Friday, August 29, 2008
Qana'ah dn 'Afaf.
Lama tak update, sowi ye blog.
Hadis Pelham pagi ni tentang Qana'ah = berpuas dgn apa yg ada dan tetap berusaha dan
'Afaf = enggan meminta2, berlaku sederhana dlm kehidupan dan berbelanja serta mencela meminta tanpa darurat.
Dari Abu Abdir Rahman, yaitu 'Auf bin Malik al-Asyja'i r.a., katanya:
"Kita semua ada di sisi Rasulullah s.a.w. dan kita ada sembilan, lapan atau tujuh orang, kemudian beliau s.a.w. bersabda: "Tidakkah engkau semua berbai'at kepada Rasulullah?" Padahal kita semua baru beberapa hari saja melakukan pembai'atan pula pada beliau itu, oleh sebab itu kita berkata: "Kita semua telah membai'at Tuan, ya Rasulullah." Kemudian beliau s.a.w. bersabda lagi: "Tidakkah engkau semua berbai'at kepada Rasulullah?" Kita lalu menghulurkan tangan-tangan kita dan kita berkata: "Kita semua dulu sudah berbai'at kepada Tuan, ya Rasulullah dan sekarang kita berbai'at lagi dalam hal apakah?" Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Hendaklah engkau semua menyembah kepada Allah yang Maha Esa dan jangan menyekutukan sesuatu denganNya, tetapi tetaplah mengerjakan shalat lima waktu dan sampai engkau semua mendengarkan serta melakukan ketaatan," lalu beliau memperlahankan suaranya dan bersabda dengan berbisik: "Dan jangan meminta sesuatu apapun dari orang-orang."
Maka sungguh saya pernah melihat ada orang yang termasuk golongan orang-orang di atas itu, ketika cemetinya jatuh, ia tidak meminta seseorang supaya diambilkan cemetinya tadi." (Riwayat Muslim)
Teringat dahulu, pd tahun 2003, form 4 tika itu, pertama kali duduk jauh dari keluarga..(masuk sekolah asrama). Waktu ini, di MRSM Serting, N9..oo rindunya pd maktabku..
Awal2 peralihan dari menengah rendah ke menengah atas, dari dahulunya belajar subjek Sains, kemudian beralih ke Biology, Fizik Kimia.. Aku sangat2 suka Kimia..chapter kegemaran semasa form 4 dahulu ialah Bab 7 kalau tak silap.tentang garam. Bila buat experiment, perlu kenalpasti unknown sample, buat ujian itu ini, campur itu ini, ubah warna itu ini, kalau Kuprum (Copper) warna biru, kalau Zinc warna putih, tgk soluble in water ke tak, akhirnya barulah dpt identify jenis garam itu.
Saya suka Cikgu Kimia sy..Nama cikgu itu Cikgu Malik. Cikgu ini selalu berpesan kpd pelajar2nya agar tidak menyusahkan orang. Singkatan pendeknya TMO. Dan alhamdulillah, memang sejak kecil ibuku sudah berpesan benda yg sama. Dalam apa2 hal, cuba buat sendiri dulu, jgn nk minta tolong orang, jgn nk minta orang buatkan.. bila dah tak tahu dah buntu memang tak tahu dah nk buat bagaimana lagi, baru minta pertolongan orang. Selari dgn point dalam hadis td "Dan jangan meminta sesuatu apapun dari orang-orang."...
Revise balik definisi 'mampu'. Selagi mata mampu dibuka, selagi tangan dan kaki mampu bergerak, selagi mulut mampu berdiam, selagi telinga mampu mendengar..selagi selagi selagi....... selagi mampu..selagi diri masih bernyawa, selagi nafas masih dihembus... usahakanlah sendiri.
hurm..rindu pada maktabku..
InsyaAllah, next year nk datang berkunjung lagi.. Kali terakhir ke maktab, bersama sahabatku Fareha. Moga lawatan seterusnya bersama sahabatku ini lagi, insyaAllah bermisi..kan eha? =)
Nak letak gambar sekolah dulu: silalah tatap.
Pintu gerbang maktab.
Makcik2 DS
Foyer maktab
Court tennis maktab. (penulis TGK org main je..hehe)
Dewan maktab.
Surau maktab.
Nampak tak pondon kecil tu? Di situlah penulis dan rakan2 study pd hari Sabtu.
Classmateku. 5 Ibnu Khaldun dan Cikgu Azri.
Monday, August 18, 2008
sahabat.
Tadi..tiba2 dapat sms..
" Intan, i love u fillah. "
aa? tiba2 je dia ni... terus tanya housemate lain.. dapat msg dari hanan tak? aah.dapat. habis, dah reply belum? dah... ^_^
kenapa ye cik hanan? tiba2 je...rindu kitorang ea?? (ngehngeh)
“Jika seseorang mencintai saudaranya, maka kabarkanlah bahawa ia mencintainya.”
dah lebih setahun kita berkawan. terharu mengingati kembali kata2 mu winter yg lalu.. Waktu itu, sahabat2 Canberra ada sekali.. 'kita membesar bersama2 dalam sistem tarbiyyah ini..kita sama2 menyaksikan perubahan2 teman2 kita.. perubahan diri kita..'
kalau diimbas kembali 1st year...sungguh kawan merupakan rahmat bgku.. Alhamdulillah..ku bersyukur dgn kehadiran kalian. walau berbeza foundation, tapi dgn kuasa tuhan..cepat je kita mesra kan?? =))
InsyaAllah, kita sama2 ingin merealisasikan hadis Rasulullah ini;
“Seseorang di antara kamu tidak beriman dengan sempurna kecuali setelah mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya.”
