Tuesday, July 29, 2008
mak tak bg.
masa kecil2 dulu..
mak tak bg beli coklat tu...
mak tak bg beli pensel kaler luna yg 48 batang tu kalau tak dpt nombor 1.
mak tak bg duduk rumah, kena paksa balik kampung.
rasa apa ye?
..........................
...........expect the unexpected.....................
rasa Allah yg tak bg utk tiap perkara yg berlaku itu.....
Saturday, July 26, 2008
Hadis logam.
Hazrat Abu Hurairah r.a relates that the Holy Prophet saw said :
" People are like mines of gold and silver. Those of them who are best before Islam are best in Islam, IF they have religious knowledge and understanding; and the spirits are like gathering armies, among these who are similar in qualities, they get mixed up with each other and those who are not, they drift away from each other." (Bukhari and Muslim)
Hadis ni biasa dengar kan, orang kata hadis logam. Tapi jarang dgr hadis yg penuh. Nak sentuh part ' the spirits are like gathering armies..'
Maksudnya, ruh2 adalah ibarat tentera yg berkumpul, ruh baik berkumpul dgn ruh yg baik, begitu uga sebaliknya.
Dari penerangan Imam Ibnu Abdissalam,
"Hal itu yakni kenal atau tidak kenal, maksudnya adalah mengenai keadaan sifat. Ertinya andaikata anda mengetahui seseorang yang berlainan sifatnya dengan anda, misalnya anda seorang yang berbakti kepada Allah dan yang dikenal itu orang yang tidak berbakti atau mengaku ketiadaan Allah, sekalipun kenal orangnya, tetapi tidak saling kenal-mengenal jiwa, ruh ataupun faham yang dianutnya. Maksudnya, hanya kenal pd nama tp tidak serasi pd jiwa.
Sebaliknya jika orang itu sama dengan anda perihal keadaan sifatnya, sama-sama berbaktinya kepada Allah, sama-sama membenci kepada kemungkaran dan kemaksiatan, maka selain kenal orangnya, juga sesuai jiwanya, sesuai ruhnya dan sefahaman dgnnya. Maksudnya, dia kenal org ini dan serasi jiwanya.
Inilah yg dimaksudkan dgn ruh baik berkumpul dgn ruh yg baik.
Oleh sebab itu dalam sebuah Hadis lain disebutkan bahawa seseorang yang merasa jiwanya itu masih lari atau enggan mengikuti ajakan orang yang mulia, hendaklah segera mencari sebab-sebabnya, sekalipun ia sudah mengaku sebagai muslim. Selanjutnya setelah penyakitnya (penyakit hati) ditemukan, hendaklah secepatnya diubati dan dibuang apa yang menyebabkan ia sakit sedemikian. Cara inilah yang sebaik-baiknya untuk menyelamatkan diri dari sifat yang buruk, sehingga ruhnya dan jiwanya dapat saling berkenalan dengan golongan orang-orang yang baik pula ruh dan jiwa.
Ringkasnya, kalau jiwa rasa degil, enggan, memberontak, dengan ajakan golongan2 org yg baik tingkahlakunya,cepat2lah cari sebab2nya. Cepat2 juga buang sebab tu. Kadang2 manusia ini ego!
Hati itu umpama gelas. Andai ingin mengisinya dgn air yg bersih, permukaan gelas itu perlu bersih dr sebarang kekotoran. Mana mungkin dpt minum air yg bersih dr cawan yg kotor?
"Dan sesungguhnya Kami telah menjelaskan berulang2 kepada manusia dlm Al-Quran ini dengan bermacam2 perumpamaan. Tetapi manusia adalah memang yg paling banyak MEMBANTAH."
" Dan siapakah yg lebih zalim daripada org yg telah diperingatkan dgn ayat2 Tuhannya lalu dia berpaling darinya dan melupakan apa yg dikerjakan oleh kedua tangannya?"
[Al-Kahfi: 54 & 57]
1st impression.
