Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini hari Khamis. malam Jumaat. Biasanya kalau di Malaysia, ramai buat tahlil, maktab buat bacaan Yasin disusuli ceramah. semasa di Taylors dahulu, buat bacaan Yasin juga. gilir-gilir setiap minggu dari rumah ke rumah. Kini, di Oz, baca surah Kahfi. Tadi baca sesama ahli rumah. Adik-adik tidak dtg mingu ini.
Minggu ini giliran Mar bg tazkirah. Mar bercerita tentang kisah taubat seorang lelaki si penggali kubur. Kisah rasulullah ditegur Jibril 'siapakah Tuhan? engkau atau kah Allah?' Kisah akhirnya si lelaki ini meninggal semasa solat setelah taubatnya diterima. Tanpa pengulasan dgn lebih lanjut, terus berganjak ke perbincangan isu-isu lain dgn meninggalkan diri masing-masing berfikir pengajaran di sebalik kisah.
masuk bab manusia muslim yg lemah pegangannya. akhirnya membuat keputusan untuk tidak mempercayai kewujudan tuhan. Naudzubillah. Ya muqallibal qulub, thabbit qulubuna ala deenik.
masuk lagi bab manusia muslim yg tidak solat. tidak sedar isya' sekarang dah 6.46pm. subuh entah sedar ataupun tidak. solat hanya bila diri rasa nak solat. ego. melenting. bila orang suruh solat. padahal solat itu wajib. tak rasa apa pun bila langgar solat. tidakkah mereka tahu meninggalkan solat tanpa rasa bersalah, dosanya lebih besar dari seribu kali berzina? ops. bukan sy yg ckp. tp malaikat Jibril yg memberitahu Nabi Musa ketika baginda mengusir seorang wanita yg ingin bertaubat atas dosanya berzina.
azan...automatiknya berkumandang di laptop bila tiba waktu, kemudian kita stop kan. kemudian terus mengajak housemate solat.
azan itu, sentiasa terus-menerus berkumandang seluruh bumi.
Jagalah solat anda.solat ahli keluarga anda.rakan-rakan sekeliling anda.dan sesiapa sahaja di sekeliling anda.
Thursday, May 14, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment