Wednesday, January 30, 2008
Duhai hati...
Di dalam hati manusia ada keganasan yang tidak akan hilang kecuali berjinak dengan Allah SWT..
Diadalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali allah SWT..
Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang dan damai kecuali berlindung,bertemu dan berjumpa denganNya...
Didalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akn padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha&qadarnya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuainya...
Di dalam hati manisia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan memohon kepadaNya kesentiasaan berzikir kepadanya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya....
Duhai hati...lembutlah..mengapa berkeras??. . . . . . ... . . . . . .
Jgn Putus Asa!
Tengok gambar ni...cumill kan!! ehe..secumil org yg post...erk?? =P
Bukan setakat cumill..tapi membawa erti yg sangat besar... TRY AGAIN.. Dun Give up!..
Jgn pernah berputus asa dgn rahmat Ilahi..
Setiap cubaan..setiap dugaan..pasti ada hikmahnya..cliche kan? tapi itulah yg sebenarnya.. Setiap perkara yg terjadi memang sudah ditetapkan dari azali..memang dah ditakdirkan..dah dikomfemkan terjadi atas kita.. Dan apa2 yg terjadi itu..memang insyaAllah kita mampu mengatasinya... kerana Allah tidak akan membebankan seseorang melainkan dgn kesanggupannya...
ada org tanya In wut ape summer holiday kat Melbourne ni?? Macam2 kak ui.. jadi chef, jd penceramah jemputan, jd pendengar tetap, jd pengira stok, jd pembuang sampah, jd tukang sapu sampah (lokasi: Bedford As-Solehah) =), dan macam2 lagi....oh ye.. satu lagi..jadi pencari rumah..hehehe.. Ha,yg terbaru.. i jadi tukang distribute buku yellow pages kat driver2 di carpark..ehe.. tapi lom start lagi.. ..soon..coming into my life~ hee~
orait...pesanan tuk housmate2ku.. nak beli perabot kat IKEA ke? e-bay sudeyler..haha i dah beli meja study 1..hihi.. express sungguh~ =P
c u soon ladies~ =D
scenarios..
i dont know why i'm posting this..but..here goes...
scenario1:
A menelefon B..selepas proses deringan telefon...
A:salam, B, jum keluar lunch..
B: haa..ok jugak tuh..
A: ok, see you later..
B: ok, bye..
A tibe ditempat parking, A menelefon B sekali lagi. selepas proses deringan telefon..
A: salam, B. A dah kat luar ni, jum kita kuar makan sekarang..
B: owh, okeyh..
talian dimatikan..
B: hai A.. nak pergi makan mana?
A: hai..ntahlah..ingat nak makan kat bawah tu jer..B nak makan kat mana?
B: kat mana-mana pun takper..tapikan A, nak ajak kawan join sekali boleh?
A: eh, boleh ajae..
Maka A menungguh B menelefon kawannya..kemudian B pun tiba lalu mereka menuju ke tempat makan tersebut..
B: B ajak kawan B ni, tapi.. dia lelaki..takper ker?
A: HAH???!!..HUrmm..okeyh...(dengan pasrahnya..)
p/s:lupa nak habaq, A n B perempuan..
scenario2:
sudah tiba waktu solat fardhu zohor..A ke surau seperti sepatutnya..
selepas proses mengambil wuduk, bertelekung, dan melilau-lilau mata mencari-cari sasaran yang sesuai..
A: hurmm..nak solat jemaah tak?
B: apa dia?
A: nak solat jemaah tak? (suara lebih kuat dari tadi..)
B: erm..(sambil menyibukkan diri membuka ikatan pada telekungnya..)
C: erm..*tak nak jadi imam* bisik C kepada B..
A terus menanti jawapan, dengan hati yang penuh mengharap..
B dan C salng berpandangan..saling berjelingan..
B terus menyibukkan diri membuka ikatan pada telekung yang tak terbuka-buka itu..
C pula..
C: eh, takperla A... kami ada hal la..
A:..owh..okeyh....
scenario3:
ketika minum petang, selepas sesi berkenalan..
A: haa...B masih belajar yer..meh cni A nak bagi pesanan..
B: Okeyh..
dengan penuh semangatnya, B duduk berhampiran A..bersedia untuk menerima nasihat dari orang yang lebih dahulu makan garam..
A: A nak pesan...
B:(suspen..suspen...)
A: ...pastikan, before grad nanti....
B:(suspen..suspen..)
A: make sure dah ada pakwe tau!
B:(@@##^*%^&#$!%%@^ >?{?<..apakah?? buat suspen orang jer..)
comments for each senario??..silalah di ruangan komen..
nantikan update senario2 terbaru..hehe
Wednesday, January 23, 2008
fakta sejarah: Palestin dan Masjid Al-Aqsa
salam..
tempoh hari In updated a post pasal fakta sirah:era madinah kan..
kali ni, ana pun nak bagi post fakta sirah, but this time, sejarah palestin dan masjid al-aqsa..
ana dapat maklumat ni pada pamplet yang ada kat pejabat isma shah alam tempoh hari..
rentetan peristiwa..
- 330M- palestin di bawah empayar rom (eropah)
- 571M- Nabi Muhamad saw dilahirkan
- 611M- Rasullah dilantik menjadi Rasul Allah
- 621M- Peristiwa Isra' Mikraj. Nabi saw naik ke langit melalui Al-Aqsa
- 638M- Islam membuka Al-Aqsa di zaman kahlifah Uar Al-Khattab r.a
- 1099- Tentera salib menawan Al-Aqsa selama 88 tahun
- 1187- Salehuddin Al-Ayyubi membebaskan Al-Aqsa dari tentera salib
- 1917-Inggeris menawan Al-Aqsa dari kerajaan Islam Uthmaniah
- 1924- Empayar Islam Uthmaniah diruntuhkan oleh Barat
- 1948- Negara 'Israel' ditubuhkan di atas tanah Palestin
- 1969- Majid Al-Aqsa dibakar pengganas Yahudi
- 1987- Intifadah beredpan dengan Israel & kuasa besar dunia
Peristiwa pembakaran Masjid Al-Aqsa berlaku di waktu Subuh pada 21 Ogos 1969M ketika muslimin meninggalkan masjid selepas menunaikan solat subuh.
Pada 21 Ogos 1968, rejim Zionis telah merancang untuk membakar Masjid Al-Aqsa. Seorang Yahudi dari Australia bernama Dennis Michael Rohan telah ditugaskan untuk melaksanakan rancangan tersebut tetapi is dapat dikesan oleh pihak Masjid Al-Aqsa dan Dennis Michael Rohan ditangkap serta dihantar ke Australia. Perancangan untuk membakar Masjid Al-Aqsa gagal pada tahun tersebut.
Pada 21 Ogos 1969, Dennis Michael Rohan dibenarkan datang kembali ke Palestin oleh pemerintah Israel dan berjaya membakar Masjid Al-Aqsa dengan bantuan pihak Yahudi.
Tiga kawasan utama Masjid Al-Aqsa telah tebakar iaitu:
- Masjid Umar yang terletak di penjuru sebelah selatan Masjid Al-Aqsa
- Mimbar Salahuddin Al-Ayubbi dan mihrabnya
- Pintu atas yang terletak di penjuru sebelah barat daya Masjid Al-Aqsa
Rejim Zionis sengaja membiarkan pembakaran ini bahkan pemerintah Yahudi membuat pengadilan pura-pura terhadap Dennis Michael Rohan dan membebaskannya tanpa mengenakan apa-apa tindakan dan hukuman dengan alasan dan hujah bahawa Micahel seorang yang tidak siuman dan 'gila' walaupun dari segi professionalnya, beliau merupakan seorang doktor perubatan.
Pembakaran Masjid Al-Aqsa pada tanggal 21 Ogos 1969 telah mendorong negara-negara Islam menubuhkan OIC yang dianggotai 57 negara sebagai langkah menjadikan isu Palestin dan Masjid Al-Aqsa sebagai isu utama uamt Islam sedunia. Semenjak hari itu judalah, 21 Ogos dianggap sebagai hari memperingati Al-Aqsa sedunia.
well friends, since we cant be there to help them, the least we can do is to be aware of what is going on over there and pray for them. May Allah help them always..