Sila tulis 1st impression anda ttg orang di sebelah anda.
hehe....apa ye?
apa2 pun..dont judge a book by its cover...tak boleh assume2 ni..kena directly TANYA.. baru tahu jawapan. aih...
Wednesday, July 23, 2008
Perumpamaan dalam Al-Quran
Jam 5 ptg, aku tiba di rumah.. 'Assalamualaikum..' eh, tiada org rupanya di rumah..
ke manakah mereka semua ini? soalnya hati.
Bergegas mengambil wudu' untuk menunaikan Asar.. mujur kuliah dihabiskan awal 15 minit hari ini..tidaklah aku perlu solat di Uni.
Tika waktu menunggu magrib, ku ambil kitabullah dan membaca kalam2 Allah yg tidak jemu dibaca dan dibaca sedari kecil. Kalau dulu, ku tidak endah akan maksudnya, tp kini membacanya ibarat membaca novel cerita2. Macaaammm2 ada.
Mata dan hati, terbaca:
" Dan perumpamaan orang yg menginfakkan hartanya untuk mencari redha Allah dan untuk memperteguh jiwa mereka, seperti sebuah kebun yg terletak di dataran tinggi yg disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buah-buahan 2 kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka embun pun memadai. Allah Maha Melihat apa yg kamu kerjakan. "
" Adakah salah seorang di antara kamu yg ingin memiliki kebun kurma dan anggur yg mengalir di bawahnya sungai2, di sana dia memiliki segala macam buah2an, kemudian datanglah masa tuanya sedang dia masih memiliki keturunan yg masih kecil2. Lalu kebun itu ditiup angin keras yg mengandung api, sehingga terbakar. Demikianlah Allah menerangkan ayat2nya kpdmu agar kamu memikirkannya. " (Inilah perumpamaan org yg menginfakkan hartanya kerana riya', membangga2kan pemberiannya kpd org lain dan menyakiti hati org yg diberi.)
[Al-Baqarah: 265-266]
Lalu aku teringat akan 2 perumpamaan lain;
" Tidakkah kamu memperhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yg baik spt pohon yg baik, akarnya kuat dan cabangnya menjulang ke langit, pohon itu menghasilkan buahnya pd setiap waktu dgn seizin Tuhannya. Dan Allah membuat perumpamaan itu utk manusia agar selalu ingat. "
" Dan perumpaan kalimat yg buruk spt pohon yg buruk, yg telah dicabut akar2nya dari permukaan bumi; tidak dapat tetap tegak sedikit pun."
[Ibrahim: 24-26]
Sebut2 pasal pokok2 ni, terlintas lg di hati dan mindaku tentang 1 ayat;
" ... Kamu melihat mereka rukuk dan sujud mencari kurniaan Allah dan keredhaanNya. Pada wajah mereka tampak tanda2 bekas sujud. Demikianlah sifat2 mereka yg diungkapkan dalam Taurat dan Injil iaitu, seperti benih yg mengeluarkan tunasnya, kemudian tunas itu semakin kuat, lalu menjadi besar dan tegak lurus di atas batangnya; tanaman itu menyenangkan hati penanam2nya kerana Allah hendak menjengkelkan hati org2 kafir dgn kekuatan org2 mukmin. Allah menjanjikan kpd org2 yg beriman dan mengerjakan kebajikan di antara mereka, ampunan dan pahala yg besar. "
[ Al-Fath: 29]
Sebenarnya, terlintas lagi 1 ayat.. tapi tak ingat ayat mana. =(
Ayat yg maksud lebih kurang Allah turunkan hujan kpd semua pokok, tetapi antara pokok2 itu ada yg tumbuh segar ada yg tak..
Isi tersiratnya ialah sama macam kita, diberikan AlQuran dan ilmu, tapi mengapa sebahagian yg lain lebih baik dari sebahagian yg lain? Maka marilah kita menjadi sebahagian yg lebih baik itu.
