suatu kisah...
'abang, nak beli burger ayam 2 eh..' kata seorang adik.
'ok dik...jap eh...' 'eh dik, abang tak pernah nampak adik pun sebelum ni..'
'aah, umah kite bukan kat sini, jd tak penah nampaklah..' jawab adik itu.
'oo camtu... adik..adik ada kakak tak? kirim salam kat dia eh..'
'ada..kakkk (sambil memanggil kakaknya), abang ni kirim salam.....'
...... 'lar... kakak ni ke? assalamualikum dik...' kata abang penjual burger itu..
note: adik dalam kisah itu ialah adikku..dan kakak nya ialah aku.. (rasanya masa tu umur 8 tahun kut).
Lokasi : kampung.. hehe..
Semalam teringin nk makan burger...tak nak prosperity burger mcD or zinger burger KFC tu...(mmg boikot pun).. tp nak burger Ramly tepi jalan tu... ceh mcm mengidam pulak... makanya..dengan menaiki skuter putih, ku mengajak adikku untuk sama-sama pergi..bukan pe..nak suruh dia order ngan abang burger tu je.. =P
Hampir tiba di kedai burger itu, makanya ku terlihat sekumpulan lelaki muda bersama motor-motornya.. aduhai..nk berhenti ke tak ni..sure kena kacau (perasan! - eh tp memang betul lah..) tp sebab utamanya, tak selesa dgn kewujudan mereka di situ. akhirnya, setelah berpusing2 seketika, kumpulan itu tidak beredar dr tempat burger juga, aku pun nekad..berhenti sahajalah..nk beli burger je pun..
Lalu, berlakulah sesi order-jual-beli antara adikku (12 tahun) dgn abang burger itu.
Dan, ajaibnya...tiada langsung siulan-siulan atau suara-suara sumbang yang mengacau kami.. Alhamdulillah.. lega ceq. Mungkin sebab mereka fikir ceq ni mak adik ceq ni tak?
" Hai Nabi, katakanlah kpd isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, 'Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya (tudung) ke seluruh tubuh mereka.' Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.' (Al-Ahzab:59)
Ayat ini, kubaca semasa sedang membaca satu topik dalam buku,Perhiasan dan Wanita. dan entah bagaimana, bila baca, teringat peristiwa semalam (which is peristiwa di kedai burger itu) dan teori yg bermain dalam fikiranku... org tak kacau orang yg pakai tudung labuh ni kut. (read: kut) sebab ada je yg kena kacau juga. Sebenarnya tak boleh main interpret sendiri maksud ayat Al-Quran tu, berdosa lagi kalau salah. Cuma, sy terasa sendiri je ayat ini dgn kisah semalam. ALhamdulillah Allah tak izinkan mereka kacau kami.
Dan peristiwa itu mengingatkanku kpd memori zaman kecilku yg kuceritakan pada awal td.
Tapi kan...tak faham-faham jugalah..orang yang suka kacau-kacau orang ni..kat mana-mana je pun suke nak kacau or sakat..aduii..adalah lebih baik jika they all ni berzikir atau mengaji kan..
aih rasa nak berceramah je kat mereka ni...
dan kata-kata adikku sebelum kami tiba di rumah..
" Kakja, kawan abang burger tu kirim salam..."
Wednesday, January 21, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
wah.. instinct2!
semalam pun i baru makan burger ramli.. heh.. langsung tak kene kaco gak, becoz ktorg semua dok order dari kereta and my mum yg order2. Heh.
lepas jugak mengidam makan burger semalam :p
tiada apa yang lebih berharga yg dinamakan taat.jika sesuatu perkara yg diperintahNya ditaati,insyaAllah jiwa menjadi tenang.
Post a Comment