KAMI TIDAK MENGIKTIRAF ISRAEL SEBAGAI NEGARA!!!
Tuesday, January 22, 2008
salehuddin animated series
ni, nak habaq mai kat hampa semua..animasi salehuddin dah keluar..saksikanlah..
episod 1 part 1
episod 1 part 2
episod 1 part 3
episod 2 part 1
episod 2 part 2
episod 2 part 3
selamat menonton
Monday, January 14, 2008
kesilapanku.....
In the name of Allah..the Most Gracious, the Most Merciful...
Pagi ni...seperti biasa, aku bangun sebelum subuh..bgun tuk solat tahajud,solat hajat dan solat sunat subuh seperti biasa. Alhamdulillah...alhamdulillah...sgt2 bertuah punyai environment yg sentiasa dapat mendorongku menambahkan amal2 ibadatku kepadaMu. Bila terasa malas nk buat amalan2 sunat ni...cth solat sunat b4 and after solat fardhu...mesti akan sentiasa dtg ingatan2 yg automatiknye menjelma dlm fikiran...macam pop-up reminder pula.. buat solat sunat ni in..jgn malas2..kata cintakan Allah, kata nak Allah cintakan kita, so..jgn malas2..buat ni..tak lama pun.. dan macam2 lagi..
Pasti teringat lagi kalau malas2 ni..kisah seorang ayah dan ibu yang keluar ke pasar. Kisahnya begini...Sebelum keluar rumah ke pasar, si ibu berpesan pada anak perempuannya untuk mengangkat kain di jemuran pada petang hari. On the way balik dari pasar tu, tiba2 hujan turun dgn lebatnya...Si ibu sangat risau..' Harap2 Timah dah angkat kain di jemuran td..' fikir si ibu. Setibanya di rumah, si ibu terus menanyakan Timah tentang kain jemuran. Dan alangkah leganya dia pabila ketahui bukan setakat angkat kain shj..siap dilipat dan disusun kain-baju itu di almari...bahkan rumah yg tadinya bersepah turut bersih dan kemas. Gembira, lega dan sukanya si ibu itu. Begitulah mungkin jua dgn Sang Pencipta kita.. sedangkan manusia itu begitu mudah merasa suka dan gembira, begitu juga Sang Pencipta. Yang disuruh hanyalah solat fardhu, solat wajib, amalan yg wajib...tetapi betapa suka dan gembiranya jika amalan sunat, solat sunat dibuat sama. Maka, jgnlah bermalas2an membuat amalan sunat..dan ingatlah sentiasa kisah ini apabila malas menjelma..
Sebenarnya nak bercerita tentang tazkirah Subuh pagi td.. Summer holiday ini alhamdulillah, dpt digunakan dgn baik, walau tak sebaik mana. Banyak dugaan dan mainan perasaan yg bermain sepanjang summer..sebelum bekerja ladang..hingga kini..ada shj 'jiwa kacau' pada sesetengah waktu. Setiap hari ada pengisian, bukan sekali bahkan berkali2. Bukan after subuh, tetapi after asar juga..weekend dan waktu2 lain.
Tadi, Kak Sarah bercerita tentang kisah Imam Hassan Al-Banna,pengasas Ikhwan Muslimin di Mesir. Kisahnya, suatu hari, beliau sakit gigi, maka kawan2nya mengajaknya ke klinik untuk menerima rawatan. On the way ke klinik, tiba-tiba beliau membatalkan hajat tersebut dan berpatah balik. Kawan2nya kemudian bertanya sebab beliau berpatah kembali. Beliau menjawab, aku telah meletakkan kebergantunganku kepada dentist itu untuk menyembuhkan gigiku..aku lupa bahawa hanya dengan izin Allah sahajalah gigiku ini akan sembuh. Sebab itulah aku berpatah kembali.
Kisah ni sebenarnya...kena dgn situasi aku sekarang ni. Situasi pening mencari rumah. Bukanlah pening sakit kepala tu..nak kata tension, tak tension pun..relek je..cuma 'risau'. Dapatkerr rumah 5 org ni??? macam susahhh je.. Sampai terdetik di hatiku, ala..antar 4 forms, nanti duduklah 5. pas duduk, bru gtaw agent nak add tenant. Sampai aku terlalu mementingkan agent dan berfikir dari segala sudut. Walhal..yg menentukan segala2nya itu Allah..yg memegang hati2 landlord dan agent2 itu, Allah. Maka..dimana patut kau letakkan kebergantunganmu itu,In??
Kak Ba'i pernah cakap...niat cari rumah tu kena betul.. Ya, selalu ada di ingatan tiap kali inspect rumah. Bismillahirrahmanirrahim...biarlah rumah ini rumah terbaik untuk kami..
Harap bakal2 housmateku juga redha dgn rumah yg bakal kami dapat ini. Aku yakin skali rumah kita sudah ditetapkan..hanya perlu bersabar,bertawakal,berserah dan redha... Redhalah housmate2ku..
Hari ini, aku bekerja..hari ini juga ada inspection di Pelham St. sangat dekat dgn Bedford. Dari pintu Bedford sudah boleh dilihat rumah itu. Aku minta pertolongan Kak Achik untuk inspect'kan..
itulah....muga Allah memudahkan urusan pencarian rumah dan menyegerakan dapat rumah..Amin...
Allah knows~
Sunday, January 13, 2008
O Allah...guide me to you....
In the name of Allah, the most gracious the most merciful...
Dia......
Dia yakin dia akan bangkit kembali untuk menghadap Allah Rabbulalamin....
Dia yakin amal dia akan dihisab secara detail...yg kecil mahupun yg besar.. dan setelah itu...dia tidak tahu dia menuju syurga yg penuh nikmat atau neraka yg penuh siksaan....
Dia menghabiskan waktu dalam hidupnya antara takut dan mengharap... takut azab Allah dan mengharap rahmat-Nya. Mengharap amat pada rahmatnya.....give me O Allah... give me...
Dia tahu...dunia dgn kenikmatan dan penderitaannya tidak mampu menyamai sebelah sayap nyamuk di akhirat. Berbekalkan kesedaran ini, membuatkan dia mengabaikan penderitaan hidup dan kepahitannya...membuatkan dia meninggalkan dunia hiburan di bumi sementara ini.. membuatkan dia meninggalkan kekayaan duniawi.... membuatkan dia............
dia tidak mempedulikannya...
-Ya Allah..aku memohon ampun kepadaMu yg tidak ada Tuhan selainMu, yg hidup dan selalu jaga dan aku bertaubat kepadaMu ya Allah....... Amin.
Friday, January 11, 2008
2 roads....
long I stood.. and I looked down one as far as I could, to where it bent in the underground,
then took the other, as just as fair, and having perhaps a better claim, because it was grassy and wanted wear;
Though as for that the passing there, had worn them really about the same, and
both that morning equally lay. In leaves no steps had trodden black. Oh, i kept the frost for
another day! Yet knowing how way leads on to way, I doubted if i should ever come back.
Alhamdulillah...
Alhamdulillah........... alhamdulillah............alhamdulillah...............alhamdulillah...............1000x
p/s: sori kawan.i break the rule...-copy n paste-..
Thursday, January 10, 2008
Era Madinah..
Beberapa peristiwa penting sepanjang era Madinah:
1H: Pembinaan Masjid Nabawi.
2H. Perang Badar - Perang pertama umat Islam. Peperangan yg tidak dijangka. Tentera Islam seramai 313 dgn berbekalkan hanya 2 ekor kuda, mampu menewaskan 1000 tentera Musyrik Mekah yg punyai 200 kuda.
3H. Perang Uhud - Tentera muslim tewas kerana tidak mengikut perintah rasulullah.
4H. Perang Badar ke-2 - Perang ini tidak jadi berlaku kerana ketakutan Musyrik Mekah.
5H. Perang Khandaq - Perang pemikiran. Allah menyusupkan ketakutan di kalangan Musyrik Mekah.
6H. Perjanjian Hudaibiyah - Baiat Ridwan, perdamaian 10 tahun.
7H. Perang Khaibar - Serangan terhadap Kaum Yahudi di Khaibar
8H. Perang Mu'tah - Pertukaran panji dari Zaid Harithah, Jaafar, Abdullah bin Rawahah dan Khalid Al-Walid.
Fathul Mekah - Pembukaan Mekah, Abu Sufyan dan isterinya, Hindun masuk Islam.
Perang Hunain - pertama kali tentera Islam melebihi musuh.
9H. Perang Tabuk - Tentera Islam menyerang Rom. Rom akhirnya menawarkan perdamaian dan membayar Jizyah.
10H. Haji Wida'.
Dalam tempoh 10 tahun yg getir ini, umat Islam sudah terkumpul seramai 124 000 yang mana pada asalnya hanya berjumlah ~313.
huhu..tambahlah lagi kawan2.. =)
Sirah Rasulullah...
Marilah kita duduk berfikir sejenak, merenung kembali seketika setelah mungkin beberapa jam melayari internet tanpa apa2 matlamat, tanpa mungkin melakukan sesuatu yg bukan untuk mencari keridhaan Allah.
Sesungguhnya, setiap amalan selain amalan kpd Allah adalah sia2,
setiap usaha selain yg diredhai Allah adalah batil dan
setiap keletihan pada selain keredhaannya adalah penderitaan.
Mari kita bermuhasabah dgn menjawab beberapa soalan ini.
Soalan;
1: Berapakah umur anda pada tarikh 1 January 2008?
2: Berapakah umur anda pada tarikh 1 Muharram 1429?
3: Sudah pernahkah anda khatam Al-Quran sepanjang umur anda? Berapa kalikah?
4: Sudah pernahkah anda khatam Al-Quran beserta tafsirnya sepanjang umur anda? Berapa kalikah?
5: Tahukah anda penurunan Al-Quran itu selari dgn perjalanan rasulullah?
6: Jika ya, sudahkah anda khatam membaca dan menghayati sejarah rasulullah dari kelahiran hingga akhir hayatnya?
Fokus pada soalan terakhir, pernahkah anda..walau sekali..sekali sahaja dari anda lahir, dari anda celik membaca sehingga kini..pernahkah anda habis membaca sirah perjalanan Nabi Muhammad? walau sekali?
Mengapa ye..mengapa kita beriya membaca kisah Harry Potter dari siri pertama hingga siri terakhir? Bukan setakat membaca sahaja, malah jika disuruh bercerita kpd org, pasti dgn detailnya dapat diceritakan. Hebat~
Mengapa juga ye, kita beriya mengikuti dan menghayati berbagai jenis buku2/novel2/komik2... bukan setakat mengikuti dgn sekali bacaan sahaja, malah berkali2 bacaan sehingga tahu dgn tepatnya di muka surat manakah peristiwa ini berlaku, itu dan ini... Sangat hebat~
Maka, alangkah baiknya..sekiranya minat sebegini dan usaha yg sebegini dapat di'chanel'kan ke arah membaca dan menghayati sirah rasulullah dan Al-Quran. Betapa lagi2 hebat, tak terkira hebatnya sekiranya seseorang itu tahu dgn detailnya setiap perincian perjalanan Nabi Muhammad saw.
Dengan itu, rakan2..sy amat2 meng'syor'kan agar membaca dan mengkhatamkan sirah rasulullah. Tak kira apa jua buku sirah yg dibaca, tetapi adalah lebih baik buku yg dapat menceritakan dgn detail dan tepat tiap peristiwa yg berlaku.
Contoh buku: Al-Raheeq Maktum, Sirah Nabawiyah by Syaikh Shafiyyurrahman Al-Mubarakfury. Fiqh Al-Sirah.
Tanamlah azam..sempena tahun baru ini...
'Aku perlu membaca kisah rasulullah at least sekali pd tahun ini..sekali...'
Selamat membaca...
ketahuilah..membaca jambatan ilmu...
Monday, January 7, 2008
Terimalah daku~
Mula menerjah di ruang fikiranku
Bayangan dosa silam
Mengusik hati
Tanpa sempat ku bendung lagi
Sering tertanya
Adakah derita tiada hujungnya
Apakah air mata tiada ertinya
Mengapa harus aku terleka dan jua alpa
Bahawa dunia
Sementara cuma
Sekian lama aku meniti bara-bara dunia
Mencari segenggam rahmat sinaran iman
Di celah tadahan doa jua amalan diri
Agar hidup matiku hanyalah untuk-Mu
Terima kasih Tuhan yang Maha Pengasih
Di atas rahmat-Mu yang Kau limpahkan
Bagaimana harus aku membalasnya
Tanda cintaku kepada-Mu
Kau kekasih hati
Moga ku temui sinaran suci
Di sebalik onak duri tajam menikam
Biarpun luka masih berbisa
Darah mengalir pekat oh selamanya
Akan ku capainya jua
Tuhan terimalah hamba
Ku lemah tiada berdaya
Selaut kasihMu akan ku tadah
Biarpun diriku terasa hina
Engkau yang Maha Pengasih
Engkau yang Maha Penyayang
Hamba datang mohon pertolongan
TERIMALAH DARI SEGALA TAUBAT
terimalah aku by hijjaz
Sunday, January 6, 2008
Berlemah-lembutlah wahai wanita~ =)
Sebuah hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyatakan bahawa:
salah satunya dikeluarkan, yang satu lagi juga akan hilang serentak." (Hadis Riwayat Baihaqi)
Muga dgn ulang-tahun kelahiranku ini, dapat melahirkan aku yg baru... Amin.
Biasa kan dgr...Think b4 u act!
Makanya, sebelum meluahkan kata2..hendaklah berfikir dahulu... bukankah ada hadis juga; berkatalah yg baik atau diam.
Sentiasalah muhasabah, sentiasalah berubah, sentiasalah meminta maaf kerana manusia itu pasti melakukan kesilapan.mohon maaf dgn Tuhan yg esa.
jgn tangguh2..kerana cukuplah mati itu sbg peringatan.
~ a man who decides to change on the 12th, dies on the 11th. ~
Berlemahlembutlah kita, wahai pemudi srikandi sekalian. =)
All For You
Heh, IN letak video, halfmoon teringin nak letak lagu...
About our life, our purpose, our oath that sometimes (or most of the time) we forget... T_T
(Just click the 'play' button to start listening to the song.. sedap amat, SubhanAllah)
My prayers, my breath, my life and my death are all for you
None but you, only you, ya Allah
Every second I live, every penny I give
Is just for you
Every breathe I breath, every trace I leave
Is just for you
In all my fears, in all my tears
I'm calling you
In all my shame, in all my pain
I'm calling you
Through the night I pray, and I'm seeking your way
And it's just for you
When I shed a tear, I know you're near
And it's just for you
Hayaty wa mawty wa ruhy wa dammi ilayka ya Rabi
Anabtu ilayk laja'tu ilayk, ya Allah
My life and my death, my soul and my blood
They're all for you my Lord
I turn to You, I submit to You, my Lord
Saturday, January 5, 2008
Hijab dan syaitan??
Salamualaikum kawan2..
hari ini... i want to share a good video to u all... hope u got sumting from it.
mula2 aku melihat video ini..setelah dipertontonkan oleh seorang akak, tersentak! oh..betapa mudahnya manusia itu lalai dan mudah diperdayakan..
bayangkanlah...syaitan musuh kita itu... berada sentiasa dekat dengan kita..berusaha perdayakan kita..uhuhu...
