Friday, May 9, 2008

Medical robot??

salam..
apa kabar sahabat2 ku? lama sudah sy tidak meninggalkan coretan di sini kan?

oklah, ni ada satu cerita ni..

Hari tu, ada sorang kakak medic ni menceritakan tentang apa yang diperbuatnya di hospital pada hari tu. Dia cerita la, ada satu robot ni yang mmg diprogramkan khas utk medical students. Robot atau patung ni, fungsi dier jadi pesakit, then medical student akan diagnose and buat pemeriksaan la kat atas robot ni. Robot ni ada salur darah, ada denyutan nadi, ada segala apa yang patut dia ada..(ahaks..), and boleh bercakap. Robot ni akan response la kepada segala apa yang ditanya oleh medical students. Also, bila medical students ni buat pemeriksaan kat atas dier n bagi treatment yang salah, robot ni akan react la, so students pun taulah yang diorang did sthg wrong.. memang sgt menarik la..huhu.. (dunia geosains tak der robot...)

anyway, the tazkirah part of it..

Cuba bayangkan, scientist2 yang cipta robot ni mesti sangat bangga dengan ciptaan mrk kan? Bila kita tgk, robot ni telah dicipta with a purpose, that is to become 'patient' to medical students. Cuba la bayangkan kan, kalau robot ni buat sesuka hati dier. Kiranya, time medical students check dier, dier tak response..tak pun dier nak tidur, malas nak bagi tindak balas kalau orang salah treat deir ke.. takpun, dier tak suka duk kat hospital ke, nak pi duk kat luar, main kat padang etc... apalah agaknya perasaan scientist2 ni tadi bila dpt tahu robot ciptaan mereka ni fails to meet its purpose of existance ek? Pastinyer scientist2 ni akan rasa sangat marah kan? dan kecewa..obviously. Malah, mungkin terdetik juga rasa penyesalan dalam hati diorang ni, and diorang maybe rasa..lebih baik bagi denyutan nadi tu kat robot A, bagi salur darah tu kat robot B etc..(yakni kepada robot2 yang nak buat tugas dier la..)..and di pihak kita lak, bila kita perhatikan ada robot yang bersifat sebegini, mesti kita rasa..ntah apa2 la robot ni, banyak songeh pulak..cubalah buat apa yg dier patut buat..ye tak?

anyway, this is very much related to us. Seperti robot tu, we ourselves telah dicipta with a purpose. Allah tak cipta kita kat dunia ni semata-mata for us to enjoy life and to gain experience living on earth kan? Tapi Allah cipta kita agar kita dapat jadi abidullah dan khalifatullah.. beribadah kepada Allah serta memakmurkan alam.. and if we fail to meet our purpose of existance, maka samalah kita dengan robot yang tak berguna tadi.. jadi, agaknya apa la Allah rasa tentang kita ek? Lebih baik la Allah bagi tangan kita kat orang kat negara A yang takder tangan tu..lebih baik Allah bagi kaki kita kat orang negara B yang cacat tu..etc. ye tak?

Kita mudah leka dengan duniawi, seperti anak kecil yang jumpa mainan. Asyik dengan permainannya yang langsung tiada nilai itu sehingga menghiraukan perkara2 yang lebih penting.
Kita perlu sentiasa diingatkan, tentang tujuan kita diciptakan di muka bumi ini. So that we won't return to him one day dalam keadaan we failed to meet the purpose of penciptaan kita. So that Allah will not be disappointed with us.

Sedikit peringatan buat diriku dan dirimu yang sering lupa..
Moga ia bermanfaat. =)

1 comment:

Panglima Kungfu said...

"Tapi Allah cipta kita agar kita dapat jadi abidullah dan khalifatullah.. beribadah kepada Allah serta memakmurkan alam.. and if we fail to meet our purpose of existance, maka samalah kita dengan robot yang tak berguna tadi.."

yup..betul tue..telah mnjadi kewajipan kita untuk menegakkn Daulah Islam..khususnya lelaki, menjadi khalifah dimuka bumi ini..Tp bgaimana persediaan kita semua??..Adakah kita sanggup meninggalkan perkara mungkar yg tlh lama menjadi kebahagian hidup umat Islam sekalian??..like beli keta, n so on..

Penolakan seseorang terhadap hukum-hukum syara' secara keseluruhan, atau hukum-hukum qath'i secara rinci, dapat menyebabkan kekafiran, baik hukum-hukum itu berkaitan dengan ibadat, muamalah, ‘uqubat (sanksi), ataupun math'umat (yang berkaitan dengan makanan/minuman).

Kalian tentu biasa mndgr ayat2 famous ini:

"Dirikanlah solat",

sama saja kufur terhadap ayat :

"Padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba" (QS Al-Baqarah [2]:275).

"Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya"
(QS Al-Maidah [5]:38).

Atau ayat :

"Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, dan (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah" (QS Al-Maidah [5]:3).

Sesungguhnya Islam itu jelas..

"(Dan) Sesungguhnya Kami mengetahui mereka berkata: 'Bahawasanya Al-Quran itu diajarkan oleh seorang manusia kepadanya (Muhammad). Padahal bahasa orang yang mereka tuduhkan (bahawa) Muhammad belajar kepadanya (adalah) bahasa 'ajami (non-Arab), sedangkan Al-Quran itu dalam bahasa arab yang jelas"
(QS An-Nahl [16]:103).

Perlu diketahui bahawa iman terhadap syar'iat Islam tidak cukup dilandaskan pada akal semata, tetapi harus disertai sikap penyerahan total dan penerimaan secara mutlak terhadap segala yang datang dari sisi-Nya, sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala :

"Maka demi Rabbmu, mereka itu (pada hakikatnya) tidak beriman sebelum mereka menjadikan kamu (Muhammad) sebagai hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa didalam hati mereka suatu keberatan terhadap putusan yang engkau berikan, dan mereka menerima (pasrah) dengan sepenuhnya"
(An-Nisa 65).

Secara amnya..

Kita boleh mengubahnya.. apabila kita hendak mengubah tingkah laku manusia yang rendah menjadi luhur, tidak ada jalan lain kecuali harus mengubah mafhum-nya terlebih dahulu. Dalam hal ini, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman :

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum, sebelum kaum itu sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka"
(QS Ar-Ra'd [13]:11)

So apbila telah semua umat mndapat kesedaran ini..pasti bumi ini makmur(muncul rase diri hendak menegakkn Khilafah)..kehidupan yg tidak melibatkn riba..kemiskinan tiada, kerana wang zakat telah diagih kpd yg layak..dan juga sumber kekayaan garam galian diagihkn samarata..

wallahulam..