Tiada manusia yg sempurna melainkan rasulullah..oleh itu, bertoleransilah..
Seperti kata2 Fudayl bin Iyadh (ingat tak siapa ni? dalam muntalaq..bab 5) ;
“Siapa mencari sahabat tanpa cacat, nescaya sepanjang hidupnya tidak mendapat sahabat.”
Hadith “ukhuwah”:
“Sesungguhnya di kalangan hamba-hamba Allah itu ada satu golongan,mereka bukan dari golongan para nabi ataupun syuhada’,tetapi para nabi dan syuhada’ mencemburui mereka,tempat mereka di sisi Allah s.w.t.Kata para sahabat,khabarkan kepada kami siapa mereka? Rasulullah S.A.W bersabda:”Mereka adalah satu kaum yang saling cinta-mencintai kerana Allah,bukan ada hubungan saudara-mara di kalangan mereka dan juga bukan kerana kepentingan.Demi Allah,di wajah mereka ada cahaya dan mereka di atas cahaya.Ketika manusia takut,mereka tidak takut.Ketika manusia bersedih,mereka tidak bersedih.Dan mereka berkata,sesungguhnya wali-wali Allah tidak takut dan tidak sedih.”
Kata2 Imam Hassan Al Banna;
Akhir penulisan...
ingatlah....
Seorang sahabat adalah manusia.. dia itu dirimu.. hanya saja dia adalah orang lain..
sayang semua.
Sunday, August 17, 2008
jgn congkak!
Rasulullah SAW mengingatkan melalui sabda Baginda yg bermaksud:
" Bahawa sesiapa yg memuji dirinya atas suatu amal salih, bererti sudah tersesat drpd mensyukurinya, dan gugurlah segala amal perbuatannya."
Nabi Muhammad juga bersabda yg bermaksud:
“Orang yang sombong, keras kepala dan takbur, akan dikumpulkan pada hari kiamat, dalam bentuk semut yang kecil, yang dipijak mereka oleh manusia, kerana hinanya mereka pada Allah .” (Diriwayatkan oleh Al-Bazzar dari Abu Hurairah)Dan lagi Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Tidak akan masuk neraka, orang yang di dalam hatinya ada seberat sebiji sawi darinya iman, dan tidak akan masuk syurga yang di dalam hatinya ada seberat biji sawi darinya sombong.” (Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud)Ya Allah..pelihara aku dari sifat ini.Amin.
Friday, August 15, 2008
Ramadan
Tengok sampai habis ye...part2 last yg menarik.. insyaAllah. =)
Wednesday, August 13, 2008
Tazkirah
Tuesday, August 5, 2008
hoho...
Terima kasih sahabat jauh, kerana memberikan hadith ini.
WHAT IS YOUR PRIORITY IN LIFE?
Malik Ahmad: "Sesiapa yang mengutamakan akhiratnya, Allah akan memelihara urusannya dan memurahkan hatinya, sehingga dunia dan kemewahannya datang bergolek tanpa dikejar. Dan sesiapa yang mengutamakan dunianya, Allah akan memporak-perandakan urusannya serta ditampakkan kepapaan di hadapan matanya, sedangkan dunia dan kemewahannya tidak akan mendatanginya, melainkan sekadar apa yang ditentukan Tuhan saja" (Riwayat Tarmizi)
O lord..forgive me...
Monday, August 4, 2008
shut down ur computer plz...
Shut Down Your Computer
Want to save some energy and reduce your electric bill? Shut down your computer when you're not sitting in front of it. Pretty basic notion ... but apparently a lot of people leave their computers turned on overnight - especially their work computer. The Wall Street Journal is reporting:
A recent report estimated that American businesses could save $1.72 billion each year merely by getting more employees to shut off their computers at night or allow the machines to enter an energy-saving mode.
Many people think that turning on and off their computers will wear out the computer due to the electrical surge and/or the spin up of the hard drive. While computers have very few moving parts (fans and hard drives) leaving them on when you don’t need them is a bad idea. Monitors are your biggest problem though as they use up the most electricity and the light sources in them can only last for so long. So anytime you walk away from your computer you should hit the power button on your monitor or at least set your power settings so that if your computer is not used for 5 minutes the monitor turns off.
The next thing we need to realize is that computers have electrical current running though them when the power is on and the fans and hard drives are spinning whenever the computer is on. At some point something is going to fail just due to age and the longer you keep your computer on when you are not using it the sooner that will happen. So your best bet is to turn off your computer and all peripherals when you are not using them. Some people even suggest unplugging any peripherals, even down to cell phone chargers, because as long as they are plugged in they are using some electricity.
Come on guys, do your part to save some electricity.
Reminder: You are not doing it bcoz u want to save some electricity, but because Allah tak suka org membazir.
Sunday, August 3, 2008
Rahmat ujian
Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu
Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran
Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya
Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu