Sedikit fakta sirah..
Beberapa peristiwa penting sepanjang era Madinah:
1H: Pembinaan Masjid Nabawi.
2H. Perang Badar - Perang pertama umat Islam. Peperangan yg tidak dijangka. Tentera Islam seramai 313 dgn berbekalkan hanya 2 ekor kuda, mampu menewaskan 1000 tentera Musyrik Mekah yg punyai 200 kuda.
3H. Perang Uhud - Tentera muslim tewas kerana tidak mengikut perintah rasulullah.
4H. Perang Badar ke-2 - Perang ini tidak jadi berlaku kerana ketakutan Musyrik Mekah.
5H. Perang Khandaq - Perang pemikiran. Allah menyusupkan ketakutan di kalangan Musyrik Mekah.
6H. Perjanjian Hudaibiyah - Baiat Ridwan, perdamaian 10 tahun.
7H. Perang Khaibar - Serangan terhadap Kaum Yahudi di Khaibar
8H. Perang Mu'tah - Pertukaran panji dari Zaid Harithah, Jaafar, Abdullah bin Rawahah dan Khalid Al-Walid.
Fathul Mekah - Pembukaan Mekah, Abu Sufyan dan isterinya, Hindun masuk Islam.
Perang Hunain - pertama kali tentera Islam melebihi musuh.
9H. Perang Tabuk - Tentera Islam menyerang Rom. Rom akhirnya menawarkan perdamaian dan membayar Jizyah.
10H. Haji Wida'.
Dalam tempoh 10 tahun yg getir ini, umat Islam sudah terkumpul seramai 124 000 yang mana pada asalnya hanya berjumlah ~313.
huhu..tambahlah lagi kawan2.. =)
Thursday, January 10, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Hmm fakta menarik yg saya pernah bc pasal perang tabuk.. mb sesapa leh betulkn
perang tabuk antara perang yg mana muslim tak berlawan
sbb masa tu, caesar or kaisar rom seorg yg beragama nasrani kuat.. beliau tau bhw Nabi Muhammad adalah Rasul Allah.. so dia bg dua pilihan kpd pegawai2nya, samada masuk islam or jgn bertempur dengan tentera Rasulullah s.a.w. sbb pasti akan kalah kerna Allah bersama RasulNya. So akhirnya, diorg choose tak nk bertempur.
oh lagi satu, ni pasal perang hunain
ni lah first time tentera Islam melebihi tentera musuh
pastu sbb perang ni adalah selepas fathul mekah
so ramai yg join adalah yg bru2 masuk Islam juga
pastu mrk ini berpendapat bhw mereka pasti akan menang kerna kekuatan tentera mrk lebih besar dari pihak lawan (malah sebelum2 ini pun menang walaupun bilangan mrk kecil)
sedangkn mereka lupa bhw mereka menang sblm ini krna pertolongan dari allah, agar golongan yang menegakkan agama dan kebenaran akan menang ke atas golongn yg batil
pastu masa smpi ke lembah hunain, mrk digempur secara mendadak oleh pihak lawan
maka bertempiaranlah lari tentera muslim kerna terkejut dan kcu bilau barisan perajurit muslim
melainkan beberapa (i think 300) yg setia pd Nabi, tinggal utk membantu Nabi
Maka n. Muhammad menyuruh abbas pak ciknya agar menggunakn suaranya yg mengguntur utk memangggil kembali tentera Muslim agar berperang bersama Rasulullah
antara yg setia ketika itu, seorg wanita yg mengandung, dipegangnya tombak. bIla ditanya Rasulullah knpe pegang tombak, maka dijawabnya agar boleh dier menghunus pihak lawan dgn tombak itu..ni naration yg mungkin perlukan edition-- tp yg penting sini semangat wanita ini.. hmmm tertanya pada diri sendiri, klu sy lah pmpuan tiu, adakah sy cukup tabah dan akan setia bersama ansarullah.. antunna bagaimanA?
hurm..muh-c-nin..yg Perang hunain tu kan... taktaulah 300 ke pe..cuma sy pasti.. ada 100 muslim terkumpul semula selepas tentera muslim berpecah2. Then, rasulullah menyeru golongan Al-Ansar pula hingga menjadi satu kumpulan yg agak besar (tp taktau jumlah berapa).
Hurm..menarik juga semasa perang ni rasulullah mengambil segenggam pasir dan melontarkannya kepada musuh sambil bersabda "butalah mata kalian" dan dgn kuasa Allah, menyebabkan keadaan musah kucar-kacir.
Jzkk for addition.. =)
Post a Comment