In the name of Allah, the Most Gracious the Most Merciful.
Lama tak update, sowi ye blog.
Hadis Pelham pagi ni tentang Qana'ah = berpuas dgn apa yg ada dan tetap berusaha dan
'Afaf = enggan meminta2, berlaku sederhana dlm kehidupan dan berbelanja serta mencela meminta tanpa darurat.
Dari Abu Abdir Rahman, yaitu 'Auf bin Malik al-Asyja'i r.a., katanya:
"Kita semua ada di sisi Rasulullah s.a.w. dan kita ada sembilan, lapan atau tujuh orang, kemudian beliau s.a.w. bersabda: "Tidakkah engkau semua berbai'at kepada Rasulullah?" Padahal kita semua baru beberapa hari saja melakukan pembai'atan pula pada beliau itu, oleh sebab itu kita berkata: "Kita semua telah membai'at Tuan, ya Rasulullah." Kemudian beliau s.a.w. bersabda lagi: "Tidakkah engkau semua berbai'at kepada Rasulullah?" Kita lalu menghulurkan tangan-tangan kita dan kita berkata: "Kita semua dulu sudah berbai'at kepada Tuan, ya Rasulullah dan sekarang kita berbai'at lagi dalam hal apakah?" Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Hendaklah engkau semua menyembah kepada Allah yang Maha Esa dan jangan menyekutukan sesuatu denganNya, tetapi tetaplah mengerjakan shalat lima waktu dan sampai engkau semua mendengarkan serta melakukan ketaatan," lalu beliau memperlahankan suaranya dan bersabda dengan berbisik: "Dan jangan meminta sesuatu apapun dari orang-orang."
Maka sungguh saya pernah melihat ada orang yang termasuk golongan orang-orang di atas itu, ketika cemetinya jatuh, ia tidak meminta seseorang supaya diambilkan cemetinya tadi." (Riwayat Muslim)
Teringat dahulu, pd tahun 2003, form 4 tika itu, pertama kali duduk jauh dari keluarga..(masuk sekolah asrama). Waktu ini, di MRSM Serting, N9..oo rindunya pd maktabku..
Awal2 peralihan dari menengah rendah ke menengah atas, dari dahulunya belajar subjek Sains, kemudian beralih ke Biology, Fizik Kimia.. Aku sangat2 suka Kimia..chapter kegemaran semasa form 4 dahulu ialah Bab 7 kalau tak silap.tentang garam. Bila buat experiment, perlu kenalpasti unknown sample, buat ujian itu ini, campur itu ini, ubah warna itu ini, kalau Kuprum (Copper) warna biru, kalau Zinc warna putih, tgk soluble in water ke tak, akhirnya barulah dpt identify jenis garam itu.
Saya suka Cikgu Kimia sy..Nama cikgu itu Cikgu Malik. Cikgu ini selalu berpesan kpd pelajar2nya agar tidak menyusahkan orang. Singkatan pendeknya TMO. Dan alhamdulillah, memang sejak kecil ibuku sudah berpesan benda yg sama. Dalam apa2 hal, cuba buat sendiri dulu, jgn nk minta tolong orang, jgn nk minta orang buatkan.. bila dah tak tahu dah buntu memang tak tahu dah nk buat bagaimana lagi, baru minta pertolongan orang. Selari dgn point dalam hadis td "Dan jangan meminta sesuatu apapun dari orang-orang."...
Revise balik definisi 'mampu'. Selagi mata mampu dibuka, selagi tangan dan kaki mampu bergerak, selagi mulut mampu berdiam, selagi telinga mampu mendengar..selagi selagi selagi....... selagi mampu..selagi diri masih bernyawa, selagi nafas masih dihembus... usahakanlah sendiri.
hurm..rindu pada maktabku..
InsyaAllah, next year nk datang berkunjung lagi.. Kali terakhir ke maktab, bersama sahabatku Fareha. Moga lawatan seterusnya bersama sahabatku ini lagi, insyaAllah bermisi..kan eha? =)
Nak letak gambar sekolah dulu: silalah tatap.
Pintu gerbang maktab.
Makcik2 DS
Foyer maktab
Court tennis maktab. (penulis TGK org main je..hehe)
Dewan maktab.
Surau maktab.
Nampak tak pondon kecil tu? Di situlah penulis dan rakan2 study pd hari Sabtu.
Classmateku. 5 Ibnu Khaldun dan Cikgu Azri.
Friday, August 29, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment