Friday, May 23, 2008
jgn jaga tepi kain orang.
Video yang menunjukkan 1 eksperimen sosial yang dilakukan oleh abc news untuk melihat reaksi masyarakat terhadap diskriminasi yang ditunjukkan kepada umat Islam di Amerika.
Bukanlah niat penulis menulis untuk memuji atau mengutuk sesiapa di sini, tetapi mahu menarik perhatian kalian semua terhadap sesuatu yang mungkin jarangkali kita fikirkan, iaitu mengenai pemikiran kita semua, dan semoga muhasabah ringkas ini memberi pengajaran kepada semua, terutamanya kepada penulis.
Di penghujung video itu, disebutkan secara ringkas bahawa 13 orang telah memberontak terhadap tindakan pemuda di kaunter, 6 orang telah memberi sokongan atas pelbagai dasar, dan 22 orang tidak berbuat apa-apa tentang situasi tersebut. apa yang penulis ingin bawakan ialah, sekiranya perkara yang sama berlaku pada kita yang Muslim, bagaimanakah kita akan bertindak?
Mungkin kita akan bertindak andai yang diserang itu merupakan seorang Muslim seperti kita, namun begitu, bagaimana sekiranya bukan Muslim? Bagaimana reaksi kita sekiranya kita melihat kekejaman dan ketidak adilan berlaku pada seorang manusia, sekiranya dia bukan seorang yang seagama dengan kita? Kebanyakan antara kita hanya akan memandang dengan belas ehsan, dan berfikir 'kasihan orang itu. tetapi ini bukan hal aku. Bak kata pepatah Melayu, jangan jaga tepi kain orang'. Tidakkah begitu? Sekiranya benar, bagaimana umat Islam mahu mengaku bahawa Islam itu datang untuk menyempurnakan akhlak? Dan tidakkah kita lebih buruk daripada pak cik dan wanita-wanita yang bergaduh dengan pemuda di kaunter itu semata-mata kerana mereka melihat ketidak adilan yang berlaku?
Oleh itu, penulis mengajak kalian semua untuk berfikir tentang bagaimana 'world view' yang ada di dalam minda semua. Penulis berasa agak kelakar apabila Muslim memperkatakan isu-isu tentang betapa Islam sepatutnya menjadi rahmat kepada seluruh alam, dan Muslim sepatutnya menjadi 'ustazatul 'alam' apabila akhlak umat Islam berada di dalam keadaan yang sedemikian rupa.
Tidak perlu berilmu tinggi untuk berakhlak mulia, cumanya apa yang diperlukan ialah sedikit kemanusiaan dan setitik kasih sayang.
Semoga bermanfaat.
Wallahua'lam
penulis: -imakubex-
source: www.iluvislam.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment