Thursday, January 29, 2009

tunang,...

pada suatu hari yg damai..
setelah selesai exam di Caufield racecourse..kami pun pulang ke Melbourne city. Setibanya di Melbourne Central..seperti biasanya..kami akan makan di esteler atau pun beli sushi.
makanya tiba-tiba kami terbincangkan soal pertunangan...
kenapa ye kalau tunang, kakak-kakak ni tak hebohkan pun? Boleh difikirkan sendirilah kan sebab-sebab yg logik.baru tunang, bukan kahwin.maka tidak perlulah utk dihebohkan.
Tapi tertanya juga lah..ada tak hadis or hukum or kisah sahabat or kisah yg berlaku zaman Rasulullah ke tentang merahsiakan pertunangan ni?

and.. baru-baru ini...cik Aisya telah pun mengforwardkan jawapan kpd pertanyaan itu...
iaitu:

“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)

saje nk share sebab summer ni ramai sangat orang terdekat tunang. Dan secara tak langsungnya, fahamlah sy sedikit sebanyak akan adat-istiadat org melayu ni.complicated.

Wednesday, January 21, 2009

burger oh burger.

suatu kisah...

'abang, nak beli burger ayam 2 eh..' kata seorang adik.
'ok dik...jap eh...' 'eh dik, abang tak pernah nampak adik pun sebelum ni..'
'aah, umah kite bukan kat sini, jd tak penah nampaklah..' jawab adik itu.
'oo camtu... adik..adik ada kakak tak? kirim salam kat dia eh..'
'ada..kakkk (sambil memanggil kakaknya), abang ni kirim salam.....'
...... 'lar... kakak ni ke? assalamualikum dik...' kata abang penjual burger itu..

note: adik dalam kisah itu ialah adikku..dan kakak nya ialah aku.. (rasanya masa tu umur 8 tahun kut).
Lokasi : kampung.. hehe..

Semalam teringin nk makan burger...tak nak prosperity burger mcD or zinger burger KFC tu...(mmg boikot pun).. tp nak burger Ramly tepi jalan tu... ceh mcm mengidam pulak... makanya..dengan menaiki skuter putih, ku mengajak adikku untuk sama-sama pergi..bukan pe..nak suruh dia order ngan abang burger tu je.. =P
Hampir tiba di kedai burger itu, makanya ku terlihat sekumpulan lelaki muda bersama motor-motornya.. aduhai..nk berhenti ke tak ni..sure kena kacau (perasan! - eh tp memang betul lah..) tp sebab utamanya, tak selesa dgn kewujudan mereka di situ. akhirnya, setelah berpusing2 seketika, kumpulan itu tidak beredar dr tempat burger juga, aku pun nekad..berhenti sahajalah..nk beli burger je pun..
Lalu, berlakulah sesi order-jual-beli antara adikku (12 tahun) dgn abang burger itu.
Dan, ajaibnya...tiada langsung siulan-siulan atau suara-suara sumbang yang mengacau kami.. Alhamdulillah.. lega ceq. Mungkin sebab mereka fikir ceq ni mak adik ceq ni tak?


" Hai Nabi, katakanlah kpd isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, 'Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya (tudung) ke seluruh tubuh mereka.' Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.' (Al-Ahzab:59)

Ayat ini, kubaca semasa sedang membaca satu topik dalam buku,Perhiasan dan Wanita. dan entah bagaimana, bila baca, teringat peristiwa semalam (which is peristiwa di kedai burger itu) dan teori yg bermain dalam fikiranku... org tak kacau orang yg pakai tudung labuh ni kut. (read: kut) sebab ada je yg kena kacau juga. Sebenarnya tak boleh main interpret sendiri maksud ayat Al-Quran tu, berdosa lagi kalau salah. Cuma, sy terasa sendiri je ayat ini dgn kisah semalam. ALhamdulillah Allah tak izinkan mereka kacau kami.

Dan peristiwa itu mengingatkanku kpd memori zaman kecilku yg kuceritakan pada awal td.

Tapi kan...tak faham-faham jugalah..orang yang suka kacau-kacau orang ni..kat mana-mana je pun suke nak kacau or sakat..aduii..adalah lebih baik jika they all ni berzikir atau mengaji kan..
aih rasa nak berceramah je kat mereka ni...

dan kata-kata adikku sebelum kami tiba di rumah..

" Kakja, kawan abang burger tu kirim salam..."

Tuesday, January 20, 2009

Palestine dan Yahudi

Dah lama sudah peperangan berlaku di Palestine.. tetapi Yahudi tetap tidak2 menang..walau kekuatan tentera dan alatan jauh lebih hebat dari warga Palestin.. Hanya saja warga Palestin itu adalah tentera Allah.
Dan kalau Allah kata 'Tidak'..maka Tidaklah...

لا تزال طائفة من أمتي على الحق ظاهرين ، لعدوهم قاهرين ، لا يضرهم من جابههم ، إلا ما أصابهم من لأواء حتى يأتي أمر الله وهم على ذلك.)) قالوا : وأين هم يا رسول الله؟ قال (( ببيت المقدس وأكناف بيت المقدس

Maksudnya: “Sekumpulan dari kalangan ummatku akan mempertahankan kebenaran, mereka mengalahkan musuh2 mereka dan orang2 yang menentang mereka tidak dapat mengalahkan mereka dan mereka hanya mendapat sedikit kerosakan sehinggalah datangnya kiamat mereka tetap dalam keadaan demikian.” Para sahabat bertanya “Dimanakah mereka hai Rasulullah?” Rasulullah menjawab “Di Baitul Maqdis dan disekelilingnya.” (Hr Abdullah bin Ahmad dan Thabrani – para perawinya thiqah)



Tahun 1829- Perancangan dari pemimpin Yahudi di England, Itali, Romania, Maghrib, Rusia, untuk berkerja sama melaksanakan projek menjadikan Palestin sebagai tempat tinggal Yahudi.

Tahun 1881- Bila timbulnya masalah orang2 yahudi di Rusia, hampir 2.5 juta yg berpindah ke Daulah Uthmaniah. Diantaranya 155 ribu yg berpindah ke Palestin.

Tahun 1896- Muncul seorang tokoh yahudi bernama Theodor Herzl yang berasal dari Hungary. Dia yang mengasaskan Ikatan Penjajahan Yahudi di Palestin dan telah menerbitkan buku yg bertajuk “Negara Yahudi”.

Tahun 1897- Theodor Hezrl (gambar)telah menawarkan ganjaran yg lumayan kepada Sultan Abdul Hamid supaya beliau memberi kebenaran pada orang2 yahudi berpindah ke Negara Palestin. Dengan tegas beliau menjawab:

“Sesungguhnya aku tidak mampu untuk melepaskan sejengkal tanah pun dari bumi Palestin kerana ia bukan milik ku tetapi milik bangsaku.”

1909- Sultan Abdul Hamid (gambar) dipecat dari jawatannya. Beliau berkata:

“Sesungguhnya sebab pemecatanku adalah disebabkan pendirianku yang menegah orang yahudi untuk menubuhkan Negara di bumi quds.”

1917- Menteri luar british Balfour (gambar) telah menjanjikan kepada kesatuan yahudi sedunia untuk mendirikan Negara untuk bangsa yahudi di palestin. Janji ini diberikan sebelum british menjajah palestin. Tentera british telah menjajah palestin pada hujung tahun yang sama.

1919- Persidangan di paris diantara kuasa besar ketika itu, british dan pemimpin arab yang meletakkan palestin di bawah jagaan dan seliaan antarabangsa bukannya negara2 arab.

1920- Pada tahun ini telah diadakan pemborantakan menentang orang british dan yahudi yang dinamakan “pemberontakan 20”. Ini kerana provokasi orang2 yahudi yang mengatakan palestin adalah milik mereka. Akhirnya 5 yahudi di bunuh dan 4 orang arab dibunuh dan ramai yang cedera di kedua belah pihak.

Pada tahun ini juga telah bertukar dari pemerintahan tentera kepada pemerintahan sivil. “Samuel Herbert” (gambar)seorang warga british berbangsa yahudi telah dilantik menjadi pesuruh jaya tinggi palestin. Tanpa berlengah pesuruhjaya yahudi ini melaksanakan projek yahudi di palestin.

Samuel telah membenarkan orang2 yahudi untuk membeli tanah di palestin dan telah membenarkan orang2 yahudi berpindah ke palestin dengan purata 16500 setahun.

Pada tahun ini al-Haj Amin alHusaini (gambar) telah dilantik menjadi mufti Quds.

1922 – Telah di keluar “kitab putih” yang menjadi perlembagaan di palestin. Diantara fasa yg penting dalam kitab tersebut ialah british diberi mandat untuk memerintah palestin dan perisytiharan balfour untuk menjadikan palestin sebagai penempatan yahudi. Kedua2 ini tidak boleh diubah dan diperbincangkan.

Pada tahun ini jumlah penduduk palestin adalah 757 ribu. 78% orang arab, yahudi 11% dan kristian 10%.

1925- Menteri luar Britain telah merasmikan “Liga Ibrani” yang menimbulkan kemarahan orang palestin. Semua orang palestin telah mogok kerana wujudnya liga yahudi ini di palestin.

Syeikh Izzuddin Qassam (gambar) telah menyatakan hanya cara jihad sahaja untuk menyelesaikan masalah dengan yahudi dan orang british ini. Beliau telah menubuhkan “Harakah Jihad Islam” dgn slogan “Ini adalah jihad kemenangan atau syahid”

1929- Orang2 yahudi berani menyerang masjid al-Aqsa dan menguasai bahagian barat di dinding “buraq”. Mereka menyatakan bahawa dinding itu adalah mereka kerana ia kawasan suci bagi mereka.

Maka berlakulah pemberontakan di seluruh palestin yang menyaksikan 139 orang yahudi di bunuh. Orang british melawan semula dgn membunuh 116 orang arab. Orang kuat yg menggerakkan pemberontakan ini adalah Syeikh Amin Husaini.

1931- Persidangan Islam telah diadakan dibawah pimpinan Syeikh Amin Husaini. Diantara nama2 besar yang hadir adalah syeikh Rashid Redo dan Penyair India Muhammad Iqbal. Resolusi dari persidangan ini adalah dinding “buraq’ adalah hak orang2 Islam sahaja dan yahudi tidak berhak langsung.

1935- Syeikh Izzudin Qassam telah merancang dengan rapi untuk melakukan revolusi bersenjata bagi mengalahkan British dan yahudi di palestin. Namun oleh kerana sebab kesilapan salah satu anggotanya yg membunuh pegawai tentera Yahudi sebelum bermulanya revolusi menyebabkan penguasa british mengetahui perancangan ini. Akhirnya Syeikh Izzuddin Qassam gugur Syahid setelah mana beliau enggan menyerah diri.

1936- Mogok secara besar2an telah dilakukan selama enam bulan kerana menentang penghijrahan orang2 yahudi ke palestin. Syeikh Amin Husaini telah menyatukan kumpulan2 di palestin di bawah satu panji. Mereka telah menuntut 3 perkara:

1. Pemberhentian hijrah orang2 yahudi ke palestin.
2. Menegah pemindahan milik tanah orang arab kepada yahudi.
3. menubuhkan kerajaat palestin yang berdaulat.

Syeikh Farhan as-Sa’di teman rapat kepada syeikh Izzudin Qassam telah menghidupkan kembali pasukan tentera Izuddin Qassam (yg asal namanya harakah jihad Islam). Mereka telah berjaya membunuh 3 orang yahudi.

Akhirnya beliau mati dihukum gantung oleh pihak penguasa dalam keadaan puasa dan beliau berumur 80 tahun.

1937 – Pihak Panitia Diraja British telah mengumumkan pembahagian palestin kepada dua Negara.

Diadakan persidangan arab yg dihadiri 450 delegasi arab. Mereka telah sebulat suara menolak pembahgian palestin, menghentikan penghijrahan orang arab dan menolak penguasaan british kepada palestin. Namun resolusi ini tidak dipandang oleh pihak british.

Brieged Qassam sekali lagi mengiklan jihad. Mereka telah membunuh Jeneral Androz dan telah menggerakkan paluan jihad dibawah pimpinan Abdul Qadir Husaini(gambar).

1938- Pihak British telah menambah kekuatan tenteranya di palestin untuk menghadapi pemberontakan palestin yang semakin hebat. Orang Yahudi yang memulai mengebom penduduk awam di tengah pasar. Kemudian dibalas orang arab untuk membunuh orang yahudi.

Berlakulah pertempuran diantara tentera british dibantu oleh yahudi dan orang2 arab palestin. Lebih 10ribu orang yang terbunuh dan cedera dikalangan orang british. Begitu juga dengan orang yahudi. Orang Arab yg syahid lebih 12 ribu orang.

Kemudian tentera yahudi berjumlah 42,000 tentera, 20,000 polis, 18,000 pengawal dan 60,000 yahudi telah melakukan operasi pembersihan di palestin. Mereka telah menangkap 50,000 orang dan memusnahkan 5,000 rumah.

1939- Pemberontakan terus menyala sehingga ia tidak mampu dikawal oleh penguasa british. Akhirnya pihak british membatalkan projek membahagikan palestin kepada dua dan membatalkan perisytiharan balfour. Mereka mahu menubuhkan kerajaan palestin berdaulah dalam masa sepuluh tahun dibawah kepimpinan orang2 palestin.

Perkara ini ditentang hebat oleh orang-orang yahudi. Pihak british menerangkan kepada mereka bahwa ini cara untuk menenangkan pemberontakan orang arab palestin.

Pada ketika ini juga berlaku perperangan dunia ke dua diantara Jerman dan negara2 eropah. Lebih dari 25 juta orang yang mati.

1942- Parti republican dan demokratik di Amerika telah menyokong penuh kepada yahudi utk mewujudkan Negara di palestin. Amerika telah meminta kepada british supaya membatalkan perjanjian dengan orang arab untuk membatalkan pembahgian palestin kepada dua.

Oleh kerana Britain perlu kepada pertolongan amerika untuk menghadapi peperengan yang sengit , mereka telah membatalkan perjanjian mereka dengan orang arab dan membenarkan orang2 yahudi berhijrah ke palestin. Seramai 90 ribu orang yahudi yang berpindah ke palestin semasa peperangan tersebut.

Pada ketika ini orang2 yahudi merancang untuk menghalau british keluar dari palestin. Mereka telah membunuh pegawai british dan memusnahkan pejabat2 british. Seorang pemimpin yahudi ben gurion (gambar) telah menyatakan:

“Bumi mu wahai Israel adalah dari furat (Iraq) sehingga Nil (mesir).”

Dia telah meminta supaya pemuda2 yahudi di seluruh dunia untuk membantu mewujudkan Negara ini.

1944- Britain merasakan sudah habis kepentingan mereka di palestin dan yahudi sudah mampu untuk menubuhkan Negara mereka sendiri. Parti buruh di Britain telah mengeluarkan keputusan untuk menggalakkan orang2 palestin meninggalkan palestin dan memberi ganjaran berbentuk keewangan kepada yg berpindah.

Parti republican dan demokratik di amerika juga menyeru dalam pilihanraya untuk menyokong orang2 yahudi menubuhkan Negara mereka sendiri di palestin.

Pertama kali bendera Israel dinaikkan pada bulan 10. Pada bulan berikutnya menteri Britain lord morain telah dibunuh oleh yahudi semasa dia menziarahi kaherah. Ini untuk menambahkan tekanan kepada brtish untuk meninggalkan palestin.

1945- Berakhirnya peperangan dunia ke2 dgn kekalahan jerman.