Minta sesiapa yg ingat, taipkan ayat tu eh. =)
Monday, July 21, 2008
Perdebatan atheis dan Imam Abu Hanifah
Dahri cuba merosakkan pegangan umat Islam dengan membahaskan soal-soal yang berhubung kait dengan ketuhanan. Dicabarnya para ulama Baghdad untuk berdebat dengannya. Setiap kali cabarannya disahut, hujah-hujah Dahri tidak pernah dapat dipatahkan sehingga akhirnya tidak ada lagi ulama Baghdad dan ulama-ulama di sekitarnya yang sanggup berhadapan dengannya.
Akhirnya wakil Khalifah menemui Imam Hammad bin Abi Sulaiman Al-Asy’ari, seorang ulama yang tidak kurang hebat ketokohannya serta kredibilitinya.
Khalifah memerintahkan perdebatan antara Imam Hammad dan Dahri disegerakan. Dan ia mesti dibuat di Masjid Jamek di tengah-tengah kota Baghdad. Sehari sebelum itu, Masjid Jamek telah penuh sesak dengan orang ramai.
“Maha suci Allah, maha suci Allah, maha suci Allah, sesungguhnya aku tiada daya usaha melainkan melainkan Allah lah pelindungku Tuhan yang maha tinggi lagi Maha Agung”. Lidah Imam Hammad terus melafazkan kalimat menyucikan segala tohmahan yang tidak layak bagi zat yang Maha Agung. Dia beristighfar terus.
Keesokannya, pagi-pagi lagi muncul Abu Hanifah, murid Imam Hammad yang paling rapat dan yang paling disayanginya. Namanya yang sebenar ialah Nu’man, yang ketika itu usianya masih remaja. Bila ternampak keadaan gurunya yang gundah gulana itu, Abu Hanifah pun bertanya untuk mendapat kepastian. Lalu Imam Hammad menceritakan keadaan yang sebenar.Lalu Imam Hammad menceritakan keadaan yang sebenar. Dalam pada itu teringat Hammad akan mimpinya malam tadi, lalu dikhabarkan kepada muridnya itu. AbuHanifah mendengarnya dengan penuh khusyuk.
"...Aku bermimpi ada sebuah dusun yang amat luas lagi indah. Di
Hammad termenung seketika. Kekalutan pemikiran yang telah dicetuskan Dahri, yang boleh menggugat pegangan aqidah umat ini,tidak boleh di biarkan. Mesti dihapuskan segera. Wajahnya yang tenang bagai air sungai yang mengalir jernih, masih nampak bercahaya walau di saat sebegitu genting.
Satu kelebihan Abu Hanifah ialah beliau juga dikurniakan Allah ilmu menta'bir mimpi, sebagai mana nabi Allah Yusuf. Pada pengamatannya juga, mimpi tersebut akan memberi petanda baik bahawa si Dahri pasti akan menerima padahnya nanti. Dan setelah mendapat keizinan gurunya, dia pun cuba mentafsirnya:
" Apa yang tuan lihat dalam mimpi tuan sebagai dusun yang luas lagi indah itu adalah tamsilan kepada agama Islam kita. Pokok yang berbuah lebat itu adalah tamsilan kepada sekalian ulamannya. Manakala sepohon kayu yang masih tinggal itu adalah tuan sendiri. Dan khinzir yang tiba-tiba muncul dan merosakkan pohon tersebut ialah si Dahri. Manakala harimau yang keluar lalu membunuh khinzir tadi... adalah saya..." jelas Abu Hanifah
Membantu guru
Beliau juga memohon izin membantu gurunya berdepan dengan si Dahri. Maka berangkatlah ilmuwan belasan tahun itu bersama gurunya ke Masjid Jamek di mana majlis dialog akan diadakan yang dihadiri oleh orang ramai dan Khalifah. Seperti biasanya, sebelum menyampaikan dakyahnya, Dahri mencabar dan memperlekeh-lekehkan ulama dengan bersuara lantang dari atas pentas.
“Hai Dahri, apalah yang digusarkan. Orang yang mengetahuinya pasti menjawabnya!” Tiba-tiba suara Abu Hanifah memeranjatkan Dahri dan menyentakkan kaum Muslimin yang hadir. Dahri sendiri terkejut. Matanya memandang tajam mata Abu Hanifah yang masih muda.
“Siapa kamu hai anak muda? Berani sungguh menyahut cabaranku…Sedangkan ulama yang hebat-hebat, yang berserban dan berjubah labuh telah ku kalahkan…!” Lantang suara Dahri membidas Abu Hanifah.
“Wahai Dahri,” balas Abu Hanifah, “Sesungguhnya Allah tidak mengurniakan kemuliaan dan kebesaran itu pada serban atau jubah yang labuh. Tetapi Allah mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang yang berilmu dan bertakwa”.
Abu Hanifah lalu membacakan firman Allah s.w.t yang bermaksud: Allah telah meninggikan darjat orang beriman dan berimu antara kamu beberapa darjat. (Al-Mujadalah: 11)
Geram rasanya hati Dahri mendengarnya kepetahan lidah pemuda ini berhujah. Maka berlangsunglah majlis dialog.
“Benarkah Allah itu wujud?,” soal Dahri memulakan majlis dialognya.
“Bahkan Allah memang wujud,” tegas Abu Hanifah.
“Kalau Allah maujud (wujud), di manakah tempatnya..?” Suara Dahri semakin meninggi.
“Allah tetap wujud tetapi dia tidak bertempat!” jelas Abu Hanifah.
“Hairan, kau kata Allah itu wujud, tetapi tidak bertempat pula…?” bantah Dahri sambil tersenyum sinis kepada hadirin.
“Ah, itu senang sahaja wahai Dahri. Cuba kau lihat pada dirimu sendiri. Bukankah pada dirimu itu ada nyawa…,” Abu Hanifah berhujah.
“Bahkan, memang aku ada nyawa, dan memang setiap makhluk yang bernafas itu ada nyawa…!,” sahut Dahri.
“Tetapi adakah kau tahu di manakah letaknya nyawa atau rohmu itu…? Dikepalakah, diperutkah atau adakah dihujung tapak kakimu..?” Tersentak Dahri seketika.
Setelah itu Abu Hanifah mengambil segelas susu lalu lalu berkata: “Adakah dalam air susu ini ada terkandung lemak…?”
Pantas Dahri menjawab, “Ya, bahkan!”
Abu Hanifah bertanya lagi, “Kalau begitu di manakah lemak itu berada…? Di bahagian atasnya atau di bawahkah…?” Sekali lagi Dahri tersentak, tidak mampu menjawab pertanyaan Abu Hanifah yang petah itu.
“Untuk mencari di manakah roh dalam jasad dan di manakah kandungan lemak dalam susu ini pun kita tidak upaya, masakan pula kita dapat menjangkau di manakah beradanya Zat Allah s.w.t di alam maya ini? Zat yang mencipta dan mentadbir seluruh alam ini termasuk roh dan akal dangkal kita ini, pun ciptaan-Nya, yang tunduk dan patuh di bawah urusan tadbir kerajaan-Nya Yang Maha Agung…!”
“Hai anak muda! Apakah yang wujud sebelum Allah. Dan apa pula yang muncul selepas Dia nanti…” soal Dahri lagi.
“Wahai Dahri! Tidak ada suatu pun yang wujud sebelum Allah s.w.t dan tidak ada sesuatu jua yang akan muncul selepas-Nya. Allah tetap Qadim dan Azali. Dialah yang Awal dan Dialah yang Akhir,” tegas Abu Hanifah, ringkas tapi padat.
“Pelik sungguh! Mana mungkin begitu….Tuhan wujud tanpa ada permulaannya? Dan mana mungkin Dia pula yang terakhir tanpa ada lagi yang selepas-Nya….?,” Dahri cuba berdalih dengan minda logiknya.
