Tuesday, January 6, 2009

5 jan 1987

alhamdulillah... hari ini.. 22 tahun yg lalu, seorang baby girl yg comel dan cukup sifatnya telah selamat dilahirkan dgn nikmat islam yg plg berharga.
kemudian semakin membesarnya si baby ini, semakin bertambah ilmunya tentang agama yg dianutinya sejak lahir. agama yg telah pun dinobatkan kpdnya sejak dirinya lahir. agama yg memang dipilihkan oleh ibu dan ayahnya sejak dia mengeluarkan suara emasnya. Si bayi ini langsung tidak punya masa utk memilih agama mana yg ingin dianutinya pd waktu itu..
dan Alhamdulillah si bayi ini sgt mensyukuri takdir dan pilihan Allah yg menentukan apa yg terbaik utk tiap hamba-hambanya. Alhamdulilah atas nikmat yg pling berharga di dalam dunia ini.. nikmat islam dan iman..mengatasi nikmat makan minum tidur rehat shopping belajar dan sebagainya..

alhamdulillah..td serba ringkas je sambutan birthday nya..
'hari ini kan bday kakja, jum beli kfc..... eh eh ee mana boleh, nt dia sokong Israel..hurm..pizza hut boleh kakja? mcDonald tak boleh kan kak?..' omelan adik kecilku..
'nanti kalau kite beli, nt dorg beli peluru tembak org Palestin kan kakja?'

hurm..pandai pun.. insyaAllah tak susah nk pengaruh pemikiran budak kecil ni. its up to u..nk cakap ke tak..nk beritahu ke tak..

Firman Allah SWT:

'.....dan perangilah kaum musyrikin semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya. Dan ketahuilah bahawa Allah beserta orang-orang yang bertaqwa'
[At-Taubah:36]

'...Tidaklah sama antara orang beriman yang duduk (tidak turut berperang) tanpa mempunyai uzur dengan orang yang berJIHAD di jalan Allah dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan darjat orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk. Kepada masing-masing , Allah menjanjikan yang baik dan Allah melebihkan orang-orang yang berJIHAD atas orang duduk dengan pahala yang besar. (yakni) beberapa darjat daripada-Nya, serta ampunan dan rahmat. Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang
'

[An-Nisa': 95-96]


Israel has sent ground forces into the Gaza Strip after a week of air strikes to try to halt rocket attacks by Palestinian militants- BBC News 4 Jan 2009

Rasanya xyahla nak elaborate further sbb tujuan posting nih hanya nak berkongsi bahawa debaran kemasukan Rejim Zionis melalui darat ke Gaza kini telah berlaku!

Semangat posting ini lebih kepada nak cetuskan keMAHUan sahabat2 semua untuk 'mencari' berita terkini keadaan di Gaza. Byk sumber y boleh dirujuk.

Adakah kita terKESAN dengan apa yang berlaku kat sana? Atau hanya menganggap ianya berita yang nak penuhkan column 'International' dalam akhbar semasa?

AYUH, bangunlah kita sama2 bermujahadah dan memohon kepada Allah SWT, agar kekuatan yang pernah diberikan dalam berhadapan tentera Ahzab diberikan kepada ummat Islam hari ini yang semakin hebat dilanyak oleh Rejim Zionis.

Moga2 nya nanti bila Allah bertanya, apakah yang kamu lakukan di saat sahabat2mu ditindas di Gaza?.... kita sudah ada jawapan yang kukuh untuk dibentangkan kepadaNya.

Ayuh, jom kita peruntukkan masa untuk doa dan turut sama berjihad bersama mereka. Tingkatkan pengetahuan tentang apa yang berlaku di sana agar kita lebih menjiwai doa, tangisan dan rayuan kita dalam memohon kekuatan dr Allah. Bukan sekadar skrip doa yang tidak dihayati.

Apa yang berlaku di Gaza adalah reflection kpd apa yang telah kita lakukan sebagai penggerak agama Allah.

Perjalanan kita masih jauh.....Kemenangan kita dimana?

Abaikan Egypt, Jordan, Lubnan dan Liga2 Arab etc yang entah dimana. Fokuskan pada KITA.

Carilah saluran2 untuk kita menyumbang.. .kongsikan bersama channel2 yang anda yakini.

Bacalah
Bacalah
Bacalah
Bacalah

senarai ini xkan tamat melainkan adanya usaha di pihak KITA
jgn duk berenti takat pg demo je, kena teruskan berdoa dan kuatkan usaha, derma, boikot dan sebar pada kawan2 kita yang lain yang masih kurang awareness mereka...yang masih duk terkial2 sambut new year dan sbgainya...

wallahualam
sumber: perkongsian drp seorg sahabat


sumber lagi: pedang elnino.

7 comments:

aira said...
This comment has been removed by the author.
HbO said...

happy belated birthday sayang..=)

-apa no msia mu? gi psm and jalinan tak?

Anonymous said...

piza hut tu pun bukan under zion ke?

biskut marie said...

pizza hut pun tak boleh... yg soalan tu adik sy yg tanya..

hbO..tak g jalinan..psm macam pegi..tgh tunggu confirmation..hehe

Anonymous said...

Surah Al-Fath ayat 26-27, surah Yunus ayat 85,86, n 88 elok dibacakan. Insya-Allah Israel laknatullah musnah. Ketika sujud diakhir waktu itu, jgn lah berdoa utk diri sendiri semata-mata. Tetapi doakanlah utk kebahagian bersama. Agar diri ini tidak dipersoalkan oleh mangsa pembunuhan Palestine; "Dimana kamu masa itu, ketika kami diserang?? dan sebagainya.

-Hepi birthday ke 22..
-muga Allah meredhai usaha enti.

Anonymous said...

correction

-Israel is country..hihi
-muga Yahudi Laknatullah hancur!!!!

Anonymous said...

hepy belated bestday
moga Allah berkati awk