Siapa yang tidak mampu memperbaiki kesalahan dirinya, dia tidak layak menjadi pemantau ke atas kesalahan orang lain, membetulkan dan mengkritik mereka.
Bismillahirrahmanirrahim..bacalah dengan nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. =)
Antara yang empunya jiwa, ada orang yang melenting dek satu kalimah, lantas dia lupa kamus persaudaraan, dia keluar menjadi musuh, menelanjangkan sahabatnya dari semua keistimewaaan, seolah-olah antara mereka tidak pernah wujud kasih sayang, roti dan garam.
Antara yang empunya jiwa, ada yang jika tidak diindahkan dia tidak akan bersikap lembut, tidak memaafkan, tidak sabar, tidak mengharap apa yang ada di sisi Tuhan, malah dia menjadi jahil, lebih dari semua yang jahil.
Antara yang empunya jiwa, ada yang apabila diperlakukan sesuatu yang menyakitkannya dia tidak bertalu-talu mencela, spontan atau bertangguh, malah dia sabar pada zahirnya tetapi dia tidak maafkan pada batinnya, dia tidak cuba memaksa dirinya melupa dan memaafkan, tetapi dia menyimpan dalam hati dan terus menyimpan. Dia menzahirkan senyuman, tetapi di dalam ada timbunan semakin membesar, sehingga apabila beratnya sudah sarat bertan-tan, empangan pun roboh, lantas penempatan pun dilimpahi banjir besar. Ia berlaku berulangkali setiap tahun, dia menghukum sahabatnya atas perkara silam yang mereka lakukan terhadapnya. Jumlah tuduhan itu sangat besar, kerana ia telah bertapak begitu lama, dia membantu kotak ingatannya dengan satu daftar penilaian yang memuatkan semua perkara yang telah sahabat-sahabatnya lupakan, dia meletakkan tarikh-tarikhnya dan menandai perkataan-perkatan mereka, mungkin juga dia menyimpan surat-surat mereka dan bukti-bukti yang mungkin hanya mengandungi perkataan-perkataan terlepas cakap, untuk dia jadikan sebagai bukti kesalahan mereka, dengan itu berlakulah rasa sakit dan keledak sakit, malah apa yang lebih teruk daripada sakit.
Sesungguhnya dunia kita ialah dunia amal dan ibadat,
dunia amar makruf dan nahi munkar,
dunia mendidik dan taklim,
........bukan dunia falsafah yang sentiasa saling bercakaran,
........bukan kelab-kelab penyair yang barangan niaga mereka hanyalah lidah.Di antara kepelikan/kehairanan tarbiyah ialah anda mampu memberi peringatan dan mengajak golongan baru dan remaja meninggalkan ria', takbur dan menunjuk-nunjuk, mereka menganggap perkara itu sebagai bimbingan, tarbiyah dan taujih daripada anda, sedangkan mereka yang telah lama dan telah tepu, jika anda memberi peringatan yang sama, dia akan menganggapnya sebagai tuduhan, dia menolak nasihat anda dan angkuh, seolah-olah Rasulullah saw tidak pernah taubat tujuh puluh kali sehari di akhir-akhir hayatnya.
moga diriku dan dirimu tidak tergolong dlm golongan ini. Amin ya Allah.
Kalau kita benar-benar beriman kita akan menang hanya dengan isyarat telunjuk. Kita tidak mengharapkan hidup ikhlas seikhlasnya sepanjang hayat, cukuplah jika kita benar-benar ikhlas sejenak, sekadar satu rakaat solat.
Bukan kepintaran membawa kita mencapai matlamat, tetapi tawakkal, dan kita berdoa dan berkata: "Ya Allah, tiada yang mudah kecuali apa yang engkau jadikan mudah".
Sayang antunna semua...doakan yg terbaik untuk kita..
Ya Allah..buatlah dgn apa cara sekalipun...dgn cara mana yg Engkau sukai.. selamatkan kami..kasihi kami..tentukan yg terrbaik untuk kami.
mohon maaf lahir batin pada semua yg membaca..doakanku mendapat keputusan terbaik dalam peperiksaan..kerna ku tidak tahu adakah doa ku kan dimakbulkan.
~exam! 11.12.17.19.24.26 june 2009~ silakan tanda di calendar.. ^^
No comments:
Post a Comment