Monday, August 18, 2008

sahabat.

Bismillahirrahmanirrahim...

Tadi..tiba2 dapat sms..
" Intan, i love u fillah. "

aa? tiba2 je dia ni... terus tanya housemate lain.. dapat msg dari hanan tak? aah.dapat. habis, dah reply belum? dah... ^_^
kenapa ye cik hanan? tiba2 je...rindu kitorang ea?? (ngehngeh)
“Jika seseorang mencintai saudaranya, maka kabarkanlah bahawa ia mencintainya.”

dah lebih setahun kita berkawan. terharu mengingati kembali kata2 mu winter yg lalu.. Waktu itu, sahabat2 Canberra ada sekali.. 'kita membesar bersama2 dalam sistem tarbiyyah ini..kita sama2 menyaksikan perubahan2 teman2 kita.. perubahan diri kita..'
kalau diimbas kembali 1st year...sungguh kawan merupakan rahmat bgku.. Alhamdulillah..ku bersyukur dgn kehadiran kalian. walau berbeza foundation, tapi dgn kuasa tuhan..cepat je kita mesra kan?? =))

InsyaAllah, kita sama2 ingin merealisasikan hadis Rasulullah ini;
“Seseorang di antara kamu tidak beriman dengan sempurna kecuali setelah mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya.”

Tiada manusia yg sempurna melainkan rasulullah..oleh itu, bertoleransilah..
Seperti kata2 Fudayl bin Iyadh (ingat tak siapa ni? dalam muntalaq..bab 5) ;
“Siapa mencari sahabat tanpa cacat, nescaya sepanjang hidupnya tidak mendapat sahabat.”

Hadith “ukhuwah”:

“Sesungguhnya di kalangan hamba-hamba Allah itu ada satu golongan,mereka bukan dari golongan para nabi ataupun syuhada’,tetapi para nabi dan syuhada’ mencemburui mereka,tempat mereka di sisi Allah s.w.t.Kata para sahabat,khabarkan kepada kami siapa mereka? Rasulullah S.A.W bersabda:”Mereka adalah satu kaum yang saling cinta-mencintai kerana Allah,bukan ada hubungan saudara-mara di kalangan mereka dan juga bukan kerana kepentingan.Demi Allah,di wajah mereka ada cahaya dan mereka di atas cahaya.Ketika manusia takut,mereka tidak takut.Ketika manusia bersedih,mereka tidak bersedih.Dan mereka berkata,sesungguhnya wali-wali Allah tidak takut dan tidak sedih.”


Kata2 Imam Hassan Al Banna;

Ukhuwwah itu ialah hati-hati dan roh-roh berpadu dengan ikatan akidah. Akidah adalah ikatan yang paling kukuh dan paling mahal. Ukhuwwah wujud dari keimanan dan perpecahan wujud dari kekufuran. Kekuatan yang pertama ialah kekuatan perpaduan. Tiada persatuan tanpa kasih sayang. Rasa kasih sayang yang paling rendah ialah berlapang dada (bersikap terbuka) dan paling tinggi ialah itsar (mengutamakan orang lain).


Akhir penulisan...
ingatlah....
Seorang sahabat adalah manusia.. dia itu dirimu.. hanya saja dia adalah orang lain..

sayang semua.

3 comments:

Anonymous said...

bagus2..bersama-sama lah kite merapatkan hubungan ukhuwah di kalangan umat islam ye???
insyAllah..

biskut marie said...

hurm...dum dum dum.. knp ada tanda soal belakang 'ye' tu??
jawapannya: ya.

HbO said...

huhu..Cik in, jawapan kepada persoalan kamu kepadaku ada dah awak sertakan right after the question, i.e hadith tu..
baru diperingatkan tentang hadith tu, and bila disebut, terus teringat kat korang semua..

jaga diri, jaga iman..

ku doakan moga Allah menyayangi kalian kerna kalian menyayangiku kernaNya.