*mood yg entah apa2..*
Friday, January 4, 2008
ladangku.... hee~
hurm...a picture describes thousand words kan? tapi ni bukan a picture je..many picturess dah..ehe
ada gambar rumah penginapan kami, pemandangan yg indah otw balik city, keadaan dlm kilang, design dalaman rumah yg tidak bisa dijumpai di city, ceri2 yg waste, alpaca, unggun api yg best dan si-mon yg poyo..ehe..
pengisian summer mungkin boleh diisi oleh muh-C-Nin atau ~my lil angel~ atau whilewhiting.
tapi apa yg betul2 menggamit hatiku sebulan di pekan ini ialah...ihsar dan ukhuwah. ihsar? apa itu? itu ialah tahap tertinggi ukhuwah iaitu mendahulukan org lain, berkorban keinginan diri dan macam2 lg...pendek kata menyayangi teman lebih dari diri sendiri... manakala tahap terendah ialah berlapang dada.. susah kan sebenarnya nak berlapang dada ni? apatah lagi nak ihsar...lagi2 dgn teman yg sentiasssaaaa menguji diri. tapi itu lah.. apabila mengingat ayat2 al-Quran, itulah yg menguatkan jiwa, mennyentakkan diri, melawan hasutan syaitan dan sebagainya. antara ayat kesukaanku, [20:25]
Berusahalh membentuk diri..kerana akhlak itu boleh dibentuk. Bersabarlah...bersabarlah dgn kesabaran yg baik. .fasabrun jameel...hehe.. (mesti korang terpk asyik fasabrun jameel je intan ni...) ehehe...
ketahuilah kawan2...............
* sabar itu kunci segala pintu yang tertutup...*
Thursday, January 3, 2008
cubaan...1 2 3..
sudah sekian lama tiada peng'update'tan blog..ehe nak tulis tapi taktau cane nk tulis..bukan taktau apa nk tulis..cuma taktau nk g button mana,klik apa..uhu dan akhirnya..setelah mengexplore ckit2..ooww..cani kut caranya..
mari2..cubaan cubaan 1 2 3...
ni nak cerita jadual summerku di Melbourne:
26nov-26dec: bekerja di Koala Country Orchards.
27dec-30 dec: menemani kawan2 yg ingin pulang ke Canberra,Singapore dan Malaysia bershopping..ala..jln2 di sekitar Brunswick, Vic Market, Aldi (tdk dilupakan..=P) dan DFO. Oh ada jaulah ke Mornington Peninsula juga..masuk Ashcombe Maze yg mengelirukan.. =)
31dec: menyambut bday Farhana, Kak Dayah Jasmi dan Kak Jamie di Bedford As-Solehah.
1 jan: tahun baru..muhasabah diri sorang2 kat cs..uhu -apa yg aku dpt setahun di sini..buat revolution baru..terkenangkan peristiwa lalu...aiiihh...-
2 jan: 1st time bermalam di Bedford..
3 jan dan seterusnya: akan diisi dgn benda2 berfaedah..
kerja pentig yg kulakukan sepanjang summer ini ialah mencari rumah...call agents..tanya rumah itu.rumah ini..uhu..aii..bilalah nak dapat rumah ni...
muga2..rumah yg telah ditetapkan untuk kami..diberkati dan dirahmati olehNya.. skarang ni kena usaha je..kena USAHA sungguh2..sebabbb...sebab Allah melihat pada usaha hambanya.. =)
kadang2..frust juga tgk iklan kat domain ke realestate ke..samaa je..takde iklan baru ke? uhu.. nak cari alternatif lain..tapi kat mana ek? uhu...kat website uni pun dah buka.. takpe2..usaha je..lepas itu bertawakal. Moga rumah itu adalah rumah TERBAIK untuk kita semua.
hurm..nak cerita pengalaman kat ladang..nak letak gambar rumah kitorang..kilang kitorang..si-mon kitorang..white and dark chocolate kitorang dan banyyaakkk lagi..nak letak gambar2..tapikan...persoalannya: cane nak letak gambar?? uhu..
muna...tolong ajar..ngeh2..
ok2..ini sekadar post cubaan..maaf kiranya memecahkan ke'skemaan' blog..
k, jaga diri..jaga hati..jaga iman.. =)
jgn lupakanku k.. and barang2 yg kukirimkan skali..ehe.. =)
---menanti kepulangan :fighter:4 feb ini.. aScEtIc^D 13 feb..azayh16 Feb..halfmoon20 Feb --- =)
p/s: DhiYa', ~my lil angel~ and HbO..kamu balik bila? dah beli tiket ke?