hurm..kesian blog ni.... takde org nak update2 kan...mana ntah org yg mula2 buat blog ni..as far as i know..i am the last person to be the member..kan?
apa2 pun..tiap perkara yg berlaku ada hikmahnya...ada sebabnya...
----------TAUBAT-----------
Kenapa kita perlu bertaubat:
1. Setiap anak Adam mesti ada membuat kesilapan kerana setiap manusia dianugerahkan nafsu. Orang yang baik adalah apabila dia berbuat
salah dia akan terus bertaubat kepada Allah sekurang-kurangnya dengan beristighfar.
2. Setelah orang tersebut berbuat keji, maka dia sedar dengan kesilapannya, dia berzikir dan beristighfar kepada Allah dan siapa lagi yang dapat
mengampuni dosa selain daripada Allah. Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka megetahui.
Cara-cara bertaubat:
1. Melalui perbuatan—menyesal dengan apa yang telah kita lakukan
-Berniat tidak mahu lagi melakukan perkara yang sama
-Meninggalkan perbuatan keji itu untuk selama-lamanya
-Menggantikan segala suruhan fardhu yang ditinggalkan sebelum ini
-Kalau ada kesalahan dengan orang lain, kita perlu meminta maaf daripada orang itu
-Kita melatih diri kita untuk taat kepada Allah untuk memperbaiki segala kelemahan
2. Melalui lisan---beristighfar
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya setiap penyakit itu ada ubatnya dan ubat kepada dosa ini adalah istighfar”
Syaitan akan terbakar apabila kita mengucap kalimah Lailaha illallah…..dan istighfar.
Taubat tidak sempurna kalau:
1. Kalau tidak menambah ilmu
2. Kalau tidak bertambah amalannya
3. Kalau akhlaknya tidak bertambah baik
4. Masih menyimpan perasaan marah dan benci kepada orang lain
ingat...yg memebezakan taubat seseorang itu ialah...antara cepat dan lambatnya dia bertaubat...
3 comments:
maaf cik in, kerna mengabaikan blog ni..
and jazakillah for updating it..
insya-Allah, by next week (coz got assignment due by this friday), i'll try find some time to post up an entry..
moga kalian sentiasa dalam peliharaanNya..
rindu kalian..=)
uish.. terasela sy cik in.. huahua..
insyaAllah ble ade ilham sy akn post jugak..
ntahla.. sejak due menjak ni.. susah btul nak menulis.. baik di sini.. maupun di blog sendri..
semoga allah memberi kelapangan hati buat aku, kamu, dan kite semua...
hahaha..oops..bukan ditujukan utk kamu lor... he he..
sorilah..dah break rules sgt2...men copy and paste je..mana2 yg best..hehe
Post a Comment