Sunday, August 17, 2008

jgn congkak!

Rasulullah SAW mengingatkan melalui sabda Baginda yg bermaksud:

" Bahawa sesiapa yg memuji dirinya atas suatu amal salih, bererti sudah tersesat drpd mensyukurinya, dan gugurlah segala amal perbuatannya."

Nabi Muhammad juga bersabda yg bermaksud:

“Orang yang sombong, keras kepala dan takbur, akan dikumpulkan pada hari kiamat, dalam bentuk semut yang kecil, yang dipijak mereka oleh manusia, kerana hinanya mereka pada Allah (SWT).” (Diriwayatkan oleh Al-Bazzar dari Abu Hurairah)

Dan lagi Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Tidak akan masuk neraka, orang yang di dalam hatinya ada seberat sebiji sawi darinya iman, dan tidak akan masuk syurga yang di dalam hatinya ada seberat biji sawi darinya sombong.” (Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud)


Ya Allah..pelihara aku dari sifat ini.Amin.

3 comments:

Anonymous said...

cIk iN~

jgn congkak! atau jgn bongkak!? =)

biskut marie said...

Encik ano..Congkak membawa tiga makna yang berbeza jika anda menyemak Kamus Dewan Edisi Keempat.

1.sombong, bongkak dan pongah.
2.binatang seperti kerang atau lokan.
3.sejenis permainan yang menggunakan kayu bujur yang berlubang-lubang dan buah-buahnya diperbuat daripada biji tanah.

harap jelas..terima kasih. dan sy tidak merosakkan bahasa melayu..hehe =)

Anonymous said...

Oic..Sy ingat awk tersalah type td. Key C n key B kan dekat2 aje. So kebarangkalian menjadi perkataan bongkak tue ade..ehehehe

-ada gaya jadi ahli munsyi nie cik iN.
-sy doakan kamu juga menjadi mujtahid wanita yang bersih pemikirannya.
=)