Dengan tersenyum Abu Hanifah menjelaskan, “Ya! Dalilnya ada pada diri kamu sendiri. Cuba kau lihat pada ibu jari mu itu. Jari apakah yang kau nampak berada sebelum jari ini..?” Sambil menuding ibu jarinya ke langit.
Tidak terfikir
Beberapa hadirin turut berbuat demikian. “Dan pada jari manis kau itu, ada lagikah jari yang selepasnya…” Dahri membelek-belek jarinya. Tidak terfikir dia persoalan yang sekecil itu yang diambil oleh Abu Hanifah.”
“Jadi…! Kalaulah pada jari kita yang kecil ini pun, tidak mampu kita fikir, apatah lagi Allah Zat Yang Maha Agung itu, yang tiada suatu pun yang mendahului-Nya dan tiada sesuatu yang kemudian selepas-Nya.”
Sekali lagi Dahri tercenggang. Bungkam. Namun masih tidak berputus asa untuk mematahkan hujah anak muda yang telah memalukannya di khalayak ramai. Khalifah memerhatikan sahaja gelagat Dahri dengan penuh tanda tanya. Dahri berfikir seketika, mencari jalan, mencari idea. Semacam suatu ilham baru telah menyuntik mindanya, ia pun tersenyum lalu bertanya.
“Ini soalan yang terakhir buat mu, hai.. budak mentah!,”. Sengaja Dahri mengeraskan suaranya agar rasa malunya itu terperosok, dan seolah-olah memperkecilkan kemampuan Abu Hanifah.
“Allah itu ada, kata mu. Ha! apakah pekerjaan Tuhanmu ketika ini?” Soalan tersebut membuat Abu Hanifah tersenyum riang.
“Ini soalan yang sungguh menarik. Jadi kenalah dijawab dari tempat yang tinggi supaya dapat didengar oleh semua orang,” katanya. Pemuda ideologi Ad-Dahriyyun yang sedari tadi mentalitinya dicabar terus, berjalan turun meninggalkan mimbar masjid Jamek, memberi tempat untuk Abu Hanifah:
“Wahai sekelian manusia. Ketahuilah bahawa kerja Allah ketika ini ialah menggugurkan yang batil sebagaimana Dahri yang berada di atas mimbar, diturunkan Allah ke bawah mimbar. Dan Allah juga telah menaikkan yang hak sebagaimana aku, yang berada di sana, telah dinaikkan ke atas mimbar Masjid Jamek ini… !”
Bagai halilintar, hujah Abu Hanifah menerjah ke dua-dua pipi Dahri. Seiring dengan itu bergemalah pekikan takbir dari orang ramai. Mereka memuji-muji kewibawaan Abu Hanifah yang berjaya menyelamatkan maruah Islam dari lidah Dahri yang sesat lagi menyesatkan itu.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud, Dialah yang awal dan dialah yang akhir, dan yang zahir dan yang batin, dan dialah yang mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (al-Hadid: 3) dalam ayat yang keempat daripada surah yang sama Allah berfirman yang bermaksud, … dan dia tetap bersama kamu di mana sahaja kamu berada.
Maksudnya Allah s.w.t sentiasa mengawasi manusia dengan ilmunya, memerhati, mendengar serta berkuasa ke atas mereka biar di mana sahaja mereka berada. Di dalam fahaman ahli sunnah adalah ditegah mengishbat tempat bagi Allah, dengan menentukan lokasi baginya.
Hanya makhluk sahaja yang memerlukan tempat, namun Allah s.w.t tidak sama dengan makhluk, dan tidak memerlukan apa yang diperlukan oleh makhluk.
Ya Ukhti..
Ukhti…tertutupnya tubuhmu tidak menjamin bisa menutupi aib saudaramu,keluargamu bahkan diri antunna sendiri, cuba perhatikan sekejap saja,apakah aib saudaramu, teman dekatmu bahkan keluargamu sendiri sudah tertutupi, bukankah kebiasaan buruk seorang perempuan selalu terulang dengan tanpa di sedari melalui omelan omelan kecil sudah membekas semua aib keluargamu, aib sudaramu, bahkan aib teman dekatmu melalui lisan manis mu.
Ukhti…lembutnya suaramu mungkin selembut sutera bahkan lebih daripada itu, tapi akankah kelembutan suara antunna sama dengan lembutnya kasihmu pada saudaramu, pada anak-anak jalanan, pada fakir miskin dan pada semua orang yang menginginkan kelembutan dan kasih sayangmu.
Ukhti…Rajinnya tilawahmu tak menjamin serajin dengan solat malammu,mungkinkah malam-malammu di lewati dengan rasa rindu menuju Tuanmu dengan bangun di tengah malam dan di temani dengan butiran-butiran airmata yang jatuh ke tempat sujud mu serta lantunan tilawah yang tak henti-hentinya berucap membuat syaitan terbirit-birit lari ketakutan,atau sebaliknya, malammu selalu di selimuti dengan tebalnya selimut syaitan dan di bobokkan dengan mimpi-mimpi indahmu bahkan lupa bangun solat subuh.
Ukhti…Cerdasnya dirimu tak menjamin bisa mencerdaskan sesama saudaramu dan keluargamu, mungkinkah temanmu bisa ikut bergembira menikmati ilmu-ilmunya seperti yang antum dapatkan, ataukah antunna tidak peduli sama sekali akan kecerdasan temanmu, saudaramu bahkan keluargamu,sehingga membiarkannya begitu saja sampai mereka jatuh ke dalam lubang yang sangat mengerikan iaitu maksiat.
Ukhti…tebalnya kerudungmu tidak menjamin setebal imanmu pada sang khalikmu, antunna adalah salah satu sasaran syaitan durjana yang selalu mengintai dari semua penjuru mulai dari depan belakang atas bawah semua syaitan mengintaimu, imanmu dalam bahaya, hatimu dalam ancaman,tidak akan lama lagi imanmu akan terobrak abrik oleh tipuan syaitan jika imanmu tidak betul-betul di jaga olehmu, banyak cara yang harus antunna lakukan mulai dari diri sendiri, dari yang paling kecil dan seharusnya di lakukan sejak dari sekarang, bila lagi….
Ukhti…rutinnya halaqahmu tidak menjamin serutin puasa sunah isnin khamis yang antunna laksanakan , kejujuran hati tidak bisa di bohongi,kadang semangat fizik begitu bergelora untuk di laksanakan tapi, semangat ruhani tanpa di sedari turun drastic, puasa yaumul bith pun terlupakan apalagi puasa isnin khamis yang di rasakan terlalu sering dalam seminggu, separah itukah hati antum, makanan fizik yang antum fikirkan dan ternyata ruhiyah pun perlukan stok makanan, kita tidak pernah memikirkan bagaimana akibatnya kalau ruhiyah kurang gizi.
Ukhti…rajinnya solat malammu tidak menjamin keistiqomahan seperti rasulullah sebagai ikutanmu.
Ukhti…ramahnya sikapmu tidak menjamin seramah sikapmu terhadap sang khalikmu, masihkah antum senang bermanjaan dengan tuhanmu dengan solat duhamu, solat malammu?
Ukhti…masih ingatkah antunna terhadap pepatah yang masih terngiang sampai saat ini bahwa akhwat yang baik hanya untuk ikhwan yang baik,jadi siap-siaplah sang syuhada akan menjemputmu di pelaminan hijaumu.
Ukhti…Baik buruk parasmu bukanlah satu-satunya jaminan akan berjaya masuk dalam syurga rabbmu.Maka, tidak usah berbangga diri dengan parasmu yang molek, tapi berbanggalah ketika iman dan taqwamu sudah betul-betul terasa dan terbukti dalam hidup sehari-harimu.
Ingat!! Dakwah tidak memerlukan antum tapi… antunnalah yang memerlukan dakwah, kita semua memerlukan dakwah.