Ben gurion telah berkumpul dgn pemimpin2 yahudi di amerika. Dia memperolehi janji dari mereka untk membeli senjata untk yahudi. Sejumlah besar wang amerika deserapkan kpd yahudi di palestin.

Presiden Amerika Troman telah meminta kepada perdana menteri british supaya membenarkan penghijrahan 100 ribu orang yahudi ke palestin. Permintaan ini diterima.

Pihak Britain telah menyatakan secara rasmi membatalkan perjanjian mereka dgn arab dan meneruskan perisytiharan balfour.

1947- Bangsa-bangsa bersatu telah mengeluarkan resolusinya bernombor 181 di new york iaitu pembahagian palestin kepada dua Negara. Ini disokong dua pertiga delegasi disamping sokongan yg kuat dari amerika dan rusia. Telah dilukis peta pembahagian yang mana yahudi mendapat 54 % dan orang arab mendapat 46 %. Peratus penduduk yahudi ketika itu adalah 32 % dan orang arab 68 %. Ketika itu orang2 palestin memiliki 93.5 % dari tanah palestin. Keputusan ini sangat2 menzalimi orang2 palestin

Berlakulah pertembungan diantara orang yahudi dan orang palestin dgn hebatnya. Orang2 yahudi di palestin mendapat sumbangan 250 juta dollar. Manakala arab palestin hanya mendapat bekalan 10,000 senapang dan 4000 sukarelawan.

1948- Britain telah menjual 20 pesawat tentera untuk membina pasukan tentera Israel. Amerika juga mengirimkan pesawat2 kepada org2 yahudi.

Dengan kekuatan peralatan tentera dari Britain, republic chezh, Amerika dan perancis, tentera yahudi menyerang menjajah qustul dan menghalau penduduknya. Syeikh Abdul Qadir Husaini dan pejuang2nya telah menentang sehingga telah membunuh 150 org yahudi dan beliau sendiri telah gugur syahid. Mereka telah berjaya membebaskan qustul sehari kemudian ditawan semula.

Orang Yahudi telah menyerang kampong dir yaseen berhampiran dgn qustul. Lebih 250 orang yang telah terkorban dalam peristiwa yg menyayat hati. Tentera yahudi telah menembak penduduk kampung tanpa belas kasihan. Malahan ditusuk dengan pisau tajam kepada wanita yang tidak berdosa. Ada yang dibelah dgn pisau dari kepala sehingga kaki.

Peristiwa ini menakutkan orang2 arab yang tinggal di tanah Israel. Daripada 800 ribu penduduk arab yang tinggal disitu, hanya tinggal 165 ribu. Selebihnya telah lari kerana ketakutan dgn kekejaman Israel.

Pada 16/5 telah diumumkan Negara Israel dibawah perdana menteri pertama David ben Gurion.

Tentera yahudi meneruskan penjajahan mereka dgn menghalau 200 ribu penduduk.Diantaranya mereka telah menjajah Haifa dan barat Quds.


Rujukan: Palestin at-Tarikh al-Musawwir oleh Dr Tariq Suwaidan

kalian istimewa..

pertemuan yang tidak dirancang...

perjalanan yg tidak pernah terlintas langsung di mindaku. semuanya on the spot.

bermula dengan rasa berbelah bahagi..pergi atau tidak..pergi atau tidak.. bermain-main persoalan itu di minda... alasannya mudah: malas.. satu lagi alasan: perlu lakukan sesuatu untuk cuti ini..tidak boleh berpeluk tubuh.. dan banyak lagi alasan tersirat. (it is between me and Him)
kehadiranmu teman... teman yang insyaAllah ditautkan hati sejak zaman ruh (bak katanya..insyaAllah) membuatkanku terus nekad terus bulat keputusan : PERGI!.

Alhamdulillah ya Tuhan...ALhamdulillah333333xxxx.... berjuta-juta lemon lime dan segala2nya.. kutemui sesuatu yg kuyakin semua ini adalah dalam perancanganMu.. You know BEST.

memori terindah...
rasa macam muda je 22tahun ni.. bila ditemukan dengan adik-adik itu.. baru terasa ke'kakak'annya aku ini..
'kak intan' 'kak intan'... sweet.. ^_^ mengenangkan kalian.. teringat waktu kita mujahadah melawan rasa takutkan pacat. teringat waktu kita akhirnya tiba di air terjun. waktu kita sama-sama meredah sungai. teringat semua memori bersama itu. (oh! sangat tak suke pacat.huhu)

ku kagumi semangat kalian.. rasa ingin tahu kalian.. ihsar kalian.. kesabaran kalian..

rindu kalian...

muga bertemu lagi insyaAllah... ^_^

ku yakin..segala yang berlaku adalah perancanganNya yg terbaik... Alhamdulillah.
kadang terfikir..mengapa aku yg melaluinya ya Allah? (bukan mengeluh..) Pasti ada sesuatu untukku kan Allah? Whereever u are..u are there for a reason...(or maybe for many reasons..)

Alhamdulillah...



oh..happy belated birthday mar.... =) muga sentiasa berada dalam lindungan dan rahmatNya..Amin.. ^_^

Tuesday, January 6, 2009

5 jan 1987

alhamdulillah... hari ini.. 22 tahun yg lalu, seorang baby girl yg comel dan cukup sifatnya telah selamat dilahirkan dgn nikmat islam yg plg berharga.
kemudian semakin membesarnya si baby ini, semakin bertambah ilmunya tentang agama yg dianutinya sejak lahir. agama yg telah pun dinobatkan kpdnya sejak dirinya lahir. agama yg memang dipilihkan oleh ibu dan ayahnya sejak dia mengeluarkan suara emasnya. Si bayi ini langsung tidak punya masa utk memilih agama mana yg ingin dianutinya pd waktu itu..
dan Alhamdulillah si bayi ini sgt mensyukuri takdir dan pilihan Allah yg menentukan apa yg terbaik utk tiap hamba-hambanya. Alhamdulilah atas nikmat yg pling berharga di dalam dunia ini.. nikmat islam dan iman..mengatasi nikmat makan minum tidur rehat shopping belajar dan sebagainya..

alhamdulillah..td serba ringkas je sambutan birthday nya..
'hari ini kan bday kakja, jum beli kfc..... eh eh ee mana boleh, nt dia sokong Israel..hurm..pizza hut boleh kakja? mcDonald tak boleh kan kak?..' omelan adik kecilku..
'nanti kalau kite beli, nt dorg beli peluru tembak org Palestin kan kakja?'

hurm..pandai pun.. insyaAllah tak susah nk pengaruh pemikiran budak kecil ni. its up to u..nk cakap ke tak..nk beritahu ke tak..

Firman Allah SWT:

'.....dan perangilah kaum musyrikin semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya. Dan ketahuilah bahawa Allah beserta orang-orang yang bertaqwa'
[At-Taubah:36]

'...Tidaklah sama antara orang beriman yang duduk (tidak turut berperang) tanpa mempunyai uzur dengan orang yang berJIHAD di jalan Allah dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan darjat orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk. Kepada masing-masing , Allah menjanjikan yang baik dan Allah melebihkan orang-orang yang berJIHAD atas orang duduk dengan pahala yang besar. (yakni) beberapa darjat daripada-Nya, serta ampunan dan rahmat. Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang
'

[An-Nisa': 95-96]


Israel has sent ground forces into the Gaza Strip after a week of air strikes to try to halt rocket attacks by Palestinian militants- BBC News 4 Jan 2009

Rasanya xyahla nak elaborate further sbb tujuan posting nih hanya nak berkongsi bahawa debaran kemasukan Rejim Zionis melalui darat ke Gaza kini telah berlaku!

Semangat posting ini lebih kepada nak cetuskan keMAHUan sahabat2 semua untuk 'mencari' berita terkini keadaan di Gaza. Byk sumber y boleh dirujuk.

Adakah kita terKESAN dengan apa yang berlaku kat sana? Atau hanya menganggap ianya berita yang nak penuhkan column 'International' dalam akhbar semasa?

AYUH, bangunlah kita sama2 bermujahadah dan memohon kepada Allah SWT, agar kekuatan yang pernah diberikan dalam berhadapan tentera Ahzab diberikan kepada ummat Islam hari ini yang semakin hebat dilanyak oleh Rejim Zionis.

Moga2 nya nanti bila Allah bertanya, apakah yang kamu lakukan di saat sahabat2mu ditindas di Gaza?.... kita sudah ada jawapan yang kukuh untuk dibentangkan kepadaNya.

Ayuh, jom kita peruntukkan masa untuk doa dan turut sama berjihad bersama mereka. Tingkatkan pengetahuan tentang apa yang berlaku di sana agar kita lebih menjiwai doa, tangisan dan rayuan kita dalam memohon kekuatan dr Allah. Bukan sekadar skrip doa yang tidak dihayati.

Apa yang berlaku di Gaza adalah reflection kpd apa yang telah kita lakukan sebagai penggerak agama Allah.

Perjalanan kita masih jauh.....Kemenangan kita dimana?

Abaikan Egypt, Jordan, Lubnan dan Liga2 Arab etc yang entah dimana. Fokuskan pada KITA.

Carilah saluran2 untuk kita menyumbang.. .kongsikan bersama channel2 yang anda yakini.

Bacalah
Bacalah
Bacalah
Bacalah

senarai ini xkan tamat melainkan adanya usaha di pihak KITA
jgn duk berenti takat pg demo je, kena teruskan berdoa dan kuatkan usaha, derma, boikot dan sebar pada kawan2 kita yang lain yang masih kurang awareness mereka...yang masih duk terkial2 sambut new year dan sbgainya...

wallahualam
sumber: perkongsian drp seorg sahabat


sumber lagi: pedang elnino.

Monday, January 5, 2009

A couple of mins before midnight but I'm publishing this now!

Salam semua..

Eh, it's 5th Jan la....

Guess what's up today???


To our very own special BISKUT ;)

Semoga umur yang meningkat, diberkati-Nya dengan langkah yang semakin teguh dan yakin di jalan ini..

I'm sure, everyone has their own feeling to be expressed to you (oh semua, sila dedicate sendiri :p ) .. but for me, you are one friend that I can always trust.. support me when I need the most.. layan saye when most people ignore... like a mother :) a very caring one!

Happy 22nd!!!

LOVE LOTS,
Your very own Moon ;)

Saturday, January 3, 2009

salam dr bp.

Bismillahirrahmanirrahim....

Apa khabar teman2 solacesouls? insyaAllah moga Allah beri yg terbaik utk kalian semua. hurm.. baca blog muna tadi.. betul2.. point yg org tak senyum tu.. masa kat singapore..masa urusan passport kastam cop-cop dan sebagainya tu...officer tu tak senyum pun...alih-alih oh dah siap ye.. takpe..cara bekerja memang tegas kut. sampai je kaki menjejaki singapura..oh panasnya. panas asia. dah lama tidak berpeluh. aihh..ni baru malam ni..


ok then, bila tiba di batu pahat, esoknya pergi kedai dan balik kampung...
perkara yg membuatku tersenyum..
'kakja ni blk dr australia ke arab ni?' hurm..senyum je lh kut..taktaw respons bagaimana yg patut diberi.
di kampung, 'eh kak ja macam makin kurus je..' ha ha.. iyee ke makcu ni? saje je eh makcu? jumpa 2 org budak kecil..yg lahir ketika ku di oz.. aiyak..temmbammnyer budak kecik ni..seorang macam amoi. seorang menangiss je. geram2.. (mun, now i know..hehe)

apa2 pun..inilah tanah kelahiranku. Walau mungkin Melbourne tu lebih sejuk lebih berangin lebih moden dr Malaysia..tp memang akhirnya aku kan kembali ke Malaysia juga.
Banyak perancangan bermain di minda.

Alhamdulillah.... =)