Thursday, January 10, 2008

Sirah Rasulullah...

Assalamualaikum...salam sejahtera..harap sihat sentiasa dan muga dalam lindungan Ilahi sentiasa.
Marilah kita duduk berfikir sejenak, merenung kembali seketika setelah mungkin beberapa jam melayari internet tanpa apa2 matlamat, tanpa mungkin melakukan sesuatu yg bukan untuk mencari keridhaan Allah.
Sesungguhnya, setiap amalan selain amalan kpd Allah adalah sia2,
setiap usaha selain yg diredhai Allah adalah batil dan
setiap keletihan pada selain keredhaannya adalah penderitaan
.
Mari kita bermuhasabah dgn menjawab beberapa soalan ini.

Soalan;
1: Berapakah umur anda pada tarikh 1 January 2008?
2: Berapakah umur anda pada tarikh 1 Muharram 1429?
3: Sudah pernahkah anda khatam Al-Quran sepanjang umur anda? Berapa kalikah?
4: Sudah pernahkah anda khatam Al-Quran beserta tafsirnya sepanjang umur anda? Berapa kalikah?
5: Tahukah anda penurunan Al-Quran itu selari dgn perjalanan rasulullah?
6: Jika ya, sudahkah anda khatam membaca dan menghayati sejarah rasulullah dari kelahiran hingga akhir hayatnya?

Fokus pada soalan terakhir, pernahkah anda..walau sekali..sekali sahaja dari anda lahir, dari anda celik membaca sehingga kini..pernahkah anda habis membaca sirah perjalanan Nabi Muhammad? walau sekali?

Mengapa ye..mengapa kita beriya membaca kisah Harry Potter dari siri pertama hingga siri terakhir? Bukan setakat membaca sahaja, malah jika disuruh bercerita kpd org, pasti dgn detailnya dapat diceritakan. Hebat~

Mengapa juga ye, kita beriya mengikuti dan menghayati berbagai jenis buku2/novel2/komik2... bukan setakat mengikuti dgn sekali bacaan sahaja, malah berkali2 bacaan sehingga tahu dgn tepatnya di muka surat manakah peristiwa ini berlaku, itu dan ini... Sangat hebat~

Maka, alangkah baiknya..sekiranya minat sebegini dan usaha yg sebegini dapat di'chanel'kan ke arah membaca dan menghayati sirah rasulullah dan Al-Quran. Betapa lagi2 hebat, tak terkira hebatnya sekiranya seseorang itu tahu dgn detailnya setiap perincian perjalanan Nabi Muhammad saw.

Dengan itu, rakan2..sy amat2 meng'syor'kan agar membaca dan mengkhatamkan sirah rasulullah. Tak kira apa jua buku sirah yg dibaca, tetapi adalah lebih baik buku yg dapat menceritakan dgn detail dan tepat tiap peristiwa yg berlaku.
Contoh buku: Al-Raheeq Maktum, Sirah Nabawiyah by Syaikh Shafiyyurrahman Al-Mubarakfury. Fiqh Al-Sirah.

Tanamlah azam..sempena tahun baru ini...
'Aku perlu membaca kisah rasulullah at least sekali pd tahun ini..sekali...'

Selamat membaca...
ketahuilah..membaca jambatan ilmu...

No comments: