ada cerita cina tu..laki tu nak pinang dah girlfriend dia tu..tak boleh miss ni..’

‘eh, malam ni siri terakhir cerita indon tu...kena tgk tau..kalau tak sia-sia jer tengok selama ni...’

‘haa..ko tau tak, cerita terbaru pelakon sekian sekian dah keluar kat wayang..jum, keluar sabtu ni..kenalah bagi sokongan, filem tempatan tuh!!!’

Dll.

Memang, Ghuzwatul fikr, ataupun Serangan pemikiran dari pihak kafir telah berjaya melekakan umat kita dari agenda hidup yang lebih utama: mengabdikan diri kepada Allah serta megembalikan kegemilangan islam di muka bumi ini..meletakkan kembali islam di tempat yang sepatutnya. Dan kerana sejak kita lahir, kita sudah pun merelakan pemikiran kita diserang..makanya, kita sudah kabur dengan tujuan hidup kita yang sebenarnya..kita sudah terlalu asyik dengan hiburan-hiburan dunia yang sementara ini..

Nauzubillah..


From another perspektif,

Dalam kita nak membawa orang untuk mengenali Allah, mengenali Islam, dan membawa mereka kepada erti kebahagiaan yang sebenar..kita tidak boleh cepat putus asa..Mungkin pada awalnya, kita akan terima penolakan..itu biasalah..Seseiapa pun akan menolak sesuatu yang baru dalam hidup dia..

Tapi kita juga kena yakin, bahawa usaha yang berterusan tanpa mengenal erti putus asa pasti akan membuahkan hasil, dengan izin Allah jua..

Contoh, dalam scenario kedua tadi, pada mulanya, A sendiri menafikan dia tidak sihat..namun apabila sering diajukan dengan soalan yang sama..lama-lama, sekalipun diri dia sebenarnya sihat walafiat, A telah terpengaruh..

Bezanya, dalam perjuangan kita, kata-kata kita bukan sesuatu yang palsu, ajakan kita bukan dibuat-buat..tapi seruan kita adalah kepada kebenaran, kepada kebahagiaan yang sebenar-benarnya..dakwah kita adalah untuk menyelamatkan umat manusia dari tipu daya dunia yang sementara kepada hakikat akhirat yang kekal abadi..



wallahu'alam..

Sunday, February 10, 2008

Kisah tshirt...



Ada satu cerita ni...

Kisahnya...

Pada suatu hari yg indah permai, seorang akak ingin ke sebuah kedai. Aku yg kebosanan di rumah dan sentiasa mencari jalan ingin keluar melontarkan soalan:

"Akak nak pegi mana tu? Nak ikut!"

" Nak ikut? Ha jum...cepat siap."

"Umm...pakai camni je leh tak?" Tika ini aku memakai tshirt lengan panjang dan seluar....ala macam biasa je..kat Malaysia tu selalu je gadis2 remaja memakainya.

Then akak tu jawab:

"Tak boleh..kalau nak ikut..pergi tukar baju."

Wuwu..makanya..aku pun carilah baju yg senang pakai..kalaulah ada arbaya, kan senang..tapi takde..so..carilah baju yg tak perlu digosok, baju paras lutut...sebab malas nak gosok baju kurung. Tapi tak jumpa baju yg tak renyuk..makanya seorang akak ni meng'offer'kan baju tshirt labuh dia. So,nak cepat punye pasal..ambil je ler..

Di dalam kereta.....

"Wah..baju sape tu?" tanya akak Y.

"Baju akak X, tulah Kak Z marah kalau pakai baju td je. So, tukarler baju." jawabku.

"Eh akak pula.. akak yg marah ke Allah??" jawab Kak Z.

huhuhu...begitulah sebenarnya..nampak ringkas dan mudah tapi cukup terkesan. Ha amik...nak ikut sangat..nak keluar sangat..bukannya nak main masak2 kat blakang rumah tu...ni nak keluar rumah ni..nak kena jumpa ramai orang...labuhkanlah pakaianmu..Jaga auratmu. Eventhough tshirt tu dah tutup aurat pun, tetapi perelokkanlah...

Begitulah sebenarnya....
tiap kali nak keluar rumah je lepas ni, pasti kan teringat peristiwa ni.... alhamdulillah...

Friday, February 8, 2008

Damai bersama-Mu



Aku termenung dibawah mentari
Diantara megahnya alam ini
menikmati indahnya kasihmu
Kurasakan damainya hatiku

Sabdamu bagai air yg mengalir
Basahi panas terik dihatiku
Menerangi semua jalanku
Kurasakan tentramnya hatiku

Jangan biarkan damai ini pergi
Jangan biarkan semuanya berlalu
Hanya padaMu Tuhan tempatku berteduh
dari semua kepalsuan dunia

Bilaku jauh dari dirimu
Akan kutempuh semua perjalanan
Agar selalu ada dekatmu
Biarku rasakan lembutnya kasihmu

Bilaku jauh dari dirimu
Akan kutempuh semua perjalanan
Hanya padaMu Tuhan tempatku berteduh
dari semua kepalsuan dunia
Hanya padaMu Tuhan tempatku berteduh
dari semua kepalsuan dunia
kepalsuan dunia

-----

you said it all for me, lyrics!

I hope all those embedded song codes work.

-----

Ya Muqallibal qulub, thabbit qulubana ala dinika wa to'atika..

Wednesday, February 6, 2008

bagai baru bersua..

huhu..it's me again..salam everybody..

nak tulis ni kat shoutbox mcm panjang sgt..so, ingat jadikan post terus kut..

tadi bukak page ni, to see if there is any new updates..pastu, bila terpandang nama korang semua..rasa macam baru sangat2 jumpa korang..baru sangat3..rasa mcm baru lps borak2 ngan korang, gurau senda, makan2 etc..baru as in, pagi tadi..or semalam..baru yang teramat la, if you know what i'm saying..


pastu rasa pelik, asal aku rasa cam tu kan..did i dream all that? pastu cuba la ingat, aku ada mimpi ker pasal korang? rasanya tak la pulak..


pikir punya pikir..baru aku ingat.. sepanjang pagi tadi, takder kerja..hence aku menyelongkar mus'ab aku ni..(mus'ab is my laptop) and, i found the video that In took during sambutan birthday Moon tempoh hari.. ala..hari yang kita pakai baju lawa2 tuh.. huhu..

but, nak cerita nya..rasa seronok sangat waktu tgk balik kerenah setiap sorang dlm video tu..ada yang sgt aktif menceriakan suasana..ada yang sangat tekun menjamah makanan..ingat tak? goreng pisang oz..with that delicious cake baked by whilewhiting..and selepas menonton tu..rasa macam baru jer 'bersua' dengan semua orang..(sampai tak dapat bezakan samaada aku btul2 jumpa korang, or aku tgk video korang)..hehe..

no wonder, sekalipun dah agak lama kita tidak bertemu, tetap terasa amat dekat dengan diri ni..




alhamdulillah..indahnya kenangan yang kita ada..

sungguh..rindu pada kamu semua..

Tuesday, February 5, 2008

are my intentions alright??

Salam al-insyirah..apa kabar iman semua??..moga ianya dalam keadaan yang stabil dan baik, insya-Allah..

hurm..

saya tak pandai mengarang sbnrnya..so..ni tgh blur tak tau nak tulis camana..
tapi..

hurm..

apa kata, korang tgk video bawah ni..hayati maksud lagu dier btul2..




dah tgk?
insya-Allah..ana yakin, antunna semua pasti dapat faham apa yang ana nak kongsikan pada post kali ini..

moga kita akan saling ingat-meningatkan satu sama lain akan hal ini, agar amalan kita semua tidak menjadi sia-sia..

before i end, ada satu kata-kata ni yang ana nak kongsikan bersama..tak ingat la pulak ni hadis or just kata-kata seorang sahabat nabi..does anyone know?
tapi, bunyi nye camni la..

sekiranya anda penat melakukan kebaikan, sesungguhnya penat itu akan hilang dan kebaikan itu akan kekal..
sekiranya anda seronok melakukan dosa, sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa itu akan kekal..

moga kita semua dapt istiqomah dalam amalan kita..

sentiasa perbaharui niat,
sentiasa sabar dalam mencari redhaNya,
moga kita semua mendapat solace,
moga kita semua mendapat pengakhiran yang baik..
ameen..