salam..
tempoh hari In updated a post pasal fakta sirah:era madinah kan..
kali ni, ana pun nak bagi post fakta sirah, but this time, sejarah palestin dan masjid al-aqsa..
ana dapat maklumat ni pada pamplet yang ada kat pejabat isma shah alam tempoh hari..
rentetan peristiwa..
- 330M- palestin di bawah empayar rom (eropah)
- 571M- Nabi Muhamad saw dilahirkan
- 611M- Rasullah dilantik menjadi Rasul Allah
- 621M- Peristiwa Isra' Mikraj. Nabi saw naik ke langit melalui Al-Aqsa
- 638M- Islam membuka Al-Aqsa di zaman kahlifah Uar Al-Khattab r.a
- 1099- Tentera salib menawan Al-Aqsa selama 88 tahun
- 1187- Salehuddin Al-Ayyubi membebaskan Al-Aqsa dari tentera salib
- 1917-Inggeris menawan Al-Aqsa dari kerajaan Islam Uthmaniah
- 1924- Empayar Islam Uthmaniah diruntuhkan oleh Barat
- 1948- Negara 'Israel' ditubuhkan di atas tanah Palestin
- 1969- Majid Al-Aqsa dibakar pengganas Yahudi
- 1987- Intifadah beredpan dengan Israel & kuasa besar dunia
Peristiwa pembakaran Masjid Al-Aqsa berlaku di waktu Subuh pada 21 Ogos 1969M ketika muslimin meninggalkan masjid selepas menunaikan solat subuh.
Pada 21 Ogos 1968, rejim Zionis telah merancang untuk membakar Masjid Al-Aqsa. Seorang Yahudi dari Australia bernama Dennis Michael Rohan telah ditugaskan untuk melaksanakan rancangan tersebut tetapi is dapat dikesan oleh pihak Masjid Al-Aqsa dan Dennis Michael Rohan ditangkap serta dihantar ke Australia. Perancangan untuk membakar Masjid Al-Aqsa gagal pada tahun tersebut.
Pada 21 Ogos 1969, Dennis Michael Rohan dibenarkan datang kembali ke Palestin oleh pemerintah Israel dan berjaya membakar Masjid Al-Aqsa dengan bantuan pihak Yahudi.
Tiga kawasan utama Masjid Al-Aqsa telah tebakar iaitu:
- Masjid Umar yang terletak di penjuru sebelah selatan Masjid Al-Aqsa
- Mimbar Salahuddin Al-Ayubbi dan mihrabnya
- Pintu atas yang terletak di penjuru sebelah barat daya Masjid Al-Aqsa
Rejim Zionis sengaja membiarkan pembakaran ini bahkan pemerintah Yahudi membuat pengadilan pura-pura terhadap Dennis Michael Rohan dan membebaskannya tanpa mengenakan apa-apa tindakan dan hukuman dengan alasan dan hujah bahawa Micahel seorang yang tidak siuman dan 'gila' walaupun dari segi professionalnya, beliau merupakan seorang doktor perubatan.
Pembakaran Masjid Al-Aqsa pada tanggal 21 Ogos 1969 telah mendorong negara-negara Islam menubuhkan OIC yang dianggotai 57 negara sebagai langkah menjadikan isu Palestin dan Masjid Al-Aqsa sebagai isu utama uamt Islam sedunia. Semenjak hari itu judalah, 21 Ogos dianggap sebagai hari memperingati Al-Aqsa sedunia.
well friends, since we cant be there to help them, the least we can do is to be aware of what is going on over there and pray for them. May Allah help them always..
KAMI TIDAK MENGIKTIRAF ISRAEL SEBAGAI NEGARA!!!
2 comments:
waa...alhamdulillah...terima kasih HbO..muga ada penambahan2 lagi.. 'Learn History to become a strategist' =)
waaa..bgus2..tmbah kan lagi ushe anda untuk menggalakkan perdamaian di palestin..
Post a Comment